Wednesday, December 30, 2009

~ Menguap + Bersin ~

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:01 PM

Menguap.....
Semua orang menguap termasuk juga saya.
Tetapi kadangkala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap.


Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut ....
Ini rasanya kebanyakan orang tahu.
Alhamdullilah... 
Kan manis gitu...

Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai...
huargh......huh.. ..haaah..
dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini.

Mengikut penjelasan seorang ustaz menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga Syaitan sangat menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan...
Astaqfirullahalazim...
Begitu rupanya...
Lalainya kita..

20060727_1.jpg (400×280)

Jadi pesan ustaz tersebut..
Bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi²an tapi ucapkanlah istighfar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan...


Sukakah kita bila syaitan seronok?
Sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa & maksiat yg kadangkala tidak kita sedar,

Setidak²nya usaha kita yg sedikit ini dapat memperteguhkan & memulihkan keimanan kpd ALLAH S.W.T & menjauhkan fitnah syaitan....

Menguap dlm Islam


Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t suka org yg bersin, & membenci org yg menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yg mendengarnya pula mengucap 'Yarhamkallah'. Adapun menguap itu adalah drpd syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yg terbuka".
(Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kpd orang2 yg bersin & membenci orang2 yg menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi krn yg demikian itu drpd syaitan yg mentertawakanmu."

(Hadis Riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tarmidzi)

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t membenci sesiapa yg mengangkat suara ketika menguap & bersin."

(Hadis Riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tarmidzi)



Pengajaran drpd maksud hadis, antara adab-adab menguap & bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut utk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara & mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucap "Alhamdulillah" & orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamkallah".

5. Sunat mengucap "Astaghfirullah" selepas menguap.

Wallahu 'Alam.

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

Monday, December 28, 2009

Pijak Kerongkong, Ubati Selesema

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:49 PM

Seorang lelaki 'suci’ ditangkap semalam atas tuduhan mendera kanak² selepas beberapa ibu bapa melihat dia memijak kerongkong anak mereka, kononnya untuk mengubati penyakit selesema.


Jamun Yadav, 50, memberitahu polis, kuasa kesucian Hindunya membolehkan dia memindahkan tenaga saktinya menerusi tapak kakinya.

Dia juga mendakwa kuasanya membolehkan dia mengubati semua penyakit di Katihar, timur India.

Jurucakap polis, Santosh Singh berkata: “Kejadian itu sungguh memeranjatkan.

Kami sudah menangkap lelaki itu. Orang ramai tidak tahu bagaimana dia merawat pesakitnya apabila mereka bersetuju membenarkan dia mengubat anak mereka.

“Dia mendakwa tidak memerlukan sebarang pembelaan di mahkamah atas alasan dia bercakap untuk Tuhan.

“Saya yakin ia pasti akan menjadi perbicaraan yang menarik.”



Wednesday, December 23, 2009

APABILA ANDA…Fikirkan Sejenak

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:59 PM

APABILA ANDA…


•Apabila semuanya serba tidak kena & anda tidak tahu apa lagi yg hendak dilakukan... ingatlah... anda masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi...

• Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

• Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yg mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu kerana Dia Maha Adil.

• Apabila hati terluka & kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia Maha Melihat segala²nya.

• Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

• Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala²nya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

• Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi yang sudi menemani, carilah jalan lurus itu dari Dia, yg menjadi satu²nya panduan hidup.

• Apabila orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara & keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

• Apabila miskin & papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.

• Apabila anda dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.

• Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia, satu²nya tempat yang boleh digantungkan harapan.

• Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang² yang sabar.

Monday, December 21, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:33 PM




Assalamualaikum


Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1431H ::


Kullu Aam Wa Antum Bikhair kepada seluruh Umat Islam & pengunjung blog Wana... 


Moga tahun baru ini membawa keberkatan & limpahan kurniaan rezeki dari Allah s.w.t... 


Tahun baru so azam baru semangat yang baru & semualah yang baru yg baik kepada kita semua...

Jaga diri & hiasi peribadi...


Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun² yang sebelumnya. Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah.
:girl_4:

" SIANG ITU TERANG, JANGAN GELAPKAN DENGAN DOSA"...

"MALAM ITU PANJANG, JANGAN PENDEKKAN DENGAN TIDUR"...

"MANFAATKAN MASA MUDA DENGAN MENJADIKAN TAQWA SEBAGAI PERAHU, IMAN SEBAGAI ISI & TAWAKKAL SEBAGAI LAYARNYA"...

KUATKAN AZAM DENGAN BERANIKAN DIRI MENGHADAPI SEGALA RINTANGAN DAN DUGAAN...

SALAM MAAL HIJRAH 1431H

Bengkel RPA

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:59 PM


Bermula semalam 20 Disember 2009 hingga 24 Disember 2009, aku bersama sahabat² yang lain mengikuti Bengkel Pemantapan Rakan Penggerak Ad-Din yang dijalankan di Kolej Aminuddin Baki, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tahniah & Takziah diucapkan kepada semua naqib & naqibah yang dipilih oleh Allah untuk menjalankan tugas baru bagi menyampaikan Islam pada sahabat yang lain.

InsyaAllah, Bengkel Pemantapan RPA ini bakal memberikan pendedahan kepada semua peserta dalam menggerakkan RPA.

" Pendidik Pemangkin Muttaqin"

Sunday, December 20, 2009

MeNGeRaT KuKu, Sunnah Nabi

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:52 PM

potongkuku25.jpg (389×550)

Cara memotong kuku kaki 


Dimulai daripada kelingking kaki kanan dan disudahi kepada jari kelingking kaki kiri mengikut tertib semua jari.

Sementara kuku tangan pula;

Dimulai dengan kuku 
jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah tangan kanan, kemudian jari manis tangan kanan, kemudian jari kelingking tangan kanan, kemudian jari kelinking tangan kiri, kemudian jari manis tangan kiri, kemudian jari tengah tangan kiri, kemudian jari telunjuk tangan kiri, ibu jari tangan kiri dan diakhiri ibu jari tangan kanan.

Begitulah susunan memotong kuku setiap jari kita..

Subhanallah…

Islam mengajar segala-galanya.

Wednesday, December 16, 2009

Sport and Recreation Intro Camp

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:46 PM

Alhamdulillah kami selamat melakukan aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan di Lembah Lenggong, Perak.
Biarkan saja gambar berbicara...

Monday, December 14, 2009

Lenggong

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:02 AM

MuziumLenggongIdris.jpg (242×403)

Hari ini aku akan kelenggong bersama 65 orang penghuni KHAR untuk program rekreasi selama 3 hari 2 malam..

Doakan moga kami selamat jalan dan pulang kembali..

Assalamualaikum..

Perkara Ajaib Dalam Minda

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:02 AM

minda.jpg (364×332)

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda


Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti
² kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari² biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas & bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringlah hari ni”, anda akan benar
² malas & boring. Maka jika anda ingin cemerlang & berjaya, bijak²lah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, "Kita sendirilah yg meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”


2) Berkomunikasi dengan minda ke minda


Apabila anda mengingat seseorang, & jika ingatan anda itu jujur, ikhlas & bertanggungjawab, & tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yg menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yg baik
², dalam masa yg sama insyaALLAH dia akan mengingat yg baik² juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat² tertentu anda terkenangkan seseorang yg telah lama anda tidak temui secara tiba². Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda & gelombang mindanya telah mengembara & akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yg lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang
² yg lebih kuat yg sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yg mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yg rapat misalnya suami isteri, ibu & anak, adik-beradik kembar & rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi


Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yg beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yg akan menarik sebarang pemikiran yg sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang
² negatif yg mengembara & akhirnya sampai kepada orang yg anda benci itu. Oleh itu, seseorang yg menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yg sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya


Tiada siapapun yg boleh membuatkan anda marah jika anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yg tersentuh adalah perasaan yg boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yg melampau
² pula bermula daripada emosi yg ditarik², diiya²kan, diransang² & disungguh²kan, ibarat api yg dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yg berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama


Anda mungkin pernah melihat seseorang yg beremosi pada satu masa tetapi pada masa yg sama bercakap seolah
² tidak menghadapi sebarang masalah & ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yg beriya² tetapi dalam masa yg sama dia menghadiahkan anda senyuman & mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yg ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda terangsang melalui solat dan doa


Solat itu doa & doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yg erat antara dirinya dengan alam ghaib & yg terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yg sentiasa berdoa & sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk & meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yg lebih terfokus.

Seorang yg berjaya adalah seorang yg tenang & ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yg ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.

Saturday, December 12, 2009

Baktisiswa Cakna Ilmu

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:28 PM


Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kepada hambanya untuk mengenali masyarakat luar melalui Program Baktisiswa Cakna Ilmu 2009 yang aku ikuti baru-baru ini. Selama 6 hari di Kampung Paya Luas, Temerloh, Pahang banyak perkara aku pelajari seperti berkenalan keluarga angkat, menjadi pengerusi majlis, menjadi ajk teknikal dan banyak lagi. Kegembiraan menimba pengalaman baru di tempat orang tidak dapat dibeli dengan wang.


Rumah angkat yang aku diami selama 6 hari terdiri daripada Pak Ju iaitu Haji Hamid bin Abu Bakar, Mak Ju, Kak Aisyah, Adik Ikin, Adik Ika dan Adik Iman. Sebenarnya pada mulanya aku dan Aisyah ditempatkan di rumah keluarga angkat bernama Hj Aziz iaitu Iman Besar Kampung Paya Luas. Tetapi hajat mereka untuk mereka mengambil anak angkat tidak kesampaian apabila seorang daripada ahli keluarga kemalangan di mana patah 3 tulang iaitu 2 kaki dan tulang belakang kerana jatuh dari pokok. Akhirnya kami ditempatkan di rumah Hj Hamid.

Kalau nak cerita sepanjang program penat tangan nak taip. So biarlah gambar yang menceritakan segalanya.

Hari Pertama


Sebelum bertolak

Proses pembersihan kerusi

Banyaknya beg

Masing-masing sibuk mengangkat barang

Penyerahan keluarga angkat

Melawat ternakan lintah

Antara barang yang dihasilkan dari lintah, kayu cendana, ikan keli dll

Lintah....

Ikan apa nie??? Macam ular saja aku tgk

Panel Forum Pengertian Cakna Ilmu

Adik yang berani utk tampil bertanya kpd panel


Hari ke-2

Senaman hula-hula menari

Pertandingan mewarna

Buat origami

Menyental lumut pada kolah masjid

Bersihkan surau

Menariknya mini libraryku

Sibuk menyusun buku-buku

En. Azman turut bermain gasing

Yeah... masak dodol

Cantikkan muka kami...hehehhehe

Sukaneka

Lompat jangan tak lompat...

Tazkirah antara maghrib & isya'

Fasi bengkel

Adik-adik, ikut abang & kakak bt ya..


Hari ke-3

Senaman J-robik dari Johor

Pn. Liyana pegang belon kembar siam

Aktiviti science bersama kanak-kanak

Sesi pemeriksaan kesihatan

Lawatan ke rumah orang yang kurang bernasib baik di Kg Paya Luas

Antara sukan rakyat yang dijalankan antara pelajar UPSI dgn penduduk kg

Pemain muzik untuk tarian sewang

Tarian sewang yang ditarikan oleh orang asli

JMK KHAR berdikir barat

Aktiviti melepaskan tanglung


Hari ke-4

Senaman i feel goodddddddd

Penyerahan Cenderahati semasa Majlis Penutupan Baktisiswa Cakna Ilmu

Alhamdulillah kami telah menjalankan tugas sebagai Unit Teknikal.. Moga-moga apa yang dipelajari dapat digunakan utk masa hadapan

Sebelum bertolak ke Jerantut

Asyik, asyik sampai Jerantut...

Jalan-jalan cari makan di pasar malam Jerantut

Melawat ternakan ikan suami kak aisyah di sungai pahang

Menyemak di hadapan rumah orang kahwin


Hari terakhir


Berkunjung ke Majlis Perkahwinan Org Temerloh


Gambar Terakhir Bersama Keluarga Angkat

Selamat Tinggal Orang Kampung Paya Luas, jasa baik anda melayan kami sebagai tetamu hanya Allah saja dapat membalasnya. Kalau panjang umur dan murah rezeki kita akan berjumpa lagi.

Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...