Photobucket

Saturday, July 21, 2012

10 Ciri Individu Muslim

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:49 PM No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Salam Ramadhan Al-Mubarak [1 Ramadhan 1433H]!!!


Ramadhan Kareem | Allahu Akram


Alhamdulillah, Allah beri kesempatan utk kita menyambut bulan yg penuh keberkatan, bulan di mana pahala digandakan.


Alhamdulillah, Allah pilih kita utk melalui Ramadhan kali nie. Ada sahabat² yg sambut Ramadhan bersama² kita pd tahun lalu tapi tahun nie sudah tidak lagi kerana telah kembali kerahmatullah. Al-Fatihah buat mereka.


Entri 1 Ramadhan 1433H nie, cik Wana nak kongsi tentang ciri² INDIVIDU MUSLIM. Tahu tak apa itu INDIVIDU MUSLIM? Atau kita hanya tahu BAITUL MUSLIM.


Terfikir² juga adakah aku telah melepasi KPI (key perfomance indicator) Individu Muslim? Berapa % dah aku capai KPI utk Individu Muslim?


Moga entri nie bermanfaat utk kita mencapai status Individu Muslim yg Terbaik sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak nie. Jom teruskan bacaan =)




Muwasafat Tarbiyah adalah kriteria yg perlu ditanamkan dlm diri utk menjana keperibadian Muslim yg syumul.

10 Muwasofat Tarbiyah merupakan ciri² utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseorang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat dipisahkan dgn pembinaan muwasofat² ini sehingga dirinya terus dibaluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yg unggul.

Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini



Wajib ke atas setiap muslim memulakan dgn memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yg meletakkan ia di peringkat tertentu yg menjadikan ia mampu utk memikul tanggungjawab amal Islami❞ 



Muslim yg ingin mempersiapkan diri dlm perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan drpd manusia lain. Risalah Islam yg syumul ini hendaklah difahami dgn membentuk diri yg syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek² seorang da’ie Muslim dlm rangkanya utk menjadi seorang Muslim yg sempurna. Ciri² yg perlu ada pada diri ialah:



(1) Salimun Aqidah [Aqidah yg sejahtera]
✿ Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama & Muhammad s.a.w sebagai Nabi & Rasul yg terakhir. 


✿ Sentiasa muraqabah Allah & memperingati akhirat, memperbanyakkan nawafil & zikir


✿ Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa & syubhat



✿ Pemerincian ciri:
Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur
Tidak berhubung dgn Jin
Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik
Tidak mengusap kubur
Tidak meminta bantuan dari si mati
Tidak bersumpah dgn selain Allah
Tidak mempercayai adanya sial
Mengikhlaskan amal krn Allah
Mengimani rukun² Iman
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
Menerima sepenuhnya dari Allah & menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt

(2) Sohihul Ibadah [Ibadah yg Benar]
✿ Seorang da’ie perlu melakukan ibadah yg meninggikan roh & jiwanya


✿ Perlu belajar utk membetulkan amalannya & mengetahui halal seta haram


✿ Tidak melampau atau berkurang (wasatiah: pertengahan) atau dgn kata lainnya bersederhana dlm setiap urusan kehidupannya.


✿ Pemerincian ciri:
Tidak menolak utk azan
Bersuci dgn sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Sangat suka berjemaah di masjid
Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali
Menunaikan zakat
Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan
Ada niat utk menunaikan haji
Beriltizam dgn adab² tilawah
Khusyuk ketika membaca al-Quran
Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
Berdoa pada waktu² yg diutamakan
Mengakhiri harinya dgn taubat & istighfar
Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
Menjauhi dosa² besar
Sentiasa membaca zikir pagi
Sentiasa membaca zikir petang
Mengingati Allah swt pada setiap situasi
Menunaikan Nazar
Menyebarkan Salam
Menahan anggota dari perkara haram
Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

(3) Matinul Khuluq [Akhlak yg unggul]
✿ Akhlak kita adalah Al-Quran & ditunjukkan oleh Nabi saw


✿ Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Hasan Al-Banna dlm kewajipan dai’e iaitu sensitif, tawadu’, benar dlm perkataan & perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk & lain²


✿ Pemerincian ciri:
Tidak takabbur
Mempunyai pendirian
Tidak menipu
Tidak mencaci
Tidak mengadu domba
Tidak mengumpat
Tidak berdusta
Tidak mengejek
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
Mengasihi orang yg lebih muda
Menghormati orang yg lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya


(4) Qadiran Ala Kasbi [Mampu berdikari]
✿ Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. 


✿ Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan. Dlm keadaan tertentu, meletakkan jawatan & meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji & pendapatan yg diterima. 


✿ Dia hendaklah sentiasa melakukan  setiap kerja dgn betul & sebaiknya (ihsan). 


✿ Dlm soal kewangan, menjauhi riba dlm semua lapangan, menyimpan utk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran & memastikan setiap sen yg dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yg perlu dititikberatkan dlm kehidupan.


✿ Pemerincian ciri:
Mejauhi pekerjaaan yg haram
Menjauhi riba
Menjauhi judi
Menjauhi penipuan
Menunaikan zakat
Membuat simpanan walaupun sedikit
Tidak menangguh²kan tugasan yg diamanahkan
Memelihara harta awam
Memelihara harta peribadi


(5) Mutsaqqafal Fikri [Fikiran yg Berpengetahuan]
✿ Perlu berpengatahuan tentang Islam & maklumat am supaya mampu menceritakan kpd orang lain.


✿ Perlu bersumberkan kpd Al-Quran & Hadith serta diterangkan oleh ulama’ yg Thiqah.


✿ Pesan Imam Al-Banna: 
Perlu boleh membaca dgn baik, mempunyai perpustakaan sendiri & menjadi pakar dlm bidang yg diceburi.


✿ Mampu membaca Al-Quran dgn baik, tadabbur, mempelajari sirah, kisah salaf & mempelajari kaedah serta rahsia hukum yg penting



✿ Pemerincian ciri:
Mampu membaca & menulis dgn baik
Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
Memelihara hukum² tilawah
Menghafaz setengah dari hadith 40
Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
Mengkaji marhalah Makkah & menguasai ciri²nya yg penting
Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
Mengetahui hukum² taharah/bersuci
Mengetahui hukum² solat
Mengetahui hukum² puasa
Membaca sesuatu di luar bidang (4 jam seminggu)
Memahirkan diri dgn wasilah² moden
Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
Mengetahui pertubuhan² yg menyeleweng
Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
Mendengar dgn baik
Mampu memberikan pandangan
Bersedia menerima tugas² kolektif
Tidak menerima syubahat yg dilemparkan ke atas kita

(6) Qawiyyul Jism [Kuat Tubuh Badan]
✿ Dakwah adalah berat pada tanggungjawab & tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yg sihat & kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
Mukmin yg kuat itu lebih baik & lebih dikasihi Allah dari mukmin yg lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.


 Pesanan Hasan Al-Banna:
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah & tidak memakan atau minum suatu yg boleh & diketahui merosakkan badan.


 Pemerincian ciri:
Menjauhi perkara² haram
Menjauhi tempat² lalai yg diharamkan
Meninggalkan tempat² maksiat

(7) Mujahadah Ala nafsi [Mampu Melawan Nafsu]
✿ Seorang da’ie perlu mempunyai azam yg kuat utk melawan nafsunya & mengikut kehendak Islam.


✿ Tidak menghiraukan apa orang kata dlm mempraktikkan Islam yg sebenarnya.


✿ Dai’e mungkin akan melalui suasana sukar yg tidak akan dapat dihadapi oleh orang yg tidak biasa dgn kesusahan.



(8) Munazzamun fi Syu’unihi [Tersusun dlm Urusan/Berdisiplin]
✿ Utk manfaatkan waktu dgn baik, perlu penyusunan dlm segala urusan.


✿ Gunakan segala masa & tenaga tersusun utk manfaat Islam & Dakwah.



✿ Pemerincian ciri:
Penampilan yg elok
Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam


(9) Harithun Ala Waqtihi [Menjaga Waktu]
✿ Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yg tidak akan kembali semula.


✿ Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yg ada pada mereka.


✿ Pemerincian ciri:
Bangun awal
Menggunakan masa tertentu utk belajar

(10) Nafi’un Ligharihi [Bermanfaat kpd Orang Lain]
✿ Da’ie umpama lilin yg membakar diri utk menyuluh jalan orang lain. 


✿ Da’ie adalah penggerak kpd dakwah & Islam. Masa depan Islam, hidup & terkuburnya Islam bergantung kpd da’ie. 


✿ Amal Islam seorang da’ie ialah utk menyelamatkan orang lain drpd kesesatan. 


✿ Da’ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dlm hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.


✿ Pemerincian ciri:
Menunaikan hak ibu bapa
Menyertai majlis² kegembiraan
Membantu orang² yg memerlukan
Membimbing orang yg sesat
Berkahwin dgn pasangan yg sesuai



‘Supaya diri tidak lupa…’


Artikel drpd iluvislam.com

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...