Photobucket
Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Monday, April 8, 2013

Siapa Aku Di Hadapanmu?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:00 PM



Assalamualaikum & salam sejahtera.


Telah lama kurasakan tidak menulis. Benarlah kata sahabat, apabila melangkah ke alam pekerjaan, komitmen terhadap tugas & amanah semakin bertambah.


Allahurabbi.....


Moga aku dapat melaksanakan amanah & tanggungjawab yg terpikul di bahuku dgn sebaiknya. InsyaAllah...


Siapa gerangan "mu" itu?

Syaitan.
Manusia.
Malaikat.
Pencipta.

Nak tahu jom baca entri cik Wana. Moga entri nie buat renungan kita bersama sebelum misi melelapkan mata.


SUBUHNYA…
Di mana aku berada?
Masih enak dlm kelambu rindu,
Sambil berpoya² dgn waktu,
Masa bagaikan menderu,
Langkah tiada arah tuju,
Fikiran terus bercelaru,
Terlupa aku semakin di hujung waktu,
Siapa aku di depan Tuhanku?


ZOHORNYA…

Aku lebih memikirkan kelaparan,
Kehausan & rehatku,
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,
Aku bertolak ansur dgn waktu,
Aku gembira membilang keuntungan,
Aku terlupa berapa besar kerugian,
Jika aku menggadaikan sebuah ketaatan,
Siapa aku di depan Tuhanku?


ASARNYA…
Aku lupa warna masa,
Cepat berubah bagaikan ditolak²,
Aku masih dgn secawan kopiku,
Terlupa panas tidak di hujung kepala,
Aku masih bercerita,
Tentang si Tuah yg setia,
Dan si Jebat yg derhaka,
Siapa aku di depan Tuhanku? 


MAGHRIBNYA…

Aku melihat warna malam,
Tetapi aku masih berlegar,
Di sebalik tabirnya,
Mencari sisa² keseronakan,
Tiada terasa ruang masa yg singkat,
Jalan yg bertongkat²,
Ruginya bertingkat²,
Siapa aku di depan Tuhanku?


ISYAKNYA…
Krn masanya yg panjang,
Aku membiarkan penat,
Menghimpit dadaku,
Aku membiarkan kelesuan,
Mengangguku,
Aku rela terlena,
Sambil menarik² selimut biru,
Bercumbu² dgn waktuku,
Siapa aku di depan Tuhanku?


*****************************************

Kini aku tertanya²,
Sampai bila aku akan melambatkan sujudku,
Apabila azan berkumandang lagi,
Aku tidak akan membiarkan masjid sepi lagi,
Kerana di hujung hidup adanya mati,
Bagaimana jenazah akan dibawa ke sini?
Jika wajahku begitu asing,
Pada mentari & bintang²,


SIAPAKAH AKU DI DEPAN TUHANKU NANTI???


Sejauhmana kita nak Allah nak pandang kalau solat pun susah. Nak solat di awal waktu pun susah. Kita nak Allah jaga hak kita tapi hak Allah kita pandang & buat² tak tahu?


Wallahualam.

Sunday, October 21, 2012

Aku bersama Su, Zu, As, Mag & Is…

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:13 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hari nie nie cik Wana nak share kisah PERSAHABATAN dgn Su, Zu, As, Mag & Is.


Aku & Su
Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul² lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat² pukul 8. Kelam kabut aku bersiap utk ke kelas, mana tidaknya malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Report makmallah, latihan Kaedah Berangkalah, ulasan bukulah. Tu belum lagi dgn preparation kuiz elektronik esok. Lecturer² ni pun satu, macam dah pakat ramai² je nak bagi assignment banyak². Mereka ingat aku ni apa? Robot ke?

Menyesal aku tak siapkan awal² assignment tu. Kalau tak, tiadalah ia jadi macam ni. Minta maaf, Su. Aku bukannya tak nak jumpa kau tapi kau faham² je lah keadaan aku. Bukan kau seorang je aku lama tak jumpa, Su. Zu pun lama aku tak jenguk.

Aku & Zu
Kasihan Zu. 'Sorry' bebanyaklah, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul 1. Tu pun kalau tiada kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele'ot. Balik je, lapar² tu aku terus je pergi kedai Mak Ngah. Ala, kedai nasi lemak 'power' tu. Lepas pekena nasi lemak Mak Ngah, aku tak lengah terus tidur. Kadang² sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau 'time²' macam ni, tapi sekarang aku pun tak tahu kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku tiada masa, Zu.

Aku & As
As, kau seorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau saja sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang² aku pergi 'library', 'study'. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku presiden Kelab Kebersihan. Kejap² ada je program. Aku kena jaga anak² buah aku tu. Mereka tu bukan tahu sangat buat kerja. 

'Meeting' pula tu, bukan tahu nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting 'start' pukul 4, harus pukul 6 baru 'settle'. Tu belum kira borak² kosong lagi. Mereka ni, kalau 'meeting' tak lama, tak mahasiswalah kononnya.

Aku & Mag
Mag pun aku dah ingat² lupa. Agaknya sebab engkau ni ganjil, kot. Yg lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat 'Coach' nak pilih pemain² handal saja utk 'team' dia. So, latihan pun dipanjangkan. 

Aku pula mestilah berlatih bersungguh². Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besarlah aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan² aku semuanya kaki bola. Mereka semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik seorang²lah aku. Aku dahlah menumpang motor orang. 

Balik saja dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak² penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member² aku semua ajak keluar makan.

Aku & Is
Aku tahu ada temujanji dgn Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member² aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti mereka kata aku sombonglah, macam². Tu yg aku tak nak dengar tu. Dah tu kami lepas makan, sembanglah pula. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam, layan pulak VCD Hindustan lepas tu dgn member². Is, 'sorry'. 'Last²', semuanya aku tinggalkan.

Kawan² semua utk pengetahuan kalian, nama sebenar kawan² aku tu Su, Zu, As, Mag & Is, masing² adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib & Isyak. 

Kalian semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dgn sepenuh jiwa & raga. Mereka semua adalah 'kawan sejati' kita yg sebenar, yg akan "backing" kita kat akhirat nanti. 


Semoga cerita rekaan yg tiada kaitan dgn sesiapa ni menjadi pengajaran & iktibar kpd kita semua.

Wallahualam

Saturday, December 24, 2011

Solat Berjemaah Imbangi Cas Dalam Badan

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:00 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Hari nie nak share tentang satu lagi kelebihan solat berjemaah. Yg kita tahu dr sudut ganjaran pahala yg Allah janjikan pd kita seperti dlm sabda Nabi Muhammad s.a.w yg bermaksud: 
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dgn 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim) 

Wow.. Banyakkan 27 drpd 1?

Tapi malangnya sebanyak mana pun pahala yg Allah nak berikan tapi kita nie asyik buat tak tahu je. Betul tak?


Kelebihan kedua solat berjemaah adalah MENGIMBANGI CAS DALAM BADAN.


:P SEORANG Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yg disyariatkan dlm Islam. 

Kajian itu mendapati tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif & cas negatif. Dlm aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.

Dlm proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif & cas negatif yg menyebabkan ketidakseimbangan dlm tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dlm badan menyebabkan kita rasa letih & lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula utk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dgn solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah & mengapa solat lima waktu yg didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yg tidak sama?


Hasil kajian mendapati sentuhan yg berlaku antara tubuh kita dgn tubuh ahli jemaah lain yg berada di kiri & kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yg berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan manakala yg berkurangan akan ditarik ke dlm kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dlm tubuh kita.

Katanya setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar & sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif & negatif yg hampir seimbang.

´.•✿ Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas seharian kita bekerja kuat & memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak drpd tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

´.•✿ Solat berjemaah yg disyariatkan Islam berperanan utk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat utk memberi ruang yg lebih kpd proses pertukaran cas dlm tubuh.

Situasi yg sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yg banyak.

´.•✿ Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yg dikerjakan akan memberikan ruang kpd proses pertukaran cas dgn lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar & pulang drpd kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yg banyak menggunakan tenaga. Masa yg diperuntukkan pula tidak begitu lama. 


´.•✿ Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dgn penggunaan tenaga yg kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yg mengandungi empat rakaat. Logiknya, pd waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti & sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yg banyak.

´.•✿ Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dlm Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pd sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dlm badan serta memberikan tenaga utk kita bangun malam (qiamulllail).

Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yg lengkap & istimewa. Segala amalan & suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yg tersirat utk kebaikan umat Islam itu sendiri.

:)Beliau berasakan betapa kerdilnya diri & betapa hebatnya Pencipta.

Pesanan buat diriku & pembaca sekalian: Marilah sama-sama kita rajin-rajin solat berjemaah. BERJEMAAH itu kekuatan UMMAT ISLAM...


Wallahualam..

Saturday, December 10, 2011

Jom Solat Gerhana Bulan

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:07 PM

Assalualamaikum & salam sejahtera..

Wana just nak share tentang SOLAT GERHANA BULAN yg kita nak buat malam nie 10 Disember 2011 bersamaan 14 Muharram 1433H.

Nak topup pahala tunaikan & sebarkanlah tapi kalau dah rasa tiket ke syurga cukup abaikan je entry nie. (bukan marah, gurau je)

Pengertian
Al-Khusuf - Gerhana Bulan

Solat gerhana bulan disyariatkan dgn tujuan 
"Supaya org Islam kembali & bermunajat kpd Allah s.w.t agar dihilangkan bala dan dikembalikan cahaya"

Masa disyariatkan
Pd tahun ke-5 hijrah

Hukumnya
Sunat Muakkad

Nabi Muhammad bersabda:


Sunat dilakukan secara berjemaah dan diseru ketika hendak mendirikannya dgn kalimah “Assolatu Jamiah”

Cara mendirikannya



Wallahualam

Sumber: Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 1 & Jab. Hal Ehwal Agama Terengganu 

Tuesday, November 8, 2011

Otak Manusia sedang SUJUD

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:05 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hari nie nak share tentang SUJUD. Harap kpd para blogger yg singgah dapat meluangkan masa 10 minit membaca artikel nie (bukan memaksa, tak nak baca pun tak apa) agar selepas nie tidak sesekali mensia²kan waktu SUJUD PADA ALLAH lagi.

Otak manusia seperti orang sedang sujud

MasyaAllah, bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dgn teliti akan kelihatan seperti orang yg sedang sujud. Bersesuaian sekali krn otak berada di dlm tempurung kepala yg digunakan utk sujud.

Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pd Yang Menciptakan kita. 

Maka mengapa masih ada manusia yg sombong & angkuh tidak mahu SUJUD kpd Tuhan yg mencipta kita?

"Kami akan memperlihatkan kpd mereka tanda² (kekuasaan) Kami di segenap ufuk & pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar, & apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" (Surah Fusshilat:53)


Kelebihan sujud
“Wahai orang² yg beriman! Rukuklah & sujudlah kamu kpd Tuhan kamu (Allah) & perbuatlah kebaikan mudah²an kamu mendapat kejayaan”. (Surah Al-Hajj:77)

--> Sujud melegakan sistem pernafasan. 

Mungkin ramai dlm kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yg tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada satu pun ciptaan & suruhan Allah s.w.t. yg sia², malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yg selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Saat yg paling dekat bagi seorang hamba utk berada di samping Tuhannya, ialah ketika dia sujud. Dari itu hendaklah kamu memperbanyak doa ketika sujud itu!”

Dan sabdanya pula: 
“Ketahuilah bahawa saya dilarang membaca Al-Quran di waktu rukuk mahupun sujud. Maka sewaktu rukuk, hendaklah kamu membesarkan Tuhan, sedang di waktu sujud, usahakanlah padanya berdoa dgn sungguh², krn besar kemungkinan akan dikabulkan Tuhan!” (Hadith Riwayat Ahmad & Muslim).

Manusia melakukan sujud dlm 2 bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat & sujud spiritual berbentuk ketaatan kpd perintah Allah s.w.t. & menjauhi larangannya. 

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dgn Allah s.w.t. & mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

--> Antara hikmah lain sujud selain melegakan sistem pernafasan adalah mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yg terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yg jatuh.

3. Melegakan sakit hernia. (Klik Sini)

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru² drpd ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik utk berehat & mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud & bangun drpd sujud.

11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat & elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yg baik.

12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi utk menyusukan bayi & terhindar drpd sakit buah dada.

13. Mengurangkan kegemukan.

14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar drpd sakit gelombang perut (convulsions).

15. Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah & oksigen.

16. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba² menerima pengepaman darah ke otak secara kuat & mengejut serta terhindar penyakit salur darah & sebagainya.


--> Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yan
fg Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur & sebagainya.

--> Dari segi perubatan, kesan sujud yg lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yg boleh mengelakkan pening kepala & migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yg tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yg cukup utk berfungsi secara normal & sempurna.

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI US MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH S.W.T
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam krn beberapa keajaiban yg ditemuinya dlm penyelidikannya. Dia amat kagum dgn penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam & dengan itu telah membuka sebuah klinik yg bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Quran' .

Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat²annya berteraskan apa yg terdapat di dalam Al-Quran. Di antara kaedah² yg digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji jintan hitam/Habbatussauda (black seed) & sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik utk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dlm otak manusia yg tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yg cukup utk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yg memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dlm otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya utk beberapa sukatan yg tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yg diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!

Tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yg secukupnya utk berfungsi secara normal!!!

Oleh yg demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah utk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dgn agamaNya yg indah ini.'





Allahurabbi betapa besarnya hikmah SUJUD.

Ayuh sahabat, selalulah berSUJUD pada ALLAH. Jangan ditimpa MUSIBAH/KESEDIHAN/KEDUKAAN baru dekatkan DIRI pada ALLAH.

Selangkah kita dekat pada ALLAH, beribu langkah ALLAH menghampiri kita.

Wallahualam


Wednesday, December 15, 2010

Rahsia Solat

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:49 AM

Assalamualaikum.. Entry hari ini nak kongsi tentang rahsia solat, tak kiralah solat wajib atau solat sunat.


Kenapa kita perlu solat?

Bagi yang faham mereka akan jawab:
1. Solat antara termasuk dalam rukun Islam
2. Solat tiang agama
3. Solat bentuk peribadi kita
4. Solat menjaga kesihatan
Dan banyak lagilah, pentingnya tak terkira walaupun guna kalkulator. (",)

Masa selongkar harta karun dekat hard disk, terbaca dalam satu artikel yg tidak dapat dikenalpasti sumber asalanya.

Dalam kertas tu tulis setiap pergerakan solat kita mempunyai rahsia yang tersendiri.

Ini adalah ringkasannya:
  • Niat Sembahyang
    Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat

  • Berdiri Betul
    Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur
  • Takbiratul Ihram
    Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur
  • Fatihah
    Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur
  • Rukuk
    Sebagai tikar kita di dalam kubur
  • Iktidal
    Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur
  • Sujud
    Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim

  • Duduk Antara Dua Sujud
    Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur

  • Duduk Antara Dua Sujud (akhir)
    Menjadi kenderaan ketika kita di padang masyar

  • Tahiyat Akhir
    Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir di dalam kubur

  • Selawat Nabi
    Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur

  • Salam
    Memelihara kita di dalam kubur

  • Tertib
    Akan pertemuan kita dengan Allah
Apa pandangan anda?

Segalanya hanya diketahui oleh Allah.

Mungkin entry ini sesuai untuk kanak-kanak yang baru nak belajar solat untuk bagi mereka perangsang rajin solat dan mereka yang besar dah panjang tu boleh juga kot (",) supaya tidak jadi seperti MEREKA INI

Sempena tahun baru Hijrah ni marilah sama-sama kita melakukan yang terbaik dalam solat seharian kita seperti solat di awal waktu, solat jemaah, dll.

Akhir kalam,

Selamat Berpuasa di 10 Muharram. Rebutlah peluang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...