Photobucket

Thursday, July 30, 2009

Bulan Syaban Datang Lagi

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:33 AM No comments

Alhamdulillah kini masuk 7 hari sudah umat islam melalui bulan syaaban.. Hanya tinggal 22 @ 21 hari lg kita akan memasuki bulan ramadhan.. 


Adakah itu benar??? 


Semuanya hanya Allah yg tahu. 


Mungkin kita sempat bertemu bulan Ramadhan tapi mungkin jg ramadhan lalu adalah ramadhan terakhir bagi kita..


Rasa sebak & pilu apabila mengenangkan tentang kematian..


Takut sekiranya amalan yg dibawa ke akhirat tidak mencukupi..


Siapalah aku??? 


Hamba yg dhaif & sentiasa melakukan dosa... 


Ya Allah ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa keluargaku, dosa guru²ku, dosa pensyarah²ku,dosa sahabat² seperjuangan & dosa seluruh umat islam samada masih hidup ataupun yg telah mati...


Sesungguhnya kami mendambakan keampunan dan kasih sayang daripadaMu...


Oleh itu, marilah kita bermuhasah diri di bulan syaaban ini untuk meningkatkan lg ibadat kpdNya.. Tapi hanya berkata² semuanya tidak akan menjadi sekiranya tidak disulami dgn pergerakan dan tindakan... 


Maka ayuhlah sahabat kita manfaatkan bulan syaaban ini... Kita tidak tahu mungkin syaaban ini adalah terakhir bagi kita...


Syaaban dan Kelebihannya

REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan bersama Rejab pada tahun hadapan. 



Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah² antara Rejab & Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat & keberkatannya. 


Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati & jiwa.

Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang² Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan. 



Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: 
“Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? 


Maka umatnya menjawab: 
"Hanya Allah & RasulNya yang lebih mengetahui.”


Baginda meneruskan sabdanya: 
“Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

KEUTAMAAN SYAABAN:
Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. 



Rasullah bersabda yang bermaksud: 

“Allah mengangkat amalan² semua hambaNya pada bulan ini.”

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. 



Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: 
“Barang siapa yang membesarkan Syaaban & bertakwa kepada Allah swt serta taat & juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa²nya & menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit².”


Kasih & ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. 


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya & malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari & Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: 

“Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan & Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan & aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”


Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: 
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan² yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi² yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

Walahualam...

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...