Photobucket
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Saturday, December 22, 2018

Adab² Seorang Guru

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:16 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Sempena nak memulakan sesi persekolahan 2019, cikgu Wana nak share adab² seorang guru.



Berkata Imam Al-Ghazali:
“Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab² ini:

1. Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).

2. Lambat marah.

3. Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.

4. Meninggalkan takabbur atas sekalian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.

5. Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai & pada majlis orang ramai.

6. Meninggalkan bergurau-gurau & bermain-main.



7. Kasih sayang dengan murid & lemah lembut dengan yang kurang pandai.

8. Membimbing murid yang bebal.

9. Tidak memarahi murid yang bodoh.


10. Tidak malu daripada berkata 
‘Aku tidak tahu’ 
(bagi masalah yang tidak diketahuinya).



11. Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya & cuba memahami soalannya dengan baik.

12. Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.

13. Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.

14. Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.

15. Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya.


16. Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain & ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yg berkenaan dengan membaikkan zahir & batinnya dengan taqwa.

17. Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya & mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya)

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Moga bermanfaat untuk muhasabah diri untuk jadi pendidik yang diredhai Allah.

Wallahualam

Friday, December 21, 2018

13 Perkara Perlu Dijaga oleh Muslimah

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:06 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Bila tengok tajuk entri cik Wana hari nie terasa macam nak jerit tapi perlahan;
Wah, banyaknya yg perlu dijaga oleh Muslimah


Tapi siapa itu "Muslimah" erk?


Muslimah tue Wanita Muslim. Wanita Muslim tue perempuan yg beragama Islam. Ada faham?

Contoh MUSLIMAH 
Comel tak?
Cik Wana pun nak jadi macam nie. 


Jom perhatikan satu persatu perkara yg perlu dijaga oleh Muslimah. InsyaAllah apabila ia dijaga maka Allah juga akan jaga kita di dunia & akhirat.



Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah ﷺ melaknat perempuan yg mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)


Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan."
(Surah An-Nur Ayat 31) 

Menampakkan kaki & menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yg mengikatnya dgn loceng.


Wangian 
"Siapa sahaja wanita yg memakai wangi²an kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina & tiap² mata ada zinanya terutamanya hidung yg berserombong kapal kata orang sekarang hidoug belang." (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah & Hibban)


Dada 
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada² mereka." (Surah An-Nur Ayat 31)


Gigi
Rasullulah ﷺ melaknat perempuan yg mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis Riwayat At-Thabrani) 

Dilaknat perempuan yg menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yg merubah ciptaan Allah. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


Muka & leher 
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu & janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yg dahulu. Keterangan: Bersolekmenurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yg menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


Muka &Tangan 
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah  dgn memakai pakaian yg tipis. Sabda Rasullulah : Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yg telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan & wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim & Bukhari)


Tangan
Sesungguhnya kepala yg ditusuk dgn besi itu lebih baik drpd menyentuh kaum yg bukan sejenis yg tidak halal baginya (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani & Baihaqi)


Mata
Dan katakanlah kpd perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)

Sabda Nabi Muhamad , Jangan sampai pandangan yg satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yg pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud & Tirmidzi)


Mulut (suara) 
Janganlah perempuan² itu terlalu lunak dlm berbicara sehingga berkeinginan orang yg ada perasaan serong dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan² yg baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32)

Sabda , Sesungguhnya akan ada umatku yg minum arak yg mereka namakan dgn yg lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi²an (muzik) & penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah)


Kemaluan
"Dan katakanlah kpd perempuan² mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka & menjaga kehormatan mereka." (Surah An Nur Ayat 31)

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya & mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dlm Syurga drpd pintu² yg ia kehendakinya (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar)

Tiada seorang perempuan pun yg membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dgn Allah (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud & Ibn Majah)


Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yg berlebih²an terutama yg menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii & Ibn Majah)

Petikan dari Surah Al Ahzab ayat 59. Bermaksud: Hai nabi² katakanlah kpd isteri²mu, anak perempuanmu & isteri² orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh & longgar) yg demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan² yg berpakaian tetapi telanjang yg condong pada maksiat & menarik orang lain utk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga & tidak akan mencium baunya (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) 

Keterangan: Wanita yg berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan² yg akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dlm neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yg bukan mahramnya (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Sumber di SINI


Diharap perkongsian ini akan memberi manfaat buat muslimah sekalian.

Wallahualam

Thursday, December 20, 2018

Perjalanan Kembali Seorang HAMBA

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:29 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Tulisan hari ini sekadar untuk muhasabah diri. Ada kena mengena untuk semuanya. Selamat membaca.


Nama sebenar: 💗Hamba ALLAH


Gelaran: 💗Insan

Asal: 💗Tanah

Alamat: 💗Planet bumi 


Maklumat tentang perjalanan
Tempoh berlepas: Kehidupan dunia

Tempoh perjalanan: Cuma seketika & beberapa meter dari perut bumi

Destinasi: Akhirat

Masa berlepas: Ketika didatangi malaikat

Masa hadir: Ketika & selepas nyawa dicabut

Bentuk tempahan: Tetap, pasti & tidak berubah 



Syarat² perjalanan
Dituju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia & menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua kita semua (pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yg belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yg terdapat di dalam AL-QURAN & hadis² RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati². Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulama' & cendikiawan. 



Barang yang dibenarkan
1. 5 meter kain kafan

2. Kapas putih secukupnya


Muatan lain yang dibenarkan
• amal soleh

• sedekah jariah

• anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya

• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang ditegah adalah tanggunggjawab penumpang. 

Barangsiapa yang tidak mematuhi akan diseksa. 



Saat &waktu berlepas
Semua penumpang yg sudah mempunyai tiket, passport atau tidak mempunyai kedua²nya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap & pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka saya menulis notis ini untuk kita semua. 

Hendaklah kita mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap saya untuk menabur khidmat kepada semua.

Moga bergembira dengan perjalanan yg menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI: 
"Barang siapa yg mengharapkan perjumpaan yg baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yg baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."

Waallahualam.

Sunday, June 4, 2017

Tabah & Terus Berjuang

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:56 PM


Tatkala matahari terbit membuka lembaran hari yg baru.
Hati seakan terpaut untuk memandang ke arah langit yg membiru.
Mengimbau sejenak akan perjalanan hidup yg ditempuh.



Dan saat itu.
Diri terkulai lemah. 
Hati terasa pedih.
Persoalan kelmarin datang menyinggah kotak hati.
Mampukah aku untuk menggapai mahkota kejayaan?





Duri-duri cabaran yg masih tersisa di hati menjadi sakit kembali.
Hati sering menjerit agar menghentikan langkah perjuangan.
Tak sanggup lagi tercalar. 
Tak mampu lagi untuk dilukai.
Fikiran seakan hilang kawalan.
Cahaya penyelesaian masih malap.
Air mata yg tumpah jua telah kering.
Hanya keluhan sebagai peneman diri.
Memberitahu alam bahawa diri telah tewas.



Tiba-tiba pada detik itu.
Cahaya matahari yg terang telah dilindungi awan.
Sang hujan muncul mencurahkan segala isinya.
Suasana hati yg suram menjadi kelam.
Nyawa seakan tercabut dari jasad.
Meninggalkan diri tanpa semangat untuk hidup.



Azan beralun merdu kedengaran sayup-sayup dari luar tingkap.
Dan hujan yg menjadi tetamu mengundurkan diri.
Cahaya mentari yg ceria mengambil tempat.
Membawa si pelangi sebagai hiasan permandangan.


Hati terasa disentuh ketenangan.
Dan satu peristiwa selepas itu telah mengubah segalanya.
Di satu pohon hijau yg cantik & meredupkan permandangan.
Seekor rama-rama cantik berusaha untuk keluar dari kepompong kecilnya.
Berusaha sekuat mungkin & segala daya usaha.
Untuk membebaskan diri ke dunia baru.
Yg penuh dengan cabaran & ujian.



Rama-rama itu.
Dulunya sejenis serangga yg hodoh & dipandang jijik.
Dan kini sebelum bertukar menjadi rama-rama yg cantik.
Si kecil itu harus menempuh kesusahan yg sementara.
Sebelum menjadi rama-rama cantik yg terbang bebas.



Aku terfikir.
Sedangkan rama-rama yg tidak berakal itu.
Tidak mengenali erti putus asa & berjuang untuk hidup.



Kenapa aku boleh berputus asa dalam hidup yang sementara?


Perjuangan itu memang pahit.
Sebab di akhir perjuangan itu ada kemanisan kejayaan.
Ujian itu memang pedih.
Sebab di akhir ujian ada nikmat yg menenangkan.



Allah uji kita dengan apa yg hambaNya mampu.
Percayalah dengan janji Allah.
Tiada sesuatu perkara yg terjadi itu sia-sia.
Jangan putus asa dalam perjuangan.
Teruskan kudrat sedaya mungkin.
Mahkota kejayaan pasti di genggaman.




Saturday, June 3, 2017

Wanita Muslim, Fahami Maksud HIJAB!

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:01 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Salam Ramadhan.

Puasa tak hari ini? Solat tak hari ini? Tutup aurat tak hari ini?
(Harap-harap semua jawapan IYA)
Ermmm...

Berdebar²nya, nervous...

Baiklah.

Awak ni kan, cantik sangat²

Entahlah, saya jumpa ramai orang cantik tapi awak ni 'naturally'. Banyak yg saya jumpa, lawa sebab mekap. Huhu. 

Saya suka tengok awak. Dari sudut manapun, mesti lawa. Buat muke straight ke, buat muka sweet² sikit ke, semua lawa! 

Sampaikan apabila saya tengok awakkan, saya mesti akan fikir. Kalau macam nielah cantiknya Allah boleh jadikan seorang manusia biasa, macam mana agaknya bidadari syurga. Sebabnya digambarkan bidadari syurga tu, bila tengok dia luluh hati & jantung sebab cair, sebab lawa sangat. Tengok awak pun saya dah luluh.

Tiba² bunyi macam pelik pula... Oouchhh, mesti awak seram.

Tapi benda yg saya nak cakap ni. Errmmm, terlebih dulu saya nak bagitahu yg tujuan saya cakap ni tidaklah lain tapi hanya sebab hati ni berasa terpanggil utk menyampaikan. Eh, nantilah saya elaborate lagi. Kita pergi dekat content dulu erk.

Awak, sekarang ni macam banyakkan Modeling Islamik? Dan banyak muslimah² punya style. Berhijab.

Kita semua nak jadi muslimah yg sejati. Wanita yg solehah. Perempuan Islam yg taat kpd Allah & Rasul, kita semua nak jadikan.

Tapi dgn izin Allah, kadang² kita terlepas pandang beberapa perkara yg tersesar jauh dari titik muslimah tu. Dlm hal ni, saya nak ajak kita renungkan soal hijab.

Sebelum tu, saya dgn rendah diri & hati nak mengajak kita sama² ponder, apa maksud hijab.

Kalau tengok ayat ni kan, 
Semoga terhijab segala dosaku dihadapanMu kelak

Maksud hijab tu adalah macam tutup, cover, lindung, hilang kan?

Actually memang maksud hijab macam tu. Hijab bukan refer pada sehelai kain yg disangkut di kepala & bertujuan utk menutup rambut sebagai aurat wanita.

Tapi hijab refer kpd 
pemakaian, penggayaan & perlakuan yg bertujuan menutup, melindungi & merahsiakan seorang perempuan.

Apabila Islam mewajibkan ke atas wanitanya utk berhijab, itulah yg dia mahukan.

Apabila cakap² ni, tiba² saya malu. Sebab teringat diri sendiri macamlah dah sempurna sangat pun.

Tapi itulah, kita sama² berusaha baiki diri & seru org lain (Islah Nafsi, Wad'u Ghairak). Sebabnya, kita tak nak pelihara diri seorang² tapi kita nak saling memelihara. 

Dlm surah Al-Asr Allah bersabda, 
Demi masa, manusia tu dlm kerugian. Kecuali orang yg saling berpesan² dgn kebenaran & saling berpesan² dgn kesabaran.

Awak. Kecantikan awak yg Allah kurniakan itu buat saya jeles. Saya dgn rendah hati & diri, dgn penuh jahil & fakir nak ajak awak hijabkan dia. Hijab di sini, hijab seperti yg Islam maksudkan tadi tu dari pengetahuan & idea mana² lelaki bukan mahram.

Tambahan pula awak ni, Subhanallah makhluk yg sangat cantik! Lagilah perlunya dihijabkan. Eeishhh, mana boleh orang lelaki tengok² awak sesuka hati, mana boleh awak yg istimewa ni nak dihidangkan di laman² facebook ke, majalah ke, utk jamu mata² lelaki bukan mahram, mana boleh! 

Awak yg istimewa ni, selayaknya dibungkus rapi simpan dlm laci.  Haha.

Tak. Maksudnya hanya lelaki terpilih saja, yg halal saja, layak mengenali awak, melihat awak apatah lagi menyentuh awak, seterusnya menyayangi & mencintai awak hingga ke syurga Allah. Awwwww.

Kita sama² berusaha ke arah ni. Saya menegur, bukanlah bermakna saya dah perfect berhijab. Tidak. Tidak sama sekali. Hijab wanita tu ada 4:
Hijab Tubuh
Hijab Mata 
Hijab Mulut
Hijab Hati

Kita sama² berusaha ke arah ni. Ke arah menjadi muslimah yg sejati, wanita yg solehah, hamba yg patuh & taat kpd Allah & Rasulullah .

Jadi itulah, saya harap awak faham apa yg saya cuba sampaikan. Dan saya yakin awakkan pandai, mesti awak tahu apa yg patut awak buat sekarang. Saya tak perlulah bagitau satu². Sila buat ini & itu, kemudian ini & itu. Saya yakin awak dah tahu.

Kalau awak tak sure betul atau tidak ini, awak berbalik semula pada konsep hijab yg basic tadi. Kemudian awak analyse la, bila awk berbuat begitu & begini, adakah menepati konsep hijab tadi? 

Kalau tidak maka bertindaklah, kalau ya maka Alhamdulillah semoga Allah memberi ganjaran atas usaha awak.

Saya juga pernah jauh tersesar awak. Saya juga pernah selamba je berpaling dari perintah Allah. Tapi itu pun Allah masih sudi lagi beri saya hidayah utk saya kembali pada cara hidupNya.

Besarnya nikmat ALLAH pada saya yg hina ni, apabila dia sudi tuntun balik langkah kaki saya ni utk kembali berpijak di atas jalanNya. Padahal Dia boleh je pilih utk biar saya, siapa suruh saya yg teruk, kan? 

Itulah tandanya, Allah tu Maha Penyayang terhadap hamba²nya. Semahu² kita masuk syurga, Allah lagi mahu hambanya masuk syurga. Kita tidak mahu kena azab, Allah lagilah tak nak hambaNya yg Dia sayang semua ni kena azab.

Masih byk lagi aspek kehidupan yg perlu saya baiki utk saya jadi betul² jadi muslimah.

Menyebut tentang muslimah, saya nak kongsi sikit maksudnya. 
Muslimah tu ialah perempuan yg Islam.

Islam maksudnya “tunduk, menyerahkan kpd Allah

Perempuan yg Islam ialah perempuan yg tunduk & menyerahkan seluruh jiwa & raganya kpd Allah. Dia bersusah berpayah hanya utk Allah. Dia bersenang bergembira pun hanya utk Allah. Apatah lagi dia berpakaian, bergaul, berhubung & sebagainya. Of course, di samping dia penuhi ibadah² wajib. Itulah muslimah.

Apabila kita mengaku kita seorang muslim, adakah kita benar² sudah hidup dlm keadaan tunduk kpd Allah? Sama² muhasabah. Banyak pincangnya dlm diri saya ni awak tapi saya takkan sekali² biarkan kawan² sekeliling saya pun turut berpincangan. Saya ingin membawa manusia ke syurga, walaupun saya sendiri belum tentu layak masuk ke syurga.

Akhir kata, itulah saja yg saya nak sampaikan dekat awak. Kalau ada benda yg awak tak setuju atau awak keliru, your mostly welcomed to ask or discuss with me.


Saya simpulkan sikit dlm surat ni, saya dgn rendah hati & penuh fakir ingin mengajak diri saya sendiri & awak, utk kita sama² ponder balik erti hijab & applykan dlm hidup kita. Wanita itu rahsia Allah & Allah akan pilih Adam yg istimewa saja utk tahu rahsia itu nanti apabila sampai masanya nanti. InsyaAllah.

Saya minta maaf kalau kata² atau cara saya mnyampaikan ini salah. Saya minta maaf kalau saya buat awak terasa atau sakit hati dgn kata² saya. Tapi kalau awak terasa atau sakit hati dgn content ini, saya tak minta maaf. Hehe. Sebab mahu atau tidak, inilah syariat hidup kita selama berkemudi di bumi ini sebagai hamba Allah yg lemah & kerdil. Maka siapalah kita utk mengetepikan syariat, sebaliknya hidup berpandukan keinginan kita sendiri.

Sekian awak, saya sayang awak, saya sayang semua muslimah.

Saya kongsikan petikan Surah An-Nur utk tatapan bersama. Semoga jadi panduan.
"Katakanlah kpd wanita yg beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya & kemaluannya, & janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yg (biasa) nampak drpdnya. & hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, & janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kpd suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera² mereka, atau putera² suami mereka, atau saudara² laki² mereka, atau putera² saudara lelaki mereka, atau putera² saudara perempuan mereka, atau wanita² Islam, atau budak² yg mereka miliki, atau pelayan² laki² yg tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak² yg belum mengerti tentang aurat wanita. & janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan. & bertaubatlah kamu sekalian kpd Allah. Hai orang² yg beriman supaya kamu beruntung." (Surah An Nuur: 31)

Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...