Photobucket

Wednesday, May 30, 2012

Resepi ❝KEK PERKAHWINAN❞

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:42 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Jeng... Jeng... Jeng... Bertuah orang yg bangun awal. Dah boleh siapkan bahan² memasak. Mengada² nak ajar MEMASAK!!!


Sempena Majlis Perkahwinan sahabat²ku yg TELAH, SEDANG & BAKAL dinikahi, rasanya masih sempat lagi saya ingin berkongsi resepi KEK PERKAHWIHAN yg didatangkan khas drpd resepi KEK PERKAHWIHAN sahabat yg dah lama berumahtangga. 


Tak perlu mengeluarkan belanja yg banyak, buat sendiri lagi jimat. =)


Jangan pandang sebelah mata tau. Sebut saja nak kek apa (kek keju, kek coklat, kek ais krim & lain²), InsyaAllah saya cuba usahakan. Sangat poyo!!! 


Memandang masa dah suntuk & mungkin ramai yg tak percaya akan kemahiran yg saya ada maka kek SIMPLE tapi BERMAKNA❞ saja akan dikongsikan. Sila jangan meluat membaca entri ini (^_____^)


Moga ada yg sudi meneruskan bacaan utk menyalin bahan², tips² & cara menyiapkannya.  


BAHAN:
 1 lelaki soleh
 1 wanita solehah
 100% komitmen
 2 pasang restu orang tua
 1 botol kasih sayang murni

PERISA:
 1 buku besar humor
 25 gram rekreasi
 1 bungkus doa
 2 sudu teh telefon
 5 kali ibadah/hari

*Semuanya diadun hingga rata & mengembang.

TIPS²:
1. Pilih lelaki & wanita yg benar MATANG & SEIMBANG.

2. Jangan yg satu terlalu TUA & yg lainnya terlalu MUDA krn dapat mempengaruhi kemanisan. (Tapi kalau dah JODOH nak buat macam mana)


3. Sebaiknya dibeli di pusat beli-belah bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin.

4. Jangan beli di pasar yg bernama DISKO atau PARTI  krn walaupun modelnya bagus & harum baunya tapi kadangkala menipu pelanggan atau kadang menggunakan zat pewarna yg dapat merosak kesihatan.


5. Gunakan kasih sayang cap 'DAKWAH' yg telah mendapatkan penghargaan ISO dari Kementerian Kesihatan & Kerohanian. (Kementerian baru)

CARA MEMASAK:
1. Lelaki & wanita dicuci bersih, buang semua masa lalunya sehingga tersisa niat yg murni.


2. Siapkan loyang yg telah disapu dgn komitmen & restu orang tua dgn rata.

3. Masukkan niat yg murni ke dlm loyang & panggang dgn api yg perlahan sekitar 30 minit di depan penghulu.


4. Biarkan di dlm loyang tadi & sirami dgn perisanya.


5. Kek perkahwinan sedia dinikmati. :)


 

CATATAN:
1. Kek ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup & paling enak dinikmati dlm keadaan hangat. Tapi kalau sudah agak dingin, tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi sesuai selera, serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi di ketuhar berjenama 'TEMPAT IBADAH'.

2. Setelah mulai hangat, jangan lupa bertelefon bila berjauhan.

Selamat mencuba, dijamin semuanya halal!!!



TERIMA KASIH buat NANA atas perkongsian ini. InsyaAllah nanti saya nak kahwin boleh cuba resepi kek PERKAHWINAN ini. 


Moga siraman SAKINAH, MAWADDAH wa RAHMAH melimpahi batas bibit-bibit CINTA buat semua sahabat yg bakal melayari BAHTERA RUMAHTANGGA.


Maaf tidak dapat memenuhi jemputan kalian. Hanya doa dapat dikirimkan. Tumpang bahagia & gembira. =)



Ukhti Fasihah Zakariyya & Akhi Ukashah
Kak Wani Paiman & Akhi Adnan
Kak Aqilah Hanis & Akhi Amin
Kak Anis Nadia & Akhi Azrul
Kak Shafidah & Zauj (Abdul Muiz)
Akhi Akmal & Zaujah (Kak Aiman)
Kak Shaufiyyah (Fifi AT14) & Zauj
Kak Dayah Shaari & Zauj
Kak Sitti Hadijah & Zauj
Kak Ratna & Zauj
Ukhti Noor Asiah & Zauj (Akhi Redhuwan Zakaria)
(Pengantin MEI & JUN 2012)

Tuesday, May 29, 2012

Hari nie BUKAN HARI GURU T_T

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:33 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Dah lama rasanya tak update blog. Busy deh bulan nie dgn aktiviti sekolah, konvo & lain-lain. Bajet macam org terNAMA pula. =)

Sebenarnya entry nie khas buat semua GURU-GURUku. 

Cikgu, guru itulah panggilan yg diberikan kpdmu,
Cikgu mendidik anak bangsamu dgn ketulusan hatimu,
Cikgu berdedikasi utk mengajarkan yg terbaik,
Utk melahirkan anak didik yg boleh berjaya suatu hari nanti.


Guru, cikgu seorang insan yg teristimewa,
Baktimu kalahkan bak gunung Everest,
Jasamu tidak ternilai harganya,
Cikgu bak sebatang lilin yg sering menyinari kegelapan muridmu.


Guru, betapa cikgu dihormati oleh segala lapisan masyarakat,
Tugasmu begitu mencabar & jiwamu begitu kental,
Setiap hari cikgu akan berdepan dgn pelbagai cubaan,
Namun rintangan yg mendatang cikgu dapat menangkisnya.


Guru, cikgu seorang yg tegas & berwibawa,
Ketabahanmu membuat cikgu sentiasa redha,
Cikgu berkaliber & berhati mulia,
Cikgu sering dijadikan cermin oleh anak didikmu.


Guru, cikgu seorang yg bersemangat waja,
Kesabaranmu membuat cikgu betah utk meneruskan perjuanganmu,
Demi membela anak bangsamu utk maju ke hadapan,
Cikgu sememangnya seseorang yg patut dihargai.


Semoga Hari Guru ini akan membuat cikgu bahagia & gembira,
Doaku agar cikgu sekalian diberi rahmat & hidayah dari Illahi,
Dgn melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru,
Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yg bergelar GURU...


Sebelum bulan Mei menginjak pergi berganti dgn bulan Jun sy, HERWANA HERMAN ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" buat semua guru yg pernah bersusah payah mendidik sy. Hanya Allah saja dpt membalas jasa kalian semua. جزاكم الله خير الجزاء

SK Pekan Dua W.P. Labuan 

SM Sains Labuan

"SAYANG SEMUA GURU-GURUku"

Sunday, May 13, 2012

Ada Apa Dengan Sekeping IJAZAH?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:03 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera teman² semua.

Syukur alhamdulillah, hari ni kita masih diberi izin oleh Allah SWT utk hidup lagi di atas dunia milikNya ini. Allah masih bagi kita peluang utk memperbaiki diri pd mana² kelemahan yg masih kita buat & menambahkan amalan baik agar bekalan kita di hari akhirat lebih banyak. 

Jadi, marilah kita sama² manfaatkan usia yg ada pd hari ini dgn sebaik²nya seolah² kita akan mati bila² masa saja tanpa sebarang amaran.

Alhamdulillah kami konvo seawal usia 23 tahun yg masih 22 tahun pun ada.

Setiap tahun ramai anak² muda sekitar usia awal dua puluhan di seluruh universiti tanah air akan melambung mortarboard (topi graduan) mereka sebagai tanda gembira krn lulus drpd universiti & mendapat ijazah

Topi petak hitam (mortarboard) yg ditiru drpd budaya barat itu berasal drpd pemakaian paderi di gereja Katolik Rom yg memakai biretta.

Namun itu bukanlah isunya yg hendak dibincangkan di sini tapi amalan pengajian umat Islam yg berasaskan sijil itu yg sepatutnya menjadi persoalan.

Ramai ibu bapa akan menangis & tersedu sedan dgn kejayaan anak² mereka merangkul sekeping kertas & mereka pun berkata inilah waktu yg paling gembira dlm hidup mereka iaitu krn mendapat kertas pengiktirafan drpd universiti yg terkemuka yg menyatakan bahawa anak mereka mulai dr saat ini telah bergelar GRADUAN & lulus sebagai pelajar & layak mendapatkan pekerjaan.

Pelbagai bidang ditawarkan di universiti dgn harga bayaran tertentu lalu orang ramai pun boleh melanjutkan pelajaran & kemudian diberikan sekeping kertas sebagai tanda pengesahan bahawa anda telah selesai belajar.

Tahukah kita apakah nilai sekeping ijazah? 

Jawapannya ialah sekeping kertas


Ya, nilai sebuah ijazah ialah hanya sekeping kertas!!!


Tanpa ilmu, ijazah itu tidak akan membawa kita ke mana² & tanpa ketaqwaan kpd Allah SWT maka ijazah itu pun tidak akan mampu membeli pertunjuk mahupun hidayah.

Nilai seseorang ditentukan oleh apa yg dilakukannya bukan krn kertas atau disebabkan pengiktirafan drpd mana² ulama’ terkenal.

Drpd Abu Hurairah ra telah bersabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud: 
Barangsiapa yg mempelajari ilmu yg sepatutnya adalah utk mendapatkan keredhaan Allah tapi dia sebaliknya mempelajarinya krn utk ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat mencium bau syurga di hari kiamat. 
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud & Hakim)



Benarkah kita mengaji & belajar krn Allah?
:)Jika benar maka sijil & ijazah seharusnya tidak membawa makna apa² krn apa yg penting ialah ilmu bukannya kertas.

:)Jadi benarkah anda meninggalkan pintu gerbang dgn gembira krn telah selesai mengutip segala jenis ilmu & pengetahuan

:)Atau gembira meninggalkan tempat belajar krn sekeping ijazah di tangan?


Firman Allah SWT: 
Dan janganlah kamu terlalu gembira terhadap apa yg diberikanNya kpdmu. Dan Allah tidak menyukai setiap org yg sombong lagi membanggakan diri.   (Al-Hadid: 23)

Fikir²kan!




Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi akhirnya aku bukan sahaja menggenggam sekeping Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik dengan Kepujian (UPSI baik, tak gulung Ijazah kami... hihi), tapi aku mempelajari pelbagai Ilmu (Duniawi & Ukhrawi) sepanjang berada di UPSI (Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam).


Terima kasih yg tak terhingga buat IBU & AYAH krn sentiasa mendoakan Wana. Pahit menuntut Ilmu tidak pernahku khabar krn aku ingin melihat mereka sentiasa gembira. 


Terima kasih buat semua warga pendidik bermula dari Tadika Perpaduan Gersik II Labuan, Sekolah Kebangsaan Pekan II Labuan, Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan, Sekolah Menengah Sains Labuan, Kolej Matrikulasi Labuan & Universiti Pendidikan Sultan Idris atas kesungguhan kalian mendidik pelajarmu ini. 


Terima kasih buat semua kawan, teman & sahabat yg pernah berjuang bersama-sama di medan Ilmu.


Terima kasih buat SAHABAT² IMAN yg sentiasa mendokongku. Allahurabbi beruntungnya aku dipilih Allah berada dlm saff perjuangan Islam bersama kalian. Moga hati ini thabat.


✿ Jazakumullahu khairan kathira buat semua 


Hanya Allah yg dapat membalas budi kalian semua.


Daisypath - (TYUz)

Moga ilmu yg kuperolehi dapat membentuk diriku menjadi MURABBI yg mendidik anak² muridku utk dunia & akhirat. 


Kejayaan Kita, Kejayaan Islam
~ KEJAYAAN ITU MILIK ALLAH ~


Akhir kalam, sambutlah SALAM SYABAS & SALAM TAHNIAH dari saya buat sahabat yg lain. Moga² kita sama² menjaga Hubungan dgn Allah SWT & bersyukur di atas kejayaan yg dikurniakanNya. 


Wallahualam

Tuesday, May 1, 2012

ISLAM sentiasa dlm Keadaan Asing -O.o-

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:20 PM


Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud, 
Islam itu bermula dlm keadaan asing & ia akan berterusan menjadi asing sepertimana mulanya, beruntunglah org² yg asing.


Hadith ini menampakkan kpd kita realiti umat Islam pd hari ini. Dgn pertumbuhan ekonomi & pembangunan yg semakin mantap di dunia secara umumnya, & di Malaysia secara khususnya tidak langsung menampakkan yg Islam dijadikan sebagai salah satu agenda penting dlm perkiraan masyarakat.


Saban hari kita mendengar dari berita² di saluran² prima negara membincangkan tentang kejatuhan & kenaikan harga saham dunia & seumpamanya. 


Namun berapa kalikah kita mendapat peluang utk mendengar berita tentang usaha² dakwah dlm membentuk generasi Rabbani yg kita dengar dari medium² berita prima kita. Melainkan jika hadirnya org² penting, barulah kita mendapat peluang sedemikian.


--> Medium² berita prima kita semuanya SETENGAH SUKU.


Yg sering kita dengar berkenaan Islam ialah kes perceraianfasakhrogolbuang anak & seumpamanya menampakkan kita hanya menumpukan kpd benda² yg tidak menguntungkan Islam


LUAHAN HATI YANG TERBUKU. TENGOK GAMBAR JE PUN DAH TAHU ISI KANDUNGAN ENTRI YANG AGAK SKEMA


Inilah yg kita suapkan kpd minda org bukan Islam, dgn menampakkan kpd mereka bahawa Islam merupakan agama pelampau. Nauzubillahiminzalik'.


Pengakhirannya ialah mereka (org bukan Islam) menuduh Islam secara keseluruhannya sebagai pengganas & menyebabkan umat Islam yg tidak bersalah menjadi mangsa & seumpamanya.


Inilah hakikat dunia kita pd hari ini. Kita telah menjadikan Islam itu 'lebih' asing kpd semua, & samada kita sedar ataupun tidak, kita akan disoal pada suatu hari nanti tentang apa yg telah kita lakukan utk mengatasi atau memperbaiki keadaan pada hari ini.


Akhir kalam,


Marilah kita sama² tingkatkan ketaqwaan kita & tuntutlah ilmu sebanyak mungkin agar kita dpt melakukan IslahDakwahdgn berkesan.

Ya Allah, betapa beratnya amanah yg kami pikul. Ampunilah dosa² kami jika kami terlepas pandang akan amanah yg kau berikan


Wallahualam


* SELAMAT HARI PEKERJA buat yg BEKERJA. SEPATUTNYA yg TAK BEKERJA tak boleh CUTI =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...