Photobucket

Thursday, August 1, 2019

HIDAYAH untuk Bertudung Labuh

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:30 PM




Assalamualaikum & salam sejahtera.



Moga bulan LAPAN ini hati sentiasa LAPANG dalam menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah.


Setiap orang ada kisah tersendiri di saat mula berjinak² memakai tudung labuh. Wana juga ada kisah sendiri. Kalau nak tau bolehlah tengok post² sebelum ini. Kalau tak mahu tahu teruskan saja baca entri di bawah.


Yang penting ini bukan cerita saya. 




"Bulan lepas saya mengikuti kursus motivasi agama selama 2 hari. Saya sebagaimana biasanya mengenakan tudung biasa yg ringkas, tapi masih lagi menutup aurat, masih tutup dada dgn baik. Pada hari terakhir kursus tersebut habis sahaja sesi yg pertama, dlm keramaian hadirin tiba² saya terpandang satu kelibat. Orangnya kecil molek & bertudung labuh.



Hati ini tiba² rasa kuat tertarik dgn kelibat tersebut. Seakan² dari susuk tubuh tersebut menghasilkan aura yg sangat kuat. Cukup utk menggamit hati saya utk menyelidiki siapakah gerangan orang itu. Dlm kesibukan hadirin yg berhimpit², saya cuba menyelit utk mendekati beliau. Akhirnya, saya nampak beliau tengah pakai kasut, lepas tu pergi macam tu sahaja. Rasa sedikit hampa krn tidak berjaya utk menghuraikan persoalan 'siapa' dgn lebih lanjut.



Sesi kedua kursus bermula, saya langsung tak fikir lagi atau ingat tentang orang misteri tadi. Sedaya saya cuba fokus pada slot kursus. Slot motivasi yg disampaikan betul² terkesan di hati, lantas jiwa wanita ini tidak lagi mampu menahan takungan air mata dari terurai jatuh ke pipi. Cepat² saya mengelap air mata & mengalihkan pandangan ke sebelah kiri.



Saya tergamam. Allahuakbar!



Ada someone di sebelah kiri saya. Kelibat yg saya nampak tadi. Kelibat yg sama. Kecil bertudung labuh & yg paling memeranjatkan saya adalah rupanya saling tak tumpah seperti saya. Seiras & sama! 100%!



Bezanya, beliau memakai cermin mata & wajahnya redup berseri². Sehingga terpacul dari bibir saya "Subhanallah, sucinya wajah." Badan saya terus menggigil & saya menangis tersedu sedan dlm dewan tanpa mempedulikan mata² yg melihat.



Dua minggu lepas tu, hati ini nekad.



Saya berhijrah. Dari tudung biasa ke tudung labuh. Tambah pelik, rupa²nya dulu saya ada buat pemeriksaan mata di hospital tapi mungkin saya lupa & minggu lepas doktor call, inform saya ke sana utk mengambil cermin mata yg telah siap. Sekarang, bila saya lihat ke cermin, sayalah gadis yg bercermin mata & bertudung labuh tempoh hari.



Saya bukanlah pelajar sekolah agama atau dari aliran agama. Tudung labuh yg menggantikan tudung biasa ini, bukan hanya sekadar tudung labuh. Tetapi lebih dari itu, ia adalah hidayah dari Allah s.w.t. Bukan sahaja menggantikan penutup kepala saya tetapi juga hidayah Allah ini menghadirkan suatu perasaan baru dlm jiwa saya, yakni perasaan utk lebih mencintai Allah. Hebatnya hidayah Allah ini. Allah..."



Sama² kita doakan agar sahabat kita ini terus istiqamah dlm penghijrahannya & moga² kisah ini memberi iktibar pada diri kita utk turut sama bertudung labuh.

Sunday, July 14, 2019

Semoga Dipertemukan JODOH

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:04 PM



Kegelisahan, kedukaan & air mata adalah sebahagian sketsa hidup di dunia ini. Titisan air mata bermuara dari hati yg diselaputi kegelisahan jiwa terkadang memilukan hingga membuat keresahan & kebimbangan. 


Kedukaan krn kerinduan yg teramat sangat dlm menyebabkan kepedihan yg memenuhi rongga dada, jiwa yg rapuh pun berkisah pd alam serta kehidupan, bertanya di manakah pasangan jiwa berada. Lalu, hati menciptakan serpihan kegelisahan bagaikan anak yg hilang dari ibunya di tengah keramaian.


Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah? 


Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya hingga tanpa sedar telah menjadi bahagian hidup yg tak terpisahkan. Sebuah kewajaran pula bahawa setiap wanita ingin menjadi seorang isteri & ibu yg baik drpd menjalani hidup dlm sendirian. Dgn sentuhan kasih sayang & belaiannya akan terbentuk jiwa² yg soleh & solehah. 


Duhai, betapa mulianya kedudukan seorang wanita apalagi bila dia seorang wanita beriman yg mampu membina & menjaga keindahan Islami hingga memenuhi setiap sudut rumah tangganya.


Allah pun telah menciptakan wanita dgn segala keistimewaannya, hamil, melahirkan, menyusui hingga keta’atan & memenuhi hak² suaminya laksana arena jihad fisabilillah. Krn itu, yakinkah batin ini tiada goresan saat melihat pernikahan wanita lain di bawah umurnya? Pernahkah kita menyaksikan kepedihan wanita yg berazam menjaga kehormatan diri hingga ia menemukan pasangan jiwanya? Dapatkah kita menggambarkan perasaannya yg merintih saat melihat kebahagiaan wanita lain melahirkan anak? Atau, tidakkah kita melihat kilas tatapan sedih mereka ketika melihat aqiqah anak kita?


Letih... Sungguh amat letih jiwa & raga, sendiri mengayuh biduk kecil dgn rasa hampa tanpa tahu bilakah akan berlabuhnya.


Ukhti solehah yg disayangi Allah s.w.t,
Dlm Islam, kehidupan manusia bukan hanya utk dunia ini saja, ada dunia fana, pun ada akhirat. Memang, setiap manusia sudah diciptakan berpasangan, namun maksudnya tidak dibatasi hanya dunia fana ini saja. Jadi mungkin saja ada manusia yg jodohnya baru dipertemukan nanti di akhirat. Seseorang yg belum menemukan pasangan jiwanya di dunia fana ini, insya Allah akan dipertemukan di akhirat nanti, selama ia beriman & bertaqwa serta sabar atas ujianNya yg telah menetapkan dirinya sebagai penyeri di dunia fana.


Keresahan & kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kpd Allah s.w.t. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri duhai ukhti, taqarrublah kpd Allah s.w.t. Kembalikan segala urusan hanya kpdNya, bukankah hanya Dia yg Maha Memberi & Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis²nya curahkanlah kpd Sang Pemilik Hati. Jangan membandingkan diri ini dgn wanita lain, krn Allah s.w.t pasti memberikan yg terbaik utk setiap hambaNya, meskipun ia tidak menyedarinya.


Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam krn tak kunjung selesai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa, menangislah krn air mata permohonan kpdNya di setiap sujud & keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini penuh dgn harapan baik kpd Sang Pemilik Jiwa, & persiapan menghadapi putaran waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kpd Allah s.w.t. Nasihatilah selalu batin dgn tarbiyah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dlm keheningan. Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh itu tak akan lari ke mana, krn sejak ruh telah menyatu dgn jasad ini, siapa pasangan jiwamu pun telah dituliskanNya.


Sabar & sabarlah ukhti solehah,
Bukankah matahari akan selalu menghiasi pagi dgn kemewahan sinar keemasannya, malam pun masih indah dgn bintang gemintang keperakan, & kicau bening burung malam selalu riang mencandai sang rembulan. Senyumlah, laksana senyum penuh pesona butir embun yg selalu setia melantunkan tasbih & tahmid di kala subuh. 


Hapuslah airmata di pipi, hilangkan lara di hati hingga akan dirimu rasakan tak ada lagi gejolak keresahan, kesedihan atau pun kegelisahan. Terimalah semua sebagai bahagian dari perjalanan hidup, hingga dirimu temukan rahsia kehidupan bahwa semua ini adalah tanda kebesaran hati & jiwa, semoga dipertemukan jodoh!

Friday, July 12, 2019

Doa Buat Hati

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:55 PM


Dengan NamaMu Ya Allah,


Ya Allah, 
Izinkan aku mengadu padaMu tika aku terasa lemah kerana aku tidak tahu tempat mengadu selainMu.


Ya Allah, 
Kau gagahkanlah diriku tika aku benar² terasa lemah. Aku terpempan mendengar bicaranya namun tak menitis air mataku. Ku cuba menahan rasa & memandang diri, mencari di mana silap sendiri.


Ya Allah,
Ketarakah ketidakmatanganku pada setiap bicara biasaku? Atau mungkin pada bahasaku memanggilnya? Atau mungkin juga pada tingkah spontanku?


Ya Allah, 
Kutahu aku bukanlah hambaMu sebaik Siti Fatimah mahupun Aishah & kutahu jua aku bukanlah wanita dambaan setiap jejaka soleh.


Ya Allah, 
Andai bicaraku kedengaran tidak matang pada pendengarannya, Engkau kelukanlah lidahku daripada berbicara yang tidak penting dengannya. Andai tingkahku seperti keanak²an, Kau hijabkanlah matanya daripada memandangku. Dan kumohon padaMu semoga pemikiran, bicara & tingkahku seiring dengan usia hidupku.


Ya Allah, jadikanlah aku muslimah yang mampu menepis rasa cinta yang wujud kerana aku tak kuat menangkis rindu yang hadir tanpa diseru. Kau tunjukkanlah perbezaan antara cinta & nafsu agarku sentiasa berada atas landasan Iman & Taqwa.


Ya Allah, sampaikanlah padanya kata hatiku agar tak tersalah faham dirinya akan rasaku.


Ya Allah, katakanlah padanya, kupohon maaf andai bicara & tingkahku merimaskan & mengganggu hari² indahnya.


Ya Allah, aku jatuh hati padanya bukan kerana pandangan mata juga bukan kerana manisnya bicara. Tertarik hatiku padanya kerana itulah dia. Namun tak telintas di hatiku untuk bercinta sebelum ijab kabul yang sempurna di sisiMu. Kerana itu tidak pernah bibirku menitipkan kata cinta buat dirinya.


Ya Allah, terima kasih memberiku peluang merasakan manisnya cinta walau untuk sebentar cuma. Hadirnya membuatkan hari²ku indah, hadirnya membuatkan kutersenyum senang, hadirnya memberiku semangat utk terus memperbaiki kelemahan diri.


Ya Allah, Kau berikan senyumnya untuk membahagiakan hariku & kau berikan kata²nya supaya kutersedar daripada alpa, berpijak semula di dunia nyata. Akhirnya kuterima hakikat, pipit takkan pernah bisa terbang seiringan dengan enggang.


Ya Allah, jika dulu berat untuk kulepaskan cinta ini. Namun kini kusandarkan sepenuhnya redhaku padaMu. Jika benar rasa ini bukan untuk kunikmati, ambillah ia daripadaku supaya aku sedar ia bukanlah takdir & milikku.


Ya Allah, Kau tutupkanlah hatiku untuk cinta lelaki ajnabi buat masa ini kerana ku tak kuat menahan pedihnya rasa hiba. & Kau bukakanlah seluas²nya hatiku untuk cintaMu yang tak pernah putus agar kusentiasa berada dalam dakapan rahmatMu.


Ya Allah, hapuskanlah namanya daripada fikiranku & lenyapkanlah bayangannya daripada hidupku andai itu memang mahunya jua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...