Photobucket

Thursday, December 27, 2012

Memori Sambutan Tahun Baru 2012 di Selangor

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:57 AM No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Beberapa hari lagi tahun 2012 akan melabuhkan tirai & tahun 2013 mengambil gilirannya. Tiada yg menarik pun.

Tapi saat ni membuatkan cik Wana teringat kenangan lalu memandangkan itu kali pertama & terakhir menyambut Tahun Baru bersama² sahabat² yg dikasihi krn Allah dgn pengisian yg amat berilmiah. Subhanallah.


"Jaulah Ghuraba' Generation"

Alhamdulillah 31 Disember 2011 & 1 Januari 2012 dipenuhi dgn aktiviti yg bermanfaat. Tidak rugi rasanya meninggalkan buku  selama 2 hari sempena studyweek bagi memenuhi aktiviti bersama sahabat.

Bermula drpd Tanjung Malim menuju ke Kapar utk PERASMIAN  PEMBUKAAN PASTI IMTIYAAZ, Kampung Sungai Serdang. Singgah ke DARUL ISLAH LIL-BANAT utk bergambar. Melampau! Sebenarnya Ustaz Anhar ada suruh singgah & kami tidak melepaskan peluang yg ada utk bergambar. Sejuk mata melihat adik² muslimah Darul Islah yg kesemuanya berpurdah.



Perjalanan diteruskan menadah ilmu di teratak Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin Meru, Klang. Kehidupan seorang ulama' yg sederhana, teratak yg sentiasa bersih & kemas tetapi up-to-date dgn teknologi terkini.



Tidak sempurna jaulah tanpa singgah di teratak kak Atiqah Hasbi di Shah Alam walaupun ia tidak termasuk dlm tentatif. Walaupun ia aktiviti adhoc tapi Alhamdulillah kami belajar ilmu memasak dari tuan rumah. 

Lokasi terakhir yg ingin dituju adalah di Dataran Shah Alam utk Sambutan Tahun Baru Islamik 2012 kelolaan Kerajaan Negeri Selangor. Agak kelewatan memandang semua parking penuh.

Seriously, teruja dgn keadaan di sana krn dipenuhi lautan manusia yg berbondong² memenuhi dataran. Dijangkakan kehadiran hampir 100,000 orang terutama golongan muda pada Program Jom Santai Bersama GeMS - Generasi Idaman Selangor itu. 




Sebenarnya Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak merupakan antara acara yg paling ditunggu² walaupun banyak juga individu yg bersama² menjayakan program itu

Antara selebriti agama yg hadir selain Ustaz Azhar Idrus adalah Ustaz Akhil Hayy, Imam Muda Asyraf & Ustaz Syed Hisham manakala artis popular pula Sham Kamikaze, Dakmie & Shahir.


 


✿.✿.M U KA D I M A H ✿.✿.


Hihi... Sebenar bahagian atas tu nak mengimbas memori lalu & bahagian bawah nie tujuan sebenar update blog. Teruskanlah membaca. 

Ini ada sedikit ilmu drpd Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak pada malam 'count-up' (31/12/11, Sabtu)


1. Apakah hukum sambut countdown?
UAI: "countdown tu mende"...???
Zizan: !@#$*... emm..."Count tu kira. Down tu bawah... 2011 ke 2012..."
UAI: "count up la gitu..11 ke 12...."
Zizan: !@#*.... =)

Kata ulama' countdown bukan perayaan, ianya jatuh haram mengikut cara (perbuatan) kita. Jatuh haram sekiranya sambut dgn buat maksiat, minum arak, judi, ambil dadah & lain².


2. Apakah hukum main bunga api?

Ulama'² sepakat menyatakan setiap perbuatan yg ada membazir, tidak harus (sama ada makruh atau haram). Jika beli sedikit mercun kemudian bakar, makruh krn membazir sedikit duit. Sekiranya membazir berlebihan jadi haram. Contohnya beli sampai beratus², beribu² ringgit. Kalau bunga api utk sambutan tahun baru terang² haram krn ambil duit rakyat beratus² ribu ringgit, pembaziran yg nyata.


3. Pandu kereta seorang² pada pukul 3 pagi. Sampai kat lampu isyarat ia lampu merah. Boleh tak nak teruskan krn tiada kenderaan lain ketika itu, jalan sunyi?

Peraturan kerajaan buat bagi menyelesaikan mashalahatan rakyat. Lampu isyarat dicipta utk jalan yg sibuk/sesak. Di jalan kampung ada lampu isyarat tak? Tiada sebab jalan kampung tak sibuk. Boleh jalan, jika yakin tiada kenderaan lain ketika itu (dari arah kiri, kanan, depan) & yakin tiada mudarat kpd orang lain. Peraturan manusia boleh ditukar mengikut keadaan tetapi UNDANG² ALLAH (Al-Quran) tak boleh diubah sampai bila².


4. Betul ke alat muzik tu najis? 
UAI: "Betul... Sekiranya ada tahi ayam pada alat muzik itu"....=)

Najis ialah benda yg keluar dari kemaluan. Kalau binatang seperti anjing & babi serta haiwan mati (bangkai) juga najis. Jika main alat muzik sampai lalai, tu yg jadi haram. Bunyi²an ni dibenarkan, dalilnya dlm kitab² bab Nikmat Syurga: "Allah ada sediakan bunyi²an di dlm syurga nanti..."


5. Isteri kena hiburkan suami di rumah. Kalau suara isteri tak sedap kena nyanyi juga ke?

Tujuan hiburkan suami utk mengeratkan kasih sayang dlm rumah tangga. Hiburkan suami bukan dgn nyanyi je, macam² cara boleh. Isteri hiburan suami dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dgn cara cakap boleh hiburkan suami, cara berjalan juga. Nie tidak, bila kat opis berjalan "catwalk", dlm rumah pula "elephantwalk". Cara layanan juga hiburkan hati suami.



6. Hiburan itu haram sebab melalaikan. Apa pendapat ustaz?

Manusia memang suka kpd permainan & hiburan. Islam bukan agama menghalang (semuanya haram) tetapi agama mendidik. hiburan dibenarkan cuma kita yg tak pandai jaga diri (lalai dari perkara wajib, mabuk, maksiat). Tu yg jd haram tu. Boleh hiburkan diri sekejap setelah penat kerja atau beribadah. Boleh bermain supaya tak bosan. Allah juga hendakkan supaya hamba²nya sihat & cergas utk melakukan kerja & kewajipan² lain. Niat dlm hati, hiburan krn Allah.


7. Saya tengok vcd kuliah ustaz. Ustaz kata, perempuan tak wajib pakai tudung. Lepas tu vcd lekat, tak boleh nak tengok ayat seterusnya. Betul ke perempuan tak wajib pakai tudung?

Betul perempuan tak wajib pakai tudung, yg WAJIB ADALAH TUTUP SELURUH AURAT. Aurat ialah apa² bahagian pada anggota badan yg tidak boleh dilihat oleh lelaki yg bukan mahram. Kalau pakai tudung tapi nampak juga rambut kat dlm (tudung nipis bayang), haram juga. Kalau pakai tudung tapi rambut keluar (jambul), haram juga. Pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek, haram juga. Pakai tudung singkat, haram jugak. Jadi tutuplah aurat. WAJIB!!! Faham molek.


8. Masa duduk tahiyat awal, anak datang duduk atas peha. Batal tak?
UAI: "Batal...sekiranya si ayah terkentut..." =)

Tak batal sebenarnya kecuali jika si anak itu dlm keadaan bernajis. Dalilnya, pernah satu ketika Rasulullah  ﷺ sedang sujud & cucu baginda ﷺ iaitu Saidina Hussin tiba² naik atas belakang baginda. Baginda ﷺ sujud lama². Tidak terus bangun krn fikirkan cucunya tak puas lagi bermain & juga bimbang sekiranya Saidina Hussin terjatuh jika baginda ﷺ bangun. Dlm solat, boleh meraikan kanak².


9. Babpe (kenapa) ustaz tak berpasangan dgn Zizan masuk Raja Lawak?

Ustaz mengajar utk tarik minat orang muda. Kalau mengajar lurus mendatar (straight) aje, orang muda tak berapa suka. Datang 2, 3 kali pastu tak datang dah sebab bosan. Kena pelbagaikan cara. Alhamdulillah, orang muda datang kuliah. Yg tak suka datang kuliah, jadi suka datang kuliah. Kita nak hasilnya.


10. Saya suka tengok cerita hantu sampai takut nak ke dapur waktu malam. Isteri saya lagilah takut. Apa hukum tengok cerita hantu?

Sengaja tengok suatu benda yg buat kita takut tetapi benda takut tu tak berfaedah adalah makruh. Kalau tengok suatu benda yg membawa takut kpd akhirat (ALLAH), contohnya tengok orang mati adalah sunatJika takut pada benda yg hanya lakonan (filem/drama) maknanya kita 'tak sihat'. 


11. Saya nak derma tabung masjid RM10 tetapi terambil duit RM50 & termasuk ke dlm tabung masjid. Boleh tak saya nak minta balik (baki)?

Boleh minta balik dgn syarat kena bersumpah dulu. Jika imam tak yakin dgn dia, imam tak wajib bagi. Fikirkan hikmah... Mungkin Allah nak bagi ganjaran yg besar pada kita. Redha sajalah.


12. Kenapa wanita suka berbelanja? Isteri saya janji, sekali ni je tapi beli juga. =)

Wanita macam budak² suka membeli. Contohnya budak², pantang tengok mainan terus je nak padahal mainan dah banyak kat rumah. Macam juga wanita, padahal baju, kasut banyak dlm almari yg tak pakai lagi. Nak beli lagi... Wanita memang suka tengok benda yg cantik. Memang tugas suami cari duit, isteri habiskan duit. Kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa lagi? Kalau bukan isteri, siapa lagi yg nak beli periuk, kuali & lain². Suami jangan marah, isteri besar jasanya. Tolong beranakkan anak², jaga anak², basuh baju, masak, kemaskan rumah & lain².


13. Saya rajin berkerja, taat perintah agama & solat tak tinggal. Boleh tak nak jadi menantu ustaz?

Boleh. Dlm hadis pun Nabi ﷺ berpesan, jika ada seorang lelaki yg beragama datang meminta anakmu maka segerakanlah menerimanya. Nabi ﷺ tak syaratkan mengambil menantu yg PANDAI AGAMA (ulama, ustaz, al-hafiz) tetapi cukuplah yg JAGA AGAMA (bersolat 5 waktu, berpuasa penuh &lain²).


14. Apakah hukumnya mengambil wudhu' dlm keadaan bogel?

Ulama' sepakat menyatakan HARAM mengambil wudhu' berbogel di khalayak ramai. Jika di dlm bilik air rumah hukumnya makruh.


✿.✿.✿ T A M A T ✿.✿.

Alhamdulillah memang menarik "Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak".  Memang santai. Walaupun agak lucu jawapan UAI tapi insyaAllah boleh diterima pakai bagi menjalani kehidupan sebagai umat Islam.

InsyaAllah Program Jom Santai Bersama GeMS - Generasi Idaman Selangor kembali lagi dgn membawa tema Karnival Pendidikan Selangor & Sambutan Ambang 13.

Jangan lepaskan peluang. Wallahualam


0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...