Photobucket

Thursday, August 1, 2019

HIDAYAH untuk Bertudung Labuh

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:30 PM 1 comment




Assalamualaikum & salam sejahtera.



Moga bulan LAPAN ini hati sentiasa LAPANG dalam menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah.


Setiap orang ada kisah tersendiri di saat mula berjinak² memakai tudung labuh. Wana juga ada kisah sendiri. Kalau nak tau bolehlah tengok post² sebelum ini. Kalau tak mahu tahu teruskan saja baca entri di bawah.


Yang penting ini bukan cerita saya. 




"Bulan lepas saya mengikuti kursus motivasi agama selama 2 hari. Saya sebagaimana biasanya mengenakan tudung biasa yg ringkas, tapi masih lagi menutup aurat, masih tutup dada dgn baik. Pada hari terakhir kursus tersebut habis sahaja sesi yg pertama, dlm keramaian hadirin tiba² saya terpandang satu kelibat. Orangnya kecil molek & bertudung labuh.



Hati ini tiba² rasa kuat tertarik dgn kelibat tersebut. Seakan² dari susuk tubuh tersebut menghasilkan aura yg sangat kuat. Cukup utk menggamit hati saya utk menyelidiki siapakah gerangan orang itu. Dlm kesibukan hadirin yg berhimpit², saya cuba menyelit utk mendekati beliau. Akhirnya, saya nampak beliau tengah pakai kasut, lepas tu pergi macam tu sahaja. Rasa sedikit hampa krn tidak berjaya utk menghuraikan persoalan 'siapa' dgn lebih lanjut.



Sesi kedua kursus bermula, saya langsung tak fikir lagi atau ingat tentang orang misteri tadi. Sedaya saya cuba fokus pada slot kursus. Slot motivasi yg disampaikan betul² terkesan di hati, lantas jiwa wanita ini tidak lagi mampu menahan takungan air mata dari terurai jatuh ke pipi. Cepat² saya mengelap air mata & mengalihkan pandangan ke sebelah kiri.



Saya tergamam. Allahuakbar!



Ada someone di sebelah kiri saya. Kelibat yg saya nampak tadi. Kelibat yg sama. Kecil bertudung labuh & yg paling memeranjatkan saya adalah rupanya saling tak tumpah seperti saya. Seiras & sama! 100%!



Bezanya, beliau memakai cermin mata & wajahnya redup berseri². Sehingga terpacul dari bibir saya "Subhanallah, sucinya wajah." Badan saya terus menggigil & saya menangis tersedu sedan dlm dewan tanpa mempedulikan mata² yg melihat.



Dua minggu lepas tu, hati ini nekad.



Saya berhijrah. Dari tudung biasa ke tudung labuh. Tambah pelik, rupa²nya dulu saya ada buat pemeriksaan mata di hospital tapi mungkin saya lupa & minggu lepas doktor call, inform saya ke sana utk mengambil cermin mata yg telah siap. Sekarang, bila saya lihat ke cermin, sayalah gadis yg bercermin mata & bertudung labuh tempoh hari.



Saya bukanlah pelajar sekolah agama atau dari aliran agama. Tudung labuh yg menggantikan tudung biasa ini, bukan hanya sekadar tudung labuh. Tetapi lebih dari itu, ia adalah hidayah dari Allah s.w.t. Bukan sahaja menggantikan penutup kepala saya tetapi juga hidayah Allah ini menghadirkan suatu perasaan baru dlm jiwa saya, yakni perasaan utk lebih mencintai Allah. Hebatnya hidayah Allah ini. Allah..."



Sama² kita doakan agar sahabat kita ini terus istiqamah dlm penghijrahannya & moga² kisah ini memberi iktibar pada diri kita utk turut sama bertudung labuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...