Saturday, February 23, 2013

Corat Coret Guru Ganti [Aku Penyabar]

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:17 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Syukur ke hadrat Ilahi krn masih diberi nikmat Iman & Islam dlm menunaikan tuntutan sebagai hamba Allah. Syukur juga ke hadrat Ilahi krn kurniakan kekuatan & kesabaran buat cik Wana terus mendidik murid² di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SK Pantai (SKP) W.P. Labuan


Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan Wana sepanjang hampir dua bulan mengajar di sana. Sedikit demi sedikit ilmu diperolehi sepanjang menjadi pendidik di sana.


Hari nie terasa rajin pula nak update blog sambungan entri bulan lalu tentang guru ganti. Boleh tengok di sini [Corat Coret Guru Ganti Kelas Aliran Pendidikan Khas]


Macam mana keadaan kelas aliran Pendidikan Khas?

Soalan nie pernah dilontarkan oleh sahabat kpd saya.


Sebenarnya keadaan kelas PPKI bergantung kpd jumlah murid, keadaan masalah murid & jumlah guru.


Kalau di SKP, ada 6 kelas dgn jumlah murid yg berbeza iaitu

Zuhrah (6 orang)
Zuhal (5 orang)
Uranus (5 orang)
Neptune (7 orang + seorang mengikuti Pendidikan Inklusif)
Marikh (7 orang + seorang mengikuti Pendidikan Inklusif)
Musytari (7 orang + seorang mengikuti Pendidikan Inklusif)
40 orang mengikuti Pendidikan Khas di SK Pantai


Pendidikan Inklusif: Seorang murid yg telah disahkan menghadapi masalah yg boleh menjejaskan pembelajaran boleh ditempatkan di kelas biasa utk menerima pendidikan bersama² dgn murid yg tidak mengalami masalah. Pendidikan ini juga dikenali sebagai pengsealiran (mainstreaming).


Sikitkan. Sekiranya orang yg tak faham & ambil tahu tentang PPKI mungkin mereka kata; 
"Alahai, sikitnya murid satu kelas. Senang je nak ajar kalau macam tu"


Memang sikit tapi tenaga nak mendidik sama seperti tenaga nak mendidik 40 orang murid. Cabaran utama.


Cuma yg bestnya bila sikit perhatian kpd seorang murid mudah. Jom tengok gambar sebahagian drpd mereka.





 Budaknya comel tapi susah nak kawal. Dah beberapa kali lari semasa orang tak perasan. Memang laju kalau dia lari. Kalau waktu rehat selalu duduk main di sebelahku. Kalau cikgu lain marah dia mesti bawa beg pi sebelahku. Kakak PPM (Pembantu Pengurusan Murid) kata "Dia nie suka Wana." Kekasih baru.. =)


Mudahkah nak mencapai objektif P&P bagi setiap topik?

Kalau kelas Musytari mudah tapi kelas Zuhrah & Zuhal agak susah. Kelas yg lain sederhana. Sekurang²nya seminggu hanya fokus satu subtopik. Penyampaian & pendekatan perlu berbeza.

Nie hasil kerja kelas Zuhal (Feffy, Syafiq, Afendy, Ikhwan & Fauzul) di bawah topik 
MATA UNTUK MELIHAT (MENGENAL WARNA)


Bolehkah berdakwah dgn murid² PPKI?


Teringatkan beberapa soalan yg agak lucu drpd murid² kpd Wana. Dgn nada suara yg comel akan buat hati terhibur. 

1) Cikgu nie nak panggil USTAZAH atau CIKGU?

2) Kenapa cikgu pakai tudung besar macam ustazah²? 


Jawapan Wana mudah saja. Cikgu suka.


Bagi Wana, walaupun mereka murid² yg berkeperluan khas sebagai seorang guru yg beragama Islam perlu menerapkan asas² Islam pada mereka. Gunalah apa² pendekatan. Tak perlu yg dakwah high class, yg penting "Betulkan yg biasa, biasakan yg betul". 



.:: Guru adalah pendakwah yg paling berjaya jika mereka bersedia melakukan pekerjaan itu dgn berdasarkan keimanan kpd Allah & utk menegakkan agamaNya ::.


Pengalaman tak boleh dilupakan


Kalau tanya tentang ini, Wana pasti jawapan seperti dlm facebook hari tu iaitu diludah tepat di muka oleh murid. Allahurabbi, sabar je. Dia masih budak². 


Nasib baiklah dikau insan dijamin Syurga Allah. Moga dirimu juga membawaku ke Syurga Allah.


Pengalaman berharga seorang bakal guru ^__^


Aktiviti terkini?


Sepanjang mengajar di sini, ini program pertama yg dijalankan memandangkan pada hari Jumaat (22 Februari 2013) yg lalu ramai guru yg tidak hadir atas komitmen masing² (3 orang ke Himpunan Guru Muda 1 Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah & seorang kena campak).


Sepatutnya dlm takwim sekolah, hari Jumaat diadakan Sambutan Maulidurrasul & Tahun Baru Cina. Tapi tiada pun.


Pada hari kejadian murid tahap 2 (Musytari, Marikh & Neptune) mengikuti teori & praktikal membuat Puding Roti bakar manakala murid tahap 1 (Zuhal, Zuhrah & Uranus) melihat tayangan & mewarna.


Wana, Kak Azean, Kak Liza & Kak Rosnah handle murid² tahap 2 menyediakan puding yg diketuai oleh Kak Liza sebagai Guru Masakan ^_^



Kak Liza sedang menunjukkan praktikal membuat puding roti.



Sangat best. Alhamdulillah dapat ilmu masakan baru "Puding Roti Bakar Berkismis". InsyaAllah Wana share bahan² & cara² membuatnya di bawah. 


Bahan² nak buat puding:
2 biji telur, setin susu cair, sesudu kecil esen vanila, sebungkus roti, 2 sudu besar butter

Cara membuat:
1) Satukan telur, susu cair, esen vanila & butter
2) Gaul dgn sudu saja sehingga semua sebati. 
3) Roti dikoyak² jadi 8 bahagian (yg penting kecil bukan terlalu kecil) 
4) Masukkan ke dlm adunan tadi. Biarkan terendam & meresap seketika. 
5) Masukkan separuh kismis. Gaul sebati. 
6) Kemudian tuang ke dlm loyang/bekas yg telah digris dgn sedikit butter
7) Taburkan baki kismis di atas adunan. 
8) Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.


Selepas Kak Liza menunjukkan cara² membuat puding, murid² dibahagi kpd 2 kumpulan pula utk menyediakan puding dgn pantauan guru².



Jeng² nielah hasil puding bakar salah satu kumpulan.




Selepas semua selesai masak maka bermulalah KENDURI MINI. Alhamdulillah.


Rasanya setakat ini saja celoteh Wana. Wana rasa best mengajar di sini dgn cikgu² yg sentiasa ceria & sabar. Moga terpalit juga sifat² mereka dlm diriku.


Semoga Allah permudahkan hari² yg mendatang.




Doakan diri ini istiQamah dlm perjuangan Islam, menjadi murabbi membentuk anak bangsa. ^^



Wallahualam 

Monday, February 11, 2013

Daulah Islamiyyah Impianku

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:35 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Digosok² lagi matanya. Dia seakan² tidak percaya apa yg dilihatnya. 

"Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot & purba?" 


Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yg berair dgn kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan. 

"Assalamualaikum, pakcik. Tolong kutip kertas itu. Nanti pak cik rugi di Akhirat. Kebersihan itu sebahagian drpd IMAN." 


Bunyi satu suara di belakangnya.

Ia bingkas berpaling. 

"Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr. Ahmad, orang besar negara ini."


Kelihatan seorang budak kecil berpakaian putih dgn serban yg melilit kepalanya. Budak itu berbicara lagi.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman & Islam datang. Nanti didendanya pak cik."


Datuk Dr. Ahmad membetulkan tali lehernya. 

Ah, kalau dia datang biar aku sogok dgn duit ini.  Siapa yg tak kelabu tengok duit merah & biru berlapis²

Namun, Datuk Dr. Ahmad terus hairan. 

 Bangunan pencakar langit dgn wajah pembangunan yg sofistikated (canggih). 

 Ada helikopter bersimpang-siur bergerak di udara. 

 Railbus bercerakah ke sana sini. 

 Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. 

Kesibukan yg layak dipikul oleh manusia² moden. 

Namun peliknya, 
Pakaian mereka...
Tingkah laku mereka... 


"Ah, di mana aku sekarang ini," gerutu hati Datuk Dr. Ahmad. 



"Hoi budak, aku di mana sekarang?" soalnya kpd budak yg menegurnya tadi. 


Budak itu tersenyum. Mukanya cerah & indah. Tenang & bersuara lunak. 

"Apakah ini Aladin, budak Arab dgn lampu ajaibnya." teka teki itu terus menerjah kepala & kotak fikir Datuk Dr Johar. 


Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba² datang sebuah kereta jenis Ferrari merah & bercahaya. Keluar dua orang lelaki dgn pakaian yg hebat & segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. 

"Assalamualaikum. Maaf, pak cik. Kami terpaksa mendenda pak cik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pak cik. Kebersihan itu lambang Iman. Negara ini menitikberatkan Iman. Pak cik didenda 30 kali Subhanallah, 30 kali Astaghfirullah & selawat 100 kali," kata pegawai penguatkuasa itu dgn lembut. 


Datuk Dr. Ahmah tersentak. 

"Apa namanya undang² ini? Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya." 


Dia tercengang². Namun egonya membumbung tinggi. 

"Apa? Dia nak marahkan aku?"


"Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yg kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yg kamu dapat sebulan?" tanyanya angkuh. 


"Pak cik, kita bekerja krn Allah bukan krn gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut & berjambang itu dgn tenang.


"Oh, oh.... Maafkan kami, pak  cik. Kami nak tanya sikit, kenapa pak cik pakai pakaian zaman dulu? Mana pak cik dapat pakaian macam itu?" tanya pegawai itu pula. 


"Aku yg gila atau dia yg gila?" detak hati Datuk Dr. Ahmad.


Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yg berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dgn jelas. Tak ada yg salah. 

Tali leher, kemeja & kotnya masih kemas & segak drpd jenama yg mahal pula-Pierre CardinKasutnya hitam berkilat drpd jenis Bally

Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status & kejayaan. Dia yg kolot, dia yg ketinggalan zaman. 

"Anak muda, pakaian pak cik ni pakaian pemimpin. Pak cik orang besar di negara ini. Pak cik dah keliling dunia dgn pakaian ni."


"Pak cik, itu pakaian puluhan tahun yg lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang² kami dulu saja yg pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar²nya saja. Itupun dlm buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yg kami pakai. Tak ada orang yg pakai macam tu kecuali orang² bukan Islam yg dijamin kebebasannya dlm sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa."


Datuk Dr. Ahmad termanggu² kebingungan.

"Di mana aku sebenarnya ni?" dia bertanya lagi kpd pegawai penguatkuasa & budak kecil. 


Di tepi jalan!!! Dia masih kenal. Ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan & Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tapi itu sahaja, yg lain tak ada. 


"Pak cik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah namanya. Saya Haji Din,  Pegawai Penguatkuasa Iman & Islam. Diberi amanah utk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."


"Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yg terjadi ni?" soalan² itu terus menyerang benak Datuk Dr. Ahmad. 


"Pak cik, kami rayu pak cik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pak cik laksanakanlah. Demi kebaikan pak cik dunia & Akhirat" 


Tiba² terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring & jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kpd seorang pegawai penguatkuasa. 

"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah! Seksa Neraka amat pedih. Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di akhirat!" rayu lelaki itu. 


Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yg baru datang & kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Ahmad. Dia lari sekuat² hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya.

Dia terlepas. Lega. Dahaga, lapar mula menggigit tekak & perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana? 

Tiba² dia terdengar suara komputer dari sound system di tepi² jalan. 



"Assalamualaikum. Kpd seluruh penduduk Kota Mutmainnah, Syed Al-Abrar hartawan besar berada di Jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini dia menjamu nasi & minuman. Sila datang!" 

Datuk Dr. Ahmad orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. 

Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dgn pelanggan. Semuanya berserban & berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu. Tapi krn lapar ia masuk juga. 


"Maaf tuan, itu pintu masuk utk wanita. Di sini utk lelaki.


"Ceh! Diskriminasi. Double standard. Lelaki dipisahkan drpd perempuan."

Mukanya dicemekkan kpd tuan kedai yg menegurnya. 


"Ada restoran lain yg mengamalkan persamaan taraf antara lelaki & perempuan? Saya tak suka pemisahan² macam ni!"


Lelaki itu tersenyum.


"40 tahun yg lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas & merdeka. Zaman penjajahan fikiran & jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri & membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus utk makan bersama isteri & anak perempuan," terangnya. 


Mukanya jernih. Serban & jubahnya serba putih. 


"Ini bertentangan dgn prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni."


"Masya Allah pak cik, jangan disebut lagi nama² ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran² sesat dlm perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yg berpegang dgn fahaman jahiliyyah tu. Subhanallah...." keluh tuan restoran itu sambil mengurut² dadanya. 


Ekor serbannya bergoyang² ketika ia menggeleng²kan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr Ahmad pun duduk. 


"Nasi beriani sepinggan!" ujarnya kpd pelayan. 


"Dlm pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. 


"Ya! Apa peliknya?" 


"Baik, tuan. Tapi semua orang berebut² pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang?" tanya pelayan berkulit hitam itu. 


Dia tambah geram. Direnung ke hadapan iaitu 4 orang menikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dgn dulang² indah yg tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. 

Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dgn ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. 


"Jemput makan dgn nama Allah yg memberi rezeki," kata pelayan itu dgn sopan.


Datuk Dr. Ahmad makan dgn seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dgn alat TV & pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang. 


"Ya Allah, apa musibah yg menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dlm solat jemaah Subuh," ujar seorang lelaki muda dgn wajah yg kecewa. 


Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja. 


"Anta tak cuba tampung dgn amal makrufat yg lain?" tanya sahabatnya di sebelah.


Dia nampak simpati. Datuk Dr. Ahmad pasang telinga saja. 



"Ana nak sedekahkan 5 ribu ringgit. Malang nasib ana. Ana tunggu 5 jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana," keluhnya.


"Susah kita sekarang. Orang miskin yg bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di akhirat banyak hisabnya. Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita," keluh seorang yg sama² makan dgn lelaki muda tadi.


"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yg banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan drpd bapa yg diwarisi oleh datuk saya drpd moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit utk kemaskinikan kementerian²nya. Saya nak labur habis²an. Biar jadi saham akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan.


Mereka pun makan dgn perlahan². Datuk Dr. Ahmad makin pelik. 


"Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kpd pelayan restoran. 


"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan," kata pelayan itu lagi. 


"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dlm negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. 


Marah campur geram. 


"Tuan, mana ada hospital sekarang. Yg ada khusus utk bayi, kanak² & wanita, juga para mubaligh & mujahid yg cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar & berhenti sebelum kenyang tuan akan sihat. Insya Allah. Kita tak perlu hospital!" 


"Bodoh, kalau macam tu. Macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini?" leternya perlahan²


"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya." 


"Batalkan saja order saya tadi. Banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang. Di mana boleh saya dapati?" tanyanya. 


"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yg menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.''


Datuk Dr. Ahmad, orang besar negara melangkah hebat ke tempat yg ditunjukkan. Berbagai² butang dgn bermacam warna berkelip². Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. 

Dia malu kalau² dgn pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.

Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Ahmad. Pada pakaiannyakah atau otaknya? 

Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dlm skrin timbul tajuk besar. KHAUF


"Apa bendanya ni?" 


Kemudian menyusul nama² lagu: 
 MATI ITU TERLALU SAKIT 
 ALAM BARZAKH YG PASTI 
 MIZAN NOKTAH PENYESALAN
 IZRAEL DATANG TIBA²

Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. 


"Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dgn lagu² macam tu. Aku belum nak mati lagi," protes hati Datuk Dr. Ahmad. 


Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer. RAJA

Kemudian tersembul tajuk² lagu. Dibacanya dgn teliti. 
 FIRDAUSI MELAMBAIMU
 DEMI CINTA & RAHMAT-NYA
 KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI

Kepala Datuk Dr. Ahmad makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? 


"Tak ada lagu yg hot sikit ke?" tanyanya kpd seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.


"Nanti ya pak cik. Saya pilihkan lagu yg paling hot sekarang ni. Top hit anak² muda sekarang." 


"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Ahmad. 


Telinganya dihalakan kpd sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu² kegemaran muda mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran.


"Eh... Ni suara orang mengaji." 


"Nanti dulu pak cik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah coklat itu sambil matanya di tutup rapat²


Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema. 


"Cintaku berlabuh di persada rahmatMu mendamba kasih yg tidak berhujung. Mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta. Stanza hati merindu Ilahi!"


Datuk Dr. Ahmad tak tahan lagi. Ia merengus & pergi ke kaunter bayaran. 


"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah" 


Datuk Dr. Ahmad makin geram. Dia menderam & berkata, 



"Saya bayar dgn kad kredit saja!" 


Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya


"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yg boleh kami terima. Kami halalkan sajalah." 


"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal² emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri." 


"Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yg lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim krn takutkan seksa Neraka." 


"Ah, aku tak nak dengar semuanya. Makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Ahmad lantas meluru keluar dari restoran itu. 


Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi?


:)Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. 

:)Pilot helikopter dgn tulisan "MAKRUFAT AIRTRANSPORT" sibuk dgn urusannya. 


:)Di seberang jalan tertegak papan iklan dgn tulisan yg jelas:
"KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DGN SUNNAH" 

Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki & perempuan berserta anak² meraka. Semuanya berserban, berjubah & berpurdah. 

Ishhhhhh, meluatnya! 

Di jalan² raya suasana meriah dgn salam & senyum. Baginya, semua itu seolah² menyindir & mengejek. 

Kenapa jadi begini? 
Kenapa? 
Kenapa? 
Kenapa? 
Mengapa? 
Mengapa? 
Mengapa? 

Datuk Dr. Ahmad tiba² menjerit. Tekanan dlm jiwanya yg kian tersumbat itu tiba² meletus. 


"Datuk...! Datuk...! Bangun, Datuk. Ada berita buruk!" 


Datuk Dr. Ahmad bangun. Dia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. 


"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah?" tanya Datuk Dr. Ahmad.


"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya..." 


"Habis, mereka mahu apa?" 


"Mereka mahu Islam, Datuk!" 


"Islam? " keluh Datuk Dr. Ahmad. 


Digosok² lagi matanya. 


================= Tamat =================


"ISLAM AKAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG. ITULAH JANJI ILAHI"

Daulah Islamiyyah Impianku!!!

Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...