Photobucket

Thursday, August 23, 2012

Perkahwinan Barakah Cik Cinderella

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:46 PM 2 comments


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd semua pembaca blog TERATAK PENDIDIK.  Maaf Zahir & Batin drpd cik Wana kalau ada silap & salah.

Taqabbalallahu minna wa minkum, shiyamana wa shiyamakum. Ja’anallaahu minal aidin wal faidzin
“Semoga Allah menerima amal² kita, Dan semoga Allah menjadikan kita termasuk dari orang² yg kembali dari perjuangan Ramadhan sebagai orang yg menang.”

Tahun nie ekonomi merosot sebab 1 sen duit raya pun tak dapat malah cik Wana yg kena keluarkan duit utk bagi duit raya. Haha. 

Tapi tahun nie tak dapat bagi lagi sebab duit gaji banyak melencong utk hal yg tak disangkakan. Mudah²an rezeki datang lagi ^^.

Cerita rezeki nie, Alhamdulillah ramai sahabat sekeliling yg mendirikan Bahtera Rumahtangga pada Bulan Syawal yg Mulia nie antaranya:
Kak Hajar Hussin & Zauj
Kak Raudhatul Jannah & Zauj

   Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin

Entri nie pun khas buat semua yg bakal mendirikan Bahtera Rumahtangga pada bila² masa. Jom baca.



Opss, opss, excuse me! Tumpang lalu ye... erk... maaf mak cik... erk akak! Hehe.

Terkocoh² dia meloloskan dirinya di celah² orang yg sudah mula membanjiri majlis perkahwinan itu. Dia sepatutnya menjadi pengapit kawannya, mujur sempat sampai! Kalau terlambat mahu kena ban friendship mereka selama 15 tahun tu!

Pintu kayu jati dikuak perlahan, takut menganggu tetamu istimewa di dlm yg tengah bersiap. Now dah pukul 11 pagi, sepatutnya dah readylah. Pagi tadi dia dah nikah, tapi buat antara family sahaja. Kebetulan dia sendiri tak dapat nak hadir pagi tu, so mampu hadir sebagai pengapit bertauliah sahaja.

Pandangan mata kedua sahabat itu bertaut. Tersengih² dia memandang keayuan wajah pengantin pada hari ini. Penat berbaur dgn perasaan serba salah sebab tak dapat datang nikah si Anisa pagi tadi. Anisa menjeling manja, saja nak balas dendam!

Anisa, sorrylah tadi aku memang tak sempat nak sampai. Ni dari KLIA tau aku berkejar datang ke majlis sanding ko! Straight dari Terengganu, Nady cuba meraih simpati. Sekejap saja seulas senyuman mekar di bibir mulus teman baiknya itu.

Aku saja je nak merajuk dgn ko. Aku faham, Anisa segera merapati Nady, mereka bersalaman & berpelukan. Dlm setahun juga mereka tak berjumpa. Sibuk dgn tanggungjawab & karier masing².

Ko sorang je? Mana mak andam? tanya Nady sambil merenung ke segenap ruang bilik Anisa. Kini, bilik Anisa terhias indah sebagai bilik raja sehari. Warna pilihan hati Anisa ialah putih & gold. Memang dewi kayangan sangat.

Aku tak perlukan mak andam. Solek simple je.

Eh? Kan lebih cantik kalau bersolek lebih sikit? Sekali sekala Anisa oi, sampuk Nady.

Tabarruj kan tu? Anisa tersenyum manis. Semanis kurma madu gitu. 

Sebenarnya, tak baik bersolek lebih² & berpakaian sehingga menarik perhatian orang. Bermewah² dlm perkahwinan pun, tak digalakkan dlm Islam, betul tak Nady?

Er... tabarruj... betul juga kata ko. Aku tak terfikir pulak. Em, kalau sehari je takkan tak boleh? Nady memandang wajah mulus Anisa. Anisa memang natural beauty. Wajahnya bukanlah Pan Asian, tapi keayuannya terserlah dgn kelembutan semula jadi dlm dirinya. Tak make up tebal, sebenarnya Anisa dah manis dipandang. Sekadar memakai sedikit celak, lip gloss & bedak di pipi supaya nampak lebih segar.

Anisa tersenyum lagi. Ai, memang murah betul dgn senyuman si Nisa hari ni. Hari kebahagiaan mungkin? getus hati kecil Nady.

Tabarruj haram. Tiada pengecualian. Aku berharap sangat perkahwinan kami ni dirahmati Allah & live happily ever after. Ini pun majlis sanding, bukanlah sanding pun, cuma utk makan² nak kabo kitorang dah kahwin. Pelamin tu buat pun utk korang bergambar, jelas Anisa sambil membetulkan baju kurungnya yg berwarna cream itu. Simple sangat! Cuma baju kurungnya jenis embroidery tapi tak terlalu menonjol. Baju nikah pagi tadi juga, cuma dia menambah veil berwarna keemasan perak di atas kepalanya utk memberi sedikit kelainan.

Eh, tak de makan beradab & photoshoot ke? Nady mengetap bibirnya. Takkan sempoi sangat! Tak bestlah beb.

Makan beradab...ada. Cuma aku request photographer perempuan. Ambil gambar utk kenang²an aje. Memang plan dgn Zafran nak buat sederhana je, tambah Anisa.

Nady terdiam. First time dia terdengar pasal photographer perempuan. Bukannya tak ada, tapi selalunya wedding ni, photographer lelaki yg diupah. Jaranglah kalau photographer perempuan tu.  Eh, memang tak ada kot sepanjang aku pergi wedding kawan² lain. Semuanya photographer lelaki yg shoot gambar.

Nisa, meh aku tolong pinkan veil ko ni. Macam senget sikit, pelawa Nady apabila melihat Anisa terkial² cuba mencucuk pin di tudungnya supaya veilnya tidak jatuh nanti.

Nady, aku ada terbaca dulu. Masa tu aku jahil lagi. Pasal isu ambil gambar wedding oleh photographer lelaki. Actually nak ambil gambar utk simpanan diri, dibolehkan. Kalau utk tatapan umum, jadi haram. Sebabnya jatuh haram tu apabila aksi² pasangan tu sangat mesra, berpelukan & segala bagai di depan photographer lelaki. Ada yg duduk atas riba suami, meniarap sama², lepas tu yg shoot gambar tu, lelaki. Aksi tu, sepatutnya lebih sopan & terjaga. Mungkin orang akan cakap skema....tapi ni agama dah gariskan. Sebab tu utk selamat, aku ambil photographer perempuan. Lagi pun, pilihan utk hire photographer perempuan tu ada, & bergambar bukanlah suatu yg wajib, kita pon bukannya darurat nak guna photographer lelaki, cerita Anisa panjang lebar. Nady ketap bibir. 

Aku kongsi apa yg aku tahu, Nady. Harap kau faham.

Eh, tak de apalah. Aku faham. Apa yg ko cakap tu, really make sense. Mungkin sekarang ni trend menguasai segalanya. Trend mengatasi hukum hakam agama. Bagus juga ko dapat praktikkan dlm perkahwinan ko, jawab Nady dgn perlahan. Dia terfikirkan tunangnya, seorang part time photographer.

Dah okay ke veil aku tu? tanya Anisa sambil memandang wajah Nady melalui cermin muka. Termenung pula cik akak ni. Mesti teringatkan tunang dia. Tapi, benda betul aku kena kongsi secara berkias.

Veil ko dah kemas dah.

Terima kasih. Cantik ko buat, puji Anisa sambil mencubit pipi Nady. 

Termenung ya. Jangan risau. Slow talk boleh, insyaAllah.

Nady mencebik. Uish, minah ni bukan cubit manja. Kuat juga cubitan dia. Terasa geli hatinya, Anisa seakan² dapat membaca isi hatinya.

Anisa, secara jujur aku suka tengok perkahwinan ko ni. Sederhana sangat. Simple & honestly takdelah macam raja sehari tapi masih nampak meriah dgn sanak saudara ko yg happening tu. Aku tengok baju ko pun, cantik tapi so simple! Memang cut cost abes ek? usik Nady sambil tergelak.

Amboi mulut. Aha kitorang tengah budgetlah juga ni. Ni baju wedding mak aku. Cantik lagi kan. Hehe recycle jek.


Tok! Tok!

Siapa? tanya Anisa.

Abang ni.

Anisa memandang Nady. Dia bingkas bangun utk membuka pintu utk suaminya.

Sorry kacau Nisa dgn kawan. Dah ready ke? Jap lagi dah boleh keluar. Terus makan beradab, ujar suami Anisa. Lelaki itu mengangkat tangan pada Nady sebagai tanda 'hai, selamat berkenalan'. Nady menganggukkan kepalanya.

Oh cepatnya. Tak sedar lak masa. Thanks abang tolong remind Nisa. Kejap lagi Nisa keluar dgn kawan ya. Oh Nady, kenalkan my husband, Zafran Zaki. Abang, kawan Nisa since sekolah rendah ni, Nadiah, boleh panggil Nady.

Assalamualaikum Nady. Terima kasih selama ni tolong jaga Nisa utk saya, ucap Zafran Zaki sambil tersenyum.

Err waalaikumussalam. Hehe, no hal. Dulu dia ni nakal tau. Sekarang aje sopan santun penuh tatasusila. Mungkin lepas jumpa En. Zafran kot, balas Nady. Gagap kejap dia mendengar salam drpd suami Anisa ni. Fuh, tawaduk habis gaya!

Banyaklah tatasusila! Bang, kejap lagi kita orang keluar ek, Anisa mencelah. Zafran Zaki sekadar mengangguk sambil menunjukkan thumbs up kpd isterinya. Kemudian, dia beredar keluar.

Eh?? Tak de kompang ke, berarak ke? soal Nady. Macam habis pelik wedding ini! Itu & ini tak ada! Eh, jaga ayat ko.

Anisa menggeleng. Gelengan Anisa tu sudah cukup utk menjelaskan persoalan di hati Nady. Nak kata kagum, entahlah. Nak kata rugi, tak juga. Sebab siapa dia nak judge Anisa. Allah Maha Mengetahui segalanya.

Minta maaflah wedding aku biasa je Nady. Tak meriah sangat, tak de kompang, karaoke ke apa, ujar Anisa, merendah diri.

Anisa, it's okay. Cuma aku terkedu kejaplah. Aku macam...wow. Ko betul² buat apa yg ko cakap. I mean, good for you. Honestly. Aku doakan wedding ko dirahmati & diredhai Allah, Nisa. Aku nak sangat tengok ko happy. Bukan senang ko nak jumpa seorang lelaki yg betul² ikhlas, kan? kata Nady sambil memegang bahu Anisa. Hatinya cukup tersentuh dgn kata² sahabatnya tadi. Bukan dia nak memperlekehkan. Cuma, culture shock man! Mungkin tahap pendedahannya dlm ilmu agama sangat nipis. Ada certain benda yg Anisa sebut tadi, dia tak pernah tahu.

Terima kasih ko share dgn aku....ilmu yg bermakna ni. I'll keep it in my mind for my wedding.

Em, Nady. Terima kasih datang. Sebenarnya tak senang aku & Zafran utk yakinkan mak Zafran nak buat wedding simple camni. Kalau ikutkan mak Zafran, dia nak buat grand habis. Sebab Zafrankan anak bongsu lelaki dia sorang aje. Sebenarnya, ni pun idea Zafran juga. Dia berkeras nak buat simple camni. Aku pun, syukur.

Alhamdulillah. Semoga perkahwinan ko diberkati. Eh jom kita keluar. Tak pasal En. Zafran ko tu kebuluran pulak. Nady menarik Anisa ke muka pintu. Baju dah cantik, muka dah cun, cuma perut aje perlu diisi. Mari!

Aku tahu, ko bab makan nombor satu. Don't worry, aku dah ready nasi putih utk ko. Ko kan tak suka makan nasi minyak.❞ Anisa ketawa. Nady mencebik, tetapi hatinya berbunga riang krn sahabat lamanya masih mengingati makanan allergiknya itu.

Anisa, ku doakan kau bahagia! 

Credit to ISLAM

 Subhanallah, sungguh indah majlis perkahwinan begini dgn pasangan yg faham tentang Islam. InsyaAllah perkahwinan penuh barakah drpd Allah. Moga cik Wana pun dapat jodoh begini agar dapat membina keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah. Amin

 Ayuh kita bersiap siaga utk menjadi perisai kekuatan bahtera baitul muslim yg bakal dibina. Persiapkan diri kita dgn kalsium IMAN, riadah AMAL & vitamin TAQWA utk menjadi tulung rusuk syabab yg hebat HATI & IMANnya demi mendaulatkan kembali kegemilangan ummat Islam yg TERHEBAT!!!

Wallahualam

2 123 Bingkisan Sahabat:

salam ziarah....ingtknkn citer awk yg kawen td...hehe...bln syawal ni mmg ramai member2 sy kawen

syukran sbb ziarah...kena doakan ketemu calon la dlu baru boleh kawen..hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...