Assalamulaikum & salam sejahtera...
Dah lama benar blog nie bersawang. Zaman muda dulu banyak saja masa duduk menghadap blog & FB, tapi memandang usiaku semakin dewasa banyak lagi tugas lain perlu diselesaikan dahulu.
Tidak terlalu lewat lagi rasanya utk mengucapkan SALAM MAULIDURRASUL 1434H buat semua pembaca blog cik Wana. Semoga kecintaan pada Rasulullah ﷺ semakin bertingkat². InsyaAllah.
“Tiada yg lebih hebat & lebih indah darinya.. Di tangannya ada berkah, di hatinya ada cinta, senyuman di bibirnya tak pernah sirna.. Maaf jika selama ini kami mengaku mencintaimu tanpa mampu memberi bukti.. Terima kasih atas doa² indahmu, terima kasih atas kasih sayangmu utk kami.”
Sanah helwah ya Rasulullah ﷺ
♥ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ♥

Rebat RM 200 hanya utk golongan belia berpendapatan RM 3000 ke bawah & berusia 21 hingga 30 tahun. Syarat² lain boleh rujuk di SINI.
Pada mulanya tak berminat pun nak miliki telefon canggih² nie apatah lagi saya dah berazam utk menukar telefon selepas bekerja. Tapi dah dapat tawaran begini, saya manfaatkanlah utk mencarikan teman telefon Nokia 3310 saya.
Di sini cik Wana nak berkongsi cara² mendapatkan Rebat RM 200.
1. Memohon BRIM 2.0 di web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
3. Print Borang Pemohonan yg mempunyai No. Rujukan Permohonan.
4. Sediakan Salinan IC & Salinan Kad Pelajar (jika pelajar)
5. Tuntut rebat RM 200 di wakil penyedia perkhidmatan. Saya tuntut kat Celcom Centre di Labuan & dapatlah telefon Samsung Galaxy ........, prepaid XPAX RM 8.50 & kad topup RM 30.
Buat pilihan telefon sebelum membuat tuntutan rebat & sediakan wang yg mencukupi utk membeli telefon pilihan hati.
Di sini saya nak kongsi
SenQ Stores (The Mines / IOI Mall / Klang Parade / SACC Mall / 1 Utama )
YES - Samsung 4G Smartphone (Yes Buzz 4G Cloud Phone)
Tekan perkataan berwarna MERAH HATI utk menyambungkan ke LINK yg sepatutnya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Wallahualam.
