Friday, May 20, 2011

Novel DALAM MIHRAB CINTA

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:32 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Alhamdulillah usai sudah aku membaca buku “Dalam Mihrab Cinta” karya novelis No. 1 Indonesia iaitu Habiburrahman El Shirazy. Boleh tahanlah juga jalan ceritanya. Kesungguhan mencari ilmu “Syamsul Hadi” watak utama dlm novel ini harus kita contohi. 

Banyak ibrah yg boleh di ambil dlm cerita ini. Tidak sabar rasanya mahu tonton ceritannya pula dlm filem Dalam Mihrab Cinta. Lagu “Bunga-Bunga Cinta” dlm blog saya ni merupakan salah satu lagu dlm filem ini. 

Bait² kata dlm novel ini kutulis semula utk ingatan bersama. Bagi yg belum baca jangan ketinggalan deh.
 “Hidup adalah perjuangan tidak kenal penat lelah & berterusan, terus menerus. Kesabaran & ketabahan adalah senjata yg paling utama di dalam pertarungan yg tiada noktahnya ini. Kemenangan di medan pertempuran ini hanya milik org yg gagah berani & tidak kenal takut, tidak mudah menyerah kalah kpd rintangan yg mereka hadapi dlm apa keadaan sekalipun. Tidak peduli, berapa kali mereka sering tersungkur & jatuh, mereka segera bangkit kembali & meneruskan usaha mereka dgn semangat baru yg lebih berkobar & akal baru yg penuh kebijaksanan & pertimbangan yg matang.”

Melangkah Kerana Allah
“Melahirkan org pintar matematik itu mudah. Setiap sekolah mampu melahirkannya. Tetapi melahirkan seorg seniman besar yg karyanya menjadi ubat hati & fikiran umat manusia, tidak boleh dicetak begitu saja melalui sekolah. Org yg belajar di sekolah seni belum tentu mampu menjadi seniman besar”.

Perkenalan
“Sluman-sluman watone slamet Ngarep-arep rizki Ojo nganti seret”                                        
(Sapa faham tolong “translate”kan ye)

Surat Wasiat
“Org yg mencintai tidak akan pernah lupa saat pertemuaan dgn kekasihnya. Mereka akan gembira jika diingatkan dgn kematian & akhirat. Kerana mereka sentiasa berusaha untuk mendirikan villa di akhirat & menanam pohon² syurganya. Bahkan mereka terbang ke syurga dgn rohnya. Maka bau harum semerbak tersebar di sepanjang perjalanan.”

Pertemuan Kedua
“Bayang² itu mengikut tongkatnya. Jika tongkatnya lurus maka bayang²nya akan lurus. Dan sebaliknya jika tongkat itu benkok maka bayang²nya akan ikut bengkok.”

Siang Jadi Malam, Malam Jadi Siang
“Dia yakin bahawa ilmu hanya boleh dicapai & ditundukkan dgn ketenunan, kerajinan, istiqamah & pasrah sepenuhnya kpd Allah s.w.t.”

Kecurian Yang Mengemparkan
“Sejarah mencatat, merka kebanyakannya lahir & dibesarkan dalam keadaan yg sukar. Mereka melangkah & menapak tangga² kejayaan di tengah² kesusahan hidup.”

Babak Belur
“…penjahat akan melakukan menutup kejahatannya…”

Keraguan
“Tiba² dunia terasa begitu sempit & langit seakan hendak runtuh menimpanya.”

Di Semarang
“Kalau sudah Berjaya nanti abang pasti akan pulang…”

Bertahan Hidup Di Jakarta
“…dia akan membuktikan kpd dunia yg dia boleh Berjaya seperti yg diharapkannya meskipun terpaksa melalui perjuangan yg panjang & terpaksa melepasi penderitaan yg bukan ringan.”

Menata Hidup
“Berprasangka baiklah kpd Allah & teruslah mendekatkan diri kpd Allah. Seseungguhnya itulah kunci kejayaan yg paling asas.”



Wajah² Penuh Penyesalan
“Kesilapan yg lalu jgn terus diungkit. Lebih baik kita berhati² supaya di masa depan, tidak terjadi kesalahan yg sama. Kita jadikan ini semua sebagai pelajaran berharga.”

Hadiah Dan Kejutan
“Biarlah mereka mencariku. Dan akan aku maafkan jika mereka mahu mencium telapak kakiku.”

Ujian Dari Silvie
“…seorang pencopet untuk berbuat jahat pun berani bernekad tetapi untuk berbuat baik tidak berani bernekad.”

Menolak Lamaran
“Angin yg bertiup sepoi² bahasa seolah² mengalunkan firman Allah, ‘faman ya’mal mitsqala dzaratin khairan yarah wa man ya’mal mitsqala dzaratin syarran yarah’.”

Sang Mubaligh Muda
“Cinta adalah sesuatu yg menakjubkan. Kamu tidak perlu mengambilnya dari seseorang utk memberikannya kpd org lain. Kamu selalu memilikinya lebih dari cukup untuk diberikan kpd org lain.”

Bertemunya Dua Cinta
“Ya Allah sebaik² rencana, tetap rencanaMulah yg terbaik & sebaik² pilihan tetap pilihan-Mulah yg terbaik, maka anugerahkanlah hamba rencana & pilihan terbaik-Mu utk hamba ini. Rabbana taqabbal minna innaka antas samii’ul ‘aliim wa tub ‘alaina innaka antat tawwaabur rahiim. Amin.”
…………
“Ya Allah, aku tidak mengharapkan apa² kecuali reda-Mu. Ya Allah, sucikanlah diriku lahir & batin & temukanlah diriku dgn hamba-Mu yg soleh utk menjadi pendamping & imamku meraih redha-Mu. Amin.”
…………
“Ya Allah, jika hamba salah mengharapkan dia. Maka pupuslah harapan ini. Jika hamba benar mengharap dia & aku Kau meredhainya maka aku serahkan semuanya kepada rencana-Mu. Engkaulah Zat Yang Maha Kuasa & Maha Tahu. Amin.”

Nyanyian Bahagia dan Nyanyian Duka
“…saya merasa tidak memiliki alasan untuk menolak.. Jadi dgn ucapan bismillah saya bersedia.”

Ujian Yang Maha Berat
“Dia merasa lebih kosong & lebih sakit. Drpd saat dia dibotakkan di pesantren & diusir dgn penuh kehinaan. Saat itu masih terasa ada harapan hidup sebab dia masih merasa memiliki cabaran. Tetapi kini ketika cahaya hidup hilang, harapan lenyap & cabaran tidak ada, dia merasa jiwanya kosong.”

Kembali Ke Jalan Lurus
“Segala rintangan dlm perjalanan hanyalah tembok, bukan jalan buntu. Kemenangan sejati bukan beerti Berjaya tanpa menemui kegagalan. Kemenagan sejati diperoleh apabila kita kembali bangkit setiap kali gagal. Setiap kegagalan sejatinya mengandungi benih kejayaan.”

Waduh syok membaca dikala duduk di bilik guru, mentang²lah belum masuk kelas. Terima kasih buat Fiezah Halim yg meminjamkan buku. Kepada yg lain SELAMAT MEMBACA.

Wallahualam.

Wednesday, May 18, 2011

Corat Coret Praktikal

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:37 PM



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi nikmat Iman dan Islam. Hari ini sudah 5 hari bergelar Guru Praktikal. 


Kehidupan yang amat berbeza daripada alam kampus


Betullah kata seorang sahabat hari pertama berada di sekolah pasti merindui alam kampus. Setakat hari kelima berada di sekolah memang banyak perkara telah dilalui ibarat makanan yang cukup rasa masam-manis-pahit-tawar dan paling penting adalah sedar akan kelemahan dalam diri. Terasa diri amat kerdil.

Entry hari ini saya nak kongsi pengalaman berada di SAMSHSB atau Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamudin, Sungai Bertih, Klang Selangor Darul Ehsan.

Beberapa hari sebelum praktikal

Seminggu sebelum praktikal lagi kami1 (saya & Fiezah) telah berulang-alik dari Tanjung Malim ke Klang untuk menguruskan rumah sewa, telefon sekolah dll. Tapi hari Khamis (5/5/11) kami1 akhirnya menjejak kaki ke SAMSHSB di mana kami1 akan berpraktikal selama 4 bulan di situ. 


Kehadiran kami ke sekolah itu sebenarnya pada hari di mana seorang guru bersara dan nasib baik sebelum datang dah telefon pejabat SAMSHSB.

Kami1 disambut oleh Penolong Kanan (PK) Pentadbiran iaitu Ustazah Nazian. Memandangkan surat ULM belum sampai ke SAMSHSB ia menjadi kesukaran pada kami. Kami2 (saya, Fiezah & Farid) sebenarnya golongan Perintis daripada UPSI yang praktikal di SAMSHSB memandangkan sebelum ini hanya UM sahaja yang menghantar pelajarnya praktikal di situ. 


Kami1 juga sebenarnya golongan Perintis bukan aliran agama yang mohon praktikal di situ. Memandang terlalu banyak masalah yang dihadapi maka PK tidak dapat memberikan kata putus sama ada kami boleh menerima kami praktikal atau tidak. Jawapan YA atau TIDAK hanya dapat diketahui keesokan hari setelah berbincang dengan dengan pengetua.

Ketika itu hanya Allah saja tahu perasaan di hati. Rasa nak “extend” sem pun terlintas tapi perasaan itu dapat diubati sebentar selepas melihat “generasi baru” yang akan sama2 bergerak kerja dalam Islam.

Alhamdulillah, berkat hari Jumaat kegelisahan dapat diatasi bilamana mendapat SMS daripada PK Pentadbiran yang berbunyi 



Boleh datang hari ISNIN 


Senyuman terukir dgn ucapan Alhamdulillah.

Hari 1

Seawal pagi bersiap ke sekolah sebagai Guru Praktikal. Bercampur aduk perasaan ketika itu. Hari pertama ke sekolah agak kelewatan iaitu jm 7.25am memandangkan baru tahu keadaan kesesakan jalan raya bermula dari rumah sewa kami (Jalan Raja Nong Kiri) sehingga ke SAMSHSB. Bak kata guru lama di SAMSHSB 


Kalau kamu keluar jam 7 pagi konfirm lambat datang sekolah 


Kami berazam keluar sebelum 6.45am dari rumah.

Agak teruja memasuki laman SAMSHSB sebab kami disambut dengan bacaan Al-Mathurat yang dialunkan oleh pelajar melalui corong suara di pejabat sekolah di mana semua pelajar & guru dapat mendengarinya.

Sekali lagi kami disambut oleh PK Pentadbiran mengalu-alukan kehadiran kami di SAMSHSB sebagai guru PELATIH. Banyak juga nasihat yang telah diterima.

:: Ikhlaskan hati menjadi pendidik

:: Datang awal ke sekolah dan kelas

:: Terlibat dengan semua program yang dianjurkan sekolah.

:: Bergaul dengan semua orang.

Seterusnya kami berjumpa pengetua sebelum berjumpa Cg Suria Hani yang akan mengurus jadual kelas kami.

Alhamdulillah penerimaan yang baik daripada warga SAMSHSB walaupun terkejut memandangkan langsung tidak mendapat tahu bakal guru pelatih UPSI berpraktikal di SAMSHSB.

Hari pertama dilalui dengan bertemu dengan PK HEM, Guru Kanan Bidang Sains & Matematik, melawat Pusat Sumber Sekolah & berbincang dengan Pengarah Program Pekampungan Ilmu PMR & SPM iaitu Cg Radhiah. Tugasan pertama diberikan pada kami1 ialah menyiapkan “pamplate” untuk program tersebut.

Hari 2

Hari ini kami mula mendapat kelas ganti @ “relief” memandangkan ramai ramai guru yang ada urusan lain di luar sekolah. Sehari mendapat 3 kelas ganti. Perkara ni menjadi titik sejarah dalam hidupku memandangkan pertama kali memasuki kelas sebagai seorang guru. Waktu masuk ke kelas 1 Ibn Nafis, pada mulanya mereka terkejut memandang seorang yang tidak dikenali masuk ke dalam kelas. Arahan yang kuberikan turut tidak didengari.

Aku memberanikan diri.

Pada mulanya kupandang seorang demi seorang muka pelajar yang berada dalam kelas itu. Pada waktu itulah kelas mula senyap dan mereka melihat ku dengan penuh tumpuan.

Selepas itu, mulanya interaksi antara aku dan mereka. Agak janggal juga sehingga aku beberapa kali tersasul membahasakan diri “kakak” kepada mereka. Aku pula memanggil mereka “murid-murid”. Terasa kekok di situ. Aku cuba membawa mereka dengan suatu situasi iaitu tujuan mereka datang ke sekolah. Alhamdulillah semuanya mengambil bahagian.

Kelas ganti yang kedua ialah 5 Ibn Rusyd. Kelas akhir untuk tingkatan 5. Pelajar lelakinya agak ganas juga. Bayangkan sepatutnya waktu itu kelas mereka masih bertenggek di koridor sehingga sebelum masuk kelas tersebut saya perlu mengarahkan mereka masuk dalam kelas. Nasib baik nak masuk. Dahlah suara & ketinggian saya tenggelam bila berdepan dengan mereka.


Baru sekejap tadi semasa melalui kelas itu aku terdengar seorang cikgu marah mereka sebab bermain daun terup. Tapi mungkin persepsi itu lahir hanya pada pandangan saya yang baru mengenali mereka. “ Don’t judge the book by its cover”

Aku suruh mereka buat kerja sendiri memandangkan esok hari bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk Tingkatan 4 & 5. Dalam masa 10 minit sahaja kelas riuh macam pasar.

Wah.. Apa harus kubikinin ya sama mereka?

Aku mula berjalan-jalan disekeliling kelas sambil memerhatikan mereka satu persatu. Dengan seberapa usaha aku membesarkan mataku. Mungkin agak kehairanan dengan tingkahlakuku. Mereka senyap & memerhatikan aku pula. Setelah “round” kelas tu 1 pusingan aku mula bersuara.

Antum tahu tak?

Kuulang soalan tu sebanyak 3 kali untuk menarik perhatian mereka.

Antum tahu tak berapa jumlah UMAT ISLAM di seluruh dunia?

Mereka terdiam sambil berfikir. Memandangkan mereka tidak tahu aku pun berkata:

Jumlah UMAT ISLAM adalah sebanyak buih-buih di lautan, banyak tak?

Mereka khusyuk mendengar. Maka dari situ aku cuba memberi sedikit nasihat yang bermula dengan soalan yang kulemparkan.

Alhamdulillah mereka diam selepas itu & ada beberapa orang pelajar yang datang padaku meminta ajar subjek sains.



Hari 3

Kami2 telah diberikan jadual kelas masing-masing. Aku akan mengajar 2 kelas tingkatan 2 untuk subjek Matematik iaitu 2 Ibn Nafis menggantikan En. Khairul (Guru Disiplin) & 2 Ibn Qayyim menggantikan Pn. Murni (Panatia Matematik). 1 kelas lagi aku menggantikan kelas Pn. Sharifah (Pengetua) bagi subjek Sains iaitu 1 Ibn Nafis.



Hari ketigaku diisi dengan “relief” kelas  & membuat temu janji dengan guru-guru yang bakal aku gantikan untuk meminta Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), dan senarai nama pelajar dalam kelas tersebut untuk diisi dalam buku Persediaan Mengajar.



Ada yang dapat dan ada yang tidak.



Malamnya aku membuat “exercise” tangan menulis nama2 pelajarku di dalam buku itu. Setelah dicongak2 aku akan mentarbiyah 121 orang pelajar secara langsung bagi sepanjang praktikum ini.  



Hari 4 & 5

Hari ke-4 & ke-5, jadual yang agak sama kulalui memandangkan setiap hari aku akan ada “relief” kelas, jaga kelas peperiksaan dan jumpa sesiapa yang kurasa berkepentingan untuk jumpa. 



Setiap “relief“ kelas yang aku masuk pasti akan minta buat kerja sendiri & sebarang pertanyaan tentang soalan yang nak dibincangkan boleh tanya saya. Waktu itulah mereka akan terkejut bila aku mengatakan aku GURU MATEMATIK.  



Rasanya sampai sini saja celotehku.



Mungkin TERATAK PENDIDIK akan bersawang selalu memandangkan buat masa ini aku belum lagi berkesempatan membeli “broadband”. Wifi sekolahlah menjadi harapan.



Akhir kalam, SEMOGA AKU MAMPU MELALUI ALAM RUMAHTANGGA PRAKTIKAL DI SEKOLAH



Wallahualam..

Sunday, May 15, 2011

Palestine, Ada Apa Dengan 15 Mei?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:55 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera. 

Hari niat “update” blog bukan utk kongsi tentang kisah seminggu cik Wana praktikum tapi satu kisah yg memang sebelum nie langsung tidak tahu & tak ambil tahu. 

Jom sama² kita ikuti jalan ceritanya & ambil ibrah di sebalik yg terjadi.


Aqsa Syarif Memperingati Ulangtahun Nakbah ke-63

Bulan Mei 2011 ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yg ke 63. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pd 15 Mei setiap tahun.

Ia merujuk kpd pengistiharan Negara Haram Israel pd 15 Mei & disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yg mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan Bagi Memperoleh Kemerdekaan) sedangkan hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dgn mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka.


Akibat dr  aksi² terror oleh gerombolan bersenjata Yahudi Zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dgn meninggalkan kampung halaman & berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan & Semenanjung Gaza.


Kini setelah 63 tahun penderitaan itu kini diwarisi oleh tidak kurang dari 5 juta pelarian yg sebahagian besarnya merupakan generasi ke-2 & ke-3 yg tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama 63 tahun utk pulang ke Palestin.


Jika Nelson Mandela diraikan sebagai pahlawan kemanusiaan terulung krn sanggup dipenjarakan selama 30 tahun demi membebaskan bangsa kulit hitam Afrika Selatan dari sistem Apatheid, maka rakyat Palestin yg menghuni kem² pelarian sejak 63 tahun lalu lebih wajar dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yg tidak pernah mengenal erti putus asa.


Walau bagaimanapun, ulang tahun Nakbah pd tahun ini memberikan harapan baru kpd rakyat Palestin  Ini adalah krn pandangan umum masyarakat antarabangsa terhadap Israel sudah berubah. Jika sebelum ini rata² masyarakat antarabangsa mempertahankan apa juga tindakan biadap Israel termasuk melakukan serangan & membunuh rakyat Palestin  kini Israel berhadapan dgn cemuhan & bantahan rakyat awam & pemimpin dunia. Bahkan senario pasca Israel mula dibahas oleh penganalisis konflik Palestin-Israel atas unjuran entiti Israel bakal lenyap dari lanskap politik timur tengah.


Jika dahulu rakyat Palestin dilihat sebagai pengganas & musuh kpd proses damai & ancaman kpd keamanan di timur tengah, kini Israel yg digelar sebagai rogue state atau negara penyangak. Situasi yg digambarkan oleh guru Sejarah Barat terunggul Arnold Toynbee mungkin tidak lagi benar.

“Benar & salah di Palestin adalah sama sebagaimana di tempat² lain. Masalahnya, dunia memilih utk mendengar pihak yg melakukan kezaliman (Israel) & memilih utk memekakkan telinga dari mendengar pihak mangsa (rakyat Palestin)”

Dunia kini mula memberi ruang kpd rakyat Palestin utk menyuarakan hak mereka. Perkembangan terkini yg melanda dunia Arab memberi ruang yg amat luas utk rakyat Arab yg selama ini dipenjara oleh rejim² kukubesi di negara masing² utk menyatakan sokongan terbuka mereka ke atas perjuangan rakyat Palestin.  

Mereka bukan sahaja bebas menyatakan sokongan bahkan mereka bebas bertindak membantu rakyat Palestin mengeluarkan mereka dari penghinaan yg ditimpakan selama ini oleh rejim Zionis yg dilindungi oleh pemimpin² Arab. 

Senario ini amat berbeza apabila Israel melancarkan serangan biadap ke atas Gaza pd penghujung bulan Disember 2008 & berakhir pd 23 Januari 2009. Gaza yg dikepung & dikenakan sekatan ekonomi komprehensif bertukar menjadi  lapangan sasar utk membunuh rakyat awam yg tidak bersenjata. Seluruh dunia amat terkejut & bangkit membuat bantahan yg terbesar pernah disaksikan.

Protes besar²an yg dianjurkan di seluruh dunia terutama di kotaraya Eropah & Amerika Syarikat telah mencetuskan usaha tersusun utk membantu rakyat Palestin. Seruan utk memulau & memboikot Israel diterajui di peringkat global. NGO yg memperjuangkan hak rakyat Palestin mula membentuk jalinan & mengkoordinasi bantuan di peringkat antarabangsa.

Kerjasama ini akhirnya membuahkan tekad utk memecahkan tembok kepungan Gaza melalui melalui misi² kemanusiaan. Kemuncak kpd inisiatif misi kemanusiaan ini ialah Freedom Flotilla yg berakhir dgn tragedi Mavi Marmara di perairan antarabangsa.

Sekali lagi Israel bertindak biadap dgn membelakangkan undang² antarabangsa dgn menyerang kapal Mavi Marmara yg tidak bersenjata & mengakibatkan 9 orang sukarelawan Turki terbunuh. Rakyat Malaysia turut terkesan dgn tragedi ini krn Freedom Flotilla turut disertai oleh 12 warga Malaysia termasuk 2 dari Aqsa Syarif. Serangan biadap yg jelas merupakan 1 pelanggaran undang² maritim antarabangsa telah mendapat bantahan & kutukan dari masyarakat sivil terutama dari negara² Barat.

Komuniti antarabangsa yg semakin simpati dgn nasib rakyat Palestin terus menyusun inisiatif bantuan kemanusiaan sehingga dilancarkan pula misi Konvoi Darat (Viva Palestina 5) yg melibatkan 200 ambulans & kenderaan pelbagai guna yg memulakan perjalanan dari London menuju Gaza. Konvoi darat ini juga turut disertai oleh 12 orang sukarelawan Malaysia, di mana 7 mewakili Aqsa Syarif 5 dari Viva Palestina Malaysia.

Berbanding siri bantahan yg dianjurkan di negara² barat menyokong rakyat palestin dari tahun 2009 hingga 2011, negara2 Arab terus membisu & menunjukkan sikap dingin terhadap perjuangan rakyat Palestin.  Apabila bantuan datang dari segenap pelosok dunia utk membantu rakyat Gaza, Mesir terus menutup sempadan masuk ke Gaza & menghalang bantuan dari menyeberang masuk ke Gaza.

Rejim Hosni Mubarak tidak mempedulikan rayuan masyarakat antarabangsa supaya sempadan dibuka & bantuan segera diberikan kpd penduduk Gaza.  Sebenarnya Hosni Mubarak bersekongkol dgn rejim Zionis Israel & mengikut sahaja telunjuk Amerika Syarikat & Eropah yg ingin memastikan Gaza terus dikepung. 

Bagi Hosni Mubarak, keselamatan Israel paling utama & pengaruh HAMAS perlu dibanteras. Jika sekatan dilonggarkan kedudukan Israel akan tergugat. Senario ini pastinya akan menggoyahkan kedudukan rejim Mubarak. Lantaran itu Hosni Mubarak terus mengambil sikap tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin & membiarkan mereka berhadapan dengan krisis kemanusiaan yang terburuk di abad ini. 

Bukan sahaja Mesir, bahkan seluruh Negara² Arab termasuk Jordan, Arab Saudi, & Negara² Teluk terus berdiam diri meskipun mereka boleh menggerakkan pelbagai inisiatif & sumber utk membebaskan rakyat Palestin dari kepungan & kezaliman rejim Zionis. Hakikatnya mereka adalah khadam yg berkhidmat kpd Israel. Mereka diupah oleh Amerika utk memastikan keselamatan Israel terus terpelihara dari ancaman rakyat Arab. 

Angin perubahan mula bertiup pd awal tahun 2011. Satu demi satu rejim Arab bermula dgn 1Tunisia ditumbangkan oleh rakyatnya sendiri. Revolusi Jasmine’  telah menumbangkan rejim kuku besi Ben Ali di Tunisia. Rakyat 2Mesir yg mendapat inspirasi dari kebangkitan di Tunisia kemudiannya menumbangkan pula rejim Hosni Mubarak. 

Kini 3Libya pula dicengkam oleh pergelutan di antara rakyat & rejim Muamar Gadafi & bakal menyaksikan satu lagi negara despot Arab ditumbangkan. Beberapa riak kebangkitan rakyat juga sedang berlaku di 4Syria, 5Jordan & 6Bahrain. Kebangkitan rakyat Negara² Arab ini telah membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan kuku besi diktator Arab & yg lebih penting lagi memerdekakan mereka dari penghinaan yg ditimpakan oleh rejim2 Arab yg melindungi Israel. 

Selama berpuluh tahun rakyat Arab & umat Islam dihina oleh pemimpin mereka. Kini mereka mula menghirup udara kebebasan utk menebus maruah yg tercalar di tanah air mereka & juga di bumi Palestin.

Sesungguhnya angin perubahan yg berlaku di timur tengah adalah berita paling baik bagi rakyat Palestin sejak 63 tahun tragedi Nakbah. Bahkan ia adalah berita terbaik sejak hampir 100 tahun yg lalu apabila Palestin digadai oleh perutusan rahsia yg terkandung dlm Hussein McMahon Correspondents (1915), konspirasi jahat British & Peranchis dlm perjanjian rahsia Sykes-Picot (1916) & di Parlimen British dgn sehelai dokumen keparat bernama Deklarasi Balfour (1917)


Siri² pengkhianatan & siasat keji di antara pemimpin Arab yg berkepentingan & kuasa barat seperti yg diputuskan oleh PBB lewat UNSCOP & Partition Plan & resolusi 181 telah memberi lesen kpd  zionis utk merancang siri2 keganasan ke atas rakyat Palestin yg mencetuskan tragedi Nakbah.

Ketika rencana ini ditulis, Menteri Luar Mesir mengumumkan sempadan Rafah ke Gaza akan dibuka dlm masa yg terdekat & ia akan terus dibuka bagi menamatkan kepungan Israel ke atas Gaza yg sudah melewati 5 tahun sejak 2006. Ini disusuli pula dgn persetujuan HAMAS & FATAH utk membentuk kerajaan perpaduan sebagai landasan penyatuan rakyat Palestin di dlm membebaskan Palestin dari pendudukan Zionis.

Aqsa Syarif mengucapkan tahniah kpd kerajaan Mesir atas pendirian yg ditunggu sejak sekian lama. Aqsa Syarif juga mengalu²kan penyatuan HAMAS & FATAH, satu perkembangan yg mendapat dokongan masyarakat antarabangsa yg mahu melihat wujudnya satu front rakyat Palestin dlm menghadapi Zionis Israel. 


Aqsa Syarif mengucapkan tahniah kpd seluruh rakyat Arab yg telah berjuang bersama rakyat Palestin utk menumbangkan sekatan² yg menghalang pembebasan bumi Palestin di negara mereka sendiri.

Aqsa Syarif mengucapkan tahniah kpd semua pejuang hak asasi & sukarelawan yg tidak pernah gentar berhadapan dgn ancaman Israel utk membantu membebaskan rakyat Palestin.


Sempena ulangtahun Nakbah yg ke-63 Aqsa Syarif akan memperkuat azam utk 


“MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN AL-AQSA”

Pengerusi
Aqsa Syarif Bhd
15 Mei 2011

Nie peristiwa yg cik Wana baru tahu setelah hidup 22 tahun di bumi fana ini. Isu Palestin bukan isu kemanusiaan saja tapi tanah yg mereka jaga itu & Baitul Maqdis. 

Teruskan berdoa buat Palestin.

Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...