Photobucket

Saturday, December 22, 2018

Adab² Seorang Guru

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:16 PM 3 comments


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Sempena nak memulakan sesi persekolahan 2019, cikgu Wana nak share adab² seorang guru.



Berkata Imam Al-Ghazali:
“Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab² ini:

1. Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).

2. Lambat marah.

3. Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.

4. Meninggalkan takabbur atas sekalian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.

5. Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai & pada majlis orang ramai.

6. Meninggalkan bergurau-gurau & bermain-main.



7. Kasih sayang dengan murid & lemah lembut dengan yang kurang pandai.

8. Membimbing murid yang bebal.

9. Tidak memarahi murid yang bodoh.


10. Tidak malu daripada berkata 
‘Aku tidak tahu’ 
(bagi masalah yang tidak diketahuinya).



11. Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya & cuba memahami soalannya dengan baik.

12. Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.

13. Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.

14. Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.

15. Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya.


16. Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain & ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yg berkenaan dengan membaikkan zahir & batinnya dengan taqwa.

17. Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya & mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya)

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Moga bermanfaat untuk muhasabah diri untuk jadi pendidik yang diredhai Allah.

Wallahualam

3 123 Bingkisan Sahabat:

You're the best tc that i ever had.. Tq cgu.. 😝

I'm try to be good teacher but sometimes i cannot control myself. Tq always support me as teacher

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...