Wednesday, September 30, 2009

MY aGe

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:54 AM

HARI INI....

images (118×88)

Wana has been living for 20 years, 6 months, and 11 days.
Wana's age in months - 246 months
Wana's age in weeks - 1071 weeks
Wana's age in days - 7500 days
Wana's age in hours - 180000 hours
Wana's age in minutes - 10800000 minutes
Wana's age in seconds - 648000000 seconds


apakah sumbanganku pada ISLAM?
images (137×103)
apakah sumbanganku pada IBU BAPA?

apakah sumbanganku pada SAHABAT?

apakah sumbanganku pada DIRI SENDIRI?

RENUNG-RENUNGKANLAH BERSAMA-SAMA....

JANGAN HANYA MEMANDANG SUMBANGAN AKAN DIBERIKAN PADA DUNIA...

SUMBANGAN UNTUK AKHIRAT ITU LEBIH PENTING....

DUNIA INI JAMBATAN KE AKHIRAT....

HIDUP BAHAGIA BUKAN BERERTI AKAN BAHAGIA DI AKHIRAT...

MENJAGA AGAMA SENANG DITUTURKAN DI BIBIR2 YANG MUNGIL....

TAPI DILAKSANAKAN MEMERLUKAN KEKUATAN DARI PELBAGAI SUDUT.....

YA ALLAH,

PERMUDAHKANLAH PEJUANG-PEJUANG AGAMAMU MENJAGA AGAMAMU....
images (116×113)


YA ALLAH.....
BANTULAH HAMBAMU INI...
MENAHAN PERASAAN HATI.....
AKU TERLALU RINDU PADA IBUKU....
TAHAN TERTAHAN BEGITU RINDU PADANYA....
TIDAK TAHU DAPATKAH KAMI BERJUMPA LAGI....
HANYA KUBERSERAH PADAMU....


ANDAIKATA ALLAH MENJEMPUTKU DAHULU....
SAMPAIKANLAH SALAM MAAF DAN SAYANG PADA IBUKU.....
TIDAK SEMPAT AKU MEMBERIKAN KEBAHAGIAN PADANYA....

WALLAHUALAM...

Tuesday, September 29, 2009

SaLuR PeNGHaNTaR

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:00 PM

Hari ini kami buat salur penghantar...
Minggu before raya buat penitis...
Comellah juga penitis dan salur penghantar yang saya buat tu...
H[e]h[e]h[e]h[e]
Ada adik sem 1 kata....
"Alamak kak, peninglah air masuk dalam salur penghantar saya nie"
Faham²lah apa dah jadi dengan salur penghantar dia...
Jari linda, Hanis & Ija hr nie melecur sbb pegang tiub kaca yang panas...
Lain kali hati² sahabat....
Kan tangan dah tak comel tue...
Sebenarnya saya pun kena juga minggu lalu....
Tu yang kali ini buat elok²...
Tapi malang TAK berbau sbb tangan TAK kena tp baju pulak jd mangsa...
Saksikanlah.....


Baju makmalku koyak @ terbakar sebab letak salur penghantar dalam poket...

Adik² busy membakar tiub kaca

Sedang memotong tiub kaca... 20cm jE ya kawan²...

En. Abbas akan menunjuk cara nak buat....

Monday, September 28, 2009

Salahudin Ayubi

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:38 PM

Alhamdulillah, setelah sekian lama saya tidak berjaya khatam apa-apa bahan bacaan, akhirnya minggu lalu saya berjaya melakukannya. Buku yang baru selesai saya baca sepanjang minggu raya adalah Salahudin Ayubi, hasil penulisan Abdul Latip Talip dan diterbitkan oleh PTS. Buku ini saya pinjam daripada housemate KAK YAN (terima kasih kak). Saya mula membaca buku ini pada bulan Ramadhan yang lalu. Walau bagaimanapun saya sibuk beraktiviti pada bulan Ramadhan yang lalu lantas tidak memberi sebarang ruang untuk saya membuka buku ini. Syukur kerana hari raya saya tiada sebarang aktiviti dan sekadar menghabiskan masa di KOLEJ HARUN AMINURRASHID, maka saya berkesempatan menyambung bacaan. Semangat saya berkobar-kobar ingin menamatkan bacaan.

Saya tertarik dengan buku ini kerana cara pengolahannya yang santai dalam bentuk novel sejarah Islam. Ketika membaca saya berasa kagum dengan semangat jihad pejuang waktu itu terutamanya Sultan Salahudin Ayubi. Betapa baginda bersungguh-sungguh berjuang demi Islam kerana Allah. Bagaimana baginda mencontohi teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Adakalanya juga saya ketawa sendirian, seronok membayangkan bagaimana musuh Islam terpedaya dengan helah Salahudin dan seterusnya tewas berulang kali dalam peperangan menentang tentera di bawah pimpinan Salahudin.

"Ketika di medan perang, Salahudin ibarat ibu yang kehilangan anak tunggal"

Banyak pengajaran yang dapat saya ambil dari kisah ini namun saya lebih tertarik untuk berkongsi mengenai strategi perang yang dilakukan oleh baginda. Kebanyakkan strategi yang digunakan oleh baginda adalah mencontohi strategi Rasulullah. Tentera di bahagi kepada pasukan memanah, pasukan berkuda dan pasukan berjalan kaki. Mereka juga ada pasukan perisik. Perisik ditugaskan untuk mengintip pergerakan musuh dan keadaan geografi musuh sebelum mereka memulakan penaklukan. Ketika berperang pula, pasukan memanah akan berada di barisan hadapan, memanah dari jarak jauh, di ikuti pasukan berkuda kemudian menjatuhkan musuh dari kuda dan seterusnya perjuangan disahut pula oleh pasukan berjalan kaki.

Salahudin selalunya mengetuai pasukan berkuda dan baginda seorang pejuang berkuda yang sangat handal.

Ada kalanya Salahudin menggunakan taktik yang tidak pernah terfikir oleh musuh, "unexpected", contohnya, ketika menyerang mereka melalui jalan sukar berbukit bukau atau lembah yang tidak disangka-sangka oleh pihak lawan. Musuh bersiap sedia menanti kedatangan tentera Islam di jalan rata namun tentera Islam meredah bukit bukau dan menyerang dari arah yang tidak di jangkakan. Pertahanan musuh lemah di bahagian itu dan mereka dapat dikalahkan dengan mudah. Kebijaksanaan baginda mengatur strategi ketika di medan perang sangat mengagumkan.

Pernah juga Salahudin menggunakan helah untuk mengelirukan musuh. Mereka ingin menyerang kota A, namun setelah tiba di pertengahan jalan, mereka menukar haluan kononnya ingin menyerang kota B dan akhirnya berjaya memperdayakan musuh, setelah musuh masuk ke dalam perangkap, tentera Salahudin kembali menyerang pada waktu malam dalam keadaan musuh yang tidak bersedia dan kelam kabut. Pergerakan keluar masuk juga selalu dilakukan pada waktu malam untuk mengelak di kesan musuh.

Sebelum membuat sebarang keputusan, Salahudin pasti membuat perbincangan dengan pasukannya. Mereka sering melakukan solat hajat dan sentiasa menggantungkan harapan kepada Allah swt kerana yakin bahawa mereka di jalan yang benar. Salahudin sentiasa mengambil berat akan kebajikan tenteranya dan sering memberi ucapan yang mampu menaikkan semangat jihad tenteranya. Berjuanglah kerana Allah. Baginda sentiasa mengingatkan pejuangnya agar ikhlaskan niat jihad kerana Allah, kerana Islam dan bukan kerana kemegahan, nafsu marah, atau kerana ingin mendapatkan harta kekayaan.

Pernah ketika terkepung dan tiada tempat bersembunyi, Salahudin memerintahkan tenteranya menggali parit untuk dijadikan kubu dan menempatkan tentera memanah di dalamnya. Setelah musuh menghampiri, musuh dihujani anak panah yang tidak di sangka-sangka dan kejutan ini berjaya membuat mereka kelam kabut lalu berpecah. Ini lebih memudahkan lagi mereka ditewaskan kerana tidak bersatu dan kacau bilau.

Ketika mengepung pihak musuh yang bersembunyi di dalam kota, Salahudin tidak pernah berdiam diri, sentiasa mencari penyelesaian dan sering mengelilingi kota tersebut agar mencapai penyelesaian bagaimana menembusi tembok yang kuat itu, pernah mereka menangkap tentera salib dan meminta tentera itu mengajar cara mengetuk pintu agar pintu itu di buka dari dalam. Pernah juga tentera Salahudin menekan musuh di dalam tembok dengan mengalih arah aliran sungai dan menghalang sungai mengalir masuk ke dalam kota yang dikelilingi tembok itu.

Ada kalanya tentera salahudin menggali lubang untuk menyusup masuk ke dalam kota dan ada juga masuk menggunakan tali pada waktu malam untuk menyelinap masuk ke dalam kubu musuh. Setiap langkah yang di ambil di fikir sebaiknya dengan tenang tanpa sifat melulu dan diputuskan setelah di bincangkan dengan pasukannya. Baginda juga selalu memohon petunjuk dari Allah dan kusyuk dalam melakukan ibadat.

Untuk menakluk Jerusalem, Salahudin memasang strategi dengan penuh teliti. Antaranya adalah menyerang dan menakluk negeri disekitar Jerusalem agar mereka berpihak kepadanya. Salahudin memastikan negara Islam bersatu dan baginda memerlukan sokongan daripada negeri-negeri Islam dan Alhamdulillah, setelah kejayaan demi kejayaan di capai oleh Salahudin, akhirnya baginda menjadi masyhur dan menjadi kebanggaan Muslim. Baginda menjadi pembakar semangat Muslim untuk bersatu dan bangkit menentang tentera salib yang telah menzalimi orang Islam sejak dari dulu. Ramai juga orang Islam yang sukarela ingin menyertainya berjuang menakluk Jerusalem.

Tekad Salahudin bulat untuk menakluk Jerusalem yang sudah 80 tahun di takluki tentera salib. Cita-citanya untuk bersolat di Masjid Al-Aqsa. Baginda bersungguh-sungguh menewaskan tentera salib kerana tentera salib sudah lama melakukan kezaliman terhadap orang Islam. Ketika berperang, tentera salib menzalimi kesemua Muslim termasuk wanita dan kanak-kanak. Wanita di perkosa dan kanak-kanak dibunuh. Bayi-bayi di jadikan bahan mainan, di lambung ke udara kemudian di tusuk pedang atau tombak sehingga tubuh bayi berkecai. Penempatan dimusnahkan dan semuanya di bunuh dengan kejam.

Tentera salib di bawah pimpinan Birnis sangat kejam dan Birnis adalah seorang yang angkuh dan sering menghina Rasulullah saw. Birnis sering mengganggu rombongan muslim tidak bersenjata yang ingin menunaikan haji di Mekah. Birnis juga bernah bercita-cita menawan Mekah dan Madinah. Hal ini benar-benar membangkitkan kemarahan Salahudin Ayubi dan baginda bersumpah tiga kali untuk membunuh Birnis dengan tangannya sendiri. Permusuhan antara Salahudin dan tentera salib berlansung agak lama kerana tentera salib sering mendapat bantuan daripada Eropah. Pihak Jerman dan Perancis sering menghantar bantuan ketenteraan, makanan, dan kewangan untuk membantu tentera salib mengalahkan tentera Islam, namun ternyata, Allah lebih mengetahui. Kesudahanya, Birnis berjaya ditumpaskan oleh Salahudin ketika pertempuran satu lawan satu.

Tentera salib berjuang kerana ingin hidup tetapi tentera Islam berjuang kerana ingin mati syahid. Ingin mendapatkan keredhaan Allah dan ganjaran syurga. Tentera salib melakukan kezaliman terhadap musuhnya namun tentera Islam di bawah pimpinan Salahudin sering melayan musuh dengan baik. Tawanan perang di tawarkan sama ada untuk memeluk Islam atau membayar wang tebusan sebelum dibebaskan. Wanita dan kanak-kanak juga dilayan dengan baik. Ternyata, iman membezakan tentera salib dan tentera Islam.

Setelah sekian lama berjuang, akhirnya tentera Salahudin berjaya menawan Jerusalem tanpa pertempuran darah. Baginda lebih mengutamakan rundingan, perbincangan secara aman dan mengelakkan peperangan walaupun ketika itu, kekuatan berpihak kepada tentera Islam. Musuh dibenarkan keluar dari Jerusalem dengan aman setelah membayar wang tebusan. Mereka keluar dengan membawa harta tanpa dizalimi tentera Islam. Fakir miskin dan hamba pula dibebaskan tanpa apa-apa bayaran. Alhamdulillah, dengan izin Allah, mereka dapat menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.

Demikian sedikit sebanyak kisah yang dapat saya sunting dan kongsikan bersama, untuk mengetahui lebih lanjut, eloklah kiranya anda membaca buku itu sendiri, insyaAllah, buku ini benar-benar bermanfaat. Namun, hanya seperkara yang saya tidak gemar tentang buku ini adalah penutupnya yang tidak berapa indah, terasa ada kekurangan dimana saya berpendapat, penulisnya sekadar ingin menyiapkan buku ini dengan kadar yang cepat dan gagal menarik perasaan pembaca untuk terus berada di dalam cerita itu.

Walau apapun, ia tidaklah mencacatkan buku ini, tahniah kepada penulis kerana berjaya menulis dengan baik.

Semoga buku ini bermanfaat dan mampu menaikkan semangat pembaca agar lebih cintakan Allah dan rindukan syahid. Yakinlah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar. Semoga Salahudin tetap terus 'hidup' dalam jiwa kita orang Islam...

Allah sentiasa membantu hambanya yang membantu menjaga agama Islam...

Wallahua'alam

Sunday, September 27, 2009

CoPY aND PaSTe

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:53 PM





Malaysiakini

COPY AND PASTE LINK DI BAWAH




Malaysiakini

COPY AND PASTE LINK DI BAWAH

Tuesday, September 22, 2009

Bina Pelajar Bersahsiah

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:28 PM



Image












Aktiviti koko bina pelajar bersahsiah
KOKURIKULUM juga dikenali sebagai kurikulum tambahan, pendidikan untuk waktu lapang atau kelas tambahan. Aktiviti yang terkandung dalam kokurilum adalah sebahagian kurikulum formal yang merangkumi aktiviti persatuan, kelab, sukan dan permainan, serta unit beruniform yang dijalankan di luar bilik darjah...

memang bertepatan dengan falsafah pendidikan kebangsaan(FPK)

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Ini hanya lontaran pandangan saya yang cetek ilmunya...

Tapi adakah pendidikan Malaysia berjaya???

Di manakah kekurangannya???

Adakah daripada cikgu @ pelajar@ibu bapa???

Ikuti masalah di bawah

Ibu risau tiga anak lulusan universiti bergelumang dosa dan noda



Kasihan kepada ibu di atas...

betapa pedihnya hatinya...

mungkin masih terasa ketika melahirkan mereka dahulu...



pencapaian Akademik yang diutamakan sehingga kadangkala Emosi, Rohani dan Jasmani terabai....

Kalau tak percaya lihatlah diri kita sendiri....

ingatan pada diri sendiri yang bakal menjadi pendidik...

didiklah diri dahulu sebelum mendidik orang lain...

kita akan menjadi tatapan pelajar...


kita akan menjadi tatapan rakan sejawat...


kita akan menjadi tatapan ibu bapa...


kita akan menjadi tatapan masyarakat...


kita akan menjadi tatapan semuanya...

bukan untuk sehari @ sebulan @ setahun...

tapi selama-lamanya sehingga meninggal dunia...


"jika cikgu kencing berdiri, pelajar akan kencing berlari"

apa yang penting cikgu itu kena mempunyai pegangan agama tak kiralah dia muslim @ hindu @ buddha @ kristian...

sekiranya dia mempunyai pegangan agama yang baik semua masalah dapat dirungkai...

kata cikgu saya dahulu

"bolehkah seorang cikgu menyuruh pelajarnya menunaikan solat 5 waktu sehari semalam sedangkan dia sendiri x melakukannya kerana terlalu sibuk dengan perkara lain...

Mari sama-sama kita renung-renungkannya....

Maaf atas pandangan ilmu yang sedikit ini...

saya hanya insan biasa yang meminjam sedikit ilmu daripada penciptaku iaitu ALLAH..

seimbang itu perlu, jangan sengit sebelah..hehehehe

Monday, September 21, 2009

TiKeT Flight

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:25 PM

TIKET AIRASIA







Depart
Kuala Lumpur LCCT(KUL) to Labuan(LBU)
Wed 25 Nov 2009
Depart 0735
Arrive 1000
Return
Labuan(LBU) to Kuala Lumpur LCCT(KUL)
Sat 26 Dec 2009
Depart 1025
Arrive 1245


279.00 MYR
273.00 MYR1 Guest @ 273.00
6.00 MYRAirport Tax
246.00 MYR
237.00 MYR1 Guest @ 237.00
9.00 MYRAirport Tax

Total525.00 MYR



TIKET MALAYSIA AIRLINES(MAS)

Select a flight for your outbound journey, Kuala Lumpur - Labuan
MHlowMHbasicMHsmartMHflex
FlightFrom/ToTimeOur lowest faresBasic frillsValue for moneyTotal flexibility
MH2608Kuala Lumpur International Airport
Labuan
Wed, 25 Nov
09:00
11:25
Sold OutSold OutSold Out MYR 649.00
MH2636Kuala Lumpur International Airport
Labuan
Wed, 25 Nov
18:45
21:10
Sold Out MYR 325.00 MYR 520.00 MYR 649.00
Select a flight for your inbound journey, Labuan - Kuala Lumpur
MHlowMHbasicMHsmartMHflex
FlightFrom/ToTimeOur lowest faresBasic frillsValue for moneyTotal flexibility
MH2633Labuan
Kuala Lumpur International Airport
Sat, 26 Dec
07:45
10:05
Sold Out MYR 325.00 MYR 520.00 MYR 649.00
MH2609Labuan
Kuala Lumpur International Airport
Sat, 26 Dec
17:20
19:40
Sold Out MYR 325.00 MYR 520.00 MYR 649.00
Total price including tax: MYR 680.00


melihat pada harga tiket kapal terbang kemungkinan besar sem nie
saya xdapat balik kampung...huhuhuhuhu....
ada sapa2 nak sponsor ka...hehehehehehe.....
saya xmahu menyusahkan ibubapa saya....
bestnya kalau budak sabah sarawak yg belajar kat semenanjung
@ budak semenanjung yang belajar di sabah sarawak
dapat diskaun harga kapal terbang dr KPT....
tapi maybe itu semua angan2 kosonglah wana....
ingat lagi saya masa sem 1 minggu suaikenal(msk)...
masa bersama Bersama Dato' Idris Haron(wakil menteri pengajian tinggi)..
seorang pelajar dah kemukakan tentang kad diskaun nie...
tp sampai sekarang saya x dgr apa2 crta...
tolonglah.....
kalo macam nielah gayanya pokailah budak sabah srawak...
dahlah kami nie bukan semuanya org senang....
tahap ekonomi rendah...
hanya dapat pinjaman PTPTN...

sdalah barang2 kat cn semua mahal2 belaka...
satu lagi jarang sekali saya dengar budak sabah sarawak dapt biasiswa kpm/kpt...
mana silapnya???
(wana itu semua rezeki daripada Allah.. semua Allah dah tetapkan...)
Apa-apapun kepada semua pelajar yang dapat pinjaman PTPTN
jgn bazirkan duit tue...
itu hanya pinjaman jak tau...
hutang....
nanti kena bayar balik...

Ingat lagi pesanan seorang akak....
dia org labuan yang belajar kat semenanjung
kat usm...
tapi Alhamdulillah dah konvo...

akak tu pesan..
" dik belajar kat tempat org bukan mcm negeri sendiri. kn ambil
semua ilmu(agama, pelajaran, berorganisasi, bersosial dan mcm2 lg) tu banyak2..
jgn tinggal satu...
kena jaga akhlak n peribadi...
jgn belanja boros mcm org kaya...
berkawan dengan semua org....
kalau tension kn lihat mesti kita jauh pada Allah dan hanya tumpu pada dunia...
pentingnya jdlah anak yg baik, pelajar cemerlang, muslimah solehah dan
paling penting hamba yang bersyukur...
tidak semua org dapat masuk u tau...

akak tu dapat menamatkan pengajiannya hanya menggunakan
separuh drpd pinjaman ptptnnya...
selama mana dia belajar selama tulah dia tak pernah pulang labuan...

ayah hantar dia ke sana pada tahun 2003 dan menjemputnya pula masa konvo 2007...

AZAM: INGIN MENJADI SEORANG YANG BERJAYA
DUNIA DAN AKHIRAT..
INSYAALLAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...