Photobucket

Tuesday, October 25, 2011

TASAWWUR ISLAM yang sebenar II

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:48 PM No comments

TASAWWUR ISLAM yang sebenar I



Islam sebagai Ad-Din yg lengkap & sempurna yg akan membicarakan segala perkara dlm kehidupan manusia & tiada sedikit kekurangan & kecacatan dlm ajarannya. Oleh itu, Islam merangkumi aspek aqidah, ibadah, syariah, akhlak, kebudayaan, ilmu pengetahuan, ekonomi, politik, dakwah, pergaulan, jihad & bermacam² lagi. Di sini diselitkan beberapa takrif berkenaan dgn tasawwur Islam tersebut:

Ialah kepercayaan kpd Allah yg tersimpul kukuh dlm jiwa manusia tanpa ada sedikit keraguan terhadap kesemprnaan ajaran Islam. Inilah dasar & pokok ajaran Islam & seruan yg dibawa oleh Nabi² & Rasul² sebagaimana yg difirmankan oleh Allah swt:
“Sesungguhnya kami telah mengutuskan pd setiap umat seorang rasul supaya mereka menyembah Allah & menjauhi taghut”(Surah An Nahl: 36)


Satu ketundukan & pengabdian kpd Allah yg esa dlm seluruh aspek kehidupan, dlm erti kata yg lain seluruh pekerjaan & amalan yg dilakukan semata² krn Allah & mengikut syariat Islam, maka ia dinamakan ibadah. Firman Allah swt:
“Tidak Aku jadikan jin & manusia kecuali untuk mengbdikan diri kepadaKu” (Surah Az Zariyat: 56)

Iaitu perundangan yg telah ditetapkan oleh Allah kpd manusia & tidak boleh diubah dgn apa cara sekalipun. Syariat Islam memelihara 5 prinsip; iaitu agama, nyawa, maruah, akal & harta.


Imam Al Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah “bawaan sifat jiwa yg tersembunyi atau melahirkan perbuatan dgn mudah tanpa perlu berfikir terlebih dahulu”.

Berdasarkan definisi inilah Imam Al Ghazali menyatakan bahwa akhlak itu ialah sifat² yg telah menjadi tabiat seseorang. Ia bukan sesuatu yg bersifat takalluf (sesuatu yg dibuat²) tapi telah menjadi perangai & miliknya yg sebenar bukan ia berpura² berperangai baik di hadapan orang pd masa² tertentu. 

Akhlak ialah satu ajaran drpd Islam, utk memperbaiki tingkahlaku manusia & ia mempunyai tempat yg tinggi & pengaruh yg besar dlm gerakan dakwah krn akhlak yg baik merupakan besi magnet kpd Islam.


Islam mengikitraf kebudayaan asalkan ia berlandaskan kpd Islam. Di antara kebudayaan yg berlandaskan Islam adalah cara berpakaian, Islam tidak menetapkan cara khusus berpakaian krn masing² kaum mempunyai cara berpakaian tersendiri namun kewajipannya adalah menutup aurat bagi lelaki & perempuan yg tidak menampakkan susuk tubuh serta fitnah yg lebih buruk. Kaum lelaki dilarang memakai pakaian serupa perempuan begitu jugalah sebaliknya.


Islam datang dgn menghapuskan kejahilan manusia & digalakkan supaya menuntut ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan mendapat tempat yg tinggi di sisi Islam & para penuntutnya dianggap mulia. Ayat al-Qur’an yg pertama menyuruh manusia supaya membaca (menuntut ilmu pengetahuan) & banyak lagi dalil² yg meminta umat Islam supaya belajar & menuntut ilmu.


Ekonomi adalah penting utk kehidupan manusia, lantaran itulah Islam mengiktiraf & menerima ekonomi sebagai satu usaha meningkatkan taraf hidup manusia. Ilmu yg berkaitan dgn ekonomi dlm Islam telah banyak diperluaskan oleh ulama’ yg pd dasarnya Allah menyebut tentang halalnya jual beli & diharamkan riba’, begitu juga diwajibkan mengeluarkan zakat, bererti ia menyentuh perihal ekonomi.

Manusia adalah makhluk yg perlukan hubungan sosial (sosial kontrak), justeru itu ia memerlukan bimbingan drpd pemimpin². Rasulullah saw telah meninggalkan kita dgn meninggalkan soal kepimpinan (khilafah) sebagai sesuatu yg penting di dlm membangunkan umat. 

Politik adalah sebahagian drpd Islam & sesiapa yg menganggap politik bukan sebahagian drpd Islam bererti ia telah memisahkan agama dr landasan yg sebenarnya. Inilah fahaman ideologi yg ditanam oleh musuh² Islam supaya dgnnya umat Islam akan terpisah secara berjuzuk² dr amalan Islam yg sebenar.


Dakwah ialah menyeru, mengajak manusia kpd pengabdian kpd Allah, ia adalah tugas mulia yg amat penting & inilah tugas para Nabi & rasul di utuskan ke muka bumi oleh Allah swt. 


Manusia adalah makhluk yg memerlukan sosial utknya berinteraksi dgn manusia lainnya. Oleh itu, Allah menjadikan manusia ini berpasang² supaya manusia berasa damai & tenteram dlm kehidupan. Dlm kehidupan bermasyarakat, Rasulullah banyak mengajar umatnya bagaimana tatacara hidup bermsyarakat yg sebenarnya seperti menghormati orang tua, memuliakan jiran, menziarahi orang lain, memuliakan tetamu, & sebagainya.


Perkataan jihad berasal drpd kata “jahada” yg bermaksud kesungguhan. Menurut syarak ialah pengerahan tenaga dr seorang Muslim dlm mempertahanakan & menyebarkan Islam krn menuntut keredhaan Allah. Krn itu jihad adalah satu kalimah yg besar maknanya & tuntutannya juga amat besar dipikul oleh umat Islam. Jihad dlm konteks yg luas boleh difahami & diaplikasikan dlm pelbagai cara seperti lisan, berjihad menentang hawa nafsu, berjihad dgn peperangan, & pelbagai lagi.

Konklusi:
Aqidah, ibadah, syariah, akhlak, kebudayaan, ilmu pengetahuan, ekonomi, politik, dakwah, pergaulan & jihad tidak boleh dipisahkan dgn ISLAM.

Bersambung..... 

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...