Photobucket

Wednesday, December 8, 2010

Membina Baitul Muslim Bermula Dari Diri

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:11 PM 3 comments


Sebelum mengorak lebih jauh, nak ucapkan Selamat Melayari Rumahtangga buat
Akhi Tg Abd Ghaffar + isteri (7 Dis 2010)
Kak Mastura + suami (11 Dis 2010)
Kak Shaiha + suami (11 Dis 2010)
Kak Fizah + suami (11 Dis 2010)
Yang tak kahwin lagi tu jangan sedih...
Jom baca cerita ini...
Moga ia menjadi titik permulaan sebelum melayari bahtera rumahtangga
[baitulmuslim.jpg]
Pernah dengar tak kalimah ‘Baitul Muslim’?
Atau kadang² orang ada sebut juga baitul dakwah & sebagainya lah. Pernah dengar?
Saya dengar perkataan Baitul Muslim ini, semenjak saya berada di tingkatan 4. Masa itu, masih muda sangat lagi. Jadi, memang seronok kalau masuk bab² kahwin ini. Orang kata, perkara masa hadapan ni memang seronok kalau bincang. Lagi² kalau masuk bab cinta² ni.
Baitul Muslim yg membincangkan perihal hendak membina sebuah kehidupan berkeluarga yg diredhai ALLAH, pada awalnya saya anggap adalah satu konsep yg mengajar kita cara² memilih pasangan dgn baik. 


Saya nampak bahawa Baitul Muslim ini adalah satu konsep supaya lelaki perempuan tahu bercinta dgn betul. Saya yakin, ramai yg beranggapan seperti saya.
Tapi, bila saya membesar, rupanya anggapan saya itu silap.
Baitul Muslim hakikatnya bukanlah setakat berkenaan dua insan, yg satu lelaki & yg satu lagi perempuan. 


Tetapi hakikatnya, Baitul Muslim itu lebih lagi dari sekadar hubungan dua insan. Baitul Muslim adalah salah satu tangga dari tangga² ke arah pembinaan ummah yg diredhai ALLAH sebenarnya.
Masyarakat itu, terbentuk dari keluarga, keluarga itu terbentuk dari individu.
Sebab itu, Baitul Muslim ini bukanlah satu konsep menceritakan perihal cinta lelaki perempuan, atau cara memilih pasangan yg betul.


Tetapi, Baitul Muslim adalah satu konsep utk kita nampak 
:)keperluan wujudnya keluarga yg diredhai ALLAH
:)keperluan mencari isteri/suami yg diredhai ALLAH
:)keperluan mentarbiyah anak agar membesar dlm keredhaan ALLAH, 
:)seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kpd masyarakat.
Dan semua itu, BUKAN bermula dari kita hendak mencari pasangan. 


Tetapi, itu semua bermula sedari saat kita berseorangan


Pengislahan diri, adalah permulaan ke arah pembinaan Baitul Muslim sebenarnya.
Hal ini, saya sedari ketika Cikgu Azmi Bahari, seorang guru di MATRI berkongsi pandangan berkenaan hal Baitul Muslim ini.
“Perkara Baitul Muslim ini, bukanlah kita fikirkan bila hampir nak kahwin. Sepatutnya hal ini kita fikirkan semenjak kita remaja lagi. Sebab perkara ini bukan perkara kecil. Perkara ini perkara besar”


Ya. Sebab, Baitul Muslim bukannya fasal nak kahwin dgn siapa, nak kahwin macam mana. Baitul Muslim hakikatnya adalah projek hendak membina ummah. Maka, hendak membina ummah ini, perlu kita mulakan dgn diri sendiri.
Sebab itu, hal ini bukan utk kita fikir ketika hampir kahwin. Kita perlu fikir semenjak kita remaja lagi.
Tapi ramai salah anggap. Mereka kata, mereka tidak mahu berfikir akan hal pembinaan keluarga ini krn mereka tidak mahu masuk campur hal cintan cintun semasa belajar. 


Sebenarnya, anggapan bahawa Baitul Muslim adalah konsep cintan cintun adalah anggapan yg tertolak. Baitul Muslim, adalah konsep pembinaan ummah


Berfikir berkenaannya, bukanlah kita berfikir kita hendak kahwin dgn siapa, tetapi kita berfikir bagaimana kita hendak membinanya bermula dgn diri kita.
Kita perlu mulakan dgn diri kita sebenarnya. Keluarga yg diredhai ALLAH tidak akan mampu dibangunkan hanya dgn usaha suami sahaja atau isteri sahaja. 


Maka, hendak atau tidak, jika kita mahu membina keluarga yg diredhai ALLAH SWT, kita perlu mulakan dgn membina diri kita.
Kita perlu nampak bahawa, nanti bila kita hendak berkahwin, kita perlu menjadi contoh kpd pasangan kita. Manusia itu tidak sama. Jadi, perlu ada rasa hendak lengkap melengkapi. Kita perlu nampak bahawa kita hendak menjadi penyokong kpd pasangan kita. Jadi, menjadi tanggungjawab diri kita utk membina & memperbaiki diri sedari hari ini.
Emosi, cara pandangan, cara pemikiran, harta, akhlak & sebagainya, sudah perlu kita fikirkan. 


【ツ】Adakah kita mampu membina keluarga yg diredhai ALLAH jika kita seorang panas baran
【ツ】Adakah kita mampu menyara kehidupan keluarga kita dgn baik tanpa wang yg mencukupi
【ツ】Adakah kita mampu memandu keluarga kita ke arah yg diredhai ALLAH jika cara pandangan & cara pandangan kita tidak matang
【ツ】Adakah kita mampu mendidik anak jika akhlak kita tidak baik?
Semua itu menyebabkan kita perlu bergerak ‘membina’ Baitul Muslim semenjak hari ini. Bukanlah membina Baitul Muslim itu adalah dgn mencari pasangan mengikut ciri² yg ditetapkan. 


Tetapi, membina Baitul Muslim itu bermula dgn kita membina diri kita sendiri ke arah apa yg ALLAH redha.
Itulah maksud membina Baitul Muslim yg sebenarnya. Bermula dgn diri kita.
Barulah kita ada kekuatan utk membina keluarga yg diredhai ALLAH SWT, mendidik pasangan kita ke jalanNya, membimbing anak² di atas keredhaanNya, sekaligus menjadikan keluarga kita keluarga yg ALLAH SWT suka.
Sebab itulah, kata orang, tarbiyah(pendidikan) anak² itu bermula semenjak kita masih belum berkahwin lagi. Sebab, mentarbiyah diri kita juga adalah sebahagian dari perjalanan kita mendidik anak² kita.
Akhirnya, Baitul Muslim ini, bukanlah satu konsep cinta dua insan. Tetapi, Baitul Muslim ini adalah satu konsep utk membina ummah. Pembinaan ummah, bermula dari diri kita sendiri.
Maka, apa lagi yg kalian tunggu?
Bergeraklah membina diri, persiapkan diri dari hari ini, utk melakar masa hadapan yg indahnya abadi.


Wallahualam

3 123 Bingkisan Sahabat:

Assalamu'alaikum dik....

Alhamdulillah.... perkongsian yang baik dari adik... na'am... pembinaan BM bermula dari diri sendiri....

semoga segala coretan dapat kita amalkan.....

~salam sayang dari kakmu... ~

to kak ain
w'salam
insyaAllah kita bljr utk mengislah diri.

to kna
bt panduan utk semua..
bkn mtlmt pndk tp mtlmt ms pnjg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...