Photobucket
Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Saturday, July 1, 2017

Salam Aidilfiri 1438H

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:22 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Aidilfitri.

Alhamdulillah hari ini sudah masuk 7 Syawal. Tahun ini tahun keempat kami menyambut lebaran tanpa adikku al-marhumah Selpianah. Tahun ini juga pertama kali adikku Herawati menyambut Ramadhan bersama keluarga mertua. 

Maka tahun ini cik Wana beraya bersama insan-insan ini.




Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan Ayah, Ibu, Adik Ayu, Adik Syawal, Adik Ika, Adik Syam, Adik Aisyah & Adik Nurul

Selamat Hari Raya Aidilfitri. 
Maaf Zahir Batin


Tuesday, December 1, 2015

GiGi: Jaga & Sayangi

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:48 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Hari ini cik Wana ingin berkongsi berkenaan PENJAGAAN GIGI. Sebelum itu, ucapan TERIMA KASIH kepada IBU TERSAYANG iaitu NORHAEDAH MANSUR kerana bersusah payah menjaga gigi kami adik beradik daripada ia tumbuh sehingga kami terbiasa menjaga gigi sendiri.


Alhamdulillah syukur atas nikmat GIGI YANG CANTIK, BERSIH & PUTIH. Rasanya sudah menjadi trademark adik-beradik saya iaitu SENYUM WAJIB NAMPAK GIGI



IKLAN GIGI "ANAK²  HERMAN"

Berbalik kepada motif update blog hari ini itu berkenaan penjagaan gigi, mari kita lihat faktor penyebab gigi menjadi kuning & kusam.


Pewarna makanan

Bertambahnya usia & sering mengambil makanan & minuman yg mengandungi zat pewarna menjadi salah satu faktor penyebab warna gigi kusam atau menguning.



Warna dlm makanan & minuman berasal dari chromogens, molekul berpigmen yg boleh menempel pada gigi. Begitu juga dgn keasidan (masam) makanan & minuman. Keasidan (masam) membuat warna makanan mengikis gigi, sehingga gigi rapuh & chromogens mudah menempel.



Rutin menggosok gigi & menghindari rokok merupakan salah satu cara agar gigi tetap sihat, putih, bersih. Namun ada beberapa makanan & minuman yg perlu anda kawal & jaga. Ini dia antara makanan & minuman penyebab gigi kusam, kuning & bernoda:



Gula² kunyah seperti sugus

Bahan utama dari gula² kunyah adalah gula. Banyak mengambil gula² ini ternyata mempengaruhi kesihatan gigi, bukan hanya menyebabkan gigi berlubang & rapuh, malah juga menyebabkan gigi kuning.


Minuman bersoda

Umumnya minuman bersoda mengandung bahan pewarna yg bersifat asid & chromogens. Jika diminum secara kerap, molekul pigmen yg terkandung akan menempel pada gigi sehingga gigi cepat kusam.


Hanya ini yg mampu dikongsi. Semoga kita sama² menjauhi makanan & minuman yg menyebabkan gigi kita semakin kuning & kusam.


Wallahualam

Tuesday, March 18, 2014

Aku Rindu Kamu Dik T_T

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:49 PM

Masih terbayang-bayang wajahnya,
Masih terbayang-bayang senyumnya,
Masih terngiang-ngiang rengekan manjanya,
Masih terngiang-ngiang suara kartunnya...

Aku rindu kamu dik,
Sudah 79 hari dikau meninggalkan kami,
Moga dirimu bahagia di alam kubur,
Dirimu tetap dalam doa dan ingatan kami,

TETAP, TETAP & TETAP...
InsyaAllah...


اللّهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها



Semoga adikku mendapat keredhaan Allah dan ditempatkan disyurgaNya. Untung kamu dik diambil Allah semasa usia yg masih muda.


Wednesday, January 15, 2014

Kehilangan Adik Manis

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:18 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat & kasih sayangnya Allah masih beri kesempatan untuk hidup bagi memperbaiki diri.


Tanpa disedari kini sudah 15 hari berada di tahun baru 2014. Tapi kehadiran tahun 2014 langsung tidak menghiburkan hati ini memandangkan sudah 16 hari kehilangan adik tersayang. Adik manis itulah panggilan untuknya sebab dia yang mulakan panggil ahli keluarga lain dengan gelaran manis.


Allah... 


Kadangkala terasa dia masih ada, macam tiada apa-apa yang berlaku pada 31 Disember 2013 yang lalu. Tapi hakikatnya dia sudah kembali kepada Penciptanya.


Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan aku 18 tahun 11 bulan 20 hari seorang adik yang 
 sangat baik pada diriku & keluarga

♥ paling ceria & menghiburkan hatiku & keluarga

♥ membantuku dalam banyak perkara.


Tidak mampu untuk menulis lebih panjang. InsyaAllah ada kesempatan cik Wana akan menulis lagi.


Wallahualam.

Friday, June 8, 2012

Semangkuk Mee Membawa Keinsafan

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:17 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Cik Wana nak bawa satu kisah, moga pembaca dapat ambil pengajaran.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Pada malam itu, Ana bertengkar dgn ibunya. Memandangkan dia sangat marah, Ana segera meninggalkan rumah tanpa membawa apa². Saat berjalan di suatu jalan, dia baru menyedari bahawa dia sama sekali tidak membawa wang.

Saat menyusuri sebuah jalan, dia melewati sebuah kedai mee & dia mencium harumnya aroma masakan. Dia ingin sekali memesan semangkuk mee tapi tidak mempunyai wang.

Pemilik kedai melihat Ana berdiri cukup lama di depan kedainya, lalu berkata: 
Anak, apakah engkau ingin memesan semangkuk mee? 


Ana menjawab dgn malu²,
Ya, tapi aku tidak membawa wang. 

Tidak apa², aku akan memberikan padamu, jawab si pemilik kedai. 

Sila duduk, aku akan memasakkan mee untukmu, kata si pemilik kedai lagi. 



Tidak lama kemudian, pemilik kedai itu menghantarkan semangkuk mee. Ana makan beberapa suap, kemudian air matanya mulai berlinang. 

Ada apa anak? tanya si pemilik kedai. 

Tidak apa². Aku hanya terharu, jawab Ana sambil mengeringkan air matanya.

Inikan, seorang yg baru kukenal pun memberi aku semangkuk mee! Tapi ibuku sendiri, setelah bertengkar dgnku mengusirku dari rumah & mengatakan kpdku agar jangan kembali lagi. Kau, seorang yg baru kukenal, tapi begitu peduli dgnku dibandingkan dgn ibu kandungku sendiri, katanya kpd pemilik kedai.

Setelah pemilik kedai itu mendengar perkataan Ana, dia menarik nafas panjang lalu berkata:
Anak, mengapa kau berfikir seperti itu? Renungkanlah hal ini, aku hanya memberi semangkuk mee & kau begitu terharu. Ibumu telah memasak mee & nasi untukmu saat kau kecil sampai saat ini, mengapa kau tidak berterima kasih kpdnya? Dan kau malah bertengkar dgnnya.

Anna terkejut mendengar hal tersebut.

Mengapa aku tidak berfikir tentang hal itu? Utk semangkuk mee drpd org yg baru kukenal, aku begitu berterima kasih. Tapi kpd ibuku yg memasak utkku selama bertahun², aku bahkan tidak memperlihatkan kepedulianku kpdnya. Dan hanya krn persoalan remeh, aku bertengkar dgnnya.

Anna menghabiskan meenya lalu ia menguatkan dirinya utk segera pulang ke rumahnya. Saat berjalan ke rumah, dia memikirkan kata² yg harus diucapkan kpd ibunya.

Setelah sampai di muka pintu rumah, dia melihat ibunya berwajah letih & cemas. Ketika bertemu dgn Anna, kalimat pertama yg keluar drpd mulutnya adalah: 
Anna, kau sudah pulang. Cepat masuklah, ibu telah menyiapkan makan malam. Makanlah dahulu sebelum kau tidur. Makanan akan sejuk jika kau tidak memakannya sekarang.

Pada saat itu Ana tidak dapat menahan tangisnya. Dia pun menangis dipelukan ibunya.

✐ Sekali waktu, kita mungkin akan sangat berterima kasih kpd org lain di sekitar kita utk suatu pertolongan kecil yg diberikan kpd kita. Tapi kpd org yg sangat dekat dgn kita khususnya org tua kita, kita harus ingat bahawa kita perlu berterima kasih kpd mereka seumur hidup kita.:)
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Bagaimana? Terkesan dgn kisah nie. Semoga kisah ini bermanfaat pada kita semua.




Kewujudan kita hari ini sesungguhnya satu nikmat yg amat besar dari Allah swt. Melalui dua orang insan mulia, satu ketika dahulu kitalah yg menjadi ‘sang juara’ mengatasi ribuan yg lain dlm sebuah perjuangan demi sebuah kehidupan. (Wah kecil² dah jadi pejuang!!!)



Tanpa mereka, siapalah kita? 

Tanpa mereka akan lahirkah kita melihat dunia hari ini?


 AYAH & IBU... BAPA & EMAK... ABI & UMMI...
(Tak kisahlah panggil macam mana ^___^)


Ya, merekalah dua orang insan yg mulia itu. Bertuahnya kita krn dikurniakan mereka yg mana sejak lahir hinggalah ke saat ini, merekalah insan yg benar² menyayangi kita tanpa memperoleh sebarang balasan pun. 


Tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, hadiah, penghargaan & sebagainya mereka dgn ikhlasnya menjaga & membesarkan kita dgn penuh susah & kepayahan. Dan bukan cuma seorang! Tapi berlima, berenam malah mungkin berbelas adik-beradik yg lain. (Cik Wana ada 9 orang bersaudara. Alhamdulillah)


✐ Lihatlah garis² halus & kedutan di wajah ayah & ibu. Satu ketika dahulu, wajah yg tampan & cantik itu kini berubah dek krn usia yg kian dimamah waktu. Segala kekerutan di wajah mereka, segala kebimbangan mereka, tidak lain hanyalah krn risau memikirkan hidup anak²nya. (Betul², cik Wana akui semua itu)


✐ Lihatlah pula rambut mereka yg dahulunya hitam kini berubah putih beruban. Ayah & ibu pernah tidak mempedulikan diri mereka sendiri lantaran memikirkan utk menyediakan yg terbaik utk anak². Bagi mereka, biar susah. Biar payah. Yg penting, anak² membesar bahagia tanpa merasa ada kukurangan sedikit pun berbanding insan lain. (Sangat betul. Rasanya waktu kecil dulu memang selalu dah cabut uban ayah. huhu)




Tanpa memikirkan kelelahan yg terpaksa dihadapi, ayah gigih & tabah keluar berkerja saban hari utk mencari rezeki buat keluarganya. Tidak cukup sekadar itu, ibu juga turut membantu ayah utk meringankan beban yg ditanggungnya sendiri. (Ayahku saja bekerja, ibuku suri rumah sepenuh masa)


Ya Allah... Betapa besarnya pengorbanan insan ini. Sejak hari pertama kita lahir, hidup mereka seolah² sudah pasti akan dikorbankan demi kesejahteraan insan yg bernama anak². Dgn belaian kasih sayang, sentuhan manja, keprihatinan, kerisauan mereka, semua itu pernah membuatkan kita merasa sangat bahagia krn disayangi & sentiasa berasa selamat lantaran ada yg menjaga & melindungi kita. (Betul². Teringat masa masuk asrama masa Form 1, hampir sebulan masih tak dapat menyesuaikan diri. Asyik HOMESICK, ingat Mak & Ayah)


Namun, tatkala usia si anak semakin menganjak dewasa, kita mula terlupa akan mereka. (Ya Allah, mudah²an aku bukan dlm kalangan mereka)


Kita terlupa betapa satu ketika dahulu, mereka sangat menyayangi kita lebih dari nyawa mereka sendiri. 


Hari ini...


Kasih sayang, keprihatinan & kerisauan mereka terhadap kita membuatkan kita merasa bahawa hidup kita dikongkong & disekat! Kita merasa bahawa dlm banyak hal kitalah yg benar & mereka hanyalah insan tua yg tidak tahu apa! 


❝ Seandainya inilah yg berlaku, bayangkanlah perasaan mereka yg dulu pernah memanjai & mendidik kita bagai menatang minyak yg penuh. 




Wahai anak, sedarlah!!!



 Insafilah bahawa merekalah insan yg paling layak utk kita patuhi & sayangi selepas taat kita kpd Sang Khaliq. Oleh sebab itulah, kita dapat lihat betapa Allah swt telah menyebut berulang kali bahawa selepas ketaatan kita dipersembahkan kpd Allah swt maka ayah & ibulah yg keduanya.


Allah swt berfirman yg mafhumnya:


❝ Dan hendaklah kamu beribadah kpd Allah & janganlah kamu sekutukan DIA dgn sesuatu pun, & hendaklah kamu berbuat baik kpd ibu bapa.  

 Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia & hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dgn sebaik²nya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua²nya sampai berumur lanjut dlm pemeliharaanmu, maka sekali² janganlah kamu mengatakan kpd keduanya perkataan "ah" & janganlah kamu membentak mereka & ucapkanlah kpd mereka perkataan yg mulia. <Al Isra’:23>


Hadith peninggalan Rasulullah saw juga banyak sekali menyebut tentang keutamaan utk kita berbuat baik kpd ayah & ibu selepas ketaatan yg sepenuhnya kpd Allah & RasulNya. Di samping itu, Rasulullah saw juga ada mengingatkan tentang balasan buruk apabila kita menderhaka & menyakiti mereka.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w & bertanya:

Wahai Rasulullah, Siapakah orang yg paling berhak aku hormati? 


Nabi s.a.w bersabda:     Ibumu. 
Lelaki itu berkata lagi:  Siapakah setelah ibuku? 
Nabi s.a.w bersabda:  Ibumu.
Lelaki itu bertanya lagi:  Siapa lagi setelah ibuku? 
Nabi s.a.w bersabda: ❝ Ibumu. 
Lelaki itu bertanya lagi:  Lalu siapa lagi sesudahnya? 
Nabi s.a.w menjawab:  Ayahmu.    




Rasulullah saw bersabda, 
❝ Dosa² besar: Syirik terhadap Allah, menderhaka kpd ibu bapa, membunuh diri & bersumpah dgn dusta    




Hari ini kita dapat lihat bagi mereka yg mempunyai kekasih hati, mungkin ada perkara yg kita terlepas pandang atau terlupa. 


✐ Ada masanya kita lebih mengutamakan utk bertanya khabar si kekasih, bertanya sakit peningnya, meminta pendapat, nasihat, doa & sebagainya. Sedangkan kita terlupa bahawa ayah & ibulah yg lebih berhak ke atas diri kita utk mendahulukan mereka berbanding semua insan lain.


Adab² Anak Soleh & Solehah


Ayuh, kita cakna semula antara adab² yg perlu kita jaga selaku seorang anak kpd ibu bapa. Together towards anak soleh/solehah...!!! (^_^)


 Hendaklah kita memuliakan mereka.


☑ Bersalaman & mencium tangan mereka sebagai tanda kasih & hormat


 Menjaga adab ketika bercakap dgn mereka


 Menyahut panggilan mereka tanpa melengah²kannya


 Sentiasa berusaha gembirakan mereka


 Menjaga harta mereka


 Tidak mencaci & meninggikan suara terhadap mereka


 Mendahului mereka dlm segala hal


 Tidak duduk di tempat tinggi drpd mereka


 Sentiasa meminta izin & pandangan mereka mengenai sesuatu hal


 Menghormati sahabat² mereka


 Tidak berlebih²an dlm memuliakan isteri (khusus bagi yg bergelar suami)


 Memperbanyakkan doa kpd mereka


*Sebenarnya banyak lagi. Buat yg nie dulu deh ^__^

Wahai anak, rebutlah kesempatan yg masih Allah berikan pada kita hari ini. Hargailah mereka, sayangi mereka & mohonlah ampun maaf atas segala salah silap kita selama ini. Semoga dgn doa & restu mereka, nescaya tergolonglah kita di dlm golongan insan yg berbahagia & berjaya bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat kelak. Kerna sesungguhnya, redha Allah swt itu datangnya jua drpd redha ayah & ibu.


Abdullah bin Amru berkata, Rasulullah SAW bersabda: 

Keredaan Allah kpd seseorang bergantung kpd keredaan ibu bapanya. Dan kemurkaan Allah adalah bergantung kpd kemurkaan ibu bapanya.   




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
 Ya Allah, ampunilah dosaku & dosa kedua orang tuaku... Rahmatilah mereka sepertimana mereka telah mengasihiku sejak kecil. Amin...
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Wallahualam

Tuesday, February 14, 2012

FATHI anak PALESTIN, Bukan ISRAEL LAKNATULLAH

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:56 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Namaku Fathi & aku adalah anak Palestina. Aku berumur 20 tahun. Sepanjang itu jugalah aku membesar di tanah berdarah ini & menjadi saksi kpd segala apa yg berlaku. 


Peperangan, 
pembunuhan, 
kematian, 
pengeboman 
& pelbagai lagi perkara seakan sudah menjadi panorama biasa untukku. 


Kamu tahu, hatta dentuman bom & muntahan peluru seakan² menjadi dodoian tidur untukku. Tapi jangan kata aku bahagia, hakikatnya hatiku sering tercalar dgnnya.


Aku membesar tanpa keluarga. Ayah & ibuku telah terkorban apabila Israel merampas rumah kami. Masih jelas pd tubir mataku, bagaimana 
✔ ayahku ditembak dgn kejam & 
✔ ibuku dirogol tanpa belas kasihan, 
✔ bahkan mereka dgn buas telah mengoyakkan perut ibuku yg ketika itu sedang mengandung mengeluarkan adikku yg ada di dlm rahim lalu menembak adikku yg tak berdosa itu berkali². 


Mujur sahaja pejuang Hamas tiba ketika itu, jika tidak pasti aku tidak akan ada di sini,bercerita kpd kamu.


Aku masih ingat lagi yg ketika itu aku berumur 6 tahun. Pejuang Hamas yg menyelamatkan aku bernama Yahya. Sesuai dgn namanya, ALLAH telah mengizinkannya memberikan kehidupan baru kepadaku. Dia telah menjagaku & membesarkanku serta memberikan pendidikan kpdku. Aku memanggilnya ‘bapa’. 


Bagi aku yg melihat sendiri bagaimana Israel menamatkan riwayat seluruh ahli keluargaku, kasih sayang bapa membuatkan aku amat mengasihinya. Dia seakan² memberikanku cahaya.

Namun bahagia tidak panjang. Kehangatan kasih sayang bapa terhenti apabila Israel melanggar gencatan senjata yg entah buat kali ke berapa. 


Bapa telah mati dlm satu pertempuran apabila Israel cuba menceroboh. Ketika itu aku sudah sedikit besar, umurku sudah 20 tahun. Memandangkan pd waktu itu juga madrasah tempat aku menuntut ilmu telah dirobohkan oleh Israel maka aku mengangkat senjata & berjuang bersama² pasukan Izzuddin Al-Qassam yg merupakan sayap kanan Hamas.

Perjuangan semakin sukar krn Israel telah berjaya membuatkan seluruh negara ISLAM yg lain berdiam diri dgn keadaan kami. Belasan tahun berlalu, peperangan terus berlaku & darah terus tertumpah. Nyawa saban hari melayang. Suasana sudah ada perubahan. Dr teruk menjadi semakin teruk.

Hari ini, sekali lagi Israel laknatullah telah melanggar perjanjian gencatan senjata. Malah, mereka telah berjanji utk menyapu bersih segala penentang dlm serangan kali ini. Gaza telah menjadi tumpuan serangan.


Israel tidak lagi menghiraukan pandangan dunia. Mereka sebenarnya langsung tidak takut dgn sebarang ancaman atau teguran yg dikeluarkan oleh negara² lain. Hal ini krn mereka tahu bahawa negara² lain tidak mampu berbuat apa² melainkan bersuara sahaja. 


Amerika telah menjadi boneka Israel dgn mempertahankannya. Malah Amerika sendiri telah menghantar bantuan ketenteraan utk Israel.

Serangan kali ini adalah serangan yg terdasyat. Israel telah menghantar 200 jet pejuang ke ruang udara Gaza & melepaskan bom serta torpedo secara rambang ke arah bandar. Angka kematian mencecah 3000 orang. Yg terkorban dlm serangan buas ini bukan sahaja para pejuang, malah termasuk sekali anak² kecil, perempuan & orang² tua yg tak berdaya. Bangunan² banyak yg hancur & roboh.

Gaza telah menjadi sungai darah. Suasana yg memang sedih menjadi tambah menyayat hati. 
Mayat bergelimpangan di sana sini. 
Mayat² hancur juga banyak yg bersepah di atas jalan. 
Ada juga yg tertepek pd dinding² bangunan. 
Kemusnahan kali ini memang di luar akal. Inilah yg terdasyat pernah terjadi.


Dlm kemusnahan dasyat disebabkan tangan Israel laknatullah ini, kami mendapat berita bahawa ada kerajaan dunia menegur tindakan zalim Israel. Namun, teguran itu membuatkan telingaku tambah berasap. Kamu tahu apa tegurannya?

“Harap Israel boleh cuba mengelakkan serangan mereka dari rakyat biasa.”

Pd aku yg berada di tengah² Gaza ini, itu adalah teguran terbodoh. Mana mungkin hendak mengelak dr rakyat biasa? 

Adakah mereka mempunyai peluru berpandu yg boleh mengesan sama ada manusia itu askar atau tidak? 

Tahukah mereka bahawa Gaza ini penuh dgn rakyat yg tak berdosa?

Malah torpedo & bom yg dilepaskan oleh Israel mempunyai lilitan letupan yg besar. Mustahil tidak mencederakan rakyat biasa. Lihatlah apa yg terjadi di sini, kalau Israel boleh mengelak rakyat biasa, pasti tidak akan ada mayat² anak kecil, perempuan lemah & orang tua di sana-sini.

Kini, jet pejuang Israel telah mengosongkan ruang udara Palestin


Adakah mereka hendak berhenti? 


Tidak. 


Mengikut maklumat yg telah kami terima, mereka sudah bersedia di luar Gaza dgn 100 buah kereta kebal. Mereka hendak melunaskan kerja² yg tidak mampu dilakukan oleh jet pejuang.

Aku di balik dinding ini bersama² beberapa orang sahabatku sedang menanti kehadiran mereka dgn hanya berbekalkan AK-47, senjata yg boleh dikatakan kuno jika hendak dibandingkan dgn senjata Israel


Hamas telah menetapkan utk bertempur hingga ke hujung nyawa. Maka beberapa kumpulan telah diarahkan utk mensabotaj kereta² kebal yg memasuki Gaza. Kalau boleh, kami diarahkan utk merampas kereta kebal.


Sebahagian anak² kecil sudah mengutip batu². Aku terasa seperti hendak menangis. Kasihan. Teringat ketika aku berusia 6 tahun dahulu. Saat ayah & ibuku mati dlm keadaan yg azab. Mereka juga sepertiku. Cuma bezanya, mereka mungkin tidak sempat membesar. Ini mungkin peperangan terakhir bagi kami. Dgn bilangan kami yg tinggal hanya sekitar 100 orang, agak mustahil utk menang.

Aku bukan tidak yakin atas bantuan ALLAH. ALLAH ada berfirman: 
“Berapa banyak sudah pasukan yg kecil menewaskan pasukan yg besar dgn izin ALLAH.”

Tapi aku rasa, apa yg berlaku pd saat ini adalah teguran ALLAH kpd ummat ISLAM seluruhnya. Yg aku tahu, ummat ISLAM pd hari ini sering bertelagah. Malah ramai dlm kalangan mereka yg tidak ambil kisah dgn saudara mereka. Mereka hidup dlm suasana ananiah yg menebal. Hati mereka telah menjadi keras seperti batu utk merasakan penderitaan saudara² mereka. 

Kalau di sini, mudah utk dilihat bagaimana Fatah mengkhianati Hamas dlm kesatuan mereka utk menjaga Palestin. Tidak sangka bahawa mereka itu pengecut yg tidak berguna. Menikam kami dr belakang bahkan tidak menghiraukan langsung keadaan rakyat. Yg mereka tahu hanyalah kuasa. Mereka itu adalah boneka Israel.


Aku juga mendengar bahawa, negara² ISLAM di luar sana sudah tidak mengamalkan ISLAM di negara masing². Pemimpin² mereka leka dgn kesenangan yg ada. Semuanya tunduk & sujud menyembah Amerika & segala kuncu²nya.

Aku tahu, ini bukan salah mereka. Mereka sebenarnya telah disuntik dgn jarum beracun pd akhir era Khilafah Uthmaniyyah lagi. 

Ummat ISLAM melemah, melemah & terus melemah sehinggalah jika ada saudara mereka yg dibunuh, dicincang, diinjak, terkorban, hati mereka langsung tidak merasa. Namun semangat juang para muslimin masih meninggi. Apabila Israel memasuki Palestin pd tahun 1948, masih ada sebahagian muslimin yg merentasi sempadan & membantu orang² di sini.

Malah, aku masih ingat lagi orang² tua bercerita mengenai perang antara Negara² Arab & Israel. Orang² tua berkata, andai ketika itu tiada perjanjian damai maka penderitaan hari ini tidak akan terjadi. 

Namun apa yg berlaku ketika itu adalah, para mujahidin yg ikhlas telah ditangkap oleh negara² Arab sendiri & mereka telah menandatangani satu perjanjian dgn Israel. Semenjak hari itu, apa sahaja yg dilakukan oleh Israel di sini, hanya akan ditegur dgn suara sahaja oleh negara² Arab di sekeliling Palestin & negara² ISLAM di seluruh dunia.

Apa yg berlaku kpd kami di sini tidak lebih dr teguran ALLAH kpd ummat ISLAM. ALLAH hendak menunjukkan betapa lemahnya ummat yg pd satu masa dahulu pernah menguasai 2/3 dunia. ALLAH hendak menunjukkan betapa ummat ini telah meninggalkan ajaranNya & melupakan deenNya.

Aku pernah mendengar peristiwa tsunami yg melanggar tenggara asia pd 5 tahun lepas. Sehingga ada yg menyatakan bahawa itu kiamat kecil. Ketika itu, ramai yg menyatakan bahawa ALLAH telah marah, lalu menegur manusia dgn bala bencana. Aku hanya mampu tersengih. 

Kamu tahu, di sini kiamat kecil berlaku hari². Tempat ini saban hari bergegar dgn dentuman bom & bingit dgn muntahan peluru. Tapi tiada manusia pun yg menyatakan bahawa apa yg terjadi pd kami ini adalah teguran ALLAH kpd mereka. Mungkin manusia tidak tahu yg ALLAH ada berfirman: 
“Telah nampak kerosakan di darat & di lautan disebabkan perbuatan tangan² manusia. ALLAH mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yg benar)”

Oleh krn ketidak pedulian orang² ISLAM di luar sana, kami pasukan HAMAS telah berusaha bersungguh² utk mempertahankan bumi suci ini. Kami menentang segala keganasan yg berlaku di sini dgn tulang 4 kerat kami dgn segala kudrat kami. Tetapi yg aku amat terasa hati adalah apabila tindakan kami utk mempertahankan tanah kami dikatakan sebagai satu tindakan keganasan.

Aku hairan & pelik dgn orang² ISLAM di luar sana. 
Kamu tidak punya akalkah? 
Kenapa kami digelar sebagai pengganas? 


Sedangkan rumah² kami dirobohkan, sedangkan isteri² kami dirogol & dibunuh tanpa belas kasihan, sedangkan anak² kami ditembak, sedangkan ayah & ibu kami terkorban, semuanya dek krn penjajahan Israel atas tanah kami.

Aku hairan, setahu aku semua negara ISLAM dahulu menentang penjajahan di bumi mereka. Mereka menyah penjajah & membenci penjajah. Tetapi apabila tanah kami dijajah, mereka menggelar kami sebagai pengganas, mereka menyatakan kami tidak reti bertolak ansur. Aku hairan. 

Kenapa kamu bersikap begitu? 


Tahukah kamu bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: 
“Barangsiapa yang berpagi² tanpa mengambil kisah urusan kaum muslimin maka dia bukan drpd kalangan mereka.”

Kemudian kamu menyatakan bahawa jihad itu adalah jalan keganasan. Kamu pesongkan jihad kpd jihad² yg kamu ada²kan. 
Jihad masyarakatlah, 
jihad menentang pencemaranlah, 
jihad menentang kemiskinanlah 
& pelbagai lagi jihad yag kamu reka, 
yg tidak utama berbanding jihad kami yg sedang mempertahankan deen ISLAM ini. 

Sedangkan ALLAH telah mengizinkan kami utk memerangi mereka yg menzalimi kami:
“Telah diizinkan utk kamu memerangi mereka yg menzalimi kamu.....”

Kamu tahu, hal Palestin bukanlah hal kecil. Ini juga bukanlah hal pembebasan sebuah tanah. Hal Palestin adalah hal deen ISLAM itu sendiri. Yahudi bukan hendak merampas tanah semata², bahkan mereka hendak melenyapkan ISLAM dr muka bumi kita. 

Mempertahankan Palestin hari ini adalah mempertahankan ISLAM itu sendiri. Kami sanggup berkorban krn kami sedang mempertahankan ISLAM. Kami bukan nasionalis, kami adalah HAMBA ALLAH. ALLAH hanya redha pd ISLAM bukan pd negara² yg kita duduki. 

ALLAH telah berfirman: 
“Hari ini telah aku sempurnakan utk kamu deen kamu (ISLAM) & aku sempurnakan utk kamu nikmatKu (ISLAM) & aku redha ISLAM itu menjadi deen kamu.”

Kamu tahu yg Masjidil Aqsa itu adalah tempat suci ummat ISLAM. Ia sama sahaja seperti Masjidil Haram di Makkah & Masjid Nabawi di Madinah. 

Tetapi kenapa 2 masjid itu kamu tatang seperti minyak yg penuh sedangkan masjid suci di Palestin ini kamu biarkan? 


Bukankah masjid ini tempat Rasulullah diangkat ke langit utk mikraj? 


Adakah kamu tidak berasa apa² apabila tembok tempat Rasulullah SAW menambat buraq dijadikan tembok ratapan oleh kaum Yahudi? 


Adakah kalian lupa firman ALLAH? 
“Maha Suci kpd yg mengisra’kan hambaNya pd waktu malam dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsa yg diberkati sekelilingnya & ditumpahkan cahaya kpdnya dr ayat² KAMI.”

Hati kalian telah dibius sebenarnya. Kalian hanya mampu bersuara tetapi tidak mampu bergerak. Tidak cukup dgn itu kalian menggelar kami yg berjuang ini sebagai pengganas. Kamu tahukah apa makna semua ini? 

Ini menunjukkan ISLAM itu telah pudar dr penghayatan kalian. Kalian tidak bergerak membantu kami adalah tanda lemahnya hubungan kalian dgn ALLAH. Kalian lebih takut segala halangan yg direka oleh musuh² ALLAH dr ALLAH itu sendiri. 

Adakah kalian lupa sabda Rasulullah SAW? 
“Muslim itu adalah saudara bagi muslim yg lain, jangan kamu menzaliminya, mengkhianatinya atau menyerahkannya kpd mereka yg hendak menzaliminya.”

Bukankah ALLAH juga ada berfirman: 
“Wahai orang² yg beriman, janganlah kamu mengkhianati ALLAH & RasulNya & janganlah sesekali kalian mengkhianati amanah kalian sedangkan kalian mengetahuinya.”

Tapi apakah pengkhianatan yg berlaku hari ini? 
Apakah yg kalian hendak katakan kpd ALLAH pd hari kelak?
Adakah kalian sangka, Israel itu akan berhenti selepas menawan Palestin ini? 


Ketahuilah yg mereka itu akan bergerak menawan seluruh negara ISLAM yg lain. Mungkin aku telah tiada ketika itu. Tetapi aku tahu apa yg akan berlaku. 

Kamu tahu apa yg akan berlaku? 
Apa yg akan berlaku adalah apa yg telah berlaku kpd kami? 


Ketika itu baru kamu rasa, apa yg kami rasa hari ini. ALLAH telah berpesan: 
“Tidak akan sesekali redha yahudi & tidak pula nasara sehingga kamu mengikuti jalan mereka.”

Tidak cukupkah penderitaan kami? 
Sehingga bila kamu semua hendak tidur memekakkan diri? 


Hari kamu akan tiba nanti andai kamu tidak bergerak lagi. Ketika itu baru kamu merasai apakah seronok digelar pengganas di bumi sendiri.

Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara, aku yakin yg dia akan menjerit memarahi kalian yg sedang duduk bergoyang kaki, membiarkan aku & seluruh penduduk Palestina ini menderita. 


Kamu tahu, kalaulah dinding² rumah yg ada di Palestin ini boleh bersuara, pasti mereka akan melaknat kalian yg buat tidak endah dgn keadaan kami di sini. Kamu tahu, kalaulah batu² yg anak² kecil kami baling itu boleh bersuara, batu² itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian.

Tidakkah kamu tahu bahawa, nanti bayi² kami, anak² kami, isteri² kami, ayah & ibu kami, pejuang² kami yg telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat, hari yg ALLAH telah janjikan utk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama, mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan ALLAH atas apa yg kalian lakukan kpd kami hari ini. Aku tahu apakah yg akan mereka katakan nanti. 
“Ya ALLAH, mereka saudara kami, tetapi mereka telah membiarkan kami.”

Apakah kamu menyangka ALLAH akan melepaskan kalian?

Hari itu kami akan bangkit dgn darah² kami sebagai bukti perjuangan & penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti kasturi. Krn kami syahid dlm mempertahankan deen ALLAH yg ALLAH redhai. Kalian tahu, yg mati syahid tidak akan dihisab oleh pertimbangan ALLAH. Kami akan terus masuk ke syurga. 

Tapi apakah nasib kalian ketika hari itu? 


Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim krn pemeriksaan yg sangat berat oleh ALLAH. Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya.
“Barang siapa yg mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung & barang siapa yg mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung.”

Pasti kalian akan meminta dijadikan sebagai tanah ketika itu.

“ ...alangkah baiknya jika dahulu aku hanyalah tanah.”

Kamu tahu, aku & semua sahabatku juga semua mereka yg telah mati terkorban, terbunuh di sini, tidak memerlukan belasungkawa kalian. Yg kami perlukan adalah perubahan diri kalian. 


Kita saudara bukan? 
Kenapa kalian mesti membiarkan kami? 


Berubahlah utk ALLAH, utk diri kalian sendiri. Ketahuilah bahawa ISLAM itu satu. Palestin juga adalah tanah kamu. 

Kenapa kalian membiarkan kami? 


Buangkanlah wahn dlm hati kalian. Dunia ini hanya sementara. Akhirat jualah yg benar & kekal abadi selama²nya. Bukankah ALLAH telah berpesan kpd kalian:
“setiap yg bernyawa akan merasai kematian & hanya pd hari kiamat sahajalah diberikan dgn sempurna balasan kamu. Barang siapa yg dijauhkan dr neraka & dimasukkan pula ke dlm syurga sungguh dia telah memperolehi kemenangan, kehidupan di dunia ini tiadalah lebih dr kesenangan yg memperdaya”

Kenapa kalian mesti takut dgn segala sekatan Israel & kuncunya Amerika? 
Adakah krn mereka memegang nyawa kalian? 
Adakah krn mereka memegang harta kalian? 


Buanglah wahn, hilangkanlah cinta dunia & takut mati kalian. ALLAH jugalah yg memegang nyawa kalian. ALLAH jugalah yg menjaga kalian. ALLAH jugalah yg berkuasa atas kalian. Bukankah ALLAH sering mengulang di dlm Al-Quran: 
“Sesungguhnya ALLAH itu atas segala perkara.”

Aku ulang, hidup kita hanya sementara. Hanya sementara. 


Kenapa kalian sia²kan akhirat yg selama²nya utk dunia yg sementara ini? 
Apa yg kalian takutkan?

Janganlah kalian hanya menjadi buih, dijentik terus pecah. Rasulullah telah mengetahui akan datangnya zaman ini. Sabdanya: 
“kelak ummat² lain akan menggerumuni kalian seperti orang² lapar menggerumuni hidangan.”


Sahabat² bertanya: 
“Apakah ketika itu bilangan kamu sedikit ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab: 
“Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi kamu seperti buih di lautan. Kamu telah diserang penyakit wahn.”

Sahabat bertanya lagi: 
“Apakah wahn itu ya Rasulullah?”

“Cinta dunia & takut mati”

Aku dengar kalian mempunyai banyak tentera & senjata yg hebat². Kalau seluruh negara ISLAM bersatu, Amerika juga bukan tandingan. Hendak menentang Hizbullah pun mereka tidak mampu, apalagi menentang kesatuan kalian. 

Kenapa kalian takut? 

Buangkanlah wahn. Bantulah kami. Bukankah di dlm Al-Quran yg kalian kita sama² membaca ada tertulis: 
“& sekiranya mereka meminta pertolongan kalian (ketika mereka diserang) krn ISLAM, kalian mestilah sudi menolong mereka.”

Ah...

Kereta kebal mereka telah mampir. Aku mesti bersiap sekarang. Kalian tahu, walaupun kami mati, kami akan masuk syurga. 


Kalian yg terus hidup akan ke mana? 
Kalian akan dipersoalkan atas apa yg berlaku pd kami hari ini. ALLAH bersama kami & tidak bersama² musuh kami. Mati kami mati mulia, menang mereka menang hina. Kami jugalah yg menang sebenarnya.

ALLAH itu matlamat kami,
Rasul itu contoh ikutan & pemimpin kami,
Al-quran itu perlembagaan kami,
Jihad itu adalah jalan kami,
Dan mati di jalan ALLAH itu adalah cita² tertinggi kami.

Aku tinggalkan pesanan ini moga pesanan ini tidak hancur dimusnahkan oleh kemusnahan yg berlaku di sini. Pesanan ini utk kalian. Ya, kalian. Saudaraku, seaqidah dgnku.

Semoga ALLAH mencampakkan kesedaran dlm hati kalian, 
semoga ALLAH membangkitkan raksasa yg tertidur akibat bius yg disuntik oleh musuh, 
semoga ALLAH membangkitkan kekuatan kita. 
Semoga ISLAM itu kembali tinggi seperti dahulu kala atau mungkin lebih baik lagi.

Janganlah kalian takut, sesungguhnya ALLAH telah berjanji: 
“Sekiranya kamu membantu ALLAH maka ALLAH akan membantu kamu & menguatkan kaki² kamu.”

Ketahuilah ALLAH tidak akan ubah nasib kita melainkan kita berusaha. ALLAH mengingatkan kita dlm firmanNya: 
“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yg ada pd diri mereka.”

Salam dr sahabat & saudara kalian, anak Palestina bumi berdarah, bumi perjuangan, bumi pengorbanan.

Selamatkanlah diri kalian dari api neraka. Sesungguhnya api neraka itu azabnya tidak terkira.

Anak Palestina, Fathi Abzinah.

Saya dedikasikan cerpen ini utk saudara² saya yg sedang berjuang di Palestina. Harap usaha yg saya lakukan ini mengetuk hati² yg masih hidup dr kalangan muslimin yg lain. Hanya ini yg mampu saya lakukan. Ampunkanlah kelemahan saya wahai saudara² saya di Gaza, Palestin. Saya hanya mampu berdoa, menangis, menulis, menyeru & bersuara. (Hilal Asyraf)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...