Photobucket

Saturday, June 23, 2012

Ta'labah: Cita-citanya hanya Syurga

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:10 AM 2 comments



 Now Syaaban, Ramadhan is coming!!!


Assalamualaikum & salam sejahtera. 

Hari ni cik Wana nak kongsi kisah tentang ✿Ta'labah: Cita-citanya hanya Syurga. Jom ambil ikhtibar. Moga kita juga jadi sepertinya.

Pernahkah sahabat mendengar tentang kisah ✿Ta'labah? 


✿Ta'labah salah seorang drpd para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yg punya misi & visi yg sangat agung. Seorang remaja yg begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. 


Namanya ✿Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah S.A.W berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kpd ✿Ta'labah.

Suatu hari Rasulullah S.A.W menyuruh ✿Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dlm perjalanan mencari barang yg Rasulullah S.A.W hajati itu, ✿Tha'labah telah melalui sebuah rumah yg pintunya terbuka. Angin yg bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, & ketika itu ✿Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yg sedang mandi.

❝ A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kpd Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat Al-Quran yg menyenaraikan aku dlm golongan orang yg berbuat dosa! Ya Allah... ❞



Rintihan ✿Tha'labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri & terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yg dipuncaknya ada sebuah gua. 


✿Tha'labah masuk ke dlm gua tersebut & asyik menangis. ✿Tha'labah menangis & menangis, beliau kesal amat dgn dosanya.


Pada masa yg sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan ✿Tha'labah beberapa hari namun ✿Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA utk mencari ✿Tha'labah & beliau terjumpa ✿Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.


Umar berkata,
❝ ✿Tha'labah, Rasulullah S.A.W mahu berjumpa kamu. ❞

Kata ✿Tha'labah dlm ketakutan yg amat sangat,
❝ Kenapa? Sudah turunkah ayat Al-Quran tentang dosaku, sudahkah  Jibril beritahu kpd Rasulullah. Aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka! ❞
Oleh sebab ✿Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. 


Apabila Rasulullah S.A.W menziarah ✿Tha'labah, ✿Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah S.A.W meriba kepala ✿Tha'labah.


Tapi ✿Ta'labah mengetepikan kepalanya. 


Rasulullah S.A.W bertanya,
❝ Kenapa wahai ✿Tha'labah? ❞

Jawab ✿Tha'labah,
❝ Wahai Rasulullah S.A.W, kepala yg penuh dosa ini tidak layak utk berada di ribamu. ❞


Tanya Rasulullah S.AW lagi,
❝ Apa yg kamu mahu ✿Tha'labah? ❞

✿Tha'labah menjawab,
❝ Ya Rasulullah S.A.W, aku mahukan keampunan Allah ❞



Cita²nya hanya Syurga

❝ Apa cita² kamu wahai ✿Ta'labah? ❞

❝ Cita² aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa²ku. ❞


Lalu Rasulullah S.A.W berkata, 
❝ Wahai ✿Tha'labah, aku menjamin kpdmu apa yg kamu mahu & cita²mu. Inilah bukti taubatmu. ❞

Tidak lama selepas itu, ✿Tha'labah menghembuskan nafasnya yg terakhir di riba Rasulullah S.A.W.


Ketika mayat ✿Tha'labah siap dikafan & tiba masa utk dikebumikan, Rasulullah S.A.W datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kpd Rasulullah S.A.W utk rapat ke kubur ✿Tha'labah. 


Tapi Rasulullah S.A.W berjalan merapati kubur ✿Tha'labah dlm keadaan berjalan yg perlahan & seperti tersekat².


Sahabat² bertanya, 
❝ Wahai Rasulullah S.A.W, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah S.A.W berjalan dgn tidak selesa? ❞

Rasulullah S.A.W menjawab, 
❝ Kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yg hadir menghantar ✿Tha'labah ke kubur. ❞


Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama ✿Tha'labah. Betapa takutnya beliau dgn azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yg sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah S.A.W, begitu mengharap keampunan Allah SWT & akhirnya menhembus nafas yg terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, & jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!




Lihat diri kita. 


✐ Apakah kita menyesal & bertaubat setelah berbuat dosa yg sengaja? 


✐ Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yg tidak sengaja?



Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa² kita.


Wallahualam


3 Syaaban 1433H
R.U.M.A.H.K.U

2 123 Bingkisan Sahabat:

Ya Allah, byk dh dosa2 yg dh dibuat samada dlm sedar, dlm tak sedar.. mahu jadi seperti Tha'labah yg cita2nya hanya menghrapkan syurga Allah.. Tq 4 sharing,

samalah..moga Allah mengampunkan dosa2 kita samada dlm keadaan sengaja atau tak sengaja..sama2..moga bermanfaat =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...