Photobucket
Showing posts with label PRK. Show all posts
Showing posts with label PRK. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Corat Coret PRK: Kenali CALON MPP UPSI

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:19 PM


Assalamualaikum, 
Selamat sejahtera,
Salam Pilihan Raya Kampus se-Malaysia.

Walaupun sudah bergraduat tapi kehangatan Pilihan Raya Kampus (PRK) masih terasa sehingga hari ini. Terlalu banyak kenangan yg terukir sehingga tidak mampu melupakan saat itu.

Rasanya setiap kali PRK cik Wana tidak pernah ketinggalan utk mencoret tentang PRK promote calon Mahasiswa Pendidik (MP) termasuklah promote DIRI SENDIRI. Tak percaya mari tengok kat sini

Before promote calon MP, u all nie tahu tak apa itu PRK?

Ini saja calon Mahasiswa Pendidik yg bertanding. InsyaAllah ini pilihan terbaik Allah.

PRK stands for Pilihan Raya Kampus. PRK merupakan satu platform di mana calon² yg berhasrat utk memegang kerusi kepimpinan  Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bertanding melalui proses pilihan raya. 

Secara ringkasnya, kalian dikehendaki utk mengundi calon² yg telah lulus semasa proses penamaan calon utk bertanding. Tetapi harus diingatkan, bukan senang² & suka² kita nak undi mana² calon. 

Kita bukan BUDAK SEKOLAH lagi. Mahasiswa yg matang & berintelek haruslah mengenali siapa calon² yg harus diundi. Di sinilah fungsi rapat umum diadakan, di mana calon² akan memperkenalkan diri & membentangkan manifesto masing²

Manifesto yg dibentangkan merupakan matlamat mereka. Jika kalian yakin pada seseorang calon tersebut, berilah sokongan utk mereka berusaha menjadikan manifesto itu satu realiti. 

USAHA yg dinilai ALLAH adalah dgn hati yg ikhlas. Pilihlah calon yg mampu membawa kalian ke arah yg lebih baik dgn cara yg betul. 



Kpd para senior, rajin²lah explain to our juniors about this matter. Masih ramai yg kabur tentang PRK & kepentingannya. 

Masa kita tak banyak. Ada 6 jam sahaja lagi masa berkempen. Ingat esok hari SELASA bersamaan 25 SEPTEMBER 2012, proses buang undi akan berlangsung bagi pemilihan MPP UPSI 2012/2013

Last but not least, jom kenali 3 Calon UMUM MP & 1 Calon FAKULTI MP yg bertanding, 1 Calon FAKULTI MP yg menang tanpa bertanding.

Maghfur: Calon UMUM.

Shahrul: Calon UMUM.

Husnil: Calon UMUM.

SyafiQ: Calon Fakulti Bahasa & Komunikasi.

AtiQah: Fakulti Sains & Matematik. Dalam SEJARAH, calon MP menang tanpa bertanding di kerusi yg cik Wana pernah bertanding dulu. Tahniah wa takziah dik atas kemenangan.


Semoga pimpinan MPP pada kali ini mampu menjadi peneraju ummat, penyambung perjuangan para nabi & rasul. Tujuan kita yg utama masih satu, walau dari kumpulan mana (Mahasiswa Pendidik atau We Love UPSI) pun kita berada, semoga kalimah Allah menjadi paksi pucuk pimpinan yg akan datang & kebajikan seluruh Mahasiswa terbela. InsyaALLAH. 

Wallahualam. 


P/S: 
# Maaflah calon² We Love UPSI, satu pun antara kamu cik Wana tak kenal so tak dapatlah promote.
# Ada 7 kerusi sahaja belum diketahui (5 kerusi UMUM & 2 kerusi Fakulti Bahasa & Komunikasi). 21 kerusi telah dimenangi We Love UPSI & 1 kerusi telah dimenangi Mahasiswa Pendidik. Hambarkan PRK kali ni?
# Perkembangan terkini boleh tengok di page KAMI SOKONG MAHASISWA PENDIDIK. Cik Wana pun copypaste dari situ je.

Saturday, September 22, 2012

Corat Coret PRK: Sabotaj Memang Hobi Mereka

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:59 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera.


"Jasad di program kawasan, jiwa di kampus"


Berita Panas!!! Berita Panas!!! Berita Panas!!!

Tak panas sangat dah sebab UPSIKINI & Kami Sokong Mahasiswa Pendidik dah mention pun kat wall masing².

Tapi nak cerita gak yg 6 mahasiswa dinafikan pencalonan disebabkan tidak mengisi ruangan manifesto pada borang penamaan calon MPP sedangkan perkara tersebut dikatakan tidak termasuk dlm syarat pemilihan. 

Apalah gunanya bagi Buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris kalau sendiri pun tak baca peraturan tue.

2 kali aku khatam baca Buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris [bukan riak tapi nak bagitau je] semasa bertanding Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris sesi 2010/2011 & menjadi pengurus calon bagi Nadia Shazwani semasa dia bertanding Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris sesi 2011/2012.

Dlm buku tue tertera perkataan  Calon dikehendaki menulis manifesto pada borang penamaan calon di ruang yg disediakan JIKA ADA. [cuba rujuk buku peraturan]




Antara borang yg tiada manifesto pada borang tapi semasa rapat umum mereka bentangkan manifesto mereka.

Mungkin kelainan utk tahun ini pihak Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar telah menggugurkan perkataan JIKA ADA pada borang pencalonan tapi dlm Buku Peraturan masih ada. Perbetulkan aku jika salah.

Aku faham perasaan orang yg dibantah borangnya. Sedih, kecewa, terkilan, bersalah & lain² bersarang dijiwanya.

Aku juga pernah mengalaminya pada PRK 2010 yg lalu apabila borangku dibantah krn kesalahan kecil apabila tulisanku yg besar gedabak nie keluar dari ruangan yg disediakan. 

Pelikkan ASPIRASI nie? Sanggup mengeluarkan duit RM100 utk buat bantahan.

RM100?

U all tak tahu ke? Satu bantahan bernilai RM100 & calon yg bertanding di kerusi yg sama sahaja boleh membuat bantahan.

Pada masa tue, aku nangis je terus. Rasa down & macam² lagi. Alhamdulillah bantahan ditolak sebab kesalahan TEKNIKAL. 

Utk kali ini (2012) ASPIRASI membelanjakan RM600 utk membuat bantahan pada borang penamaan calon Mahasiswa Pendidik. Tahniah!!! Banyak duit ^____^

Ah, dunia ini takkan adil andaikata pemimpinnya tidak adil. Allah saja yg MAHA ADIL. Moga yg terbaik itu ditunjukkan oleh Allah.



InsyaAllah semua akan dibentangkan oleh Allah di MahkamahNya kelak kalau tak diselesaikan di dunia yg fana ini. Berhati²lah bagi yg bersyubahat.

Wallahualam.

Friday, February 18, 2011

Corat Coret PRK: PRK UPSI KEMBALI LAGI

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:48 AM

Jom M'gundi & Bicara Tulus Buat Sahabat Yg Sedang B'juang


[1] Menurut pandangan Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Islam m'ganggap p'yertaan seseorg dlm pilihanraya & pungutan suara serupa dgn m'beri kesaksian bhw calon yg dipilih adalah baik.

[2] Pd pandangan beliau lagi, sesiapa yg m'berikan undian/suaranya kpd seorg calon krn alasan kerabat dekat atau sekampung, atau krn b'harap dpt m'gambil manfaat bila calon itu t'pilih nanti, maka dia telah menentang firman Allah di dlm surah at-Talaq: 2 yg b'maksud, 
“Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu krn Allah.”

[3] Manakala sesiapa yg tidak menunaikan kewajipannya dlm pilihan raya (tidak keluar m'gundi) sehingga golongan yg jujur kalah & golongan yg tidak layak memimpin menang dgn suara majoriti, maka dia juga telah menentang perintah Allah dlm memberi kesaksian.

Firman Allah di dlm surah al-Baqarah: 282 yg b'maksud, “Jgnlah saksi² itu enggan (m'beri keterangan) apabila mereka dipanggil.” “Dan janganlah kalian (para saksi) m'yembunyikan kesaksiannya & sesiapa m'yembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah org² yg b'dosa hatinya.” (al-Baqarah: 283)

[4] Walaupun perkara² di atas lebih ditujukan kpd piliharaya utk menentukan kerajaan bg sesebuah negara, saya b'pandangan, prinsipnya tetap sama dlm Pilihanraya Kampus (& mana² pemilihan utk melantik kepimpinan) iaitu kewajipan m'beri kesaksian (wajib turun m'gundi), m'beri p'yaksian yg benar (mesti pilih calon yg t'baik) & dilarang m'yembunyikan p'yaksian (tidak boleh utk tidak m'gundi).

CALON
Calon² pemimpin mahasiswa Islam mestilah b'gerak utk m'gurus politik & m'yampaikan dakwah yg matlamatnya adalah utk ubudiyyah kpd Allah. Mereka perlu b'usaha m'buka mata masyarakat & m'pamerkan bhw Islam ialah “solution” atau p'yelesaian bagi setiap masalah sosial (& lain²) yg timbul. Penerapan dakwah & konsep amar ma’ruf nahi mungkar diperjuangkan utk m'bentuk satu biah yg Islamik & b'sesuaian dgn perintah Allah & sunnah Rasulullah s.a.w.

KEMPEN
Budaya kempen & gerak kerja piliharaya yg lain mestilah jauh dari unsur provokasi & sekadar melancarkan serangan persepsi – walaupun itulah unsur politik – , namun adalah lebih baik jika ia diisi dgn ilmu & informasi yg benar  & b'manfaat serta menonjolkan qudwah yg baik kpd massa.

PILIHANRAYA
Pilihanraya peringkat mahasiswa bukan medan merebut kuasa. Pemilihan peringkat kampus bukannya medan m'balas dendam atau menunjuk siapa yg lebih gagah & lebih kuat. Tetapi pilihanraya kampus adalah medan yg t'baik utk m'yemai hikmah & m'yubur adab sebagai mana yg t'gambar melalui tema Taman Ilmu & Budi, UIAM t'cinta ini.

SERUAN SAYA
Diharapkan kpd semua calon, agar dpt b'tanding dlm suasana & semangat ukhuwwah Islamiyyah serta m'jadikan PRK sebagai medan dakwah & tarbiyyah. Walaupun b'beza tujuan & sbb² p'yertaan dlm PRK, namun ats nama Islam, saya b'harap calon² dpt b'temu dgn setiap pljr(mad’u) utk m'yampaikan mesej yg t'kandung dlm ucapan saidina Umar al-Khattab:

“Kita adalah suatu kaum yg diberi kemulian oleh Allah dgn Islam, maka barangsiapa yg m'cari kemuliaan lain, selain dr apa yg telah dianugerahkan oleh Allah, maka tunggulah bala kehinaan drpd Allah swt .”

Sama²lah kita m'hayati pesanan ini agar kita m'jadi seorang insan atau manusia yg b'bangga dgn agama yg dianugerahkan oleh Allah s.w.t kpd kita.

Kepada seluruh pelajar UPSI, tunaikan kewajipan anda sebagai p'gundi.

Jom M'gundi!
CALON UMUM ANDA


CALON FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN



CALON FAKULTI SAINS & MATEMATIK



CALON FAKULTI PENGURUSAN & EKONOMI


CALON FAKULTI BAHASA & KOMUNIKASI


Sunday, February 14, 2010

Corat Coret PRK: TAKUT

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:35 AM

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah, kita masih mengecapi nikmat IMAN & ISLAM dlm hidup kita. 


Cuma bagaimana utk mengaplikasikan dlm kehidupan itu bergantung kpd kita yg mencorakkannya. 

Aku bukanlah insan yg bisa bermadah pujangga apatah lagi petah berbicara. Ilmu di dada ibarat setitis air di lautan.


Ya Allah, itu saja kata² yg bisa aku ucapkan. Ingin kukongsi sedikit perjalanan hidupku sepanjang masuk semester 4.

Memasuki semester 4 langsung tidak kurasai krn aku berbeza dari sahabat yg lain. Mereka sudah pulang ke kampung berjumpa keluarga 7 pulang semula ke UPSI bersama keberkatan keluarga.


Aku cuma meminta kata² semangat, pendorong, kasih sayang & doa melalui corong telefon. 

Ya Allah, betapa aku rindu pada mereka. 


Tak tertahan rasanya di dada menahan rindu. Biar seminit aku menatap wajah mereka, aku tetap bersyukur. Entah sempatkah aku utk bertemu dgn mereka.

Bulan Januari yg lalu, merupakan satu sejarah tercipta dlm hidupku. Mengambil keputusan utk bertanding dlm pilihanraya kampus (PRK). Semasa berada sem 1, aku hanya menjadi pemerhati & penilai. 


Teringat kenangan lalu ketika sem 1, aku & Fiezah turun rapat umum yg berlangsung kat KHAR ketika itu. Tiba² Fiezah kata sesuatu padaku sambil menunjukkan poster salah seorang calon:

Wana nanti akan datang muka kita dlm poster nie

Ya Allah, kata² menjadi kenyataan. Tapi cuma wajahku dlm poster. Ke mana pula Fiezah? 


Fiza cuma menjadi  pencadang nama dlm penamaan merangkap pengurus calon (orang yg banyak membantu dlm PRK ini). Sebelum PRK, aku sering berdoa yg diajar oleh seorang sahabat iaitu

Ya Allah, sekiranya KAU redha aku menjadi MPP dekatkanlah. Ya Allah, jika tidak KAU tidak redha maka jauhilah dariku.

Doa ini baik utk diamalkan bagi setiap pekara yg kita lalukan. Semakin dekat dgn penamaan calon aku ulang² doa ini. Sebenarnya aku takut sekiranya menjadi MPP aku lupa tujuan sebenar, bangga dgn jawatan & banyak lagi. 


Dua hari sebelum PRK, aku dah diserang demam akibat terlalu penat ke hulu ke hilir menyelesaikan proses perletakan jawatan yg aku sertai di kampus & kolej. Tapi mungkin orang lain tidak dapat syak sebab aku jenis tidak boleh ikut sangat kalau demam. Kalau tidak menjadi² manjanya.

Semasa berjumpa dgn penasihat PMS, ayat mula² yg diucapkan oleh En. Faudzi selepas membaca surat perletakan jawatan saya adalah TAHNIAH. 


Aku hanya senyum. Sempat aku berbincang tentang manifesto sesuai ingin aku bawa dalam PRK. Sebelum keluar dari pejabat, En Faudzi sempat berkata:


Kalau ada masalah maklumkan pada saya & jangan lupa telefon saya kalau awak bagi manifesto

Aku hanya tersenyum. Kata maaf & terima kasih menjadi penutup perbualan kami.

Pada hari khamis bersamaan 21 Januari 2010, kugagahi langkahku utk meneruskan niat di hati. Aku datang awal ke kampus kira² jam 9.30 pagi utk membeli borang pencalonan MPP di bilik mesyuarat HEP. Masuk sahaja ke bilik mesyuarat, semua mata² tertumpu pada diri ini. Adakah mereka terkejut atau sahaja ingin melihat keadaan diriku. 


Seperti biasa bibir ini mengukirkan senyuman tanda hormat. Selesai proses pembayaran, aku mengambil borang dari Cik Shariza. Kulihat pada borang 000003 bermakna aku orang ketiga membeli borang MPP. Selesai membeli borang baru aku lihat sahabat lain datang iaitu Zahar & Nik Azrul.

Masuk kelas TKO 1013 (subjek Kimia Organik), baru aku teringat hari ini ada kuiz. Alhamdulillah!!! Allah mempermudahkan saya utk menjawab kuiz. 


Terlalu ramai orang menelefon saya sewaktu kelas. 


Sabar semua... Saya tengah kelas nie. Dlm ramai² pelajar AT14, hanya beberapa orang sahaja yg tahu aku bertanding dlm MPP. Sebenarnya aku tidak ingin war²kan perkara ini sehingga betul² berlaku.

Pada penamaan calon aku rasa takut, ketar. Ya Allah betulkah keputusan yg ingin kulakukan ini. Macam mana kalau menang? 


Ya Allah bantulah hambaMu.


Wallahualam

Saturday, January 30, 2010

Corat Coret PRK: BLOG CALON

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:58 PM

BLOG CALON PILIHANRAYA KAMPUS 2010


Blog-blog yang telah digunakan untuk calon² Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris sesi 2009/2010 untuk berkempen. Sejauh mana kita cakna dengan kewujudan blog² di atas untuk memilih pemimpin. Ataupun kita mengundi berdasarkan sms yang diterima pada hari mengundi. Wallahualam. Apa²pun terima kasih kepada sesiapa yang membuka dan membaca blog² ini.
CALON UMUM


CALON FAKULTI (FSSK)

CALON FAKULTI (FST)

CALON FAKULTI (FPE)

CALON FAKULTI (FB)
norbayu.jpg (106×130)

CALON FAKULTI (FSM)


Tahniah & takziah kpd yg berjaya. Tahniah krn telah dipilih dlm Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris sesi 2009/2010. Takziah krn kita bakal menjawab soalan yg bakal ditanya oleh Allah di akhirat kelak.


Bagi yg kurang berjaya bukan bermakna anda tidak berjaya, tapi anda juga berjaya krn menyahut cabaran utk menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar. Mungkin ini adalah yg terbaik utk anda.




Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...