Now Syaaban, Ramadhan is coming...
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari nie cik Wana nak share tentang Loo Jo Yee. Cuba tengok mukanya. Comel & tenang saja tengok muka Loo Jo Yee (Selendang warna-warni)
Alhamdulillah Hidayah Allah telah sampai kepadanya.
Hidayah Allah itu datang dlm berbagai cara. Tapi ternyata Quran itu menyimpan sejuta satu rahsia.
❝Iqra'...❞
Loo Jo Yee. Ada kisah menarik mengenainya. Mari kita kongsi ceritanya.
Dia tiada nama Islam krn sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dgn nama Islam & hanya perlu ber'binti'kan kpd Abdullah serta tak perlu tukar bangsa maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Dia telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang² utk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, dia terpaksa menangguhkan dulu permohonan.
Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yg kuat & dia bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarganya sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yg menarik.
Namun utk berdebat dgn rakan², dia telah mengkaji Al-Quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w & mengkaji kemunculan Islam utk mencari kelemahan Islam.
Semakin dia mengkaji, semakin lama dia mula tertarik dgn ajaran Islam. Dia sendiri mengaku bahawa di dlm Bible banyak perkara yg telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dgn lebih mendalam utk mencari perkara yg sebenar. Dgn itu, dia telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Rakan² Islam Jo Yee telah banyak encourage dia utk cuba berdoa kpd Allah taala. Dia cuba dgn menadah tangan, menangis & hanya berserah kpd Allah.
Keesokan harinya, ketika dia menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, dia yakin dgn kuasa Allah taala & pada waktu itu jugalah dia mengucap 2 kalimah syahadah.
Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba krn dia berasa telah dipilih Allah utk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yg seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yg dia terima selepas bergelar muallaf hingga dipulaukan rakan² sendiri & keluarga tercinta. Dia sangat bersyukur krn mendapat keluarga angkat di Ipoh yg mengambil berat terhadapnya.
Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang utk berdakwah kpd remaja rakan yg seusia dgn cara tersendiri.
Jom kita saksikan video di bawah.
Wallahualam

4 123 Bingkisan Sahabat:
alhamdulillah...bakal ketua bidadari si syurga nanti insyaAllah :)
alhamdulillah
bulan syurga firdausi => insyaAllah aminnn..
Qistina Sumaiya...(^_^)=> alhamdulillah
Post a Comment