Wednesday, January 26, 2011

Revolusi Tunisia: Semut Menggulingkan Gajah

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:09 AM

Salamualaik'..
Salam Sejahtera..
Entah sejak bila saya minat baca perkembangan luar negara..
Sebenarnya terminat baca bila tengok muka Leila Ben Ali..
Macam pernah tengok je muka ni kat Malaysia..
Tapi di mana?
Siapa?
Jom ikut dulu isu semasa tentang Tunisia untuk mengetahui lebih lanjut..


Bahang iklim politik di Tunisia baru² ini kian membakar. Kes penggulingan kerajaan di Tunisia telahpun menjadi peristiwa pembuka tirai tahun baru 2011 apabila Kerajaan Tunisia digulingkan menerusi gelombang kebangkitan rakyat. Sememangnya peristiwa ini merupakan salah satu peristiwa revolusi yang berlaku kini. Seperti mana peristiwa penggulingan Ferdinand Marcos di Filipina, Juan Peron di Argentina, Jeneral Chun Doo Hwan di Korea Selatan & juga Shah Reza Pahlevi di Iran, Zeine El Abidin Ben Ali juga turut digulingkan melalui gelombang kebangkitan rakyat.


Kisah pengulingan di Tunisia ini bermula seorang pemuda berusia 26 tahun yang berdagang sayur & buah²an membakar dirinya apabila pihak polis bertindak ganas merampas barang dagangannya pada 17 Disember 2010. Peristiwa itu telah menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat di Tunisia untuk keluar daripada cengkaman pemerintahan yang zalim & mengamalkan korupsi. Nama Mohamed Bouazizi memang tidak dapat dilupakan oleh keluarga Ben Ali kerana telah menjatuhkan kerajaan yang diperintah oleh Ben Ali selama 23 tahun ini.

Gerakan yang bermula akibat daripada insiden pembakaran Mohamed Bouazizi ini telah menggerakkan satu gerakan demonstrasi besar²an. Demonstrasi ini bermula daripada daerah Sidi bouzid yang terletak kira² 265 Kilometer daripada ibukota Tunis. Golongan reformis pada mulanya mengkritik keadaan ekonomi dibawah pemerintahan Ben Ali agak teruk & kadar pengangguran yang tinggi di Negara tersebut. Gerakan anti-kerajaan telahpun merebak ke beberapa daerah seperti merebaknya jangkitan virus pada komputer.

Pemerintahan yang zalim di bawah Zeine El Abidin Ben Ali dilakukan sejak mulanya rampasan kuasa terhadap Habib Bourquiba. Kudeta tidak berdarah itu menyaksikan Zeine El Abidin Ben Ali menjatuhkan Habib Bourquiba dengan alasan Habib Bourquiba mempunyai masalah kesihatan & perlembagaan yang mengantinya sebagai presiden Tunisia yang kedua.

Pencabulan hak asasi oleh pemerintah merancakkan lagi peristiwa tunjuk perasaan ini. Kebebasan bersuara rakyat disekat apabila beberapa orang blogger ditahan akibat daripada menyebarkan risalah anti-pemerintah di internet. Laporan menyatakan bahawa lebih kurang enam orang blogger telah ditahan & kemudiannya dibebaskan. Ada yang menyatakan bahawa rusuhan ini dirancakkan lagi oleh laman sosial seperti facebook & twitter. Gambar polis yang melakukan penyalahgunaan kuasa disebar luas di laman facebook.

Pemerintahan yang mengamalkan korupsi ini telahpun menjatuhkan ekonomi di Negara pengeluar kurma terbesar dunia ini. Hal inilah yang menyebabkan kepada kejatuhan ekonomi Negara terbabit & hasilnya mengakibatkan kepada kadar penganguran yang tinggi. Menurut laporan daripada Al Jazeera, kadar pengangguran yang berlaku di Tunisia ini melebihi 30 peratus. Dengan kuasa membeli yang berkurangan, ditekan lagi dengan harga barangan yang melonjak naik mengakibatkan kekecewaan rakyat. Kekecewaan inilah mencetuskan semangat ingin berubah oleh golongan penunjuk perasaan.


Laporan daripada wikileaks juga ada melaporkan bahawa keluarga Ben Ali pernah menerbangkan Yogurt dari St Tropez menggunakan pesawat peribadi beliau kerana ingin meraikan sebuah parti. Isterinya, Leila Ben Ali sering ke luar Negara terutamanya Dubai untuk membeli belah & dicop sebagai Imelda Ali di negara Arab oleh rakyat Tunisia. Pembaziran yang dilakukan oleh keluarga Ben Ali ini membuatkan rakyat jijik dengan apa yang dilakukan oleh keluarga Ben Ali. Tidak hairanlah kalau ada yang menyatakan revolusi Jasmine/Melati ini sebagai revolusi wikileaks atau media sosial.


Presiden Zine El Abidine Ben Ali pada mulanya melarikan diri ke Perancis untuk bersama dengan anaknya yang kini menetap di hotel mewah di Disneyland tetapi kapal terbang yang membawa Presiden Ben Ali itu tidak dibenarkan mendarat di Perancis oleh Presiden Sarkozy. Kesannya, Presiden Ben Ali ke Jeddah, Arab Saudi. Kerana kerajaan Arab Saudi memberikan suaka politik kepada Presiden Ben Ali.

Sejarah terkadangnya bermula daripada perkara yang remeh-temeh. Penulis yakin bahawa Mohamed Bouazizi tidak pernah merancang revolusi bagi menjatuhkan presidennya sendiri. Dia mungkin mengiginkan kehidupan yang lebih baik untuk dirinya & keluarga. Namun, apa yang beliau lakukan telahpun mengubah wajah orang disekelilingnya, corak pemerintahan negaranya & sekali gus melakar sejarah dalam peristiwa revolusi dunia. Perbuatan yang kecil telahpun mengakibatkan impak yang besar. Mohamed Bouazizi bermula sebagai Mahasiswa menganggur & menjual sayur bagi menyara hidupnya akhirnya dapat menumbangkan pemerintahan yang kejam & zalim.

Friday, January 21, 2011

Biasiswa KPM Nak Tutup Dah

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:33 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hari ini nak share tentang biasiswa KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) iaitu biasiswa paling ditunggu oleh semua mahasiswa yang ambil bidang PENDIDIKAN di IPTA.

Alhamdulillah biasiswa KPM dah buka awal tahun ini setelah 2 tahun ura² dibekukan. Hal ini membuat hati berbunga² bagi yang layak memohon tapi mengecewakan bagi yang tidak layak terutamanya adik² fakulti saya iaitu FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK serta beberapa kursus lain.

Sebenarnya masa permohonan mula dibuka pad 3 Januari 2011, saya pun nak cuba memohon memandangkan masa permohonan saya 2009 terkecundang. Tapi malangnya permohonan hanya dibuka kepada ambilan Julai 2009/2010 hingga Julai 2010/2011. Niat pun terpadam begitu saja sebab sebenarnya saya DAH TUA.

Tentang permohonan biasiswa KPM saya masa 2009, peristiwa tu bila cerita dengan NURUL HANIS BINTI ABU NOH akan buat kami tergelak. Peristiwa bermula bila mana awal tahun kami (pelajar Math ambilan Julai 08/09) ramai² mohon biasiswa KPM. Alhamdulillah kebanyakan berjaya pada peringkat pertama iaitu pengisian borang. Peringkat ke-2 adalah ujian ala² ujian MEDSI, tak ingat berapa soalan. Ujian itu kami ambil dekat AUDI 1 dalam bulan Mac. 


Tapi rezeki bukan pada saya sebab masa check keputusan ujian anda tertera ANDA TIDAK LAYAK UNTUK KE TEMUDUGA. Waktu tu saya sebilik dengan HANIS dan dia pun tak layak. Apalagi sepanjang hari tu kami menangis mengenang nasib memandangkan hampir semua kawan² kami layak ke temuduga yang dijalankan pada bulan Mei. Pada mulanya memang tidak dapat terima kenyataan apatah lagi keputusan di atas 3.7 dan alhamdulillah saya diketemukan beberapa orang kakak² dan ustazah yang banyak menasihati untuk menerima kenyataan.

Selepas peristiwa itu saya yakin bahawa "SETIAP REZEKI MANUSIA DI TANGAN ALLAH", mungkin rezeki saya di tempat lain dan Allah nak saya sambung MASTER selepas SARJANA MUDA kot. (",). Dan kebanyakkan kawan sekelas saya mempunyai BIASISWA KPM dan suatu perkara yang perlu diketahui bilamana kita tidak lulus TEMUDUGA boleh buat RAYUAN SEMULA.

Oleh itu, saya nak membuat kenyataan pada semua kawan sekelas:


"Wana nak memohon maaf sebab tidak pernah join program yang kamu anjurkan memandangkan perlu rancang kewangan untuk setiap semester. Wana memang hanya bergantung pada PTPTN termasuk untuk beli tiket flight"

Berbalik pada permohonan KPM yang tidak dibuka untuk semua kursus di UPSI dan IPTA yang ada pendidikan, saya telah hantar email kepada bahagian KPM pada 4 Januari 2011 yang lalu:





Malaysiakini


Malaysiakini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Berhubung dengan PERMOHONAN ONLINE BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH PERTAMA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM yang dibuka 3 hingga 31 Januari 2011, saya ingin mengajukan soalan:



1. Mengapakah hanya beberapa kursus pengajian sahaja yang ditaja oleh KPM?



2. Mengapakah subjek pendidikan SAINS (Biologi, Kimia, Fizik), pendidikan Matematik dan lain-lain tidak diberi peluang untuk memohon?



3. Untuk pengetahuan pihak KPM juga kebanyakan pelajar Pendidikan Sains (Biologi, Kimia, Fizik) dan pendidikan Matematik ambilan Julai 2009 di Universiti pendidikan Sultan Idris mengambil minor Pendidikan Kemahiran Hidup memandangkan pada tahun awal 2010 yang lalu mereka tidak dibenarkan mengambil minor Pendidikan sains (Biologi, Kimia, Fizik) atau pendidikan Matematik atas alasan lambakan GURU-GURU SAINS dan MATEMATIK. Adakah kenyataan ini benar? Mengapakah mereka tidak diberi peluang untuk memohon?



Setahu saya permohonan KPM baru dibuka kembali setelah pembekuan sejak ambilan Disember 2008.



Harap pihak KPM dapat memberi maklum balas terhadap beberapa persoalan yang saya ajukan.



Jasa baik dari pihak KPM saya ucapkan ribuan terima kasih..



" Ke arah melahirkan generasi Murabbi"



HERWANA HERMAN

PELAJAR UPSI


Selepas dah hantar tiba² suatu bisikan syaitan berbicara dalam hati. Habislah  lepas nie.. Apa²pun saya doa supaya hati sentiasa ditetapkan pada ISLAM. Alhamdulillah beberapa jam saya dapat respon dari KPM tapi bukan jawapan dari soalan saya.

“SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”



Tuan/Puan,

AKUAN TERIMA



Sukacita dimaklumkan bahawa pertanyaan tuan/puan rujukan : 151965 bertarikh 4hb Januari 2011 telah diterima dan sedang diambil tindakan. Maklumbalas akan diberikan dalam tempoh 4 hari bekerja.



Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM ( KPKPM ) di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan tuan/puan seperti di atas.



Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.



Sekian.



“SEDIA BANTU”



Yang benar,



FARADINA BINTI MUSTAPA

Eksekutif Khidmat Pelanggan

Bahagian Khidmat Pelanggan
Kementerian Pelajaran Malaysia.

9 hari kemudian baru pihak KPM respon soalan saya iaitu pada 13 Januari 2011 iaitu sehari sebelum kecoh PTPTN dikreditkan selewat²nya 31 Januari 2011.





Malaysiakini
“SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”



Tuan/Puan,



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada pertanyaan Puan/Cik Herwana Herman No. Rujukan : 151965 yang bertarikh 4hb Januari 2011 berkaitan dengan tawaran biasiswa dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


Untuk makluman, permohonan Program Biasiswa Perguruan Persekutuan bagi pelajar Program Ijazah Pertama (Pendidikan) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi tahun 2011 adalah terbuka kepada bidang-bidang yang kritikal sahaja. Ini adalah disebabkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengalami kekangan dari segi peruntukan yang terhad.

Oleh itu, calon-calon yang sedang mengikuti kursus-kursus yang relevan, bersesuaian dan selaras dengan keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah disarankan untuk mengemukakan permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama (Pendidikan) di IPTA Sesi 2011 secara atas talian melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my/ .

Justeru itu, bagi bidang pengajian yang tidak terdapat di dalam senarai bidang/kursus pengajian yang ditaja adalah digalakan untuk membuat permohonan tajaan biasiswa atau pinjaman pelajaran yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.

Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu Puan/Cik Herwana Herman.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM) di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan puan seperti di atas.

Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.

Sekian.

“SEDIA BANTU”

Yang benar,

FARADINA BINTI MUSTAPA
Eksekutif Khidmat Pelanggan
Bahagian Khidmat Pelanggan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Inilah jawapan yang diterima dari KPM tentang biasiswa KPM yang tidak dibuka untuk semua kursus. Saya minta maaf sebab setakat ini saja usaha yang saya lakukan sebagai MPP. Saya faham biasiswa KPM amat bermakna bagi semua pelajar UPSI. Tapi mungkin rezeki kita bukan di sini.
Wallahualam.

Thursday, January 20, 2011

Tiada Dayaku

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:31 PM

Ya Allah!
Aku mengadu kepadaMu tentang kelemahanku, kekurangan dayaku dan betapa rendahnya pandangan orang terhadapku.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih,
Engkaulah Tuhanku dan Tuhan manusia-manusia yang bertindas.
Kepada siapa hendak Kau serahkan diriku?
Adakah kepada orang yang jauh yang bersikap kasar terhadapku
ataukah kepada kerabat yang Kau kurniakan kuasa kepadanya mengatasiku?
Tapi, kiranya Engkau tidak memurkai aku semuanya itu tidak akan aku hiraukan!
Namun harapanku kesejahteraan dariMu lebihku harapkan untuk diriku.
Ku berlindung dengan cahaya wajahMu yang menerangi segala kegelapan yang dapat menyejahterakan urusan dunia dan akhirat.
Aku berlindung kepadaMu dari kemurkaan dan kemarahanMu terhadapku.
Relalah aku atas segala-galanya hinggalah Engkau relakan aku.
Tidak ada daya, tidak ada kekuatan melainkan dengan bersamaMu.'

Saturday, January 15, 2011

Segenggam Garam dalam KEHIDUPAN

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:11 PM

Seorang guru sufi mendatangi seorang anak muridnya, ketika wajahnya belakangan ini selalu nampak murung dan bersedih.


"Kenapa kau selalu bersedih, nak? Bukankah banyak hal yang INDAH di dunia ini? Ke mana perginya WAJAH SYUKURMU" sang Guru bertanya.




"Guru, belakangan ini hidup saya penuh MASALAH, sukar rasanya bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya," jawab sang murid muda.

Sang Guru tersenyum.


"Nak, ambil SEGELAS AIR dan DUA GENGGAM. Bawalah ke mari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu."


Si murid pun beranjak, perlahan-lahan dengan lemah longlai. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.




"Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke dalam segelas air itu," kata Sang Guru.

"Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit."

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis dan berkerut kerana meminum air masin.

"Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru.

"Masin dan perutku terasa loya dan mual", jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.

Sang Guru senyum melihat wajah muridnya yang meringis kerana kemasinan.

"Sekarang mari kau ikut aku."



Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka.

"Ambil garam yang ada berbaki itu, dan tebarkan ke danau."

Si murid menebarkan segenggam garam yang berbaki ke danau, tanpa sepatah kata. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu fikirnya.

"Sekarang, cuba kau minum air danau itu," kata sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat dipinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya,

Sang Guru bertanya kepadanya, "Bagaimana rasanya?"

"Segar, sungguh segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan belakang tangannya.

Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.

"Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?"

"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi.

Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

"Nak," kata sang Guru setelah muridnya selesai minum.


"Segala masalah dalam hidup itu seperti SEGENGGAM GARAM. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segengam garam.



"Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Tuhan, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-gitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi yang bebas dari penderitaan dan masalah."

Si murid terdiam, mendengarkan.


"Tapi nak, rasa 'masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya 'qalbu' (hati) yang menampungnya. Jadi nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah menjadi gelas...


Jadikan qalbu dalam dadamu itu SEBESAR DANAU."


Hidup memang memerlukan keberanian.
Tapi, akan lebih memerlukan ketelitian.
Cermati langkahmu,waspadai tindakanmu.


Hati-hati saat 'mencelupkan jari' dalam celah kehidupan.

Kalau tidak 'rasa pahit' yang akan kita temukan.

Moga mendapat pengajaran dari cerita ini...

Wallahualam...

Wednesday, January 12, 2011

DON'T waste FOOD

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:55 PM

Assalamualaikum..
Dah 12 hari tak update blog..
Sem ini wifi dalam rumah baru saya tak baik..
Selalu terpampang hanya "Very Low & Low"..
Tapi itu tidak bermakna blog TERATAK PENDIDIK akan terabai..
Entry hari ni nak kongsi keadaan hidup masyarakat bukan di Malaysia tapi luar negara..
Walau bagaimanapun, tidak mungkin sebenarnya ia turut berlaku di Malaysia..
Di samping sibuk belajar, sesekali renungkanlah keadaan orang lain...

EVERY HUMAN MUST WATCH THESE PHOTOS and THINK!!!

(OPEN PICTURE IN NEW TAB untuk TATAPAN LEBIH JELAS)










BALANCE OF FOOD DUMPED ON THE SOIL AFTER THE PARTY




ONE PART OF THE WORLD WASTING THE FOOD




ANOTHER PART OF THE WORLD DOESNT HAVE FOOD TO RUN THEIR LIFE














DON'T waste FOOD any more...
PLEASE DON'T waste FOOD any more, DONATE to the needy
Let this be remembered...
Each time we throw away FOOD...
People who live in rich countries, don't know this, don't want to know
this, never understand this
but U, please U, understand this
PLEASE FORWARD THIS TO AT LEAST ONE OF YOUR FRIENDS...

HEAL THE WORLD
There´s a place in your heart
And I know that it is love
And this place could
Be much brighter than tomorrow
And if you really try
You´ll find there´s no need to cry
In this place you´ll feel
There´s no hurt or sorrow

There are ways
To get there
If you care enough
For the living
Make a little space
Make a better place

Heal the world
Make it a better place
For you and for me
And the entire human race
There are people dying
If you care enough
For the living
Make a better place
For you and for me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...