Saturday, July 31, 2010

‘Tariq – Menang ataupun Syahid’

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:19 PM

Alhamdulillah akhirnya Novel Sejarah Islam dapat wana baca habis walaupun mengambil masa yang lama. Syukran pada roomateku yang sudi meminjamkan buku untuk penambahan ilmu pengetahuan wana..


Novel ‘Tariq – Menang ataupun Syahid’ yang ditulis dalam bentuk kreatif ini menceritakan sifat kepahlawanan seorang lagi pahlawan Islam yang pada asalnya hanya seorang hamba.



Disebabkan memiliki sifat-sifat yang terpuji,dia dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya dan seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12,000 tentera Islam ke Sepanyol.



Tariq menganggap kedatangan mereka ke Sepanyol hanya untuk syahid ataupun mengalahkan musuh.



Disebabkan itulah dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang.



‘Di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid.’



Kata-kata keramat Tariq berjaya meniupkan kembali semangat jihad dalam kalangan tentera Islam.



Tariq turut mencontohi Nabi Muhammad S.A.W dalam pelbagai aspek seperti strategi peperangan dan pemilihan tentera hanya pada tentera yang tidak pernah tinggal solat tahajud dan puasa sunat isnin-khamis..



Beliau sentiasa ingat terhadap pesanan Musa bin Nusair agar tidak membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua ketika berperang. Hanya yang menentang Islam sahaja tentera Islam dibenarkan angkat senjata.


Untuk mengetahui cerita lebih mendalam jangan lupa baca Novel Tariq – Menang ataupun Syahid’ ..



InsyaAllah terbaik...



Wallahualam



Salam Mujahidah...

Friday, July 30, 2010

Di Sebalik Wajahmu 2

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:55 AM


Utk kali keberapa, ana masih nak tanyakan enti, enti tahukan hukumnya? Sebelum enti menghinakan mereka yg berpurdah? Rozita yg ana kenal takkan mudah berputus asa dgn cacian orang, kan? Enti pun tahukan, ana sudah menjelaskan bukan semuanya memakai krn memahami hukum. Enti pun tahukan tujuan ana menulis novel Kain Kecil Di Wajahmu adalah utk menerangkan pd adik² tentang hukum berpurdah ni, sabarlah lambat laun mereka akan faham. Ana tahu ramai sangat yg tak faham lagi hukumnya dlm Islam. Ana pun memerlukan kajian bertahun². Ada juga yg memakainya krn malu pd lelaki. Enti pun fahamkan perasaan tu. Ia fitrah & ia baik, memudahkan lelaki menjaga pandangan. Bukankah Islam menuntut lelaki & perempuan agar menjaga pandangannya seperti dlm Surah an-Nur ayat 30-31?


Rozita terdiam. 


Dia teringat macam mana setiap kali meeting dia selalu menundukkan kepala & kadang² berselindung di belakang Sumayyah krn malu yg begitu menebal pd kaum lelaki. Dia sedar bahawa dirinya banyak terpengaruh dgn kata² muslimin. Tapi, Rozita masih merasakan sakitnya panahan kata² Azrol dlm meeting tadi, macam benar.

Azrol kata,
"Purdah ni cuma adat sahaja."


Rozita cuba mengingat kembali hujah Azrol.

Azrol tu siapa? Azrol mana, Ita?

Sumayyah cuba menguji.

Azrol la, mana ada Azrol lain, pelajar tahun tiga Engineering. Enti pun kenal, kan ana selalu menyebut namanya.


Katanya, 
Muslimat ni tak perlu berpurdah dalam organisasi, purdah ni adat sahaja.”

Sumayyah menggeleng perlahan. 

Maaflah jika ana katakan begini. Azrol tu kan ana kenal sangat. Mana pulak adat. Azrol tu baru menyertai usrah kita semester ni. Semester ni ustaz baru kupas buku Fiqh Sirah 1, buku Fiqh Sirah 2 belum lagi ustaz kupaskan dlm usrah. Yg ustaz kupaskan dlm usrah MT yelah Fiqh Sirah 2 termasuk. Tapi utk excokan baru Fiqh Sirah 1. Merekakan masih baru menyertai usrah. Azrol tu kan memandai je…Astaghfirullahal’azim, bukan ana nak mengumpat, Ita. Tapi, enti nak terima hujah seseorang perlu menilai juga pandangannya & pengamalannya selama ini terhadap hukum² dlm Islam. Azrol cukup tidak suka muslimat yg berpurdah. Dia sudah terdidik dgn pemikiran Barat. Ibunya bertudung selempang, bapanya mementingkan akademik anaknya & tidak mementingkan agama mereka adik-beradik. Ana kan sekampung dgnnya. Azrol bukan dari sekolah agama & bukan pelajar pengajian Islam. Oleh itu, Azrol tidak tahu tentang hukum berpurdah. Dia hanya dengar² je & buat kesimpulan, mengkaji jauh sekali. Azrol pernah buat tesis atau kajian tentang purdah ke? Bila ye, ada kajiannya? Boleh tunjukkan pd ana.

Tapi, Azrol ada hujah yg kuat.

Apa hujahnya?

Pendakwah tidak boleh menutup muka, ia mengganggu dakwah.

Itu bukan hujah, itu pendapat.

Pendapat peribadi, tanpa sokongan dalil tidak boleh dijadikan hujah dlm Islam, Sumayyah menjelaskan tegas.

Ia membuatkan mad’u lari daripada kita.

“Dan tidak ada kewajipan bagi mana-mana perempuan untuk mentaati perintah yang tidak ada asasnya dalam Islam, jelasnya ana sendiri yang menyusun bahagian tarbiyah. Enti tahukan kebanyakan adik-adik yang pergi usrah yang dibawa oleh naqibah yang berpurdah. Yang tidak berpurdah pula yang kurang anak usrahnya. Ia bergantung kepada komitmen dan kekreativitian naqibah sebenarnya, enti pun tahu sejarah Kelab Amar Ma’ruf, kan sudah bertahun-tahun kita di sini semenjak diploma. Bukan kerana purdah orang lari tapi kerana Islam itu sendiri yang ditakutinya. Mana ada orang suka benda baik, Ita. Kenapa ye, yang lain-lain tidak berdakwah dengan lebih bersemangat kalaulah muka mereka itu digunakan untuk berdakwah, sepatutnya lebih ramai yang berjaya ditarik ke dalam usrah. Ana tengok sama sahaja. Boleh ke kita salahkan hukum Islam jika orang lari dari kita? Dulu bertudung labuh pun dapat spekulasi yang sama, bertudung hitam pun sama, sekarang bila dah ramai berpurdah, yang berpurdah pula dituduh orang lari. Tiba-tiba sahaja, yang bertudung labuh orang tak lari pula? Pelik tu. Masyarakat yang belum mengubah cara berfikir, masih kolot dan jumud tentang islam, itu tujuannya usrah. Bukanlah dengan menanggalkan apa yang ada pada diri kita. Entahlah Ita, terpulang, ana secara peribadinya lebih selesa berdakwah dengan berpurdah. Di asrama kita bersama adik-adik perempuan dengan selesa. Di luar asrama kita berurusan dengan muslimin dalam keadaan terjaga. Ana lebih suka purdah ni dalam memelihara diri, jika tidak, nak bermesyuarat dengan muslimin pun ana malas. Ana pelik dan rimas kenapa mereka boleh pula melihat wajah kita semudahnya. Islam telah menyelamatkan ana, Allah mengurniakan kain kecil ini bagi memudahkan urusan organisasi kita,”

“Jelasnya, Azrol bukanlah ulama’ sehebat Ibnu Mas’ud, Ibnu Kathir, Ibnu Abbas, Syeikh Muhammad bin Salih bin Uthaimin dan lain-lain ulama’ kebanyakan ulama’ Syafi’iyyah. Adakah Azrol menyalahkan ulama’? Azrol bukan sahaja tidak tahu hukum berpurdah bahkan banyak lagi hukum tidak diketahuinya. Enti pernah test tanya dia hukum berwudhuk, hukum solat jamak dan qasar, hukum membeli barangan Israel dan Amerika, enti pernah tanya pada Azrol tentang pendapat ulama’ tentang solat bagi keempat-empat mazhab berlainan?”

“Enti ni, Azrol tu makan Mc’ Donalds lagi, tapi beria-ia mengatakan purdah tak perlu pakai kerana ulama’ kontemporari Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi menghukumkan begitu. Tapi, ada tak dia nak terima fatwa ulama’ yang sama yang mengatakan haram membeli produk Amerika dan Israel? Azrol, untuk pengetahuan enti seorang yang tak thiqah dan hanya mengambil hukum yang ia suka sahaja. Ya, yang selari dengan nafsu dan gaya hidup kebaratan yang telah didoktrinkan oleh yahudi dalam pemikirannya. Tak perlu jauh-jauh, Azrol tu bercouple lagi. Apa bercouple tu tak haram baginya?” Sumayyah mempersoalkan satu persatu hukum yang dia tahu merupakan bukan kepakaran Azrol.

“Tapi, Azrol bertanya pada pensyarahnya,”

“ Pensyarahnya yang dia rapat? Puan Zaitun ye?” Sumayyah menyoal dengan penuh kepastian.

Rozita mengangguk lemah.

“Puan Zaitun belajar di sekolah mana, Ta? Puan Zaitun pengkhususan apa? Puan Zaitun ambil degree dan master di mana dan apa bidang kajiannya? Puan Zaitun pakai macam mana di luar kolej? Apa hukum menutup aurat bagi Puan Zaitun? Pernah jumpa beliau di luar kolej tak? Boleh diringankan sampai ke tahap tu sekali? Allahuakbar! Ana bukan macam tu, Ita. Boleh ke kita tanya tentang akaun pada pelajar Qur’an Sunnah? Boleh ke dia jawab? Boleh kalau dia pernah belajar dan kaji tentang akaun sama ada di sekolah atau di peringkat universiti. Perlu ada bukti bahawa ia pernah mengkaji perkara ini. Jika Azrol berpendapat setakat meminjam pendapat Us Razali dalam blognya yang terkenal tanpa sebarang pengkajian lanjut nak suruh kita membuka purdah? Siapa dia untuk mempertikaikan al-Qur’an? Hmm…cuba kalau Azrol suka merujuk Us. Abu Zaki, Us. Saifullah , Us. Amzan, tentu lain pula pendapatnya. Merujuk tentang Akaun bolelah pada Puan Zaitun, ape pulak soal hukum merujuk Puan Zaitun? Hmm…ana kalau nak tanya akaun ana tak tanya ustaz Amzan, Ita. Itu bukan kepakarannya,” Sumayyah menggelengkan kepala. Dia faham benar betapa bersungguh-sungguhnya pelajar bukan pengajian Islam ni meletakkan hukum berpurdah mengikut nafsu dan kejahilan mereka.

“ Enti tak boleh la nak tunjuk hebat, sedangkan mereka muslimin kan tentu mereka lebih tahu,” Rozita cuba membela.

“ Ana tak tunjuk hebat, tapi kalau dah enti mempersoalkan hukum Allah, ana perlu pertahankan Islam yang ana anuti. Sepatutnya enti berkata begitu kepada Azrol kerana dia bercakap tentang sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu mengenainya. Muslimin, jika suka bermain game, suka buat perkara lagha, chatting dengan muslimat sana-sini, bercouple dan tidak menjaga thiqah, maafkan ana tapi ana tak respect langsung. Jika ilmu setakat di bibir bukan dicerminkan pada perlakuan, perlu ke kita hormat padanya? Dalam Surah as-Saff ayat 4 pun Allah mencela orang yang memperkatakan sesuatu yang ia tidak lakukan,” Sumayyah menjelaskan sikap buruk sesetengah Muslimin yang tidak boleh dipakai kata-katanya.

“ Ya, kita muslimat. Namun ini bukan soal ilmu muslimin atau muslimat. Sebelum Azrol mencadangkan pada Muslimat Kelab Amar Ma’ruf untuk menanggalkan purdah, Azrol perlu buka al-Qur’an untuk lihat hukum berpurdah yang telah ditetapkan oleh Allah. Azrol tidak boleh menghukum dengan pendapat peribadi. Ia mesti didasari ilmu, Azrol perlu membuat kajian sebelum ia memberi arahan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Ya, tidak ada kewajipan berpurdah bagi sesetengah ulama’ tapi tidak boleh menghalang wanita berpurdah, itu kan sudah fitrahnya, dan islam pula menggalakkan. Salah tu, memang salah menghalang orang memakai purdah, sama salahnya memaksa-maksa orang memakai purdah,” Sumayyah menjelaskan bagaimana dahulu ia mula mengkaji tentang purdah. “ Bukan soalnya wajib berpurdah, tapi soalnya, sebagai seorang yang beriman dengan al-Qur’an dan as-Sunnah, beliau tidak perlu halang mana-mana wanita untuk berpurdah kerana Islam menyukainya,”

“ Adakah dalil dalam al-Qur’an membezakan pakaian orang yang berdakwah dan tidak berdakwah?” “ Adakah kewajipan berdakwah menggunakan muka?” “Apakah anggota lain tidak dapat membantu dakwah? Adakah kewajipan berdakwah begitu sekali hingga aurat perlu dibuka? Ana pun belajar uslub dakwah tapi tak ada pula menyentuh soal muka , tiada pula dalam ilmu methodologi dakwah yang mengatakan keberkesanan dakwah itu meningkat bagi wanita yang tidak memakai purdah berbanding yang berpurdah, yang tersenyum dan tidak tersenyum. Jika ini ada, maka bagaimana pula meningkatnya dosa seorang yang tidak berpurdah dan senyuman manisnya memikat ribuan lelaki dan mendatangkan fitnah jika dibandingkan dengan seorang wanita yang berpurdah? Berdakwah, berdakwah juga, tapi, hukum menutup aurat mana boleh kita permainkan. Kita masih boleh teruskan dakwah tanpa muka. Dakwah bukan menggunakan muka dan senyuman sahaja,”

“ Tapi, muka bukan aurat,”

“ Muka bukan aurat bagi sesetengah ulama’, tapi aurat bagi sesetengah ulama’. Jadi, bila ada ulama’ yang mengira muka sebagai aurat, Azrol tak bolehlah nak kata ulama’ tu tak betul..Muhammad bin Sirin dan Ubaidah al-Salmani tak betul, begitu? Oleh kerana hujah mereka (ulama’ yang mengatakan muka dan tangan aurat dan ulama’ yang mengatakan muka dan tangan bukan aurat) sama kuat bahkan dalam mazhab as-Syafi’e hujah wajib berpurdah lebih kuat, maka sekali lagi ana tekankan, tidak boleh bagi mana-mana lelaki menyuruh mana-mana kaum wanita membuka penutup mukanya sebagaimana Yahudi cuba hendak membuka purdah seorang wanita yang mencetuskan kemarahan kaum Muslimin dan terjadinya pergaduhan pertama antara kaum Muslimin dengan yahudi setelah dimeterai perjanjian di antara mereka dan Rasulullah s.a.w. Pertengkaran ini berlaku sebagaimana yang diceritakan oleh al-Tabari dan al-Waqidi ialah di pertengahan bulan Syawal tahun kedua Hijrah,” Sumayyah menegaskan.

“ Bila ada ulama’ yang menghukumkan wajib memakai purdah, maka, Azrol atau mana-mana manusia di dunia ini tidak boleh sama sekali menyuruh atau memerintahkan mana-mana perempuan untuk menanggalkan purdahnya, kerana ia termaktub di dalam hukum- WAJIB dan SUNAT. Tiada yang mengHARAM kan. Ulama’ mana pun tidak mengharamkan, jadi mana datang arahan membuka. Tiada ulama’ menyuruh wanita membuka wajahnya, Azrol siapa untuk menyuruh wanita membuka wajahnya, dan kitab mana yang menjadi rujukannya, bukankah kitab rujukan umat Islam adalah al-Qur’an,” Sumayyah menjelaskan panjang lebar.

“ Mana boleh Azrol menghukum sesuka hati dia, hanya berpandukan artikel dua-tiga tulisan ulama’ kontemporari dan ulama’ itu pun tidak mengkaji tentang purdah, dia pun sekadar mengambil hukum daripada tulisan ulama’ kontemporari juga. Mana boleh, Ita. Nak berhukum mesti rujuk al-Qur’an,”

“ Tapi, mana ada hukum berpurdah dalam al-Qur’an,” kata Rozita.

“ Ita, kalau tak ada dalam al-Qur’an, jadi , boleh ke kita buat hukum sendiri?” Sumayyah masih tidak letih mengingatkan sahabatnya. Dalam sepuluh kali dah soalan yang sama Ita ajukan dalam tahun ni sahaja. Semata-mata kerana beliau dihina, maka Ita mula rasa lemah dalam mempertahankan.

“ Habis, kalau tiada, maka boleh la berijtihad,” kata Rozita acuh tak acuh.

Sumayyah merenung gambar wanita berpurdah yang diletakkan di belakang failnya. Dia agak terluka mengingatkan pelajar-pelajar yang tidak mengkaji hukum termasuklah Rozita, dengan mudahnya meletakkan hukum berpurdah mengikut faham orang tak berilmu. Sumayyah faham bahawa sahabatnya mengambil jurusan kejururawatan.

“ Siapa kata tiada. Cuba enti tulis dalilnya dari al-Qur’an supaya enti tak mati hujah dalam penerangan kepada masyarakat. Terus sahaja berijtihad?” “ Enti ni Ita….” “ Enti, kita kena belajar dari A sampai Z kaedah penetapan hukum dalam Islam. Dari sumber-sumber hukum dalam Islam hinggalah kepada kaedah penetapan hukum. Bahaya jika enti membawa kaedah hukum yang enti faham ni kepada orang ramai. Enti pun jelas bahawa sistem pendidikan di Malaysia ni tidak mampu memanusiakan manusia. Ia hanya berlingkar pada perkara yang terlalu asas. Kemudian, bila pelajar-pelajar masuk universiti terus didedahkan dengan ilmu fardhu kifayah, sedangkan ilmu fardhu ain pun kita belum selesai lagi. Inilah kebobrokan sistem pendidikan di Negara kita. Pendidikan sepatutnya mendekatkan kita kepada Allah dan menjadikan kita takut pada-Nya dan mencintai-Nya, tapi, sistem di Negara kita salah cara dan oleh itu tidak dapat mencapai matlamat pendidikan dalam Islam. Jadilah, kita semua masyarakat yang jahil hingga ke tua. Ilmu agama perlu dicari di surau1 dan kelas pengajian tambahan pula bila dah tua. Sepatutnya penerapan ini berlaku ketika kecil.” Sumayyah menasihati Rozita, tegas dan jelas.

“ Betul lah jika ana katakan dalam al-Qur’an tiada hukum berpurdah?”

“ Ada,” Sumayyah menjawab ringkas.

“ Ye ke? Surah apa?”

“ Surah al-Ahzab dan Surah an-Nur,”

“ Ayat berapa?” Rozita mencatit bersemangat. Dia mula rasa bersalah kerana Sumayyah telah banyak kali menjelaskan padanya dan dia sering lupa nama surah yang menyebut tentang aurat wanita.

“ Surah an-Nur ayat 31, ayat 60. Surah al-Ahzab ayat 53, 55, 59.”

“Dalam surah ni ia sebut purdah ke? Apa purdah dalam bahasa Arab?”

“Dalam Surah al-Ahzab ayat ke-59. Dalam surah ni ia sebut “ jalabib” jalabib ini kita nak faham maksudnya perlu merujuk pada tafsir. Maksudnya, apa yang kit abaca dari al-Qur’an perlu kita fahami apa yang Allah nak sampaikan melalui tafsir. Ada ramai ulama’ yang memberi tafsiran yang berbeza untuk perkataan “ jalabib” ni. Ada yang kata kain yang menutup kepala dan leher dan ada yang berpendapat bahawa perkataan jalabib ni bermakna kain yang besar yang menutup kepala dan sekaligus wajahnya.Kecuali mata. Ada ulama’ yang berpendapat mata kiri yang perlu dibuka dan ada ulama’ yang berpendapat mata kanan yang perlu dibuka untuk melihat jalan. Kedua-duanya betul. Jadi, ulama’ yang mengatakan perkataan jalabib itu sebagai kain menutup muka, maka, mereka menetapkan hukum berpurdah itu wajib iaitu mesti dipakai oleh wanita. Manakala ulama’ yang menafsirkan perkataan jalabib dalam al-Qur’an itu hanya tudung yang menutup leher dan kepala berpendapat bahawa wajib bagi wanita menutup kepala dan leher serta tidak wajib menutup muka. Maka, ulama’-ulama ini hanya menghukumkan purdah itu sebagai sunat sahaja atau dalam erti kata lain digalakkan. Tapi, dalam keseluruhan al-Qur’an tidak ada yang menghukum haram memakai purdah bagi wanita kecuali ketika solat dan ihram. Ini dua termasuk dalam soal ta’abbudi. Hanya dalam dua keadaan ini sahaja kaum wanita diharamkan dari berpurdah.”

Rozita diam sebentar. Dikeluarkannya sebuah artikel tentang purdah lantas diberikannya kepada Sumayyah. “ Enti kena tengok ni, entah-entah purdah ni bukan ajaran Islam, ia cuma tradisi sahaja”

Sumayyah menyambut artikel itu dan mengangguk. Sumayyah lantas mengembalikan pada Rozita.

Sumayyah bertanya lagi “ Ana dah baca artikel ni. Enti nak berhujah menggunakan artikel ni? Silakan. Purdah mungkin tradisi, tapi hukum bahawa wajah dan tangan adalah aurat wanita yang perlu ditutup bukan tradisi, ia hukum yang jelas dalam tafsiran beberapa ulama’ tentang ayat dalam surah al-Ahzab,”

Rozita mengeluh. Terasa perbuatannya bagai memalukan diri sendiri memandangkan sahabatnya Sumayyah telah sekian lama mengkaji tentang purdah.

“ Enti bagitau ana apa hujah penulis terhadap purdah”

“ Su, enti kena terima hakikat. Purdah ni cuma pakaian tradisional Arab sahaja. Kita bukan orang Arab, Su. Kita bukan di zaman Nabi, dan kita, kita bukan isteri Nabi yang mulia, bukan ummahatul mukminin,”

Hati Sumayyah berdetak. Dia diam sebentar. Sumayyah menahan sebak. Dia kecewa dengan kejahilan masyarakat tapi, tiada istilah putus asa dalam menyampaikan ilmu baginya kerana itulah lumrah pendakwah. Sumayyah cuba mengangkat muka.

Rozita diam. Baginya jelas apa yang diperkatakan.

Nantikan sambungan ini...

Wednesday, July 28, 2010

Majlis Imu

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:21 AM



Alhamdulillah...

Begitu banyak Majlis ILMU...

di KOLEJ mahupun di KAMPUS

Ya Allah berilah kami kelapangan masa untuk menuntut ilmuMu...

Jadikanlah kami bakal pendidik yang penuh ilmu di dada bukan saja dalam bidang yang kami ceburi...

Jom Sahabat...

Jangan lepaskan peluang ke Maljis lmu...

Ke Arah Melahirkan Generasi Murabbi...

U.P.S.I di HATI

Universiti Pentarbiyahan Syuhadah Islam...

~ Herwana Herman~

Salam Mujahidah...


Tuesday, July 27, 2010

BENGKEL PENGHAYATAN IBADAH SOLAT

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:49 PM


InsyaAllah PUSAT ISLAM dgn kerjasama EXCO LATIHAN & PEMBANGUNAN SAHSIAH MPP akan mengadakan BENGKEL PENGHAYATAN IBADAH SOLAT..

Jom ramai² memeriahkan majlis ILMU..


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Siapa yg keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali”.(Riwayat At-Tarmizi &Ad-Darimi)


✔ Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yg boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan & usaha yg dilakukan oleh seseorang itu.

✔ Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yg dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yg tinggi berbanding dgn orang yg tidak berilmu.

✔ Oleh itu, selaku umat Islam kita hendaklah berusaha utk menambahkan ilmu masing² dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yg berkaitan dgn Islam krn darjatnya lebih tinggi di sisi Allah.

✔ Malah salah satu drpd petanda ilmu yg berkat itu adalah apabila seseorang itu dgn bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya & semakin bertakwa dia kepada Allah S.W.T.


Sampaikan Walaupun Sepotong Ayat

~ KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI MURABBI ~

Monday, July 26, 2010

Di Sebalik Wajahmu...

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:48 PM


“Su, ana minta maaflah jika menyakiti hati enti,” Rozita menyiku Sumayyah tiba-tiba.

“Enti marahkan ana tak jika ana tanya satu soalan?” Rozita menyambung sambil matanya meliar melihat dua orang pelajar siswi yang berpurdah sedang menyeberang jalan di Bulatan Antarabangsa. Seorang memakai tudung kelabu dan purdah kelabu serta berjubah hitam. Dan seorang lagi tudung hitam dan purdah hitam berbaju kurung merah gelap.

“Tak. Tanyalah, ada apa?” Sumayyah menjawab tenang. Hatinya tenang kerana seharian kuliah, akhirnya baru dapat makan berdua dengan sahabat yang dirinduinya.

“Ana tengok, hari demi hari makin ramai yang pakai purdah di kolej. Enti tak rasa ke diorang ni pakai sesedap rasa je, main suka2 je. Perangai belum tentu baik tapi dah pakai purdah.” Rozita menjelaskan berterus-terang.

“Ita, betul ke apa yang ana dengar ni?” “ Lain macam je bunyinye…” Sumayyah memerhatikan arah tumpuan Rozita. Sambil membayar nasi goreng ayam radix kegemarannya, Sumayyah melihat air muka sahabatnya seperti sedang menahan marah. Sumayyah tahu Rozita lah sahabat yang paling akrab dan pendokong paling kuat kepada perjuangan sahabat-sahabatnya mempertahankan pakaian wanita Islam di kolej.

“ Ada apa-apa ke ni?” Sumayyah menambah.

Rozita menggeleng. Sumayyah sedar perubahan pada diri sahabatnya. Sememangnya Rozita agak tidak suka bermesyuarat dengan muslimin. Balik dari mesyuarat sahaja, dia beremosi.

“ Hmm..Ana cakap betul lah…mana ada main-main. Enti patut bertanggungjawab. Diorang ni banyak terpengaruh dengan tulisan enti tentang purdah” kata Rozita sambil meletakkan beg di meja makan bahagian siswi. Meja itu sudah menjadi kegemaran mereka kerana ia menghadap tasik.

Sumayyah diam agak lama, sambil menyusun gelas, pinggan, beg dan fail-failnya agar teratur. Sumayyah cuba mengaitkan apa yang biasanya menjadi kemarahan sahabatnya.

“ Macam mana meeting tadi?” Sumayyah cuba meneka permasalahan sebenar.

“ Enti,” Rozita meletakkan sudu dan garfunya.

“Ok, ok, ana tanya enti…” Sumayyah memberhentikan kata-katanya, menunggu mata mereka bertentang untuk mendapat tumpuan sahabat yang dikasihinya. “ Salahkah berpurdah? Islam tidak pernah mengajarkankah pada kita? Apa yang mereka lakukan bertentangan dengan agama kita ke?”

“ Ana tak kata begitu, cuma bercouple la, berdating la, bukan-bukan je diorang ni. Pakai purdah, tapi perangai tak ubah macam budak tak pakai tudung” Rozita menghamburkan apa yang tersimpan di hati.

Sumayyah terkedu. Namun bertenang sahaja. Baginya adik-adik mujahidah purdah yang dikenalinya ramai yang sedang berusaha bermujahadah mengejar cinta Allah. Kalau ada yang perangai buruk pun itu kisah lama. Dan kalau ada yang masih bermasalah mungkin hanya dua, tiga orang sahaja. tak adil rasanya meletakkan kesalahan itu di bahu semua. Biasalah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi, jelas padanya Rozita tentu mahu suburkan kembali kekuatannya dengan hujah. Selalunya begitulah, jika pemakai purdah dihina, mulalah dia menambah hujah dengan cara mendapatkan maklumat dari Sumayyah.

“Tak perlulah berpurdah, perangai tu kena baik dulu. Main hentam sahaja” Rozita menambah lagi. Rozita baru balik dari meeting persatuan. Dalam meeting tadi, Muslimin hebat menghentam pemakai purdah, terutama Ketua Unit Kebersihan Masjid, Azrol Hazim. Biasanya, Rozita yang hebat mempertahankan sahabat-sahabat yang berpurdah. Tapi, dia mula mati hujah bila Azrol membangkitkan nama pensyarah yang mereka kasihi dan hormati, Puan Zaitun.

“Pertama, enti ada bukti ke mereka ni berdating dan bercouple? Siapa yang enti maksudkan? Enti tak boleh hanya mendengar khabar angin, terus meletakkan salah itu pada pemakai purdah tanpa menyelidiki sebaiknya. Kedua, jika salah seorang yang berdating, adakah semua kain kecil di muka mereka yang dipersalahkan? Dan adakah semua pemakai purdah bersalah? Ketiga, yang pakai tudung biasa, yang pakai tudung labuh takda ke yang berdating dan bercouple? Semuanya baik?” Sumayyah bertanya kembali kepada Rozita.

Rozita terdiam, tunduk.

“Adakah mereka perlu jadi baik dulu sebelum menutup aurat dengan memakai tudung? Apakah terdapat syarat mempunyai akhlak yang baik baru memakai pakaian seperti yang digariskan syarak?”

Rozita menggeleng.

“Adakah jika pemakai tudung itu bercoule, berdating malah berzina, maka tudung itu yang salah? Adakah tudung yang salah dan purdah yang salah? Ataukah perbuatan berdating atau berzina itu yang salah? Adakah dalam Islam ni, bila kita nak mengamalkan sesuatu perintah Allah, mesti sudah sempurna perintah yang lain baru boleh lakukan perintah seterusnya?

Rozita terdiam. Mukanya merona merah.

“ Berhakkah ana menapis mereka semua sebelum diluluskan untuk memakai purdah? Siapa ana? Perlukah ana interview mereka seorang demi seorang? Hanya kerana ana kalangan orang pertama yang memakai purdah di kolej ni? Pada ana, Ita, memakai purdah ni adalah cara mendekatkan diri kepada Allah, maka sedikit demi sedikit pemakai purdah akan menjadi muslimah yang solehah. Ia bergerak selari dengan perubahan diri ke arah menjadi muslimah sejati. Pada ana, mereka mampu dan kuat untuk menutup wajah mereka sudah menjadi satu usaha yang baik untuk memelihara diri mereka,” Sumayyah cuba menjelaskan keadaan sebenar yang menjadi kekeliruan sahabatnya.

“ Tak mungkin menunggu perangai sempurna baru memakai purdah, hidayah sudah sampai, pastilah adik-adik menyambutnya,” sumayyah menambah lagi. Sumayyah mengangkat tangan, sambil menganggukkan kepala kepada siswi yang lalu-lalang berhampiran tasik yang mengenali mereka.

“Tapi, enti terangkanlah pada mereka tentang hukum berpurdah ni. Bukannya wajib pun,” Rozita menambah lagi. Dia menjelaskan dalam keadaan tenang.

“ Ita, sahabatku yang kukasihi, yang bakal menjadi temanku di mahligai syurgawi, adakah ia haram?” “ Ada tak ulama’ yang menghukumkannya haram?” Sumayyah membalas lembut, hatinya sayu. “ Tak ada, yang ada hanya hukum wajib, sunat mustahab (Yang disukai) sahaja, al-fadhil Ustaz Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti pun menghukumkan wajib berpurdah di zaman penuh kefasadan sekarang ni dalam buku fiqh sirah yang ustaz kupaskan tu, enti dah baca bahagian tu? Islam menyukainya, sahabatku. Jadi, usah kita menjadi penghalang mereka berpurdah,”

Rozita terdiam.

Nantikan sambungan cerita ini...

Thursday, July 22, 2010

Corat Coret MPP: Bas Oh Bas

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:51 AM

  






Alhamdulillah masih diberi sedikit waktu utk mencoretkan sesuatu dlm blog kusayang. Memang tidak dapat dinafikan sejak melangkah kaki ke semester 5 kesibukan memenuhi ruang hidupku dgn tanggungjawab sebagai mahasiswa & MPP. Walaupun banyak perkara yg membuat diri ini tidak bermaya atau kecewa tapi kugagahi diri dgn bantuan sahabat² lain. Rasa sangat bersyukur dapat satu bilik dgn Fiza lagi utk semester ini.

Sekiranya kita lihat masalah utama pelajar UPSI sejak menginjak kaki pada hari pertama kuliah hingga hari ini ialah bas. Bas, bas, bas, bas & bas. Mungkin masalah bas boleh menjadi satu topik perbincangan pelajar tidak kira masa & di mana saja. 

Pada semester lalu, kami di barisan MPP memang menjangka kemungkinan besar masalah ini akan berlaku selepas pihak pengurusan Universiti memaklumkan pembukaan dewan kuliah di Proton City. Realiti sebenar memang kini berlaku di depan mata mahasiwa sekalian.

Sepanjang pantauan selama 2 minggu di bus stop KUO/KHAR bermula 6.50 pagi pd setiap hari mahasiswa kini pandai beratur utk menaiki bas cuma pd hari pertama sahaja sedikit bercelaru & sesak. Hanya FB menjadi medium utama saya gunakan utk menyampaikan maklumat sepanjang minggu lalu. Secara rawak inilah yg dapat saya laporkan setiap hari dalam FB.

☑ Isn (12/7): sampai jam 9am pun student msh ramai...
☑ Sel (13/7): jam 8.30am semua dah naik bas...
☑ Rab (14/7): jam 8.10am bus stop KUO dah lenggang...
☑ Kha (15/7): jam 7.10am pljr baru berpusu² menaiki bas... 

Alhamdulillah semua pljr yg berbaris selesai naik bas jam 7.50 pg, 20 minit awal dr smlm. Cuma mslh pljr nak ke PC lama berbaris tunggu bas. Prof SHAH (TNC HEP) bersama En Ahmad Amri turun padang memantau perjalanan bas di KUO & KAB...

☑ Sel (21/7): barisan kini melengkung memusingi Taman Bahtera
☑ Rab (21/7): bas pertama ke kampus jam 6.45 pagi. Pljr mula semakin ramai jam 7.05 pagi. NC turun bersama MPP yg lain + JMK pd jam 7.10 pagi. Hari ini mmg sgt best sbb hujan lebat.




Pd hari minggu pertama kuliah sahaja saya menerima banyak aduan melalui FB, email, pesanan ringkas & telefon mengenai masalah bas terutama drpd pelajar semester 1 memandangkan mungkin mereka terkejut dgn keadaan realiti sebenar kehidupan yg perlu ditempuhi pd setiap hari.



Kami dr pihak MPP telah berusaha utk memanjangkan masalah ini kpd pihak pengurusan universiti & Prof Shah iaitu TNC HEPA turut mengusulkan pd pihak pengurusan tertinggi utk menambah 11 buah bas UPSI utk digunakan utk kegunaan pelajar terutama pd saat² genting iaitu jam 8am, 10am, 1pm, 2pm, 5pm & 7pm.

Sekali lagi syukur ke hadrat Illahi apabila Dato' NC sendiri turun ke KUO/KHAR kiranya pd waktu yg tepat di mana hujan turun dgn lebat membasahi bumi. Keadaan barisan mahasiswa di KUO/KHAR yg pd waktu itu sangat panjang memandangkan masing² membuka payung sendiri.

Dato' NC berada di tempat kejadian selama 1 jam & kita semua berharap Dato' berbesar hati utk menambah bilangan bas selepas melihat keadaan realiti bukan fantasi.

Wallahualam

Thursday, July 15, 2010

Hati '10

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:41 AM


Hari Sambutan Freshie Borneo 2010
(Hati '10)


Salam Mahabbah kepada semua ahli Family Marsis. Khas untuk kampus sekitar Lembah Klang, pada 18 Julai 2010 (AHAD) ini akan di adakan HATI '10 bertempat di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Semua mahasiswa baru di jemput hadir. Mahasiswa 'lama' Sabah Sarawak pun di alu-alukan hadir sekali.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan khusus untuk adik-adik freshie Sabah Sarawak yang baru menjejaki alam kampus.

* Sukaneka
* LDK Bersama Senior
* Taaruf Mesra
* BBQ dan Makan-makan

Anda berpeluang mengenali rakan-rakan kampus lain dari sekitar lembah klang di samping mengenali senior-senior Sabah & Sarawak. Jom beramai-ramai memeriahkan HATI '10. Yuran penyertaan hanya RM5 sahaja. Untuk pendaftaran, bolehlah menghubungi Sist Fatmawati (UKM) : 0198319107. Tarikh tutup pendaftaran : 16 Julai 2010 (Jumaat).

Jumpa anda di sana nanti !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...