Sunday, July 29, 2012

Alhamdulillah, Di Sini Kami Berteduh

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:39 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Salam Ramadhan Kareem.


Salam Ramadhan Al-Mubarak [9 Ramadhan 1433H].
Sebelum baca entri cik Wana, baca petua Imam Syafie nie dulu tau ^____^

Jom kembali ke pangkal jalan...


Dah lama tak share buku yg dah dibaca dlm blog. Rasanya ada 2 buku iaitu Di Sini Kami Berteduh & Salju Sakinah dah begitu lama khatam tapi masukkan lagi blog.


Khatam???


Tak khatam pun, cuma habis baca saja. okaja*


Cik Wana tengok adik saya yg Form 2 sangat rajin baca buku. Kalau dulu novel kanak-kanak, sekarang meningkat ke novel dewasa. Saya tengok agak banyak juga koleksi buku miliknya yg dibeli dgn duit simpanan sendiri. 


Setiap minggu pasti ke Perpustakaan Awam Labuan utk meminjam & mengembalikan buku. Belum lagi kira buku yg dipinjam di Pusat Sumber Sekolah.


Agak ulat buku!!!


Pernah tanya dia, kenapa suka sangat baca buku?


Senang saja jawapannya.

Menambahkan perbendaharaan kata


Wowww... Cayalah...

Hari ni nak share tentang bacaan Novel Tarbiyah  Di Sini Kami Berteduh


Watak utama dlm novel nie adalah Puan Tasnim yg merupakan guru Matematik mengajar di sekolah rendah. Oleh krn berkisarkan kehidupan seorang guru Matematik menyebabkan cik Wana lagi bersemangat menghayati novel ni. [Biasalah... Aku kan guru Matematik tapi sementara nie aku guru Pendidikan Islam di sekolah rendah]


Di sini nak share beberapa kata² yg diambil drpd novel sebagai sumber inspirasi buat diri & pembaca blog Teratak Pendidik.


Cuma di dlm hati saya ini, saya sentiasa ingin melihat anak² Melayu beragama Islam maju ke hadapan. Tiada niat lain. Biarlah Allah Taala yg menilai semua ini.

Ini masalah sikap anak kita & didikan kita, bukannya masalah sekolah agama itu. Mana abang tahu ustaznya tidak menasihatkan pelajar²nya? Ustaz & ustazah bukannya pendidik utama. Silap kita adalah sering menyerahkan tanggungjawab mendidik kpd mereka, padahal sepatutnya kita sebagai ibu bapa yg mendidik mereka.

Mengapa ibu tidak ambil pembantu rumah baru. Ibu tidak letihkah?

Puan Tasnim yg baru selesai menyusun pinggan mangkuk itu turut menarik kerusi supaya lebih mendekati anaknya. Dia membalas pertanyaan itu dgn sebuah cerita.   Rasulullah pernah menasihatkan anaknya Fatimah supaya berzikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar di mana setiap satunya sebelum tidur sebanyak 33 kali. Waktu itu Saidatina Fatimah amat keletihan menyelesaikan tugas dapur & meminta agar Rasulullah memberikan seorang hamba utk membantunya. Berzikir itu menenangkan fikiran, menguatkan tubuh badan & banyak kebaikannya lagi. Alhamdulillah, menjawab pertanyaan Hanan itu, ibu sememangnya tidak berasa letih.


Alhamdulillah banyak input yg menarik  diperolehi drpd novel nie. Allahuakhbar!!! Menaikkan motivasi aku sebagai seorang MURABIAH

Kalau tak membaca mesti tiada ilmu (input). Bila tiada ilmu mesti tak tahu nak sampaikan (output).

Aku terfikir betul juga. Kalau kita ini kurang input macam mana nak menghasilkan outputMeans kalau kurang membacakurang menghadiri majlis² ilmuhari² melayan laghakurang berkursus menambah & memantapkan pengetahuan utk bekalan di dada, dari mana input nak datang. Ia tidak datang bergolek kpd kita. 


Alangkah bestnya kalau dapat lahirkan novel tarbiyah remaja macam ini. Dapat 3 in 1. 


 Dapat pahala menyebarkan ilmu kpd para pembaca novel kita, 
 Dapat menjadi 'pelajar' yg dapat menambah ilmu di dada sendiri  
 Dan yg satu lagi tue sahabat² tolong fikirkan. =)


Wallahualam.


P/S: Jazakillah khairan buat adik Puteri Nor Aisyah sebab pinjamkan novel nie. Sayang kamu kerana Allah. Moga Allah beri kekuatan kpd kami Warga Pendidik utk mendidik anak bangsa.

Thursday, July 26, 2012

Kapal Bunga Alpinia Meletup di Labuan

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:42 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Salam Ramadhan Al-Mubarak [6 Ramadhan 1433H].

Nak cerita satu kisah iaitu:


"Boommmmm..."

Satu letupan kuat tiba² kedengaran kira jam 7 pagi semasa aku tgh handle murid² bacaan pagi. Pada waktu tue semua guru berada dlm bilik guru utk mesyuarat pagi & aku seorang di luar.

Tiada gegaran aku rasa tapi letupan yg sangat kuat saja didengari tapi guru² lain yg dlm bilik guru terasa bangunan bergegar.

Alhamdulillah murid² masih dlm keadaan terkawal, tiada yg berlari², tiada yg menjerit²

Pada masa yg sama sedikit demi sedikit ibu bapa datang utk mengambil anak mereka terutama yg bekerja di kawasan Asian Supply Base & Petronas Methanol Labuan krn mereka lebih tahu punca letupan yg berlaku.

Barulah otak ligat berfikir & teringat akan perbualan kami semasa makan sahur tadi. 

Ibu berkata:
Pagi tadi dlm jam 2 ada letupan besar. Kuat betul bunyinya

Aku:
Guruh kali mak, sekarang pun tengah hujan renyai²

Ibuku:
Iya kali

Rupa²nya inilah yg berlaku pada 2.30 pagi tadi & letupan yg berlaku jam 7 pagi ada letupan susulan.

Kapal meletup pada jam 2 pagi

Berita Harian

Selepas letupan itu, kepulan asap hitam dapat dilihat jelas di Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha. Tempat kejadian lebih kurang 2km drpd tempat kami berada. 



Ya Allah, selamatkanlah kami.

Murid² yg diambil oleh ibu bapa mereka dibenarkan utk pulang pulang ke rumah mereka. Kelihatan juga penduduk kampung yg tinggal di sekitar Kg. Rancha-Rancha Laut mencari tempat selamat memandangkan mereka tinggal berhampiran dgn tempat kejadian. Pertama kali juga melihat jam di hadapan SKRR.

Maka tinggallah guru² di sekolah menunggu arahan drpd Jabatan Pelajaran Labuan utk pulang juga. Kami terpaksa memakai MASK memandangkan kualiti udara di Labuan tidak bersih.

Alhamdulilah syukur kpd Allah S.W.T kapal yg meletup & masih marak apinya telah berjaya ditarik ke tengah laut. Terima kasih kpd bomba yg bertugas termasuk pasukan beruniform yg lain atas hasil kerja yg memuaskan. 




Chemical Tanker Kapal MISC Bunga Alpinia 3 exploded at Jeti Petronas Methanol Labuan

Kapal ini mempunyai 29 anak kapal yg terdiri drpd warganegara Malaysia & Filipina. Seramai 24 anak kapal berjaya diselamatkan namun malangnya 4 masih dilaporkan hilang & seorang telah pun ditemui & disahkan meninggal dunia.

Terkorban: Shahril Azmi Baharuddin, 28 tahun, Melaka, Greaser 
Hilang: Muhammad Nazrin Khamasani, 20 tahun, Kuala Lumpur, Deck Cadet
Hilang: Mohd Hanafi Khalil, 24 tahun, Melaka, Ordinary Seaman
Hilang: Zahari Hassim, 46 tahun, Negeri Sembilan, Pump Man
Hilang: Colanggoy Errol Calaluan, 22 tahun, Filipina, Able-Bodied Seaman

 Kpd keluarga mangsa² yg tidak dapat diselamatkan Al-Fatihah & salam takziah.

Kapal MISC Bunga Alpinia 3: Sebelum & Selepas

Musibah, ujian & bala bencana yg menimpa manusia itu kehendak Allah.

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yg kamu lakukan (dari perbuatan² yg salah & berdosa); & (dlm pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa² kamu. (As-Syura: 30)

✿ Bersangka baik dgn Allah. Sesungguhnya tujuan ALLAH berbuat  sesuatu itu bukanlah sesuatu yg membinasakan hamba, akan tetapi adalah utk menguji ketabahan serta kerelaan hati seseorang. 

✿ Di samping itu, juga tujuan ALLAH adalah utk mendengar permohonan seseorang dgn penuh rasa kerendahan diri kehadratNya.

Selamatkanlah kami Ya Allah

Wallahualam

P/s: Nak tahu cerita lanjut tengok kat FB Aduan Rakyat Labuan & FB Info Labuan

Monday, July 23, 2012

Aku Mahu Tinggalkan Dunia dalam Sujudku

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:30 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Salam Ramadhan Al-Mubarak [3 Ramadhan 1433H]


* * * * * * * * * * *
SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba² aku melihat seolah² ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan²kan lagi, lalu aku berteriak: 
Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!



Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil² ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf² lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.


Apabila aku mendongak ternampaklah istana² indah yg dikelilingi taman² pawana serta anak² sungai mengalir saujana mata memandang.

Keindahan istana demi istana & taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu² istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah² patung bernyawa yg sangat jelita, sentiasa tersenyum & bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kpdku: 
Selamat datang wahai makhluk yg diciptakan syurga utknya,  & krn ayahanda kamu, kami diciptakan...

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yg dipenuhi istana² yg lebih indah drpd sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dlm setiap istana itu terdapat rumah² berisi pelbagai perhiasan indah yg belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga & tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana² ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa & ceria.

Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis & tebal. Juga terdapat selimut² drpd sutera dgn pelbagai warna & corak.

Di atas rak² kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat drpd emas & perak yg sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah²an serta air minuman yg lazat & enak tersedia utk dimakan.


Pemandangan di taman² pula sungguh memukau dgn aliran sungai yg warnanya lebih putih drpd susu, rasanya lebih manis drpd madu & baunya lebih semerbak drpd kasturi.

Aku yg kehairanan & takjub lantas bertanya:
Utk siapakah tempat² indah sebegini dicipta? Apa nama sungai² yg harum mewangi ini?

Malaikat² itu menjawab:
Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi & tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas utk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada & syiddiqun yg dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yg telah Allah janjikan kpd ayahandamu.

Aku bertanya lagi: 
Di mana ayahandaku?

Malaikat² menjawab: 
Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!

Tidak lama kemudian aku ternampak istana² yg sangat putih & permaidani yg tersangat indah. Tiba² aku sudah berada di atas permaidani yg terbentang di atas singgahsana. 


Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yg tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku & mencium dahiku berkali².


Ayahanda berkata: 
Selamat datang wahai puteriku!

Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya & berkata lagi:
Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yg telah dijanjikan Allah kpdmu & yg akan engkau perolehi?

Ayahanda menunjukkan istana² yg disaluti bermacam² hiasan yg indah menawan serta berkilau²an, saujana mata memandang. 

Ayahanda berkata: 
Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua² anakmu serta orang² yg mencintaimu & mencintai mereka. Bergembiralah, engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi...

Aku berkata: 
Kalau begitu senanglah hatiku & bertambah rindu pada ayahanda.



Selepas berjumpa beberapa ketika dgn ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil & terasa takut yg amat sangat. Aku masih teringat² bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. 


Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yg sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yg menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis & bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. 

Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini utk bersama ayahanda tercinta di akhirat yg kekal, aman & sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku & juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah utk membuat usungan seperti yg dilihat dibuat di Habshah.

Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yg marah apabila melihat jenazahku.

Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda.

Tubuhku  terasa sangat lemah utk memijak. Tapi aku gagahi juga utk bersembahyang dua rakaat antara mimbar & makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dgn roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk & cium kedua²nya bertubi². Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu.

Selamat tinggal sayangku, puteraku & suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku & suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda & suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dlm bersujud pada Ilahi.

Aku terus meninggalkan dua puteraku & membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yg ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yg sentiasa mengurus & merawatku.

Pada Asma aku berpesan, 
Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali & aku akan menjawab panggilanmu. Tapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil² nama wanita itu tapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dlm sujudnya

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

* * * * * * * * * * *

Aku dlm cerita di atas ialah Saidatina Fatimah az-Zahra r.a, anak bongsu kesayangan baginda Rasulullah s.a.w drpd pernikahan dgn Ummu Mukminin Khadijah binti KhawailidSaidatina Fatimah az-Zahra r.a meninggal dunia dlm usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah saw wafat & jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah



Hari ini dlm sejarah Ramadan.

Tahukah kita?

3 Ramadhan 11H 

Pada hari ini (3 Ramadhan 1433H) merupakan hari pemergian  Saidatina Fatimah az-Zahra r.a



Saidatina Fatimah az-Zahra r.a lahir 5 tahun sebelum baginda Rasulullah s.a.w diangkat sebagai Rasul. 

Saidatina Fatimah az-Zahra r.a dinikahi oleh Saidina Ali bin Abi Thalib anak kpd bapa saudara Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan tahun 2H. Drpd pernikahan yg penuh berkah ini lahirlah Hasan, Husain, Zainab, Ummi Kultsum & Muhsin yg meninggal di saat kecil.

Semoga Allah meredhai amalan mereka & mengganjari kita dgn kebaikan mereka. (Sumber: Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy & Qosim Abdullah. Cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir)


:)Masih adakah wanita solehah seperti Saidatina Fatimah az-Zahra r.a  di zaman moden ini? 


:)Ayuh jadikan bulan Ramadhan yg Mulia nie utk membentuk diri menjadi Wanita Solehah.




"..Ya Allah Ya Rabbi aku belum solehah tapi aku mahu jadi solehah... Ayuh sahabat kita berusaha ke arah itu... Haiya bina.."

Sunday, July 22, 2012

Aminah bonda Rasulullah SAW

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:20 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Salam Ramadhan Al-Mubarak [2 Ramadhan 1433H]!!!



Macam mana puasa hari nie? 
Ada peningkatan tak dgn amal ibadah dari semalam?


Kalau:
ADA  Alhamdulillahi rabbil 'alamiin [Segala puji bagi Allah yg menguasai seluruh alam]
TIADA  Nauzubillah min zalik [Kami berlindung dgn Allah drpd perkara (perkara buruk) tersebut (drpd menimpa kami)]


Sementara nak tunggu berbuka puasa nie, jom baca entri 2 Ramadhan 1433H cik Wana tentang seorang Wanita, ibu kpd Nabi Muhammad S.A.W.


Kenal tak? Kalau tak jom teruskan bacaan. :)


Seorang wanita berhati mulia, pemimpin para ibu. Seorang ibu yg telah menganugerahkan anak tunggal yg mulia pembawa risalah yg lurus & kekal, rasul yg bijak pembawa hidayah. 


Dialah Aminah binti Wahab


Ibu dari Muhammad bin Abdullah yg diutus Allah sebagai rahmat seluruh alam. Cukuplah baginya kemuliaan & kebanggaan yg tidak dapat dimungkiri, bahawa Allah azza wa jalla memilihnya sebagai ibu seorang rasul mulia & nabi yg terakhir.


Berkatalah Muhammad puteranya tentang nasabnya 
Allah telah memilih aku dari Kinanah & memilih Kinanah dari suku Quraisy bangsa Arab. Aku berasal dari keturunan orang² yg baik, dari orang² yg baik, dari orang² yg baik.


Dengarlah sabdanya lagi, 
Allah memindahkan aku dari sulbi² yg baik ke rahim² yg suci secara terpilih & terdidik. Tiadalah bercabang dua, melainkan aku di bahagian yg terbaik.

Aminah bukan cuma ibu seorang rasul atau nabi, tetapi juga wanita pengukir sejarah. Krn risalah yg dibawa putera tunggalnya sempurna, benar & kekal sepanjang zaman. Suatu risalah yg bermaslahat bagi ummat manusia. 


Berkatalah Ibnu Ishaq tentang Aminah binti Wahab ini. 
Pada waktu itu ia merupakan gadis yg termulia nasab & kedudukannya dlm kalangan suku Quraisy.

Menurut penilaian Dr. Bint Syaati tentang Aminah ibu Muhammad iaitu,
Masa kecilnya dimulai dari lingkungan paling mulia & asal keturunannya pun paling baik. Ia (Aminah) memiliki kebaikan nasab & ketinggian asal keturunan yg dibanggakan dalam masyarakat aristokrasi (bangsawan) yg sangat membanggakan kemuliaan nenek moyang dan keturunannya.

Aminah binti Wahab merupakan bunga yg indah dlm kalangan Quraisy serta menjadi puteri dari pemimpin bani Zuhrah. Pergaulannya senantiasa dlm penjagaan & tertutup dari pandangan mata. Terlindung dari pergaulan bebas sehingga sukar utk dapat mengetahui jelas penampilannya atau gambaran fizikalnya. 


Para sejarawan hampir tidak mengetahui kehidupannya kecuali sebagai gadis Quraisy yg paling mulia nasab & kedudukannya dlm kalangan Quraisy.

Walaupun tersembunyi, baunya yg harum semerbak keluar dari rumah bani Zuhrah & menyebar ke segala penjuru Makkah. Bau harumnya membangkitkan harapan mulia dlm jiwa para pemudanya yg menjauhi wanita² lain yg terpandang & dibicarakan orang.


Allah memilih Aminah “Si Bunga Quraisy” sebagai isteri Abdullah bin Abdul Muthalib di antara gadis lain yg cantik & suci. 


Ramai gadis yg meminang Abdullah sebagai suaminya seperti Ruqaiyah binti Naufal, Fatimah binti Murr, Laila al Adawiyah & masih ramai wanita lain yg telah meminang Abdullah.

Ibnu Ishaq menuturkan tentang Abdul Muthalib yg membimbing tangan Abdullah anaknya setelah menebusnya dari penyembelihan. Lalu membawanya kpd Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah yg waktu itu sebagai pemimpin bani Zuhrah utk dikahwinkan dgn Aminah.

Abdullah adalah pemuda paling tampan di Makkah. Paling memukau & paling terkenal di Makkah. Tak hairan, jika ketika ia meminang Aminah, ramai wanita Makkah yg patah hati.

Cahaya yg semula memancar di dahi Abdullah kini berpindah ke Aminah, padahal cahaya itulah yg membuat wanita² Quraisy rela menawarkan diri sebagai calon isteri Abdullah


Setelah berhasil mengahwini Aminah, Abdullah pernah bertanya kpd Ruqaiyah mengapa tidak menawarkan diri lagi sebagai suaminya. 


Apa jawab Ruqayah, 
Cahaya yg ada padamu dulu telah meninggalkanmu & kini aku tidak memerlukanmu lagi.

Fatimah binti Murr yg ditanyai juga berkata, 
Hai Abdullah, aku bukan seorang wanita jahat tapi kulihat aku melihat cahaya di wajahmu krn itu aku ingin memilikimu. Namun Allah tak mengizinkan kecuali memberikannya kpd orang yg dikehendakiNya.


Jawaban serupa juga disampaikan oleh Laila al Adawiyah. 
Dulu aku melihat cahaya bersinar di antara kedua matamu krn itu aku mengharapkanmu. Namun engkau menolak. Kini engkau telah mengahwini Aminah & cahaya itu telah lenyap darimu.

Memang “cahaya” itu telah berpindah dari Abdullah kpd Aminah. Cahaya ini setelah berpindah-pindah dari sulbi² & rahim² lalu menetap pada Aminah yg melahirkan Nabi Muhammad SAW. 


Bagi Muhammad merupakan hasil dari doa Ibrahim bapanya. Kelahirannya sebagai khabar gembira dari Isa saudaranya, & merupakan hasil mimpi dari Aminah ibunya. 


Aminah pernah bermimpi seakan² sebuah cahaya keluar darinya menyinari istana² Syam. Dari suara ghaib ia mendengar, 
Engkau sedang mengandung pemimpin ummah.

Masyarakat di Makkah selalu membicarakan, kedatangan nabi yg ditunggu² sudah semakin dekat. Para pendita Yahudi & Nasrani serta peramal² Arab selalu membicarakannya. & Allah telah mengabulkan doa Ibrahim as. seperti disebutkan dlm Surah al Baqarah ayat 129.
Ya Tuhan kami. Utuslah bagi mereka seorang rasul dari kalangan mereka.


Dan terwujudlah khabar gembira dari Isa as. seperti tersebut dlm Surah as Shaff ayat 6.
Dan memberi khabar gembira dgn (datangnya) seorang rasul yg akan datang sesudahku, namanya Ahmad (Muhammad). Benar pulalah tentang ramalan mimpi Aminah tentang cahaya yg keluar dari dirinya serta menerangi istana² Syam itu.

Aminah adalah pemimpin para ibu krn dia ibu Nabi Muhammad yg dipilih Allah sebagai rasul pembawa risalah utk umat manusia hingga akhir zaman. Muhammadlah penyeru kebenaran & keadilan serta kebaikan berupa agama Islam.
Dan barangsiapa memilih agama selain Islam, maka tiadalah diterima (agama itu) darinya. & di akhirat termasuk orang² yg rugi. (Ali Imran: 85)

Saat menjelang wafatnya, Aminah berkata: 
Setiap yg hidup pasti mati & setiap yg baru pasti usang. Setiap orang yg tua akan binasa. Aku pun akan wafat tapi sebutanku akan kekal. Aku telah meninggalkan kebaikan & melahirkan seorang bayi yg suci.


Diriwayatkan oleh Aisyah dgn katanya, 
Rasulullah SAW memimpin kami dlm melaksanakan haji wada’. Kemudian baginda lalu dekat kubur ibunya sambil menangis sedih. Maka aku pun ikut menangis krn tangisnya.


Betapa harumnya nama Aminah & betapa kekalnya namanya nan abadi. Seorang ibu yg luhur & agung sebagai ibu Muhammad manusia paling utama di dunia, paling sempurna di antara para nabi, & sebagai rasul yg mulia. 


Aminah binti Wahab adalah ibu kandung rasul yg mulia. 


Semoga Allah memberkatinya.


Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...