Photobucket

Monday, March 8, 2010

Corat Coret MPP: SuaRa MPP

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:30 AM No comments




01 MAC 2010(SELASA) - SELEPAS berkempen & pengumuman pemenang, kini barisan kepemimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi sesi 2009/2010 menjalankan tugas selepas menerima surat pelantikan daripada Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Aminah Ayob, baru²  ini.

Seramai 25 barisan perwakilan pelajar ini berazam berkhidmat sebaik mungkin demi kebajikan lebih 14,000 pelajar.

Yang Dipertuanya, Mohd Razik Khalid berkata berbekalkan kepercayaan & penghormatan itu mereka berazam melaksanakan amanah yg diberikan bagi memastikan hasrat menjadikan UPSI universiti bitara, tercapai.

Beliau berkata, mereka juga memberi kerjasama padu bagi membuang anasir luar yg mampu mengganggu gugat perpaduan, kesejahteraan & kegemilangan universiti.

MPP adalah pemegang amanat yg mana meletakkan kebajikan pelajar sebagai agenda utama dlm perjuangan kami.

Ini termasuklah menyelesaikan masalah berkaitan perkhidmatan bas, keselesaan di kolej kediaman & bilik kuliah, biasiswa & pinjaman pendidikan, kemudahan pendidikan merangkumi (perpustakaan & fakulti) & infrastruktur di universiti," katanya.

Selain itu, Mohd Razik berkata barisannya akan membawa nama baik universiti ke peringkat nasional & antarabangsa melalui program kerohanian, ilmiah, keusahawanan & kemasyarakatan.


Semua perkara itu akan menjurus kpd pembentukan modal insan yg unggul dlm kalangan mahasiswa UPSI.

Kami yakin dgn lahirnya guru-guru berkualiti dari universiti ini, ia akan membawa impak positif ke arah pendidikan berkualiti di negara ini. 


Guru adalah arkitek minda anak bangsa dalam mencorakkan hala tuju negara pada masa depan, katanya.

Bagi perancangan barisan MPP sesi ini, kata Mohd Razik, mereka akan menganjurkan pelbagai program kecemerlangan akademik khususnya bagi mahasiswa yg memperoleh keputusan lemah.

Mereka juga berusaha meningkatkan kesedaran dlm kalangan mahasiswa pentingnya kemahiran insaniah sebagai persediaan sebelum menjadi pendidik.

"Kami berusaha menerapkan elemen pembentukan personaliti mahasiswa bitara merangkumi aspek JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek & Sosial melalui pelaksanaan perkhidmatan yang cekap dan profesional," katanya.

Di samping itu, mereka berazam memberi latihan dan pendedahan berkaitan dunia perniagaan atau keusahawanan bagi menjadikan graduan UPSI serba boleh.

Sementara itu, Prof Datuk Dr Aminah berharap barisan MPP baru itu sentiasa bersemangat kuat memperjuangkan kebajikan mahasiswa UPSI.

Dr Aminah, turut menyarankan tiga aspek penting yg perlu diberi penekanan supaya mereka menjadi pemimpin yg berkualiti.

MPP bukan saja perlu bekerjasama dgn Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni tetapi fakulti supaya peranan mereka lebih berkesan.


Perlu ada hubungan baik & perpaduan antara kaum.


Saya berharap MPP berbakti kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa, katanya. 


Hadir sama pada majlis pelantikan itu ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof Dr Shaharudin Abdul Aziz & Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof Dr Mohd Mustamam Abd Karim.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...