Photobucket

Saturday, April 21, 2012

Pelajar UPSI Maut Jatuh dari Bangunan E-Learning!!!

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:00 PM


Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah...

Aku terkejut dapat berita ini sebab kejadian berlaku di tempat aku menuntut ilmu dahulu. Lagi buat aku terkejut aku pernah mengenali, bertaaruf & berbalas sms dgn Al-Marhumah Adik Fatimah yg meninggal dunia itu. 

Aku mengenali Al-Marhumah yg datang bersama keluarganya semasa dia mula-mula mendaftarkan diri di UPSI dalam kos Pendidikan Awal Kanak-kanak pada 2 tahun yg lalu. Aku sempat juga sedikit taaruf dgn arwah sepanjang dia menjalani Minggu Suai Kenal Mahasiswa/i UPSI ambilan Julai 10/11. Arwah seorang yg pendiam tetapi murah senyuman. 

"Diharap JANGAN ADA SESIAPA yg cuba untuk menimbulkan apa-apa spekulasi atau dakwaan yg tidak baik kpd Al-Marhumah. Sebaiknya kita bersama-sama mendoakan Al-Marhumah supaya tenang & diberikan tempat terbaik di sana."

Al-Fatihah buat Al-Marhumah Adik Fatimah Mina Binti Md Juferi. 
Moga ditempatkan bersama orang-orang yg soleh/ah.

Tanjung Malim - Seorang pelajar perempuan UPSI maut dipercayai jatuh dari bangunan lima tingkat di Universiti ini petang tadi.

Menurut sumber, seorang saksi yang telah melihat mangsa sedang terjatuh dari tingkat yang tidak dapat dipastikan. 

Saksi tidak dapat ditemuramah lanjut akibat dari trauma kejadian tersebut.

Kejadian telah berlaku sekitar jam 5.15 petang di belakang bangunan itu. Mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian kakinya. Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan yang tiba sejurus kejadian ini berlaku.

Siasatan lanjut masih lagi dijalankan bagi menentukan punca kematian sebenar.



Sumber berita & gambar daripada blog PILIHAN ANDA


DaripadaNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali. 
Wallahualam

Sunday, April 15, 2012

Perginya MUJAHID ISLAM... Al-Fatihah~

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:16 AM

Allahurabbi, 

2 tahun yg lalu (11 Januari 2010) kami kehilangan 2 sahabat perjuangan (Al-Marhum Ustaz Fadhiri & Al-Marhum Ustaz Faizol) yg bertemu Allah akibat kemalangan jalan raya. <Baca di sini>

3 bulan yg lalu (17 Januari 2012) kami kehilangan seorang sahabat perjuangan (Al-Marhum Cikgu Fikri) yg bertemu Allah akibat kemalangan jalan raya.

Sebulan yg lalu (6 Mac 2012) kami kehilangan 2 sahabat perjuangan (Al-Marhumah Adik Fatini & Al-Marhumah Adik Hidayah) kembali bertemu Allah akibat kemalangan jalan raya. <Baca di sini>

Bulan ini (9 April 2012) sekali lagi kami mendapat berita yg menyayat hati iaitu seorang lagi sahabat  perjuangan, Al-Marhum Ustaz Shahrizan telah kembali ke Rahmatullah setelah akibat kemalangan jalan raya semasa menuju ke sekolah untuk mengajar.

Al-Marhum semasa berada di walimah Al-Marhum Cikgu Fikri

Ya Allah, betullah janjimu bahawa ENGKAU akan menjemput semula hambaMU bertemu dgnMU tanpa mengenal usia. 


Mereka kembali ke Rahmatullah dalam usia yg muda setelah menggunakan usia mudanya berintima dalam PERJUANGAN ISLAM. 


Al-Marhum pernah mengedar risalah agama di Sabah


Pada malam sebelum kejadian, Al-Marhum telah menghadiri USRAH bersama Ustaz Idris Ahmad. Al-Marhum merupakan SU Dewan Ulamak PAS Kawasan Jempol. Selepas menghadiri usrah dgn Ustaz Idris Ahmad, Al-Marhum berehat di rumah isterinya di Taman Zahrah, Rasah, Seremban. Berita pemergian Al-Marhum menyebabkan Ustaz Idris Ahmad serta semua ahli usrah yg hadir sangat terasa akan pemergiaannya.


ALLAHUAKHAR!!!

Wahai diri ingatlah,
Setiap yg bernyawa pasti akan mati,
Tiada yg kekal abadi kecuali Dia.

Wahai diri ingatlah,
Apa yg kau miliki hari ini semuanya pinjaman,
Biarpun jasad atau nyawa,
Hembusan nafasmu atau aliran darahmu,
Tiada satu pun kau yg punya,
Segalanya milik Dia Yang Esa.

Wahai diri ingatlah,
Ajal maut adalah ketentuan Ilahi,
Ia pasti akan tiba menjemput engkau,
Mungkin esok atau lusa,
Bila masanya tiada siapa yg tahu,
Kecuali Dia Yang Maha Mengetahui.

Wahai diri ingatlah,
Kesengsaraan di dunia ini cuma sementara,
Sakit di dunia hanya seketika,
Bila mati tiba, 
Semuanya akan berakhir,
Di dunia sana dunia abadi,
Harta & rupa tiada sebarang makna,
Yg dihitung cuma amalan & ketakwaan.


images (127×100)
Wahai diri percayalah,
Mati itu bukan pengakhiran kehidupan,
Mati itu detik permulaan,
Kita akan dibangkitkan semula,
Kubur persinggahan menuju dunia akhirat,
Berbekalkan segala amalan di dunia,
Kita bakal meneruskan pengembaraan,
Menempuh perjalanan yg sangat jauh,
Tiada siapa yg tahu bagaimana nasib kita kelak,
Menempuhi Padang Masyar merentasi Siratul Mustakim,
Pengembaraan menuju syurga yg hakiki,
Semoga mati menjadi detik permulaan,
Mengecapi kebahagiaan yg hakiki.



Aku mengenali Al-Marhum Ustaz Shahrizan semasa berada di semester satu memandang Al-Marhum merupakan salah seorang sahabat Rakan Surau Ar-Rashidin, KHAR, UPSI.

Perkara yg aku paling tidak dilupakan semasa Al-Marhum  menjadi unit disiplin dalam satu kem yg aku hadiri. Apabila diingat kembali aku pasti tersenyum sbb Al-Marhum banyak kali denda aku & setiap ayat yg dikeluarkan dari mulutnya TEGAS tapi LUCU.

Beberapa ayat yg masih segar di ingatan.

Denda yg pertama, ana nak dalam kiraan 3 anti dah berada di atas dataran bukit tu & lari 3 pusingan. Kalau tak anti turun semula, ana kira semula. Faham.

Ana tengok anti nie dah macam wali² saja dengan jubah yg panjang. Memandangkan 2 biji manik pun tak boleh jaga, denda kedua ambil tikar yg paling besar & itu barang amanah kamu yg baru.

Ya Allah, tikar yg besar gedabak pun anti tak boleh jaga. Macam mana nak jaga ahli lain? Sekarang ana nak anti lari 2 pusingan keliling tasik & cari orang yg ambil tikar anti.

Anti jadi MPP jangan lembik, kena kuat sebab mereka² nie ada di sekeliling anti (sambil tunjuk semua sahabat yg lain).

Walaupun asyik didenda oleh Al-Marhum tapi aku tidak marah kerana semua itu pengajaran buatku. TERIMA KASIH USTAZ sebab memberi ilmu sepanjang menjadi Unit Disiplin.

Blog Al-Marhum CIKGU CABUK, CIKGU KAMPONGAN

InsyaAllah sedikit perkongsian bagaimana Al-Marhum meninggalkan kita semua & saat pemergiannya. Sumber nie aku perolehi drpd FB kak Ezzah.

Allah...Allah...Allah...

Sayu rasa hati mendengar detik² pemergiannya. Moga Al-Marhum tenang di alam sana & kita sabar menerima takdirNYa.

Perkongsian ni diceritakan oleh zaujah Al-Marhum kpd kak Safura & ana (kak Ezzah) diminta untuk tolong sampaikan.

Kebiasaannya, setiap minggu Al-Marhum akan bertolak dari Seremban (rumah zaujah) pulang ke Palong II pada awal pagi Isnin sebelum Subuh supaya sempat solat Subuh bersama pelajar²nya. Tapi pada hari kejadian, Al-Marhum bertolak agak lewat dari Seremban lebih kurang jam 5 pagi disebabkan Al-Marhum mengalami sakit perut. 

Dlm perjalanan ke sekolah lebih kurang jam 6 pagi (di Serting), Al-Marhum ingin memotong sebuah kereta & belakang kereta tersebut ada sebuah motor (saksi kejadian). Dlm masa yg sama, ada sebuah kereta datang dari arah bertentangan. Disebabkan ingin mengelak dari melanggar kereta tersebut, Al-Marhum tergesa² masuk semula ke sebelah kiri menyebabkan keretanya terbang & Allahuakbar dgn takdir Allah, kereta Al-Marhum jatuh ke dlm gaung berdekatan yg agak dalam. Sebelum terjatuh, kereta Al-Marhum berlanggar dgn beberapa batang pokok menyebabkan dia tersepit & meninggal dunia di tempat kejadian mungkin krn parah di kepala. Allah... Menurut kak Safura lagi, Al-Marhum mengalami luka di sebelah kiri muka.

Utk makluman sahabat², petanda² Al-Marhum akan meninggalkan kita semua turut diceritakan oleh maknya. Menurut mak Al-Marhum, seminggu sebelum meninggal Al-Marhum sempat berjumpa dgn semua ahli keluarga dia & keluarga sebelah zaujahnya. Al-Marhum sempat memohon maaf & berpesan pada maknya, andai dia pergi dulu Al-Marhum nak mak dia kebumikannya di makam Sheikh Hj. Mohamad Said Sikamat, Seremban. Allahurabbi seolah² Al-Marhum tahu dia akan meninggalkan kita semua. Sebab tu, mak dia minta Al-Marhum dikebumikan di sana. Rupa²nya permintaan terakhir dari arwah.

Pada bulan terakhir, zaujah Al-Marhum (Kak Farah) juga dapat merasakan yg dia akan kehilangan sesuatu & akan menangis apabila terkenangkan Al-Marhum. Allah dah bagi perasaan tu awal² lg pd Kak Farah. Allah. Menurut Kak Farah lagi, sebelum dia keluar rumah pagi tu, arwah memang nampak gembira sangat seolah² dia tahu kekasih yg Agung sedang menunggu.

Alhamdulillah, Al-Marhum pergi dlm keadaan ibunya redha padanya & sangat menyayanginya. Mak Al-Marhum bagitahu,
Ijan ni, makin besar makcik makin sayang pada dia.

Ya... Kerana dia menjadi pejuang & kebanggaan agama.

Alhamdulillah jenazah Al-Marhum diimami & ditalqinkan oleh ulama' besar N9 dari keturunan Sheikh Haji Mohd Said.



Damailah sahabat di sana bersama para anbiya’, syuhada’ & solehin. 

Moga syurga Allah menjadi destinasi yg abadi untukmu.

Ameen. 

Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa'fu'anhu... AL-FATIHAH.

Buat isteri & keluarga Al-Marhum,

Salam takziah. Semoga anak yg dikandung oleh kak Farah setabah  "umi"nya & mewarisi darah perjuangan Islam "abah"nya yg telah kembali ke Rahmatullah.

Wallahualam.

Tuesday, April 3, 2012

Tahan Lapar Demi TETAMU, Kita MAMPU?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:33 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Saya punya kisah ingin dikongsi. Moga bermanfaat. Jom baca.


Seorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W & telah menceritakan kpd baginda tentang kelaparan yg dialami olehnya.

Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri utk diberikan kpd orang itu. 

Baginda kemudian bertanya kpd para sahabat, 
"Adakah sesiapa di antara kamu yg sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?"

Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, 
"Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya & menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, 
"Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya dgn sebaik² layanan mengikut segala kesanggupan yg ada pada diri kita & semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yg ada di rumah kita."

Lalu isterinya menjawab, 
"Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yg ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi utk makanan anak² kita di rumah ini?"

Orang Ansar itu pun berkata, 
"Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak²nya) tanpa memberi makanan kpd mereka. Apabila saya duduk berbual² dgn tetamu ini di samping jamuan makan yg sedikit ini, & apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura² hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidak akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama²nya."

Rancangan itu telah berjalan dgn lancarnya & seluruh keluarga tersebut termasuk kanak² itu sendiri terpaksa menahan lapar semata² utk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. 

Berikutan dgn peristiwa itu, Allah S.W.T telah berfirman yg bermaksud, 
"Dan mereka mengutamakan (orang² Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dlm kesusahan." (Al-Hasy: 9)

Subhanallah, saya sangat terkesan dgn kisah nie. Moga kita jadikan tauladan dalam kehidupan seharian kita. Muliakan tetamu yg hadir ke rumah walaupun semiskin mana pun kita. 

Bak kata ibuku sayang,
Biar pun rumah kita sempit & tiada makanan yg sedap tapi hati ikhlas menerima tetamu, InsyaAllah rumah yg sempit jadi lapang walaupun hakikatnya sempit & makanan yg kurang sedap jadi sedap.

Wallahualam.

Monday, April 2, 2012

Wana, Menangislah Pada Tempatnya !!!

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:57 PM


Wana,
Tangiskanlah air matamu hanya krn Allah,
Janganlah alirkan air matamu pada mereka yg tidak patut ditangisi.

Wana,
Menangislah krn takut akan azab neraka jahaman,
Pabila api neraka membutakan mata & besi panas memukul badan hingga hancur isi & tulang.

Wana,
Menangislah krn keadaan di Padang Masyhar kelak,
Pabila diperlihatkan amalan² mereka dlm keadaan telanjang, 
Melalui perjalanan beribu tahun lamanya.

Wana,
Menangislah krn keadaan di dlm kubur kelak,
Pabila tujuh langkah telah berlalu, 
Mungkar & Nankir datang menyeru,
Sediakah kita dgn jawapannya?

Wana,
Menangislah mengenangkan keadaan kita sekarang,
Leka dgn arus duniawi, 
Tenggelam dibuai dosa.

Wana,
Menangislah krn mengharapkan keampunan Allah,
Menangislah krn cinta & rindu yg menggunung padaNya.

Menangislah Wana krn mata yg tidak menangis utk Allah itu adalah mata bagi orang yg hitam hatinya.

Wallahu'alam.

Sunday, April 1, 2012

My Doddle: Cetusan Idea Kak Nisa & Adik Hala

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:26 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari nie nak imbas kenangan di zaman muda...


Wana suka melukis. Itulah ungkapan yg keluar dari mulutku ketika mula berjinak-jinak dgn doddle. Hobi selepas tamat exam semester 4 ini diilhamkan oleh Kak Nisa @ nama popular Prof Madya Doddle ANIUNA. Syukran Prof Madya bersama anak didiknya Adik Halawati.

Tapi dukacita dimaklumkan Wana hanya bermain sendiri kerana pada waktu itu Prof Madya & Hala masih ada exam.

Inilah hasilnya.....

 


 

 



Banyak lagi Doodle yg Wana lukis. Kalau nak ketawakan bolehlah tengok kat SINI <MA DOODLE>

Last but not least, di sini Wana dapat lihat yg Wana memang tidak berjiwa seni. Lukis pun memang tak cantik. Apa-apapun Wana akan cuba hargai apa yg dilakukan...


Wallahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...