Photobucket

Tuesday, November 1, 2011

Jom Couple, Couple Islamic!!!

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:35 AM 16 comments

Assalamualaikum...

Ya Allah, apa dah jadilah dengan Herwana Herman nie?

Biar betul?

Rasa²nya mungkin perkataan ni yg terkeluar daripada peminat blog Wana (perasan jap) apabila melihat tajuk entry saya hari ni. Betul tak? ^_^


Sebenarnya nak kongsi kisah tentang COUPLE ISLAMIC & entry ni ditujukan khas buat mereka yang mempertahankan COUPLE ISLAMIC mereka sebelum nikah.



Jom ikuti kisah ni...

Kisahnya mengenai 3 orang iaitu Aiman, Ain & Asyraf. Aiman & Ain sama² belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Aiman jatuh hati pada keayuan Ain. 


* Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri² dengan cahaya keimanan. 


Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. 


Tetapi, Aiman cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Ain sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah (BADAR - Badan Dakwah & Rohani).

Beberapa tahun berlalu...


Akhirnya, apabila Aiman berada di Tingkatan 4, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah & akhirnya, Ain tewas pada pujuk rayunya. 


Walau bagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber'couple'. 


Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple


"COUPLE ISLAMIC"!!!


Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap² ni. Bukan itu sahaja, Ain kena pakai tudung labuh. Aiman pula pakai serban & jubah. Lepas itu, mereka keluar bukan membuang masa tapi keluar bawa Al-Quran. 


Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, tiada pegang² tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. 
Lelaki di depan, perempuan di belakang. 


Bila balik rumah, missed call pagi². Suruh qiamullail. 


Hah!!! Kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Aiman ditakdirkan bertemu dengan Asyraf. Ketika itu Aiman & Ain sedang bertadarrus di RFC (Radix Fried Chicken). 


Asyraf tiba² datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. 


Bila duduk, Asyraf bertanya, "Have you married?". 


"No.", jawab Ain. 


"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Asyraf. 


"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Aiman. 


Asyraf hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Asyraf pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. 


Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. 


Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam


Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat² pengharaman contohnya ARAK. 


Tapi aku…TIADA


Jadi, time kat hospital tu aku fikir. 


Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecil aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap² hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Beginilah kehidupan aku & babi tu selama 2 tahun. 


Lepas 2 tahun, masa yang ditunggu² tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok² babi ni tiada leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi. 


Lepas tu, aku pun masaklah bakut teh. Tengah² makan, nampak seorang ustaz tengah jalan². Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. 


Ustaz!!! Jom makan. BABI ISLAM ni.”

Bila terdengar kisah itu, Aiman & Ain pun sedar. 


Kalau benda itu HARAM, ia tetap HARAM. Yang HALAL itu jelas & yang HARAM itu jelas.


Tamat....

Best tak kisah ni?



Mungkin agak kasar tapi sesuai nak bagi peringatan kepada mereka sedang kemaruk COUPLE ISLAMIC yg tegar dgn hujah² yg menghalalkan cara.


Moga kita (saya & pembaca) tidak tergolong...

P/s: Yang HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba pelbagai cara sekalipun untuk mengHALALkannya. Peringatan untuk diri  sendiri terutamanya. 

---> Boleh je couple tapi lepas nikahlah so jadilah couple Islamic juga.

No Couple before Nikah 
"Selagi belum akad, selagi itulah ada jarak pemisah di antara kita. Selagi itulah ada murka Allah dalam hubungan kita."

Wallahualam..

16 123 Bingkisan Sahabat:

suke sangat cerita ni..yang dah jelas terang lg bersuluh..kesimpulannya cintalah kepada Allah dan Rasulullah yang paling utama..tiada cinta melainkan cinta di alam perkahwinan =)..senyum2 selalu

dik Wana, thniah2...akak nk share ye..sgt bermanfaat tuk smua..

cikgu...........best ar citer nyew....sye nak post kat blog saye la......bleh x??????

Assalam kak..

Cmna plak klau sorg tu luahkan perasaan dia utk dptkan kpastian smada pmpuan tu dh ada calon ke belum? Dia kata just nak jwapan so dia x mharap kalau pmpuan tu dh ada. N pmpuan tu plak xda lagi, tp dia x kata ye mahupun tdak. Sbb pmpuan tu takut when she say yes, lelaki tu blm psti jd suami dia. But,when she say no, takut lelaki tu la jodoh dia. N klau jwapan dia still neither no or yes, cmna lelaki tu nak dptkan kpstian? N pmpuan tu sndiri pun not sure dgn perasaan lelaki tu samada msh mharap kat dia or x..

wsalam. itulah gunanya org tengah. org tengah yg perlu memainkan peranan. biasanya lelaki yg serius utk berkahwin, apabila dpt jawapan "tidak" dr perempuan dia akan cari yg lain. & apabila jwpn "ya" dia akan teruskan langkah seterusnya. perempuan kalo takut nak kata ya atau tidak, ubatnya adalah istikharah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...