Monday, August 31, 2009

Pelajar UPSI maut dalam kemalangan

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:13 PM

Jeli, 30 Ogos – Satu kemalangan melibatkan seorang pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UPSI dilaporkan maut ketika perjalanan pulang ke kampung di Kilometer 100 Jalan Kota Bharu-Machang-Grik kira² jam 3 pagi semalam.


Pelajar bernama Norazlina Mohd Noor, 27, yg berhasrat untuk pulang ke kampung bersama dua adiknya, Hafeez, 19, & Noraina Shuhada, 22, serta rakannya terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar sebatang pokok dalam kejadian kemalangan tersebut.


Allahyarhamah yg menaiki kereta MyVi merah maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta patah lengan kanan & kiri. Walau bagaimanapun, 2 adiknya cedera ringan & rakan yg sama² terlibat dengan kemalangan tersebut cedera parah & dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).



Bapa mangsa, Mohd Noor, 50, yg menceritakan kejadian tersebut mengatakan Allahyarhamah sempat mengucapkan ucapan 'Selamat Hari Jadi' kepadanya sebelum berita menyayat hati itu dimaklumkan kepadanya.


Bercakap kpd petugas media, beliau tidak menyangka ucapan tersebut merupakan ucapan terakhirnya sebelum allahyarhamah terlibat dlm kemalangan maut tersebut.


Adik mangsa yg memandu kenderaan terbabit mendakwa beliau hilang kawalan sebelum terbabas & melanggar sebatang pokok kerana ternampak satu objek melintasi jalan.


Beliau yg juga merupakan pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak melahirkan rasa terkilan dgn kejadian tersebut yg meragut nyawa kakaknya akibat cedera teruk.
*Innalillahi wa inna ilaihi roojiuun.. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat kepada arwah..


Sumber: 

Justify Full
Malaysiakini



Saturday, August 29, 2009

SeDaP ~ Makan Free

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:26 AM

Alhamdulillah, sungguh kenyang perut ini makan dari rezeki Allah yang melimpah²... 
Kadangkala kita di Malaysia disajikan dengan pelbagai jenis makanan yang melimpah² sehingga berlaku pembaziran...
Tetapi ingatlah bahawa terdapat saudara Islam kita di negara lain yang masih mengikat perut kerana kekurangan makanan...


Perlu kita panjatkan syukur yg infiniti kpd Allah yang memberi rezeki yang melimpah² ini...


Sepanjang ramadhan ini, marilah kita berjimat dengan berbuka puasa di foyer kolej @ bitarasiswa...


Gunakanlah kesempatan Ramadhan yg dtg hanya pada bulan Ramadhan utk kt beribadat di samping mengeratkan ukhuwah sesama sahabat kita yg lain...


* Jom terawih
*Jom tadarus
*Jom iftar jamaie' beramai²
*Jom pi majlis ilmu
*Jom buat assignment
*Jom amal makruf nahi mungkar


Ya Allah, terlalu banyak peluang dan ruang yang perlu ana manfaatkan pada Ramadhan ini...
Kuatkanlah hati ini...
Tetapkanlah hati ini...
Agar hambaMu ini sentiasa di bawah redha dan kasih sayangMu...
Ameen...

Wednesday, August 26, 2009

Cikguku

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:38 AM

Sensei Nerawi & Cikgu Ridhuan by Roslan Tangah (aka Rasso).


Time duk selak² website terpandang perkataan Sekolah Menengah Sains Labuan...


Huhuhuhu...
Sekolahku...
Tengok gambar yg disiarkan...
Oh cikguku...
Cikgu ridzuan sangat disayangi pelajar...
Seorg cikgu yg sangat baik dr pelbagai sudut...
Ella-adik pun suka dkt beliau...
Kebaikan yg ada pd dirinya membuatkan ana selalu tak hntr esei BM...
Buat² esei confirm tak habis buat...
Pastu buat² lupa...
Tu lah sebabnya blog nie ayat xsedap nak baca...
Nasib baik SPM dapat A...
Jgn ikut perangai yg tak baik nie...
Adakah ana akan jd sebaik cikgu ridzuan???
Wallahualam...
Cikgu nie la yg menaikkan semangat utk m'jd seorg guru...
Kisah dulu...
Ramai persoalkan apabila ana pilih profesion perguruan...
Terkejut & mengatakan tak sesuai...
Kot² sy nie ganas, tak penyayang, suka tidur dlm kls, mulut laser... huhuhuhu...
Tp inilah diriku...
Tamai yg ingat ana jd ahli farmasi...
Tu cita² yg telah terkubur...
Biarkan jd kenangan...
Alhamdulillah, guru merupakan pilihan Allah utk ana...
Walaupun guru ms kini bukan lg sanjungan para pelajar ttpi menjadi bahan tomahan, tp itu semua bukan menjadi peluntur semangat... akan kubuktikan ana boleh menjadi cikgu di Hati pelajar seperti cikgu ridzuan...
InsyaAllah...
Terima Kasih Cikgu ridzuan...


Nak cerita ttg cikgu Ali Akhbar Asri (triple A)...
Cikgu nie org Labuan...
Org patau²...
Beliau ajar sy Math Tamb ms form 4...
Best gak...
Coz sy mmg minat math...
Tp susah nak skor A dlm Math Tamb...
Selalu ja bt kesalahan...
But i want to say thanz sir cz teach me...i get A for your subject...
Cikgu nie pendiam...
Tp suka sgt dgn senyum...
Lizah my fren suka sgt dgn cikgu Ali nie...
Dlu cikgu Ali nak jd engineer tp sementara tunggu result Apply engineer try jd cikgu...
Alhamdulillah dpt 2-2...
Tp dah buat perjanjian dgn KPM so kn jd cikgulah dulu...
Cita² dulu hilang gitu sj...
Begitulah cerita yg diceritakan pd kami ms form 4...

Untuk cikgu Diane...
She is my beloved mum...
Bukan mak betul...
Mak tipu ja...
Beliau mentor sy ms kat smsl dlu...
Org labuan...
Terer bab IT...
Kmenarik...
Prihatin...
Bnyk lg...
Thanks a lot cikgu Diane...

Tuesday, August 25, 2009

Rahsia Buah Kurma

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:27 PM

Sempena bulan Ramadhan ni, mungkin elok kalau saya kongsikan artikel berkenaan dengan Buah Kurma (Tamar).

Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit. Buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering.

Antara khasiat buah kurma ialah ;
1-Kaya dengan protein
2-Kaya dengan gula
3-Kaya dengan serat
4-Kaya dengan Vitamin A dan Viramin C
5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.

Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :
“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”


Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW."

Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;
1-Protein (1.8~2.0%)
2-Serat (2.0~4.0%)
3-Glukosa(50.0~57.0%)

Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi, maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta.

Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah²an lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa. Gula² jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa. Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga.

Oleh itu kita sangat² disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan. Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya.

Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya. Ini kerana buah kurma kaya dengan serat. Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus.

Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal.

Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita.

Pendek kata, Buah Kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita. Benarlah dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.

*Ada pelbagai cara untuk menikmati buah kurma. Di sini saya akan ceritakan satu resipi buah kurma yang anda patut cuba. Resipi ringkas ini diberikan nama ‘air kurma susu’.

Cara buatnya amat mudah ;


1-Masukkan beberapa ulas buah kurma yang telah dibuangkan bijinya dan segelas susu segar ke dalam blender
2-’Blender’ buah kurma dengan susu tersebut hingga sebati
3-Letakkan di dalam peti ais selama 1~2jam
4-Setelah betul² sejuk, barulah ‘air kurma susu’ itu diminum

Resipi ini memang sangat bagus untuk kesihatan. Cubalah.

*Kurma juga bagus diberikan kepada baby atau anak² kecil. Cubitlah sedikit isi kurma dan suapkan ke dalam mulut baby anda. Ianya membantu pembesaran minda dan kecerdasan minda anak anda.

Sunday, August 23, 2009

Rindu Mak Ayah

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:01 PM

video
Bila bersendirian hati ini berasa rindu yg teramat pada ayah dan ibu...
Wana malu nak tunjuk kat org yg ana rindu kat mereka...
Seumur hidupku tak pernah melafazkan sayang dan rindu pd mereka..
Biar saja hati ini mengetahui segalanya...
Macam mn nak tempuhi ini...
Ana sda bercadang utk tak balik labuan cuti raya n sem...
Sudah tekad...
Maknanya kalau pnjg umur tahun depan br boleh jumpa dgn mereka...
Huhuhuhuhu...

Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:08 AM

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Sabtu ini, kata Penyimpan Mohor Besar Raja², Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, sebentar tadi. - Bernama


Alhamdullilah, insyaAllah sekiranya hr sabtu ini Allah masih memberi kesempatan kpd ana maka genaplah 20 tahun bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak..

Menyingkap kisah semasa kecil lagi kami dilatih adik-beradik berpuasa sejak umur 6 tahun.. Pada ketika itu puasa setengah hari masih berlaku kpd apakan daya nak puasa apatah lagi kalau masa tu bdk² lain tengah makan depan mata..

Ikut peraturan kat rumah, siapa yg tak puasa tak boleh berbuka puasa dengan org yg puasa. Dengan peraturan ini jugalah kebiasaan berpuasa sewaktu kecil lagi berlaku walaupun erti keikhlasan belum difahami dengan sepenuhnya.. Sekadar menahan dari makan dan minum..

Teringat ketika adik ana iaitu Aisyah masih kecil dalam sekitar umur 1 tahun, pada bulan Ramadhan Allah menguji kami sekeluarga apabila ketika ingin berbuka puasa dalam masa 1 minit lagi azan tiba² keluar buih putih yg bnyk dr mulut Aisyah.. Seperti biasa ibulah org yg paling cemas pd ketika itu krn terkejut dgn keadaan itu..

Hanya sekadar berbuka puasa dgn air, ibu dan ayah bergegas membawa Aisyah ke hospital.. Di rumah, ana mulalah marah dgn adik² yg lain krn tak menjaga Aisyah semasa ana dan ibu menyediakan juadah berbuka puasa..

Setelah membuat pemeriksaan seluruh kawasan rumah, kami mendapati terdapat hamburan ubat²an dalam bilik ibu dan ayah. kami membuat kesimpulan Aisyah telah makan ubat² tersebut. dengan pantas, jari menekan no telefon ayah untuk memaklumkan perkara ini..

Setelah 1 jam keluar dari rumah barulah ibu dan ayah datang dengan muka kepenatan dan kelaparan.. ibu menceritakan kisah tg berlaku selepas keluar dr rumah...


Begini ceritanya...

Apabila sampai di hospital, ayah membawa aisyah ke wad icu. tetapi entah bagaimana doktor hanya mengatakan tiada apa² yg serius berlaku.. Cuma mungkin tertelan sesuatu.. Doktor hanya memberikan ubat.. Ayah tidak berpuas hati dan terus membawa Aisyah ke rumah nenek layangan (nenek yg membidankan ibu semasa kelahiran Aisyah)

Alhamdulillah setelah memberikan air kelapa yg dilafazkan dengan kalimah² Allah Aisyah sedikit pulih.. Begitulah kekuasaan Allah yg menyembuhkan mana² hamba yg dikehendaki oleh -Nya..

Begitulah sedikit cerita yg sy lalui dan tidak dapat lupai ketika bulan Ramadhan..

Tahun ini merupakan tahun ke-2 ana tidak berpuasa dengan keluarga tercinta..

Kesedihan, kepiluan, kesayuan tidak dapat digambarkan. Rindu nak makan masakan ibu..

Sebenarnya sejak ana dalam tingkatan 1 lagi telah berjauhan dgn keluarga tp selalu jg balik rumah krn asrama & matrik dalam negeri sendiri.. Tp bermusafir di negeri org membuatkan ana menjadi seorg kuat dan tabah menghadapi segalanya.. InsyaAllah..

Apa² pun hidup ini perlu diteruskan kerana bnyk lg amanah yg perlu ana laksanakan sebelum nyawa pinjaman dr Allah diambil kembali..

Di sini, ana nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan amnya kpd semua muslimin dan muslimat, khususnya kepada sahabat² seperjuangan yang disayangi kerana Allah sekalian.

Semoga teman yg dikurniakan kepada Ana membantu kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran..

Insya Allah kalau tiada aral melintang, blog ana akan diupdate setiap masa untuk memberikan kita santapan rohani sepanjang hidup di muka bumi Allah ini..

* Ana bukanlah seorang yg baik tetapi cuba untuk menjadi yg terbaik insyaAllah.. Diri ini hina di sisi manusia apatah lagi di sisi Allah..

Wallahualam..

Saturday, August 15, 2009

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:16 AM

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia

Namun, itulah janji Allah. Setiap yang hidup, pasti akan merasai mati. Kini Ustaz Asri telah pergi menghadap yang Maha Esa.

Jenazah Ustaz Asri akan dikebumikan selepas Maghrib hari ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam.

SHAH ALAM: Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.

Sebelum itu, jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini.


Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira² pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Antara rakan² & kaum keluarga yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Asri.


Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa raptai dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira² pukul 10 pagi tadi.

Balu arwah, Haliza Shahadan hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.

Suasana sedih menyelubungi rumah arwah di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam.


Selain itu, lebih 100 orang melibatkan rakan terdekat & ahli keluarga arwah turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.
Jenazah Asri dibawa keluar dari rumahnya di Kampung Bukit Kanchong untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam malam tadi.



Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.

Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.

Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun & sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.
Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani yang lain pada 2 hari lalu ketika majlis sidang media & memeterai 1 lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.


Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.


"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan 6 orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, & Hamdi Rabbani, 4.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh 9 orang termasuknya.


Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani & industri muzik nasyid.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama 8 tahun berturut².


Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) & Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.

Ada yang berpendapat, lagu² nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada.

Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid.


Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin & Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) & yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama² yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika & Andalusia, kemudian diadun & diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur & digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music di dalam lagu² terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa & terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa & negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah & panduan.

Sekurang²nya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.

Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.

PERGI TAK KEMBALI - Ustaz Asri (Rabbani)
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa & air mata
Yang pergi takkan kembali lagi



Selamat jalan wahai Ustaz Asri. Semoga Allah redha denganmu & semoga engkau berjaya di alam sana.

Amin..


video

TINGGAL KENANGAN... Saat² bahagia bersama anak²
Anak bongsu Allahyarham Ustaz Asri...Hamdi Rabbani yang berusia 4 tahun
Permata hati arwah Ustaz Asri...Hamdi Rabbani
Anak arwah, Sufiyah Munawarah berusia 6 tahun paling manja dengan Ustaz Asri
Arwah bersama ibu tersayang

Thursday, August 13, 2009

Asri meninggal dunia

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:05 PM

Allahyarham Asri (tengah) bersama kumpulan Rabbani.
KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira² jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.


Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim ke-5 di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.


sumber: Berita harian


KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira² jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu & ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Pahlawan Nasyid

Dalam pada itu, anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti.

Salah seorang anggota kumpulan terbabit, Che Amran Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, pemergian vokalis nasyid yang bersuara �emas� itu amat sukar dicari ganti.

"Berita kematiannya yang mengejutkan itu memang memeranjatkan kami, sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu allahyarham Zaiery yang pergi dengan cara mengejut,"ujarnya dalam sebak menahan kesedihan.

Beliau seterusnya memberitahu, Asri yang bersuara 'emas' sebenarnya ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.

Jelasnya, walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggoti Nadamurni.

"Begitu juga anggota Raihan yang ditubuhkan sebenarnya turut mendapat respond yang baik dari allahyarham sendiri, bahkan allahyarham turut memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.

"Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu² versi lain yang ada pada hari ini,"ujarnya.

Ulama nasyid

Kali terakhir bertemu dengan allahyarham 2 malam lalu untuk berbincang tentang program nasyid yang bakal diadakan bersama selepas ini.

Sementara itu, anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam,40, menyifatkan allahyarham sebenarnya seorang ulama yang masyhur dalam nasyid.

"Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang ulama bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam,"ujarnya.

Beliau yang kini berada di Kota Bharu untuk promosi Kopi Hijjaz, bagaimanapun melahirkan rasa terkilan sebab tidak dapat pulang menziarahi allahyarham buat kali terakhir kerana masalah tiket penerbangan telah habis.

Menurutnya, semua tiket sama ada MAS, Firefly, Air Asia kesemuanya habis untuk penerbangan hari ini.

Jelas Isman lagi, beliau amat terkejut dengan berita yang baru diterima apabila salah seorang anggota Kumpulan Rabbani 'Azadan' menghubunginya memberitahu Asri sudah meninggal dunia.

"Kami macam adik beradik walaupun berlainan kumpulan sebab kumpulan nasyid mana² pun menuju ke arah yang sama iaitu membawa manusia ke jalan yang benar serta sentiasa mengaggungkan Allah,"ujarnya.

Tambahnya, lagipun kumpulannya sentiasa merangkakan program bersama khususnya rakaman 'zikir' bersama Rabbani.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat Islam mendoakan kesejahteraan allahyarham agar mendapat limpahan rahmat yang tidak perbah putus.

"Kami juga berharap semua peminat seni nasyid tanah air supaya bersabar menerima berita yang begitu menyentuh jiwa ini,"ujarnya yang tidak dapat menahan sebak.

Untuk rekod, salah seorang anggota Hijjaz, iaitu Salleh telah meninggal dunia akibat masalah paru², ianya diikuti dengan anggota kumpulan Raihan, Zaery meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa bulan selepas itu.

Juara ABP lapan tahun berturut-turut

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh 9 orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi & memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama 8 tahun berturut².

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin & Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana� Ke Mana�' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) & yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Terdapat lagi beberapa blog dan website utk dilihat..



Ni blog Arwah

“Tiap² yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan & kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar²nya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Surah Al Anbiya’ ayat 35)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...