Friday, February 26, 2010

Salam Maulud Nabi

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:48 PM



Wednesday, February 24, 2010

Wana, Kuat Nangis!!!

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:30 PM



Kalau aku menangis hari ini..

Bermakna dalam kesedihan..

Telah jatuh air mata di lautan diri..

Aku tahu waktu itu...


Aku hanya hamba kepadaNYA..

Terlalu kerdil di dunia fana ini Dan keranaNYA hari ini..

Aku cuba kembali tenang melihat
Segala kekusutan diri..

Dan pengalaman hidup, Memberi aku kekuatan untuk terus berdiri sebagai hambaNYA..

* Gelak bila teringat seorang sahabat kata dekat saya.... 

"Wana kuat....Dia diam...Pastu sambung balik...
Kuat nangis...h[u]h[u]h[u]h[u]...."

Wednesday, February 17, 2010

~ 911 RESCUE is SECURE ~

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:40 PM

Assalamualaikum...


Wahai jasad yang meminta tolong kepada Allah swt...


Aku masih mampu menaip, yang masih diizinkan oleh Allah untuk menaip...


Tapi untuk blog yang ini aku tak huraikan panjang sangat, cukuplah sekadar untuk menyampaikan apa yang ingin disampaikan dan sebelum ini pun sudah ada yang membicarakan apa yang aku nak taip ni, tapi itu mereka, aku dengan cara aku sendiri yang diizinkan oleh Allah (sangka baik kepada Allah)...


Yakin bahawa Allah sentiasa menolong hamba-Nya samada pertolongan itu secara tidak sedar atau tidak sahaja...


Walaupun sahabat aku yang menolong aku sekalipun, tetap aku ingat bahawa pertolongan itu datang dari Allah jua kerana aku ini tiada daya upaya untuk melakukan segalanya...


Hanya dengan bantuan Allah sahaja aku dapat menyiapkan kerja-kerja aku seharian...


Banyak rancangan televisyen yang menunjukkan sikap tolong-menolong antara pelakon sendiri...


Ada yang berlakon dan ada yang ditayangkan yang nyata berlaku...


Apapun, pertolongan yang paling BESAR adalah dari ALLAH swt...


Kalian semua akan menjadi saksi sebentar lagi dengan hati kalian yang membaca Firman Allah dalam Surat Al-Fatihah, ayat 5 :


"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan Hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan."





Pernahkah kalian tengok atau dengar tentang Rancangan RESCUE 911 di negara Barat?


Dan aku juga tahu, mungkin juga kalian juga tahu yang bahawasanya Umat Yahudi tahu kewujudan Allah tapi mereka TETAP tidak mahu mengaku yang Allah itu adalah Tuhan Yang Berhak Disembah.


Dan apa yang aku nak terangkan kat sini hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya.


Aku hanya mengkaitkan sahaja.


RESCUE 911.


Di dalam perkataan RESCUE itu terselindung perkataan SECURE dan juga perkataan 'ESC' yang membawa maksud ESCAPE.


Cuba tengok kat keybord komputer/laptop kalian.


Hujung atas belah kiri.


Apa maksud ESCAPE?


Betul ke kalau aku taip 'membebaskan dari kesusahan' yang aku kaitkan dengan RESCUE nie ?


Kembali kepada RESCUE 911 tadi.


Jadi RESCUE bermaksud "pertolongan, penyelamatan, membebaskan, menyelamatkan" dan SECURE pula bermaksud "aman, sejahtera, selamat".


Cuba lihat sekejap cara aku baca ayat nie yang akan menampakkan sesuatu.


Begini;


RESCUE 911 is SECURE.


Baca semula ayat di atas dari kanan ke kiri :


SECURE is RESCUE 911.


Baca lagi ayat di atas dari kanan ke kiri :


911 RESCUE is SECURE.


Nampak macam ada sesuatu di dalam ayat itu kan?


Siapakah 911 itu?


Tapi kenapa mereka menggunakan nombor 911?


Mengapa mereka tidak menggunakan nombor 999 macam kat Malaysia nie?


Rancangan TV kan?


Yang menunjukkan polis menyelamatkan keamanan dari terus diceroboh oleh anasir-anasir yang kurang sihat dan kurang khasiatnya untuk akhirat.


Mari kita lihat dari mana datangnya nombor 911 itu dan bagaimana ianya muncul dalam perkataan RESCUE 911.


Rancangan yang dipelopori oleh masyarakat barat nie.




Cuba lihat gambar di atas tu.


Nama ALLAH yang ditulis dalam tulisan Jawi dari kanan ke kiri, ALIF, LAM, LAM, HAA.


Lihat bagaimana licik dan halusnya pemikiran Umat Yahudi nie.


Mereka nak guna nama Allah, mereka takut Umat Islam memberontak.


Lihat sahaja ketika isu Kartun Nabi Muhammad SAW dulu, satu dunia marah.


Tahu takut.


Tapi bagus juga Umat Yahudi nie, menyatukan hati Umat Manusia Alam dalam menjaga imej Islam.


Aku faham sangat pemikiran Umat Yahudi nie.


Dia asyik kalah je dalam peperangan, jadi nak tak nak terpaksa cari jalan lain untuk terus menyerang Umat Manusia Islam secara serangan minda melalui akal pemikiran mereka yang licik dan yang begitu halus itu.


Lihat 4 anak panah merah itu dan perhatikan perbezaan di dalam kawasan berbulatan garisan kuning itu.


Dari nama Allah yang ditulis dalam tulisan Jawi, mereka pisahkan antara huruf Jawi itu satu demi satu dan akhirnya terbentuklah, 9_1_1, mereka upgrade sikit, jadi 9-1-1, dari segi penglihatan mata memang tak cantiklah, jadi mereka tukar lagi akhirnya wujudlah 911!


Jadi 911 itu adalah jelmaan dari nama ALLAH.


Apakah ini juga ketentuan Allah?


Wallahu a'lam.


Maka aku kembali kepada ayat 911 RESCUE is SECURE, tadi.


Aku terjemahkah dalam Bahasa Umat Manusia Melayu yang membawa maksud kepada


911 PENOLONG YANG SELAMAT DAN TERJAMIN


Kalian lihatlah sendiri cara mereka menyembunyikan sesuatu itu!!


Lihatlah!!


Bukankah rancangan RESCUE 911 itu sendiri menjuruskan kepada perkhidmatan pertolongan?


Yang menunjukkan mereka itu adalah penolong kepada orang-orang yang sedang dalam kesusahan?


Rancangan RESCUE 911 bukannya satu rancangan yang tidak elok, ianya adalah rancangan yang menunjukkan satu sikap iaitu SIKAP TOLONG.


Jadi, secara terkaitnya, begitulah.


Bukankah Allah adalah PENOLONG kita semua??


Tadi telah aku katakan bahawa nombor 911 ini adalah jelmaan dari nama Allah yang telah dijelmakan oleh Umat Yahudi dan sekarang aku gantikan 911 itu.


Lihat


911~ALLAH.


ALLAH PENOLONG YANG SELAMAT DAN TERJAMIN

atau diEnglishkan ;


ALLAH RESCUE IS SECURE !


Nah..!!


Apalagi yang mahu dikatakan?!


Kembali kepada tafsir surat Al- Fatihah tadi, ayat 5 tu, bukankah Allah menyuruh kita meminta tolong kepada-Nya?


Itulah..


Ok, itu salah satu daripada jelmaan nama Allah yang dijelmakan oleh Umat Yahudi dalam bentuk nombor yang nyata dapat dilihat oleh mata kalian sendiri.


Ada lagi yang lebih tersirat, lebih hebat daripada 911 ini yang telah dijelmakan oleh mereka dalam bentuk yang lain.


Aku akan publishkan dalam masa terdekat ini kerana aku rasa ianya amat menarik.


Akhir kata dari aku, mintalah tolong kepada Allah swt, jikalau kalian berada dalam kesusahan dan serulah gelaran Allah iaitu Ya Latiff Ya Latiff Ya Latiff jikalau kalian sukar untuk memahami sesuatu perkara yang sulit.


Insyaallah dengan izin-Nya kalian dapat memahami sesuatu yang sulit itu dengan mudah dan tenang.


Maafkan aku kalian semua, andai ada salah tatabahasa dalam perjalanan jari jemariku ini.


Semoga Allah mengampuni dosa aku dan juga dosa kalian semua dan semoga Allah menolong kita semua untuk terus menunjukkan JALAN YANG LURUS kepada kita dalam menuju ke SYURGA.


Wallahualam

Ainan mahasiswa berusia 10 tahun

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:15 PM

Pada usia tujuh tahun, Ainan mula mendapat perhatian dunia kerana kepintaran luar biasanya dan menjadi kanak² termuda lulus subjek kimia di peringkat GCE O-Level. Hari ini dia mengukir satu sejarah lagi apabila bergelar mahasiswa universiti.



"SEJAK kelahirannya dia merupakan bayi yang luar biasa. Apabila saya bercakap, dia memalingkan kepalanya kepada saya dan terus berhenti menangis," luah Valentine Cawley, 41, mengenai anak sulungnya, Ainan Celeste Cawley, 10.

Petanda lain mengenai kelahiran anak sulung Valentine turut dirasai oleh isterinya, Syahidah Osman Cawley, 30, seorang pelukis potret & penulis.

"Ketika saya mengandungkan Ainan, berlaku gerhana matahari penuh. Saya & suami dapat menyaksikan gerhana matahari tersebut bersama²," katanya.

Bagi mereka, semua itu merupakan antara petanda baik bahawa anak sulung mereka mempunyai keistimewaan.

Tekaan mereka ternyata benar apabila Ainan menunjukkan perkembangan yang luar biasa selepas kelahirannya.

Ainan mula merangkak pada usia 4 bulan, berjalan ketika 6 bulan & berlari ketika 8 bulan. Malah, pada usia Ainan mencecah 6 tahun, dia mula menunjukkan minat membaca buku kimia.

Kelibat Ainan membaca buku kimia disedari ibu saudaranya. Lalu ibu saudaranya bertanya kepada Ainan sama ada dia faham isi kandungan buku tersebut.

"Ya, saya faham apa yang dibaca," jawab Ainan ringkas.

Sejak itu, buku kimia menjadi santapan mindanya. Ketika kanak² seusianya baru menguasai kemahiran asas membaca, menulis & mengira, Ainan pula sudah mendalami subjek kimia.

"Setiap hari Ainan akan menunjukkan kertas kerja kimianya kepada saya termasuk idea²a kimia yang direka sendiri olehnya. Hasil yang ditunjukkan kebanyakannya menghurai mengenai simbol kimia yang begitu kompleks.

"Otaknya begitu pantas memberi tindak balas kepada subjek kimia," kata Valentine.

Setahun selepas mempelajari subjek kimia, Ainan menduduki ujian kimia peringkat O-Level ketika usianya 7 tahun. Kanak² berdarah Ireland di sebelah bapa &n Melayu Singapura di sebelah ibunya itu lulus ujian tersebut menjadikan dia manusia termuda mencapai rekod itu.

Kejayaan Ainan dicatatkan dalam Singapore Book of Records.


Sejak tahun 2007, nama genius muda itu sememangnya menjadi sebutan seluruh dunia. Beberapa rekod lain dicipta Ainan selepas itu seperti pelajar politeknik termuda di dunia.

Terbaru dia mencipta satu rekod lagi baru apabila menjadi kanak² pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah universiti. Sejak awal tahun ini Valentine & Syahidah memilih universiti di Malaysia, Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara untuk menyambung pengajian Ainan.

Ini bermakna pada usia 10 tahun, Ainan sudah bergelar seorang mahasiswa. Kanak² itu meneruskan pengajian dalam Ijazah Program Amerika.

Ainan di HELP

AINAN mampu menghuraikan simbol kimia yang kompleks.


Berdepan dengan situasi yang hampir sama dengan ibu bapa kanak² genius lain, Valentine & Syahidah sebenarnya sedikit bergelut dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik buat Ainan.

"Kami berdepan dengan sistem pendidikan yang tidak sanggup membuat pengecualian untuk menampung keperluan Ainan.

"Ramai beranggapan kanak² pintar tidak memerlukan bantuan khas, walaupun pada hakikatnya semakin pintar seseorang itu, semakin banyak yang mereka perlu pelajari," kata Valentine.

Sekiranya kanak-kanak genius dipaksa untuk menuruti sistem pendidikan konvensional, maka mereka akan merasa bosan, kecewa, sekali gus hilang minat terhadap pendidikan.

"Ainan menghadiri sekolah dasar selama 3 tahun di Singapura & merasa bosan," cerita Valentine.

Bapa kanak-kanak genius itu merupakan seorang penulis, pakar fizik kerajaan, pengasas & pengarang majalah Arts. Dia juga seorang artis persembahan yang pernah mendapat liputan saluran televisyen Cabel News Network (CNN) & agensi berita, Reuters.


Mencari sebuah universiti yang dapat memberikan pendidikan terbaik kepada Ainan, usaha Valentine & Syahidah akhirnya berlabuh di Malaysia. Mereka menghubungi Presiden Persatuan Kanak² Bergeliga Malaysia (NAGCM), Zuhairah Ali, untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Dalam masa seminggu, Zuhairah telah mendapatkan tawaran daripada beberapa buah kolej dan universiti di Malaysia.

Mereka mendapati Kolej Universiti HELP paling sesuai untuk Ainan.

Selain menuntut dalam Ijazah Program Amerika Ainan juga akan mengambil kursus sains komputer, di samping meneruskan pengajian kimia, subjek fizik & matematik peringkat A-Level.

"Dia juga akan mengambil subjek sastera liberal untuk menjamin satu latar belakang pendidikan yang luas serta sebagai persediaan menghadapi tugas & cabaran akan datang. Program pembelajarannya akan berubah mengikut minat Ainan," kata Valentine.

Memudahkan lagi pemantauan Valentine terhadap anak sulungnya itu, dia bersetuju menerima tugas Penyelidik Psikologi di Jabatan Psikologi, Fakulti Sains Tingkah Laku di Kolej Universiti HELP.

Demi Ainan juga, Syahidah & 2 adik Ainan, Fintan Cawley, 6, & Tiarnan Cawley, 4, juga menetap di Malaysia.



Fintan & Tiarnan turut menunjukkan perkembangan kecerdasan minda yang hampir dengan Ainan cuma mereka memiliki kekuatan masing² dalam bidang berbeza.

Sementara itu, Pengarah Jabatan A-Levels Kolej Universiti HELP, Jahn Cheah, melahirkan rasa gembira & bangga kerana memperoleh seorang pelajar genius di universiti itu.

"Kami akan pastikan Ainan menerima sokongan penuh terutamanya sebagai kanak² istimewa yang memerlukan pendidikan yang berbeza. Kami pasti Ainan akan seronok menimba ilmu pengetahuan & pengalaman yang baru di HELP," katanya.

Tiada makanan tambahan
Tidak terlalu bimbang dengan sajian makanan untuk Ainan di Malaysia, akui Syahidah tiada makanan khas atau istimewa diberikan untuk Ainan.

"Dia makan apa saja yang dia mahu. Apa yang saya tahu, Ainan sangat suka makan biskut cip coklat dan roti canai.

"Semasa saya mengandungkan Ainan, saya tidak mengidam makanan yang pelik². Saya mengandung normal seperti wanita lain," kata Syahidah.

Kanak-kanak pintar

Malaysia juga mempunyai kanak² pintar. Adi Putra Abd. Ghani, 11, yang merupakan seorang kanak² prodigi dalam bidang matematik di Malaysia.

Adi yang dilahir di Bagan Serai, Perak memiliki kepintaran dalam matematik sejak berusia 5 tahun lagi.

Dia mampu mencetuskan formula² baru dalam bidang matematik yang hanya boleh dilakukan oleh profesor matematik di universiti sahaja.

Adi juga begitu mahir dalam bidang matematik terutamanya algebra, trigonometri, darab antara 5 hingga 6 digit.

Menurut Ketua Jabatan Antropologi & Sosiologi, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar, memang dari sudut psikologi beliau bersetuju terdapat faktor genetik & persekitaran yang menyebabkan seorang kanak² itu pintar.

"Kebanyakan kanak² pintar disebabkan oleh faktor genetik. Namun begitu, jika ia ditambah dengan stimulasi, rancangan masa depan & persekitaran yang sihat daripada ibu bapa mereka, kanak² itu akan menjadi lebih pintar apabila mereka dewasa kelak," katanya.

Subhannallah... Begitulah kebesaran Allah... 

Tuesday, February 16, 2010

Corat Coret MPP: MPP 2009/2010

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:20 PM

Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris sesi 2009/2010































Banner nie saya buat utk letak link pada blog setiap ahli MPP. Walaupun tidak secantik poster yg dibuat oleh Exco Penerbitan & Informasi tapi saya puas hati sebab ini hasil kerja tangan saya sambil belajar kimia organik asas.





Semoga kita dapat menjalankan amanah & tanggungjawab yang dipikul untuk menjaga kebajikan pelajar UPSI.


Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...