Monday, November 30, 2015

Saya seorang guru Matematik

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:48 PM


Dulu,
teringin sekali menjadi seorang arkitek,
sebab suka melukis rumah²,
teringin membina sebuah masjid.
Tapi,tak bijak Fizik.


Dulu,
teringin sekali menjadi seorang doktor,
sebab nak merawat ummah,
menyembuhkan jundi² Allah.
Tapi,tak bijak Biologi.


Dulu,
teringin sekali menjadi usahawan,
nak bantu ekonomi Islam,
nak jadi usahawan Islam yg berjaya.
Tapi,tak bijak Prinsip Akaun.


Dan hari ini,
Allah telah memilih saya,
untuk menjadi seorang guru.


Kini,
saya sedar,
impian saya untuk menjadi arkitek, doktor & usahawan akan tercapai,
kerana dgn menjadi guru,
saya boleh jadi semuanya,
arkitek yg akan mencetak rijal² yg hebat,

doktor yg akan merawat akhlak pelajar,

usahawan yg akan menjana tenaga jundi² Allah di masa hadapan.

Alhamdulillah.


Siapa KITA?

Kita ialah orang² yg terdiri dari pelbagai profesion, tetapi telah disatukan oleh satu akidah & matlamat yg sama.

Kita berbeza profesion tapi masih membicarakan soal yg sama. Dengan kata lain,



seorang doktor akan bercakap tentang Islam,

seorang jurutera akan bercakap tentang Islam,

seorang cikgu juga akan bercakap tentang Islam,

hatta seorang nelayan di laut turut bercakap tentang Islam walau mungkin pada ikan² tidak berakal.


Variasi profesion yang menjadi alat untuk memudahkan kerja² kita untuk Islam.




Menarikkan...?



Siapa SAYA?


Saya seorang guru Matematik yg akan tetap membicarakan tentang IslamInsyaAllah :)

Terima Kasih, Sayang Kamu!!!

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:07 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Terlalu lama sudah tidak menulis di blog TERATAK PENDIDIK. Kesibukan mengajar semakin lama semakin terasa. Mungkin begitulah dirasai oleh guru² baharu juga di awal menerajui arena pendidikan.


Di kesibukan bekerja, saya telah mengenali seseorang pelajar yg mempunyai sikap yg sama seperti al-marhumah adikku. Walaupun tidak sama 100% tetapi adalah 80%. 


Jom kenali dia.


Nama panjang Kimiko Faith Jackson
Nama pendek Kim
Tarikh lahir 19 Ogos 1999
Tempat lahir W.P.Labuan
Warna kegemaran Ungu
Anak pertama daripada tiga orang adik beradik
Seorang yang cergas kerana dia seorang atlet
Dia juga seorang yg comelperiang, banyak cakap, sensitif, manja, cepat nangis, jujur dan banyak lagi. 


InsyaAllah ada masa saya akan cerita lagi. Apa²pun saya nak bagitahu bahawa 
SAYA SAYANG KIM


Terima kasih kerana memahami & mendengar segala masalah cikgu @ kakak @ mammy.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...