Photobucket

Wednesday, February 15, 2012

URGENT CALL: Pray for SYRIA

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:27 PM No comments

Nota ini adalah hasil perkongsian Tokoh Ulama' Syria, Syeikh Hassan di UPM yg datang ke Malaysia akhir tahun lepas  & menceritakan peristiwa sebenarnya yg berlaku di Syria.



683158xrji3b6lpi.gif (32×29)PERISTIWA SYRIA683158xrji3b6lpi.gif (32×29)

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pd 1945, & telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yg telah memerintah selama 32 tahun & diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yg telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yg diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pd Syiah Nusairiyah, yg menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya drpd MUSLIM SUNNI, yg mencaci & menghina Saidina Aisyah & Ummahatul Mukminin r.a, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yg pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (Ahli Sunnah Wal Jamaah).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yg terkenal dgn Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yg mana 
✔ 6% drpdnya merupakan Syiah Alawie
✔ 10% drpdnya beragama Kristian
✔ 84% drpdnya rakyatnya beragama Muslim Sunni


Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yg membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.



683158xrji3b6lpi.gif (32×29)BERMULA ZAMAN AYAHNYA683158xrji3b6lpi.gif (32×29)


Konflik berdarah di Hama pd tahun 1982 yg berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yg berlaku semenjak 8 bulan yg lalu.

Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar² lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.



683158xrji3b6lpi.gif (32×29)PUNCA KEBANGKITAN683158xrji3b6lpi.gif (32×29) 


Ada sekumpulan kanak² seramai lingkungan 28 org bermain² & telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yg ditulis oleh kanak² ini ialah 
RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN 


Slogan ini telah dilaungkan di negara² yg berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak² ini. Mereka telah diseksa dgn cara mencabut kuku² kaki & tangan mereka. 


Salah seorang kanak² itu telah meninggal dunia & keluarganya meminta mayat kanak² itu serta kanak² lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat di mana bila mahu lepaskan kanak² itu, mereka perlu memberi wanita² dlm kalangan mereka utk dinikahi oleh puak² kerajaan Syria ini (satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.



683158xrji3b6lpi.gif (32×29)BENTUK KEZALIMAN YG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.683158xrji3b6lpi.gif (32×29)

Dlm masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 org rakyat Syria.

39000 org telah cedera, mereka tak dirawat & dibiarkan sahaja.

Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital & 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.


9000 tahanan ditahan.


413 org telah syahid di dlm penjara.


Wanita² diculik & dibawa ke tempat yg tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang², ayah, anak² & ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.


Seorg ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap & mahu diperkosa oleh tentera yg menangkapnya. Tapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh & telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yg dikerat itu dimasukkan ke dlm plastik lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.


Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yg tidak disukai.


Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.


 Basyar Assad juga drpd kelompok Syiah yg terkeluar drpd Islam & mengharuskan utk membunuh Muslimin Sunni.


✔ 84% drpd posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yg terdiri drpd 3 keluarga besar, 
✔ 6% drpd posisi tersebut pula drpd kaum Ajam,  
10% lagi drpd golongan Kuffar


Tiada posisi bagi Ahli Sunnah wal Jamaah...


Kezalimannya terhadap wanita & kanak² juga terlalu dahsyat melebihi Israel. Rakyat² Sunni dibunuh sesuka hati tapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah.


Hasbunallahu wa ni'mal wakil
"Cukuplah ALLAH (menjadi penolong) bagi kami & Dia sebaik² pelindung" (Ali-Imran:173).


RAKYAT YG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI & BERWUDHU' KRN MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI.




683158xrji3b6lpi.gif (32×29)FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA683158xrji3b6lpi.gif (32×29)


Rabitah Ulama Syria yg diasaskan oleh Dr. Ali As-Sobuni & Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kpd rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka drpd keganasan tentera walaupun dgn menggunakan pisau dgn berdalilkan hadis berikut;
"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" (Hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dlm Sunannya (2/275) An-Nasaie & Tirmidzi & disahihkan oleh Imam Al-Albaniy & Ahmad (1652  & 1653) dari jalan Said Bin Zaid & sanadnya Shahih).



683158xrji3b6lpi.gif (32×29)PERKARA TERBARU683158xrji3b6lpi.gif (32×29)


Masa depan kebangkitan ini begitu baik. Ia berterusan & semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yg terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi org² yg turun berdemo krn tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yg sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

Pertubuhan² Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yg telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai² Syria memasuki tanah mereka. Tapi ada 2 negara yg tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq & Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian krn pemimpin Syria merupakan org Syiah & mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yg terbunuh dlm keadaan yg sebegini adalah seorang yg SYAHID....


95% ulama Syria telah bersama dlm kebangkitan rakyat ini.


19% negara² Arab telah mewajibkan sekatan politik & ekonomi ke atas Syria.



683158xrji3b6lpi.gif (32×29)KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DGN JELAS ISU SYRIA?683158xrji3b6lpi.gif (32×29)

Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media² krn itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan perkara sebenarnya yg berlaku di SYRIA.


Media² barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan perkara sebenarnya yg berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.


Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia & bertemu dgn seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai org menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yg menyokong Kerajaan Syria yg dipimpin oleh Basyar Al-Assad


Perkara yg berlaku sebenarnya ialah kerajaan telah mengumpulkan pegawai²nya supaya berkumpul dlm erti kata lain mahu menunjukkan kpd dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yg menyokong beliau.


Jgn terpedaya dgn kenyataan² yg kita dengar dari ahli intelektual Syria & ahli politik Syria bahawa yg Syria menentang Israel. Tapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yg singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yg terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.


Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria utk membuat liputan. Segala gambar & video yg menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman drpd para pendemonstrasi yg bertekad utk merakam sendiri kezaliman tersebut & kebanyakan drpd mereka telah menemui syahid. 


Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dgn harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara utk menyampaikan & menyebarkan berita sebenar.

683158xrji3b6lpi.gif (32×29)PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA683158xrji3b6lpi.gif (32×29)

✔ Mendoakan saudara kita di Syria
✔ Menghulurkan bantuan utk mereka dari segi kewangan
✔ Menyebarkan berita sebenar tentang apa yg berlaku di SYRIA.

Ingatlah saudaraku, Nabi SAW bersabda yg bermaksud:
"Barangsiapa yg tidak mengambil tahu hal orang Islam yg lain, maka bukan dlm kalangan KAMI"

Kalam Saidina Ali; 
"Sesungguhnya negeri yg batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yg benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah dlm Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah, telah datang kebenaran (Islam) & hilang lenyaplah perkara yg salah (kufur & syirik); sesungguhnya yg salah itu sememangnya satu perkara yg tetap lenyap".

Firman Allah dlm Surah Ar-Ra'd ayat 17; 
"Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda² yg berfaedah kpd manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal² perbandingan".

Disampaikan pd 6 Disember 2011 di Universiti Putra Malaysia

Wallahualam

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...