Photobucket

Tuesday, September 6, 2011

KHAR Gempa Bumi

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:56 AM 6 comments

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Agak² esok kalau ada budak ISMP UPSI yang baca blog nie (kalau ada, kalau tiada tak apa) mesti gembira sebab tak perlu kembali ke UPSI. Nak datang tak nak datang bukan perkara utama yang nak diceritakan tapi nie nak cerita apa sebenarnya yang berlaku kat KHAR.  "Mungkin tajuk entry tak sesuai kot."
6 September 2011 (bukan 11 September tau) merupakan pengalaman pertama sepanjang 7 sem duduk kolej tiba² dikejutkan oleh ahli rumah untuk selamatkan diri keluar dari bangunan KHAR. Apa²pun jazakillah khatiran kathiran kat Hazimah Husna sebab kejut dari tidur & bagitahu suruh kosongkan blok 1 dengan segera. Kalau dah tidur 2 jam lebih memang payah nak bangun & seriously tak rasa gegaran pun sepanjang tidur. (◕‿◕) Cuma bila bangun, kepala memang pening yang teramat. Pening² tak layan dah, yang penting selamatkan diri. Lucunya sempat lagi cari baju sesuai nak pakai, cari stokin, cari hp, cari dompet. Nasib baik tak bawa laptop yang comel nie.  Turun² kat bawah rupa²nya dah ramai turun. Bayangkan jelah kalau bangunan KHAR betul² runtuh mesti ramai yang tertimbus sebab ramai juga tak turun lagi. Tengok jam menunjukkan 2.15 pagi.. Waktu kat bawah baru melayan sakit kepala ditambah dengan angin pagi yang sangat sejuk. Dalam masa yang sama curi² dengar perbualan pelajar² yang mengalami gegaran. Mereka kata dalam jam 2 tiba² barang² sekitar mereka bergegar perlahan tapi dalam masa yang lama iaitu 1 minit. Dalam jam 3.30 pagi, 2 kenderaan bomba & 1 kereta polis datang.  Cuak juga waktu tu. Macam² dah fikir. Tapi saya agak mesti Indonesia berlaku gempa bumi lagi. Hurmm.. Tak pastilah sebab tak dapat apa² informasi. Bomba check bangunan. Mungkin cari kalau ada keretakan & kami diminta keluar dari kawasan KHAR dengan segera. Waktu lagi ramai yang berduyun² turun dengan muka mamai. . . . . . .  Alhamdulillah dalam jam 4 pagi kami dah dibenarkan naik ke bilik.Semua Selamat. Dan firasat saya di Indonesia gempa bumi TEPAT.. Boleh baca kat sini tentang Gempa Bumi kat Sumatera, Indonesia.

Magnitude 6.6 - NORTHERN SUMATRA, INDONESIA

 Gegaran Terasa di Pulau Pinang Dan Perak Sampai sini celoteh di pagi hari..  Jom Tahajud  (◠‿◠) Wallahualam

6 123 Bingkisan Sahabat:

subhanAllah...syukurlah shbt2 smua selamat...

subhanAllah...syukurlah shbt2 semua selamat...

subhanaAllah.. syukur semua selamat dan tidak apa2...

dl pn khar bgegar jg kn.. malar eh kena gegar sj kolej kita ni hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...