Photobucket

Sunday, March 6, 2011

aBu BaKaR & KHaLiD aL-WaLiD

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:38 AM No comments



Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana masih memberi nikmat terbesar pada kita iaitu IMAN dan ISLAM. "Waduh, saya enggak sempat dong." Itulah selalu ayat yg dikeluarkan bilamana ada sahabat yang bertanya kenapa lama tidak "update" blog. Yup.. Satu realiti bukan fantasi. Entahlah sejak kebelakangan ini tidak berkesempatan untuk menulis di blog. Jika diomongin sbbnya pasti ada yg ketawa. Masa jadi MPP mampu meng"update" blog walaupun sibuk.

Tapi enggak apa, selepas ini sy cuba meluangkan masa untuk berceloteh di dlm blog. Sebenarnya bnyk "entry" lg sy b'hutang iaitu kepingin utk ditulis tp belum kesampaian cth Program Baktisiswa Kemboja, pengalaman jd MPP dan PRK UPSI 2011. InsyaAllah kalau sempat bakal di"post"kan.

Kali ini mahu berkongsi tentang 2 buku yang dibaca setakat Januari 2011 hingga Mac 2011. Alhamdulillah Allah memberi peluang kpd saya menimba ilmu dan pengetahuan melalui pembacaan 2 Novel Sejarah Islam yang ditulis oleh Abdul Latip Talip iaitu Abu Bakar Sahabat Sejati yang dipinjam drpd k kinah dan Khalid Memburu Syahid yang dipinjam drpd rz.. Sangat banyak perkara baru yang saya tahu. Saya tahu serba sedikit sirah sahabat² Nabi Muhammad pada zaman anbiya. InsyaAllah sy nak ulas sedikit buku yang saya baca dan selebihnya diharap sahabat² sekalian dapat membacanya sendiri. Apa²pun InsyaAllah bermanfaat.

Novel Sejarah Islam 1: Abu Bakar Sahabat Sejati


Sahabat paling rapat dgn Nabi S.A.W, ayah mertua Nabi S.A.W, antara orang yang terawal memeluk Islam, sentiasa bersama Nabi S.A.W ke mana saja Nabi S.A.W berada. Wah, sungguh sentiasanya beliau membantu Nabi S.A.W semasa menyebarkan Islam. Bahagian yang saya paling ingat beliau lah orang pertama saya sibuk bilamana mendengar dari mulut Nabi S.A.W bhwa Allah wahyukan utk berhijah ke kota Madinah. Semua hartanya diwakafkan pada Perjuangan Islam. Allahuakhbar. Betapa baiknya budi Saidina Abu Bakar.


Drpd Saidatina Aisyah, katanya: “Sungguh sedikit waktu (kesuntukan waktu) bagi Nabi (Muhammad SAW). Baginda perlu datang juga ke rumah Abu Bakar pada pagi atau petang. Maka ketika telah diizinkan bagi Baginda untuk pergi (hijrah) ke Madinah, kami tidak pernah terkejut melainkan ketika Baginda datang ke rumah kami waktu Zuhur. Lalu, kedatangan Baginda itu dimaklumkan kepada Abu Bakar.”

Berkata Abu Bakar: “Nabi tidak akan datang pada waktu ini melainkan kerana ada urusan yang sangat penting.”

Ketika Nabi masuk ke tempat Abu Bakar, Baginda bersabda kepadanya: “Suruhlah orang yang ada di sekelilingmu keluar.”

Berkata Abu Bakar: “Ya Rasulullah! Hanya ada dua anakku, Aisyah dan Asma.”

Sabda Nabi: “Tahukah engkau bahawa sesungguhnya aku telah diberi izin untuk keluar (hijrah)?”

Berkata Abu Bakar: “Anda perlu teman, ya Rasulullah!”

Sabda Baginda: “Ya, kawan.”

Berkata Abu Bakar: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai dua unta yang sengaja kusediakan untuk keluar (hijrah), ambillah seekor untuk anda.”

Sabda Nabi: “Kuambil seekor dengan harganya.” – (Hadis riwayat Bukhari).
Nama Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah tidak asing lagi bagi sekelian ummat Islam, baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia yang dianggap paling teragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah S.A.W. Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tuturbahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya balk dahulu mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah S.A.W.


Nama sebenar Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya serta datangnya dan keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh pembesar² Quraisy yang lain.


Di sana terpancar sinar cahaya
Menerangi lorong
² yang gelita
Namun mereka tiada percaya
Malah mencaci dan menghina
Engkaulah yang pertama membenarkannya
Hilang saudara
Hilang segala
² 
Engkau tetap setia
Kalimah tuhankan bertakhta.
Saiyidina Abu Bakar R.A. telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah S.A.W. menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak sekali berkorban harta benda untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad S.A.W. Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah S.A.W. pernah mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan Saiyidina Abu Bakar R.A. Adapun gelaran Al-Siddiq yang diberikan kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata² mahupun perbuatan Nabi Muhammad S.A.W.


Dikaulah lambang teman sejati
Pada Kekasih janji dipateri
Khalifah pertama…
Menggenggam erat panji suci
Bila kekasih tiada lagi
Kekasih tiada lagi..

Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa yang patut menggantikan baginda sebagai Khalifah ummat Islam. Tetapi setelah lama berbincang kaum Muslimin dengan suara ramai memilih Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya itu dicalonkan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab R.A. Pemilihan ini tentulah tepat sekali kerana pada pandangan kaum Muslimin memang beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan itu memandangkan kelebihan²nya dari para sahabat yang lain. Apatah lagi beliaulah yang pernah ditunjuk oleh baginda Rasul semasa hayatnya untuk menggantikan baginda sebagai imam sembahyang tatkala baginda sedang uzur.

Teman dikala suka dan duka
Tiada apa yang dapat memisahkan
Rela berkorban harta dan nyawa
Lafazmu hanya kebenaran
Tika bisa menjalar
Mencengkam tubuh
Kekasih lena dipangkuanmu
Engkau tetap setia
Hingga mengalir air mata..

Gua itu begitu dingin dan remang². Tiba² saja, seekor ular mendesis²perlahan mendatangi kaki Abu Bakar yang terlentang. Abu Bakar menatapnya waspada, ingin sekali ia menarik kedua kakinya untuk menjauh dari haiwan berbisa ini. Namun, keinginan itu dijauhkannya dari benak, tak ingin ia mengganggu tidur nyaman Rasulullah. Bagaimana mungkin, ia bisa membangunkan kekasih yang sangat kelelahan itu. Abu Bakar meringis ketika ular itu menggigit pergelangan kakinya, tapi kakinya tetap saja tak bergerak sedikitpun. Dan ular itu pergi setelah beberapa lama. Dalam hening, sekujur tubuhnya terasa panas. Bisa ular segera menjalar cepat. Abu Bakar menangis diam². Rasa sakit itu tak dapat ditahan lagi. Tanpa sengaja, air matanya menitis mengenai pipi Rasulullah yang tengah berbaring. Abu Bakar menghentikan tangisannya, kekhuatirannya terbukti, Rasulullah terjaga dan menatapnya penuh rasa ingin tahu.


"Wahai hamba Allah, apakah engkau menangis kerana menyesal mengikuti perjalanan ini" suara Rasulullah memenuhi udara Gua.


"Tentu saja tidak, saya redha dan ikhlas mengikutimu ke manapun" potong Abu Bakar masih dalam kesakitan."


Lalu mengapakah, engkau meluruhkan air mata?"


"Seekor ular baru saja menggigit saya wahai putra Abdullah, dan bisanya menjalar begitu cepat".
Rasulullah menatap Abu Bakar penuh kehairanan, tak seberapa lama bibirnya bergerak.


"Mengapa engkau tidak menghindarinya?""Saya khuatir membangunkanmu dari lelap" jawab Abu Bakar.
Ia kini menyesal karena tidak dapat menahan air matanya hingga mengenai pipi Rasulullah. Saat itu air mata bukan milik Abu Bakar saja. Selanjutnya mata Rasulullah berkabut dan bening air mata tergenang di pelupuknya. Betapa indah sebuah ukhuwah.


"Sungguh bahagia, aku memiliki seorang seperti mu wahai putra Abu Quhafah. Sesungguhnya Allah sebaik² pemberi balasan".


Tanpa menunggu waktu, dengan penuh kasih sayang, Rasulullah meraih pergelangan kaki yang digigit ular. Dengan mengagungkan nama Allah, Nabi mengusap bekas gigitan itu dengan ludahnya. Maha suci Allah, seketika rasa sakit itu tak lagi ada. Abu Bakar segera menarik kakinya kerana malu.



"Bagaimana mungkin, mereka para kafir tega menyakiti manusia seperti mu. Bagaimana mungkin?" nyaring hati Abu Bakar kemudian.Gua Tsur kembali ditelan senyap. Kini giliran Abu Bakar yang beristirahat dan Rasulullah berjaga. Dan, Abu Bakar menggeleng kuat² ketika Rasulullah menawarkan pangkuannya. Tak akan rela, dirinya membebani pangkuan penuh berkat itu.

Disinilah janji setia
Antara Sahabat dan Kekasih
Menjadi inspirasi kami
Walau tiada pernah bersua
Aku kan tetap setia
Untuk selama
²nya…

Pada suatu ketika di saat Rasulullah membaca khutbah yang antara lain menyatakan bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan… Maka ketika meƱdengar khutbah Nabi demikian itu Saiyidina Abu Bakar R.A. lalu menangis tersedu², kenana sedih dan terharu beliau mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksud dalam isi khutbah tersebut ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampir berakhir.





Novel Sejarah Islam: Khalid Memburu Syahid
Allahuakhbar.. Wah, sangat kagum sy dgn kehebatan Khalid Al-Walid di medan perang sehingga beliau digelar Pedang Allah. Hampir seratus peperangan diikutinya. Walaupun cahaya Islam lambat dikecapi tetapi itu tidak melemahkan semangatnya untuk berjuang dalam Islam. Beberapa perkara yang perlu kita tahu:
1. Nabi S.A.W yg mengurniakan gelaran Pedang Allah.
2. Dadanya pernah ditusuk tombak semasa peperangan
3. Pernah minum racun krn ingin menunjukkan kpd musuh bahawa racun tidak akan memudaratkan sekiranya tidak dengan izain Allah.
4. Seorg yg bijak dgn pelbagai strategi di medan perang.

Dan banyak lagi.. Jom tambah ilmu di dada...

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar, Kekasih Allah ya Rasulullah Nabi kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta Keluarga baginda, para Sahabat dan juga Seluruh Umat yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Sekarang sedang membaca novel Terasing kaya Hilal Asyraf

Wallahualam

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...