Assalamualaikum & salam sejahtera...
InsyaAllah hari ini cik Wana nak share satu kisah... Kisahnya bermula di sini...
Rasa berdebar mendengar intro soalan yang diajukan oleh pelajar aspuri kepadaku semasa kami usai sahaja solat Maghrib secara berjemaah di Surau An-Na'im, Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL) yang lalu.
"Tanyalah, tapi kalau soalan susah nanti cikgu cari talian hayat, hihi."
Sambil tersenyum dan berdoa dalam hati agar mereka tidak bertanya soalan yang cepu mas terutamanya bab 'bila nak kahwin?.'
"Cikgu bekas pelajar sekolah ini, lepas tu cikgu pula ajar Matematik dan Kimia tapi.... kenapa boleh terjebak pakai tudung labuh ini? Sekolah kita hanya ada seorang dua sahaja pelajar yang pakai tudung labuh itupun sebab sekolah lama mereka sekolah agama sebelum masuk sini. Kami tengok gambar cikgu kat majalah sekolah dulu semua pakai tudung biasa saja. Sharelah cerita, mana tahu suatu hari nanti kami juga boleh jadi seperti cikgu."
Tersenyum aku sebaik sahaja mendengar soalan yang diutarakan oleh pelajar itu. Secara tidak langsung terimbas kenangan-kenangan lalu yang membawa aku memilih penampilan seperti ini. Kisahnya bermula pada zaman sekolah lagi. Ayuh sama-sama kita selusuri, moga ada yang membaca turut sama-sama berkeinginan sepertiku jua suatu hari nanti.
Hikmah 1: Zaman Sekolah
Ketika di tingkatan 4, aku bersama Najlaa, Rahmah, Syahrul, Razali dan Shahmen terpilih mengikuti satu program Islamik iaitu Nadwah Kepimpinan Islam (NKI) 2005 yang telah diadakan di SBPI Rawang, Selangor. Rasa gembira memandangkan itu merupakan kali pertama mewakili sekolah ke semenanjung.
Sebaik sahaja sampai di tempat program, terasa kaki ingin melangkah kembali ke sekolah memandangkan hampir 80% pelajar perempuan yang hadir memakai tudung labuh. Malu plus segan bermain-main di sanubari kerana diri ini hanya bertudung singkat. Bagaimana aku ingin berprogram selama 5 hari ni? Tidak disangka-sangka ada juga pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang bertudung labuh.

Sebenarnya aku jenis teruja dan suka melihat orang bertudung labuh sebab nampak ayu dan cantik sahaja. Sejuk mata melihat wajah mereka. Kebetulan, aku sudah lama tidak melihat orang bertudung labuh memandangkan ketika aku di tingkatan 1 sehingga 4 di SMSL, kami tidak mempunyai seorang pun ustazah. Kami hanya diajar oleh beberapa orang ustaz.
Terasa kerdil sepanjang berada di program ini. Melihat pandangan peserta lain terhadap kami semakin membuatkan aku mengambil masa untuk mengenali peserta-peserta lain.
Nasib baik aku berada di kumpulan yang sangat memahami dan banyak ilmu terutamanya bab agama yang aku pelajari daripada mereka.
Dan ketika hari terakhir program aku pernah berkata
Mungkin kata-kata yang di"amin"kan oleh sahabat-sahabat yang baik dan solehah menjadi asbab aku sebegini.
Dan ketika hari terakhir program aku pernah berkata
"Mudah-mudahan aku juga seperti kalian."
Mungkin kata-kata yang di"amin"kan oleh sahabat-sahabat yang baik dan solehah menjadi asbab aku sebegini.
Hikmah 2: Zaman Matrikulasi
Semasa aku sedang sibuk mendaftarkan diri hari pertama di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), tiba-tiba aku terserempak dengan seorang wanita bertudung labuh.
"Dik, boleh akak cakap sesuatu. Cara pakai tudung dah baik dan cantik. Tak selempang tudung tapi kenapa tak pakai stoking kaki."
Agak terkejut dengan pertanyaan wanita itu. Aku menarik muka tidak puas hati dengan teguran itu. Saat aku sedang sibuk boleh pula dia menahan aku semata-mata ingin memberitahu tentang stoking.
Tapi sebenarnya semasa mendaftar di KML aku memang tidak memakai pakaian yang sepatutnya (baju kurung dan berkasut) memandangkan surat kemasukan ke KML tercicir. Walau bagaimanapun, aku tetap dibenarkan mendaftar dengan status 'tercicir dan dibenarkan memakai pakaian biasa'.
Entah bagaimana, sepanjang orientasi KML sentiasa pula terserempak dengan wanita itu. Rupa-rupanya dia merupakan salah seorang fasilitator orientasi KML ketika itu.
Pada hari terakhir orientasi, Allah memberi peluang aku untuk hadir ke Surau Al-Irfaan, KML mendengar pengisian insan pertama yang menegur aku di KML. Allahurabbi, menitik air mata mendengar pengisian daripada kakak itu. Rupa-rupanya, dia seorang muallaf yang baru memasuki Islam beberapa bulan yang lalu dan memilih untuk membawa penampilan sebagai seorang muslimah yang bertudung labuh.
"Terima kasih kak Balqis Khairina, Allah hadirkan dikau untuk menegur aku."
Bermula di KML aku berjinak-jinak memakai stoking walaupun masih memakai tudung singkat, bergaul dengan sahabat-sahabat Al-Irfaan dan meneruskan keterlibatan dalam usrah seperti zaman sekolah dulu.
Teringat aku semasa hari terakhir usrah di KML akan pesanan kakak usrah yang perlu aku bawa ketika masuk universiti nanti iaitu:
Berubahlah jadi yang lebih baik.
Kalau nak cari sahabat, cari di surau universiti masing-masing.
Hikmah 3: Universiti
Aku bermula dengan 5 helai tudung bersaiz 48 semasa memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Aku membawa azam dan harapan tinggi apabila menjejak kaki ke UPSI.
Alhamdulillah, seperti Allah sedang menjaga aku bermula melangkah kaki di UPSI di mana aku ditakdirkan sebilik dengan seorang kakak tahun akhir yang bertudung labuh iaitu Kak Mastura. Kak Mas banyak membawa aku ke program agama di peringkat kolej yang selalu diadakan di Surau Ar-Rasyidin, Kolej Harun Aminurrashid (KHAR).

Di Surau Ar-Rasyidin aku mula mengenali ramai sahabat yang berkeinginan sepertiku. Kami selalu bersama-sama ketika program, berbuka puasa bersama-sama, solat berjemaah dan berprogram bersama-sama. Alhamdulillah bermula di Surau Ar-Rasyidin ukhuwah kami sentiasa bertaut, saling membantu dalam pelbagai perkara.
Hari demi hari banyak perkara yang aku pelajari yakni bukan sahaja di bidang akademik malah di bidang agama. Memandangkan aku hanya kembali ke Labuan ketika hujung semester genap (2, 4, & 6), keluargaku sedikit terkejut dengan pilihanku. Tapi Alhamdulillah, mereka menerima dengan hati terbuka.
Hikmah 4: Roomate
Secara jujurnya agak susah mencari tudung bidang besar di Tanjung Malim, Perak. Seluruh pekan dilawati tapi tidak berjumpa juga dengan pilihan hati. Dalam kesibukan mencari tudung yang menepati syariat Islam, ditakdirkan pula semasa pengajian di UPSI, aku sebilik dengan pengguna tegar Tudung Nur. Hampir setiap semester pasti dia akan memesan Tudung Nur melalui pos. Di situlah aku mula mengenali Tudung Nur.

Semasa praktikal di Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih (SAMSHSB), Klang, dia turut menolong beberapa orang guru untuk membeli Tudung Nur melalui laman web http://tudungnur.com/.
Suatu hari aku dan Fiezah ke satu program di mana kebetulan ketika itu terdapat jualan tudung labuh dan jubah. Di situlah aku pertama kali membeli Tudung Nur jenis Tudung Kaktus sebanyak 3 helai daripada pengedar Tudung Nur. Pengedar itu turut memberikan aku alamat kedai Tudung Nur sekiranya ingin mencari Tudung Kaktus yang pelbagai corak dan warna.

Memandangkan selesa memakai Tudung Kaktus, aku bercadang ingin ke kedai Tudung Nur untuk memilih sendiri tudung yang bersesuaian denganku.
Allahuakhbar. Allah Maha Mendengar!!! Allah mendengar dan mengetahui suara hatiku.
Akhirnya suatu hari aku berpeluang untuk menjejakkan kaki ke kedai Tudung Nur di Gombak. Kebetulan ketika itu aku menghadiri program di Taman Melewar. Banyak sangat tudung membuatkan aku rambang mata untuk memilih tetapi jenis Tudung Kaktus juga jadi pilihan hati daripada pelbagai tudung yang ada. Alhamdulillah dapat lagi menambah tiga koleksi Tudung Kaktus yang berlainan warna dan corak.
Tudung Kaktus menjadi pilihan hati berbanding jenis tudung yang lain memandangkan ia
mudah diurus,
tahan kedut,
tak perlu gosok,
ringan
sesuai dengan bentuk mukaku.
Walau bagaimanapun, aku hanya memakai Tudung Kaktus ketika memakai jubah dan baju sukan yang tidak banyak corak.
Sehingga hari ini aku memiliki 10 helai Tudung Kaktus pelbagai warna dan corak.
Setakat ini sahaja celotehku. Wallahualam.
Sehingga hari ini aku memiliki 10 helai Tudung Kaktus pelbagai warna dan corak.
Setakat ini sahaja celotehku. Wallahualam.
"Terima kasih Ya Allah, Engkau hadirkan sahabat-sahabat terbaik buatku di sepanjang aku melayari kehidupan sebagai seorang pelajar dan mereka masih tetap menemaniku walaupun kami sudah bertebaran di bumiMu. Engkau rahmati, sayangi dan jagalah mereka semua. Tetapkan hati kami agar sentiasa ISTIQAMAH dalam melaksanakan suruhanMu dan meninggalkan laranganMu."
![](http://1.bp.blogspot.com/-DQ_7FtgNCcM/TaSPfOtppwI/AAAAAAAACbQ/QpkCFjCxjDQ/s1600/41335A863BC641DFF9C3809413B205C8.png)
7 123 Bingkisan Sahabat:
Assalamu'alaikum Kak Wana , akak ada wechat tak ? Nak berkenalan
waalaikumussalam...maaf dik..akak x ada wechat lg.. guna whatsup je..
Alaa sedihnya . Whatsapp tk boleh guna
singgah kat fb akak la..
https://www.facebook.com/herwana.herman
Salam..APA wassap akak
dah ada wechat:herwana herman
Post a Comment