Photobucket

Tuesday, April 20, 2010

Aku, Dia dan Kamu Bersatu

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:38 AM 6 comments


Alhamdulillah dengan izin dan kekuatan dariNya ana dapat habiskan buku Riwayat Bidadari Syurga yang mula dibaca pada <10 Mac 2010> walaupun dihimpit dengan tugas sebagai mahasiswa dan wakil mahasiswa.






Dah lama buku tu ana abis baca sebab sekarang tengah baca buku lain. I Like this book. I want to be like them. But.... 


Ana sedar hanya insan biasa yg tidak mungkin capai seperti keupayaan mereka. Apa²pun banyak ibrah yg ana perolehi dari buku ni. Bukan mudah untuk menjadi Bidadari Syurga. Ana paling tersentuh bila baca kisah Zainab binti Ali jadi saksi korban Karbala.

Serikandi² yang diceritakan di dalam buku ini adalah sangat sesuai untuk kita jadikan idola. Berapa ramai wanita² dalam kalangan kita yang meletakkan para muslimah tersenarai ini sebagai role model mereka? 


Kebanyakan kita meletakkan pejuang² dan tokoh² berasal dari barat sebagai role model. Bukannya ana mengatakan mereka tidak bagus tetapi kita sudah ada contoh dan tokoh muslimah kita sendiri yang jauh lebih baik dari mereka untuk kita jadikan role model jadi kenapa kita perlu mendongakkan kepala ke arah mereka untuk dijadikan contoh dan teladan dalam hidup kita. Renungkanlah bersama. Mana² muslimah yang tak baca buku ni cuba usahakan baca ye. InsyaAllah baik punya.

InsyaAllah bermula 20 April 2010 hingga 4 Mei 2010, semua pelajar UPSI yg berada di kampus termasuk ana akan diuji dengan sesuatu yang dinamakan periksaan. Setelah diberi tempoh masa seminggu untuk mengulangkaji pelajar maka esok akan bermula detiknya. Ini baru peperiksaan dunia, Alhamdulillah masing² sibuk untuk mengulangkaji agar mendapat keputusan yang baik. Tapi kiranya ana tanya pada diri sendiri adakah ulang kaji peperiksaan akhirat dah buat? Jawapan yang diterima mungkin tidak sebaik untuk peperiksaan dunia. Sebagai muhasabah diri.


Sedikit perkongsian dimana Allah mengizinkan ana untuk menyertai program Kem Remaja Islam (KERIS) 2011. Kalau dulu ana sebagai peserta tapi kali ini sebagai fasilitator. Pada mulanya sedikit kecewa apabila KERIS sebenarnya bertindih tarikh dengan Kursus Pengurusan Organisasi (PO) MPP sesi 2009/2010. Tetapi Allah maha mendengar, sebaik sahaja mendapat tahu Kursus PO MPP ditangguhkan ana segera telefon Kak Iffah untuk menjadi ajk. Kak Fifah memberikan jawapan yang tidak pasti ana boleh ikut atau tidak memandangkan ajk telah penuh.

Waktu tu kekecewaan timbul dan mungkin ana tiada rezeki untuk jadi ajk KERIS. Dalam masa ana mendapat pelawaan dari Rahmah untuk ke Kuantan untuk melawat Wan Amira apatah lagi kami semua sudah lama tidak ketemu selepas masing² meneruskan haluan sendiri selepas habis tingkatan 5. Pada waktu itu ana memberi jawapan tidak boleh ikut walaupun keputusan menjadi ajk KERIS belum confirm (minta maaf Amah, InsyaAllah ada jodoh kita jumpa ek).

Sisa hari sebelum minggu peperiksaan kuabiskan dengan menyiapkan tugasan sebagai seorang mahasiswa. Selain itu, ana sibuk dengan pemilihan rakan exco dan ramah mesra bersama NC iaitu Dato' Aminah Ayub. Untuk pemilihan rakan exco sebenarnya ana rasa sedikit kecewa memandangkan kebanyakan rakan exco yang masuk ke dalam Exco Kesenian dan Kebudayaan bukan yang minta exco ana tapi yang dibuang dari rexco lain. Tapi biarlah, perancangan Allah lagi baik deh.

Untuk ramah mesra bersama NC pula banyak isu² yang telah kami kemukakan kepada beliau. Buat pengetahuan semua perjumpaan bersama NC pada 8 April 2010 di Bilik Mesyuarat Utama Bangunan Canselori bermula jam 8-11.30 malam. Pada mulanya kami (MPP) hanya merancang membawa 4 isu utama yang besar yang menjadi kerisauan mahasiswa tapi memandangkan ramah mesra bersama NC bukan selalu dapat dibuat maka setiap MPP telah mengeluarkan lontaran idea/persoalan kepada NC untuk dijawab. Kira punya kira 28 persoalan dilontorkan untuk dijawab oleh NC untuk kepentingan mahasiswa UPSI.

~ Isu perpindahan bilik kuliah dari Taman U dan Taman Benam ke Proton City untuk sesi akademik semester hadapan.

~ Isu bangunan bitarasiswa yang tidak mesra (kiranya tidak best la).

~ Isu bas yang perlu dibayar sekiranya ingin melakukan program.

~ Masalah penempatan untuk semester 8 yang ingin duduk kolej selepas praktikum semester 7 (start untuk batch ana deh)

~ Tentang subjek bahasa Iban, Kadazan, Tamil dll

~ Kebajikan atlit sukan UPSI

~ Rakan Penggerak Addin (RPA)

~ Nilai aktiviti pelajar yang aktif tidak kira peringkat U atau kolej untuk penempatan di kolej

~ Keselamatan pelajar UPSI

~ Etika pelajar yang semakin merosot

~ Pintu pagar UPSI perlu mencerminkan pusat ilmu.

~ Buku rujukan yang kurang dan membebankan pelajar apabila dipaksa untuk membelinya.

~ Assignment yang terlalu banyak sehingga akhir sem

~ Menubuhkan subjek untuk pengurusan persatuan

~ Masalah pelajar yang mengambil subjek kemahiran Hidup

~ Bilik persalinan baju untuk sains sukan

~ Disiplin pelajar UPSI dan kakitangan UPSI

~ Masalah penghadan untuk jalankan aktiviti ke 5 buah negeri

~ Masalah kelab perpaduan

~ Sesi pelajar UPSI bersama Dato' VC

~ Pelajar TESL yang melanjutkan ke KOREA

~ Tarikh cuti perayaan

~ Pertukaran takwim akademik yang amat berbeza daripada sebelum²nya

~ Baktisiswa ke Sarawak

~ Mahu NC naik bas bersama² pelajar² lain.

~ Facebook NC

~ Jam kredit bagi mereka yang aktif di kampus atau kolej

~ Kewujudan anak negeri di UPSI

Itu sahaja perkara yang dapat kami usulkan dan lontarkan pada NC. Alhamdulillah dari nombor 1 hingga 28 telah dijawab oleh NC. Mana pelajar ingin jawapannya bolehlah jumpa ana ek. Hehehehe. Tapi satu perkara kami sebagai MPP minta kepada NC adalah turun untuk berjumpa mahasiswa sendiri kerana ana yakin mahasiswa sendiri banyak lagi yang ingin ditanyakan sendiri pada NC. Alhamdulillah NC sudi untuk turun berjumpa kita semua tapi segala perjumpaan akan dirancang oleh MPP samada mengikut fakulti atau kolej. Kalau ada pandangan bolehlah cadangkan pada kami ya.

Selepas balik dari perjumpaan bersama NC, ana terbaca satu sms yang menyatakan ada perjumpaan bersama Akhi Fakharuddin untuk perbincangan tentang modul KERIS jam 10.30 malam di Surau Ar-Rashidin KHAR. Opssss sekarang dah nak jam 12 malamlah. Sebenarnya ana tertinggal hp kat bilik masa perjumpaan bersama NC dan alhamdulillah Allah memakbulkan doa ana untuk ikut program KERIS tu.

Tapi dalam jam 2 pagi, hati ana berbolak-balik pula untuk pergi ke program KERIS kerana suatu bisikan ana dengar supaya jangan pi sebab dahlah tak buat apa², tiba² datang gitu saja. Fikir punya fikir nak pi atau tidak akhirnya ana tertidur dan jam 5 ana bangun untuk memohon petunjukNya. Dalam masa yang sama ana sms pada K Iffah dan K Yani untuk bertanyakan adakah wana diperlukan untuk KERIS ni tapi sehingga jam 7 pagi tiada jawapan diberikan drpd kedua-dua kakakku sayang ini. Huhuhuhu...Kecewa lagi. 


Nak pi atau x? Itu saja perkara yang terlintas dalam benak fikiranku. Sehingga dalam jam 8 lebih ana terima sms dari K Iffah, "Wana, pi ya jam 9 pagi ni, kalau tak akak gigit". Garangnya K Iffah sampai nak gigit wana pula. Hehehe.. Pada waktu tu ana langsung tidak kemas apa² barang lagi dan dalam jam 8.30 pagi Fiza call kata dia tunggu ana kat bawah. Aik, bila masa pula budak ni tau ana pi KERIS. Dalam masa yang singkat ana dapat kemas barang untuk di bawah ke sana.


Masa KERIS ni, bukan saja peserta ditarbiyah tapi ana sebagai ajk pun ditarbiyah juga. Alhamdulillah kerana Allah mengizinkan untuk datang program nie. Tapi KERIS ni tidak sama seperti ketika ana KERIS dulu mungkin kerana banyak perbezaan ketara. Itu dari pandangan ana. Asif jika salah. Tapi biarlah kerana dah nama program Kembara Rohani maka kena sesuaikan diri la ye. Suatu perkara yang tidak dapat ana lupakan bila fasilitator + ajk muslimat tiada tempat tinggal memandangkan semua khemah telah ditempatkan untuk peserta. Maka kami tidak dapat tidurlah kiranya. Dan memang betul selama 3 hari 2 malam ana kat Kem Lantasa, Jerantut Pahang langsung tidak tidur baring melainkan tidur secara duduk. Tarbiyah oh tarbiyah.

Penyampaian ceramah dan pengisian juga baik daripada penceramah yang dipilih oleh Allah antaranya Ust Yus (nama xtau betul @ x sebab ust nie tinggal area Jerantut sebab ganti ust Taj), Ust Dusuki, Ust Anhar dan En Amri. Alhamdulillah moga Allah memberi rahmat pada kalian kerana memberi ilmu pengetahuan pada kami yang hadir. Doa yang dibaca oleh Ust Dusuki amat menyentuh kalbu yang mendengarnya. Ana memang tidak segan silu menangis waktu tu apatah bait² doa amat baik.

"Ya Allah ampunkanlah dosa²ku yang telah kulakukan."

En Amri
Ust Anhar
Ust Dusuki

Satu slot yang ana paling suka, insyaAllah akan selalu kuingat iaitu slot muhasabah diri. Slot ni bertemakan kematian. Pada malam tu kami mensyurakan untuk seorang muslimin dan muslimat akan menjadi jenazah. Allah telah mengilhamkan untuk memilih Badrul dan Halawati. Di pagi hening itu semua peserta telah tidur dan kami menunaikan beberapa solat sunat dahulu sebelum menjalankan slot muhasabah ini agar niat untuk mentarbiyah sahabat lain diterima oleh Allah. Selepas solat kami menjalankan tugas masing² seperti ada yang lekat kertas pada kayu nisan, kafankan jenazah, buat makanan. Kalau nak tau Pok Loh and the geng (Nina dan Ika) masak nasi goreng tau.

Tekalah sapa yg ayu kafankan...hehehehe...

Muslimat sibuk mengkafankan K iffah...

Zuremi dan Tarmimi sibuk kafankan Badrul

Tiba² masa kafan jenazah adik Hala merajuk pula sebab yang mengkafan banyak pula celotehnya. Wana faham masa tu dah lah penat dan mengantuk. So emosi tidak stabillah kiranya. Alhamdulillah kak Iffah sanggup nak ganti tempat Hala. Fuhhhh.. 


Akhirnya siap. Tugas seterusnya Badrul dan K. Iffah diletakkan ditengah² ruang, lampu dipadamkan dan digantikan dengan nyalaan lilin, kapur barus dibakar untuk mengeluarkan bau seakan² ada orang yang sedang meninggal dunia. Ok dah siap semua, kami (ana dan K Nisa) nak kejutkan mereka nie. Siap!!! Mereka yang lain ambil posisi masing² dihadapan jenazah sambil membaca Yasin.

Ana dan K Nisa menuju ke arah tapak perkhemahan untuk mengejutkan peserta. Fuyoh, teringat pula zaman sekolah dulu kejut aspuri bangun solat subuh. "Ok, semua jangan lupa bawa headband, tafsir, pen, telekung dan ambil air wudhu" begitulah kata² kuberikan dalam nada menjerit kepada semua peserta.

Pabila semua peserta bergerak ke kawasan slot muhasabah, kami pun bergerak ke sana dan pada waktu itu bacaan Yasin telah tamat. Akhi Amirul dan Akhi Fakharudin yang mengendalikan sepenuhnya slot muhasabah ini dan kami (ajk + fasi) dilarang mengeluarkan sebarang apa² suara sepanjang slot muhasabah ini.

Mereka berdua la handle slot muhasabah...

Paling ana sedih dan menangis teresak² dalam slot ini bila Akhi Amirul berkata (ayat tidak sama 100% ye)

"Sahabat sekalian lihat wajah sahabat kita ini, bagaimana perasaan kita kalau sekujur tubuh yang dihadapan kita ini adalah kita sendiri @ ibu bapa kita. Sahabat ingatkah kita 3 bulan yang lalu 2 jenazah di hadapan kita ini merupakan jenazah yang betul² dan telah meninggalkan kita buat selamanya. Arwah yang selalu melaungkan azan, selalu menjadi iman, selalu memberi tazkirah. Tapi semua telah pergi menghadap Allah"

Pada waktu itu, air mata keluar tidak terkawal kerana secara automatik teringat pada arwah ust Faizol dan arwah ust Fadhiri, dan memang pada pagi slot muhasabah ini jatuh pada 11 April 2010 iaitu 3 bulan selepas kedua² arwah kembali ke rahmatullah pada 11 Jan 2010 yang lalu. Ana lihat sahabat² yang lain juga menangis teresak² apatah lagi Badrul dan K Iffah betul² seperti sekujur tubuh yang tidak bernyawa dah.(Mungkin dah tidur agaknya mereka berdua ni).

Wajah K. Iffah

Wajah badrul

Tapi paling ana bersyukur bila balik dari KERIS, kaki ana yang accident motor hari tu dah sembuh. Alhamdulillah. Ini saja yang ana dapat kongsikan sepanjang KERIS, kalau nak tau lebih jumpa sendiri dengan ana atau tanya sahabat yang lain ya.

Pada keesokan harinya 12 April 2010, rakan surau Ar-Rashidin mengadakan Jamuan Rakan Surau. Alhamdulillah, Allah memberi kekuatan untuk melaksanakan majlis ini. Mujahid² KHAR semangat betul menyanyikan lagu Satu Hati dan Mujahid Setia.

Rakan surau Muslimat

Rakan surau Muslimin

Bermula pada 13, 14 dan 15 April 2010 pula, Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah, MPP di bawah Akhi Zahar dan Kak Tikah dengan kerjasama LPS kolej telah mengadakan Solat Hajat Perdana dan Ceramah sempena minggu peperiksaan.

13 Apr 2010 di KUO

14 Apr 2010 di KAB + KZ

15 Apr 2010 di KHAR

Alhamdulillah ana hanya berpeluang ke dua destinasi iaitu di KUO dan KHAR iatu kolej ana sendiri. Dalam kedua² solat hajat yang ana pi, Alhamdulillah ramai sahabat-sahabiah yang meluangkan sedikit masa belajar mereka untuk solat maghrib + solat hajat + ceramah + solat Isya'. InsyaAllah kita sama² memohon pada Allah agar segala usaha yang kita lakukan diberkati. InsyaAllah.

Keadaan muslimat ketika solat Hajat di KHAR

Selepas solat hajat di KHAR, ana dan beberapa sahabat lain bermukim di surau sambil berbincang hal dunia. Antaranya:

Perancangan study di surau bermula Jumaat sehingga abis exam

Perancangan ke Walimah K Ateh pada bulan JUN.

Hal² berbangkit.

Kad walimah K Ateh

Proses perbincangan sambil makan²

Alhamdulillah perancangan pertama berjalan seperti yang dirancang, tapi ana hanya join study dari maghrib hingga 12 malam sahaja. Adik² yang lain ada yang dari pagi hingga malam. Alhamdulillah kemesraan antara kami semakin menguntum.

" Ya Allah kekalkanlah kemesraan antara kami"


Banyak lagi perkara yang berlaku sepanjang kami study di surau. Nak tau sila klik <sini>

Pada 19 April 2010, ana diberi peluang oleh Allah untuk hadir menunaikan solat maghrib di Masjid Jame’ Abdul Rahman Hulu Bernam. Selepas solat maghrib pula, ana dan sahabat² berpeluang mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Subhanallah, ana kagum dengan penyampaian yang disampaikan oleh Tuan Guru. InsyaAllah dalam entry akan datang ana kongsikan ceramah yang telah disampaikan.

Semester ini ana ada 5 paper yang akan diuji untuk Peperiksaan akhir.

20 Apr-EDU
22 Apr-TKU
24 Apr-TMS
27 Apr-TKO
28 Apr-TMC

Rasanya sampai sini saja coretanku memandangkan hari ini ana ada paper iaitu Pengurusan Pembelajaran.


Akhir kata Bittaufiq wa Najah fil Imtihan buat semua sahabatku. Semoga Allah memudahkan segala urusan dunia kita. Semoga berjaya dunia dan akhirat semua. InsyaAllah yang Terbaik.


Wallahulam.

6 123 Bingkisan Sahabat:

"Sahabat sekalian lihat wajah sahabat kita ini, bagaimana perasaan kita kalau sekujur tubuh yang dihadapan kita ini adalah kita sendiri @ ibu bapa kita. Sahabat ingatkah kita 3 bulan yang lalu 2 jenazah di hadapan kita ini merupakan jenazah yang betul2 dan telah meninggalkan kita buat selamanya. Arwah yang selalu melaungkan azan, selalu menjadi iman, selalu memberi tazkirah. Tapi semua telah pergi menghadap Allah

membacanya pun hati menjadi sebak, apath lagi berada di program tersebut..syabas!!..program muhasabah mengingati kematian prog yg amat kaklong minat..;)bi taufiq wa najah!!!

seronok kaklong tgk rajin wana post article...xsempat kaklong nak baca, jap2 dh bertukar..hehe..bagus adik kaklong ;)

syukran kak long lawat teratak pendidik wana...

dlm proses mentarbiyah shbt2 lain juga di smpg tarbiyah diri sndri ni kak...

bnyk lg perlu bljr..

Alhamdulillah Allah bg kelapangan masa untuk update blog...

nnti time jd cikgu betul2 mesti teratak pendidik bersawang...

doakan wana sentiasa istiqamah dlm perjuangan Islam...

InsyaAllah yang terbaik...

InsyaALLAH kaklong akan sentiasa doakan semua adik-adik kaklong..semoga kita semua sentiasa istiqamah dalam perjuangan Islam..sentiasa dlm lindungan dan rahmah ALLAH..sentiasa dlm syariat agama Islam yang benar..insyaALLAH..;)

Salam,amboi wana,sekali harung dalam satu post,penat kak fifah nak bace

dik,mase slot muhasabah tu, akak memang xtahan mengantok,tidur sambil duduk,
tapi bila amirul sebut ja,Tengok!!memang terkejut,termenangis,tersedih,btul2 teringatkan mereka yg dah pergi

Kita yang disini,
Masih disini,
Masih berpeluang menghirup udara Allah
Marilah sama2 kita teruskan perjuangan

Doakan kak fifah

to kaklong...

syukran kak

to k fifah...

bukan selalu ada ms nak tulis post pnjg.. heheheh...

tau xpa...akak pas belum solat istikarah dah tdr dgn fiza...heheheh...

hari ni ayah shbt kita kembali bertemu illahi...

Al-fatihah buat ayah akhi yusof...

moga Allah beri ketabahan menempuhi dugaan di saat exam..

menantikan kisah BIAH (BACK TO FITRAH CAMP) ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...