Photobucket
Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Memori Sambutan Tahun Baru 2012 di Selangor

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:57 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Beberapa hari lagi tahun 2012 akan melabuhkan tirai & tahun 2013 mengambil gilirannya. Tiada yg menarik pun.

Tapi saat ni membuatkan cik Wana teringat kenangan lalu memandangkan itu kali pertama & terakhir menyambut Tahun Baru bersama² sahabat² yg dikasihi krn Allah dgn pengisian yg amat berilmiah. Subhanallah.


"Jaulah Ghuraba' Generation"

Alhamdulillah 31 Disember 2011 & 1 Januari 2012 dipenuhi dgn aktiviti yg bermanfaat. Tidak rugi rasanya meninggalkan buku  selama 2 hari sempena studyweek bagi memenuhi aktiviti bersama sahabat.

Bermula drpd Tanjung Malim menuju ke Kapar utk PERASMIAN  PEMBUKAAN PASTI IMTIYAAZ, Kampung Sungai Serdang. Singgah ke DARUL ISLAH LIL-BANAT utk bergambar. Melampau! Sebenarnya Ustaz Anhar ada suruh singgah & kami tidak melepaskan peluang yg ada utk bergambar. Sejuk mata melihat adik² muslimah Darul Islah yg kesemuanya berpurdah.



Perjalanan diteruskan menadah ilmu di teratak Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin Meru, Klang. Kehidupan seorang ulama' yg sederhana, teratak yg sentiasa bersih & kemas tetapi up-to-date dgn teknologi terkini.



Tidak sempurna jaulah tanpa singgah di teratak kak Atiqah Hasbi di Shah Alam walaupun ia tidak termasuk dlm tentatif. Walaupun ia aktiviti adhoc tapi Alhamdulillah kami belajar ilmu memasak dari tuan rumah. 

Lokasi terakhir yg ingin dituju adalah di Dataran Shah Alam utk Sambutan Tahun Baru Islamik 2012 kelolaan Kerajaan Negeri Selangor. Agak kelewatan memandang semua parking penuh.

Seriously, teruja dgn keadaan di sana krn dipenuhi lautan manusia yg berbondong² memenuhi dataran. Dijangkakan kehadiran hampir 100,000 orang terutama golongan muda pada Program Jom Santai Bersama GeMS - Generasi Idaman Selangor itu. 




Sebenarnya Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak merupakan antara acara yg paling ditunggu² walaupun banyak juga individu yg bersama² menjayakan program itu

Antara selebriti agama yg hadir selain Ustaz Azhar Idrus adalah Ustaz Akhil Hayy, Imam Muda Asyraf & Ustaz Syed Hisham manakala artis popular pula Sham Kamikaze, Dakmie & Shahir.


 


✿.✿.M U KA D I M A H ✿.✿.


Hihi... Sebenar bahagian atas tu nak mengimbas memori lalu & bahagian bawah nie tujuan sebenar update blog. Teruskanlah membaca. 

Ini ada sedikit ilmu drpd Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak pada malam 'count-up' (31/12/11, Sabtu)


1. Apakah hukum sambut countdown?
UAI: "countdown tu mende"...???
Zizan: !@#$*... emm..."Count tu kira. Down tu bawah... 2011 ke 2012..."
UAI: "count up la gitu..11 ke 12...."
Zizan: !@#*.... =)

Kata ulama' countdown bukan perayaan, ianya jatuh haram mengikut cara (perbuatan) kita. Jatuh haram sekiranya sambut dgn buat maksiat, minum arak, judi, ambil dadah & lain².


2. Apakah hukum main bunga api?

Ulama'² sepakat menyatakan setiap perbuatan yg ada membazir, tidak harus (sama ada makruh atau haram). Jika beli sedikit mercun kemudian bakar, makruh krn membazir sedikit duit. Sekiranya membazir berlebihan jadi haram. Contohnya beli sampai beratus², beribu² ringgit. Kalau bunga api utk sambutan tahun baru terang² haram krn ambil duit rakyat beratus² ribu ringgit, pembaziran yg nyata.


3. Pandu kereta seorang² pada pukul 3 pagi. Sampai kat lampu isyarat ia lampu merah. Boleh tak nak teruskan krn tiada kenderaan lain ketika itu, jalan sunyi?

Peraturan kerajaan buat bagi menyelesaikan mashalahatan rakyat. Lampu isyarat dicipta utk jalan yg sibuk/sesak. Di jalan kampung ada lampu isyarat tak? Tiada sebab jalan kampung tak sibuk. Boleh jalan, jika yakin tiada kenderaan lain ketika itu (dari arah kiri, kanan, depan) & yakin tiada mudarat kpd orang lain. Peraturan manusia boleh ditukar mengikut keadaan tetapi UNDANG² ALLAH (Al-Quran) tak boleh diubah sampai bila².


4. Betul ke alat muzik tu najis? 
UAI: "Betul... Sekiranya ada tahi ayam pada alat muzik itu"....=)

Najis ialah benda yg keluar dari kemaluan. Kalau binatang seperti anjing & babi serta haiwan mati (bangkai) juga najis. Jika main alat muzik sampai lalai, tu yg jadi haram. Bunyi²an ni dibenarkan, dalilnya dlm kitab² bab Nikmat Syurga: "Allah ada sediakan bunyi²an di dlm syurga nanti..."


5. Isteri kena hiburkan suami di rumah. Kalau suara isteri tak sedap kena nyanyi juga ke?

Tujuan hiburkan suami utk mengeratkan kasih sayang dlm rumah tangga. Hiburkan suami bukan dgn nyanyi je, macam² cara boleh. Isteri hiburan suami dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dgn cara cakap boleh hiburkan suami, cara berjalan juga. Nie tidak, bila kat opis berjalan "catwalk", dlm rumah pula "elephantwalk". Cara layanan juga hiburkan hati suami.



6. Hiburan itu haram sebab melalaikan. Apa pendapat ustaz?

Manusia memang suka kpd permainan & hiburan. Islam bukan agama menghalang (semuanya haram) tetapi agama mendidik. hiburan dibenarkan cuma kita yg tak pandai jaga diri (lalai dari perkara wajib, mabuk, maksiat). Tu yg jd haram tu. Boleh hiburkan diri sekejap setelah penat kerja atau beribadah. Boleh bermain supaya tak bosan. Allah juga hendakkan supaya hamba²nya sihat & cergas utk melakukan kerja & kewajipan² lain. Niat dlm hati, hiburan krn Allah.


7. Saya tengok vcd kuliah ustaz. Ustaz kata, perempuan tak wajib pakai tudung. Lepas tu vcd lekat, tak boleh nak tengok ayat seterusnya. Betul ke perempuan tak wajib pakai tudung?

Betul perempuan tak wajib pakai tudung, yg WAJIB ADALAH TUTUP SELURUH AURAT. Aurat ialah apa² bahagian pada anggota badan yg tidak boleh dilihat oleh lelaki yg bukan mahram. Kalau pakai tudung tapi nampak juga rambut kat dlm (tudung nipis bayang), haram juga. Kalau pakai tudung tapi rambut keluar (jambul), haram juga. Pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek, haram juga. Pakai tudung singkat, haram jugak. Jadi tutuplah aurat. WAJIB!!! Faham molek.


8. Masa duduk tahiyat awal, anak datang duduk atas peha. Batal tak?
UAI: "Batal...sekiranya si ayah terkentut..." =)

Tak batal sebenarnya kecuali jika si anak itu dlm keadaan bernajis. Dalilnya, pernah satu ketika Rasulullah  ﷺ sedang sujud & cucu baginda ﷺ iaitu Saidina Hussin tiba² naik atas belakang baginda. Baginda ﷺ sujud lama². Tidak terus bangun krn fikirkan cucunya tak puas lagi bermain & juga bimbang sekiranya Saidina Hussin terjatuh jika baginda ﷺ bangun. Dlm solat, boleh meraikan kanak².


9. Babpe (kenapa) ustaz tak berpasangan dgn Zizan masuk Raja Lawak?

Ustaz mengajar utk tarik minat orang muda. Kalau mengajar lurus mendatar (straight) aje, orang muda tak berapa suka. Datang 2, 3 kali pastu tak datang dah sebab bosan. Kena pelbagaikan cara. Alhamdulillah, orang muda datang kuliah. Yg tak suka datang kuliah, jadi suka datang kuliah. Kita nak hasilnya.


10. Saya suka tengok cerita hantu sampai takut nak ke dapur waktu malam. Isteri saya lagilah takut. Apa hukum tengok cerita hantu?

Sengaja tengok suatu benda yg buat kita takut tetapi benda takut tu tak berfaedah adalah makruh. Kalau tengok suatu benda yg membawa takut kpd akhirat (ALLAH), contohnya tengok orang mati adalah sunatJika takut pada benda yg hanya lakonan (filem/drama) maknanya kita 'tak sihat'. 


11. Saya nak derma tabung masjid RM10 tetapi terambil duit RM50 & termasuk ke dlm tabung masjid. Boleh tak saya nak minta balik (baki)?

Boleh minta balik dgn syarat kena bersumpah dulu. Jika imam tak yakin dgn dia, imam tak wajib bagi. Fikirkan hikmah... Mungkin Allah nak bagi ganjaran yg besar pada kita. Redha sajalah.


12. Kenapa wanita suka berbelanja? Isteri saya janji, sekali ni je tapi beli juga. =)

Wanita macam budak² suka membeli. Contohnya budak², pantang tengok mainan terus je nak padahal mainan dah banyak kat rumah. Macam juga wanita, padahal baju, kasut banyak dlm almari yg tak pakai lagi. Nak beli lagi... Wanita memang suka tengok benda yg cantik. Memang tugas suami cari duit, isteri habiskan duit. Kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa lagi? Kalau bukan isteri, siapa lagi yg nak beli periuk, kuali & lain². Suami jangan marah, isteri besar jasanya. Tolong beranakkan anak², jaga anak², basuh baju, masak, kemaskan rumah & lain².


13. Saya rajin berkerja, taat perintah agama & solat tak tinggal. Boleh tak nak jadi menantu ustaz?

Boleh. Dlm hadis pun Nabi ﷺ berpesan, jika ada seorang lelaki yg beragama datang meminta anakmu maka segerakanlah menerimanya. Nabi ﷺ tak syaratkan mengambil menantu yg PANDAI AGAMA (ulama, ustaz, al-hafiz) tetapi cukuplah yg JAGA AGAMA (bersolat 5 waktu, berpuasa penuh &lain²).


14. Apakah hukumnya mengambil wudhu' dlm keadaan bogel?

Ulama' sepakat menyatakan HARAM mengambil wudhu' berbogel di khalayak ramai. Jika di dlm bilik air rumah hukumnya makruh.


✿.✿.✿ T A M A T ✿.✿.

Alhamdulillah memang menarik "Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak".  Memang santai. Walaupun agak lucu jawapan UAI tapi insyaAllah boleh diterima pakai bagi menjalani kehidupan sebagai umat Islam.

InsyaAllah Program Jom Santai Bersama GeMS - Generasi Idaman Selangor kembali lagi dgn membawa tema Karnival Pendidikan Selangor & Sambutan Ambang 13.

Jangan lepaskan peluang. Wallahualam


Saturday, June 16, 2012

Iktibar Peristiwa Israk & Mikraj

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:18 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat & pengikut yg istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Pagi 26 Rejab 1433H, insyaAllah cik Wana ingin berkongsi artikel dari iluvislam. Agak teruja juga membaca krn belum pernah mengetahui lagi walaupun telah diberi nikmat Iman & Islam selama 23 tahun.


Sahabat yg dirahmati Allah,

Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk & Mikraj. Israk & Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk & Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah SAW bersama malaikat Jibril & Mikail yg boleh dibahagikan kpd dua fasa.

Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yg ketujuh.

Perjalanan Rasulullah SAW ini telah diabadikan oleh Allah SWT di dlm Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yg bermaksud;

Maha Suci Allah, yg telah memperjalankan hambaNya pd suatu malam dari Al-Masjidilharam ke Al-Masjidilaqsa yg telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kpdnya sebagian dari tanda² (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah SAW hanya berlangsung pd satu malam.

Para ulama, hadis, ulama feqah & ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk & Mikraj di mana kedua²nya berlaku dlm satu malam & dlm keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pd jasad atau tubuh & roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. 

Sebagaimana difahami drpd firman Allah dlm ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yg bermaksud "memperjalankan hambaNya pd waktu malam".

Perkataan hamba yg dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yg mana meliputi batang tubuh & rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yg bermaksud "memperjalankan roh hambaNya pd waktu malam" tapi yg berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hambaNya iaitu Nabi SAW dlm keadaan tubuh & rohnya serentak.

Peristiwa ini pd pandangan orang yg tidak beriman atau mereka yg tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tapi bagi orang yg benar² beriman kpd Allah & rasulNya maka mereka tetap percaya dgn penuh keimanan kpd peristiwa ini.

Setelah baginda SAW menceritakan apa yg telah terjadi padanya kpd masyarakat umum maka orang² kafir bertambah kuat mengejek & mendustakan baginda SAW. Fitnah terhadap baginda SAW bertambah kuat malah ada juga dlm kalangan mereka yg sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yg begitu membenarkan baginda SAW maka Iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kpd reaksi Saidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita drpd orang ramai tentang apa yg telah diberitahu oleh Nabi SAW lalu beliau dgn tegas menyatakan:

Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda SAW mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh drpd itu maka aku tetap beriman kpdnya.

Inilah ketegasan & keyakinan yg tidak berbelah bahagi Saidina Abu Bakar dlm mempercayai Allah & rasulNya sehingga beliau digelar "as-Siddiq" yg membawa maksud "pembenar".

Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah SAW berjumpa dgn pelbagai keadaan manusia ketika di dlm perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulang cerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk & Mikraj diadakan, saya melihat roh & intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dlm jiwa masyarakat Islam.

Sahabat yg dimuliakan,

Sebelum berlakunya Israk & Mikraj, Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat Jibril. Hati baginda SAW dicuci dgn air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was²nya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, & iman ke dlm dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit & dimeterikan dgn "khatimin nubuwwah" (Nabi & Rasul terakhir) . Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq utk ditunggangi oleh Rasulullah dlm perjalanan luar biasa yg dinamakan "Israk" itu.


Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah SAW diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail & Israfil. Tiba di tempat² tertentu (tempat² yg mulia & bersejarah), Rasulullah SAW telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti & solat sebanyak dua rakaat. Antara tempat² berkenaan ialah:

´.✿ Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah

´.✿ Bukit Tursina, tempat Nabi Musa AS menerima wahyu drpd Allah

´.✿ Baitul-Laham, tempat Nabi 'Isa AS dilahirkan

Dlm perjalanan itu juga Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin 'Afrit dgn api jamung & dapat menyaksikan peristiwa² simbolik yg amat ajaib.

Peristiwa² tersebut adalah seperti berikut:

☑ Kaum yg sedang bertanam & terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yg baru keluar semula seolah² belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang². Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yg berjihad "Fisabilillah" yg digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yg lebih banyak.

☑ Tempat yg berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya & anak²nya (termasuk bayi yg dapat bercakap utk menguatkan Iman ibunya) yg dibunuh oleh Fir'aun krn tetap teguh beriman kpd Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

☑ Sekumpulan orang yg sedang memecahkan kepala. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali². Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang² yg berat kepala utk sujud (solat).

☑ Sekumpulan orang yg hanya menutup kemaluan (qubul & dubur) dgn secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api & batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang² yg tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

☑ Satu kaum (lelaki & perempuan) yg memakan daging mentah yg busuk sedangkan ada daging masak di sisi. Kata Jibrail: Itulah lelaki & perempuan yg melakukan zina sedangkan masing² mempunyai isteri/suami.

☑ Lelaki yg berenang dlm sungai darah & dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yg makan riba.

☑ Lelaki yg menghimpun seberkas kayu & tak terdaya memikulnya tapi ditambah lagi kayu yg lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tapi masih menerima amanah yg lain.

☑ Satu kaum yg sedang menggunting lidah & bibir dgn penggunting besi berkali². Setiap kali digunting, lidah & bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yg membuat fitnah & mengatakan sesuatu yg tidak melakukannya.

☑ Kaum yg mencakar muka & dada dgn kuku tembaga. Kata Jibrail: Itulah orang yg memakan daging manusia (mengumpat) & menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan).

☑ Seekor lembu jantan yg besar keluar dari lubang yg sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yg bercakap besar (takabbur). Kemudian menyesal tapi sudah terlambat.

☑ Seorang perempuan dgn dulang yg penuh dgn pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kpdnya nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia drpd akhirat.

☑ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan & menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yg mensia²kan umurnya sampai ke tua.

☑ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah utk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yg sangat tua & menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun drpd Buraq. Kemudian masuk ke dlm masjid & mengimamkan solat dua rakaat dgn segala anbiya & mursalin menjadi makmum.

Rasulullah SAW terasa dahaga lalu dibawa Jibrail dua bejana yg berisi arak & susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yg betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah SWT):

Didatangkan Mikraj (tangga) yg indah dari syurga. Rasulullah SAW & Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

:)Di Langit Pertama: Rasulullah SAW & Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dgn Nabi Adam AS.

:)Di Langit Kedua: Nabi SAW & Jibrail naik tangga langit yg kedua, lalu masuk & bertemu dgn Nabi Isa AS & Nabi Yahya AS.

:)Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dgn Nabi Yusuf AS.

:)Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dgn Nabi Idris AS.

:)Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dgn Nabi Harun AS yg dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

:)Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dgn Nabi². Seterusnya dgn Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yg ramai, termasuk 70,000 orang yg masuk syurga tanpa hisab.

:)Di Langit Ketujuh: Naik tangga & masuk langit ketujuh lalu bertemu dgn Nabi Ibrahim Khalilullah yg sedang bersandar di Baitul Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kpd Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim AS bersabda, 

Engkau akan berjumpa dgn Allah pd malam ini. Umatmu adalah akhir umat & terlalu dhaif maka berdoalah utk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu لا حول ولاقوة إلا بالله [LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH]


Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim AS bersabda, 

Sampaikan salamku kpd umatmu & beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya & tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله  الله أكبر [SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR]ولا حول ولاقوة إلا بالله العلى الغظم [WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL 'AZHIM]. Bagi orang yg membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dlm syurga.

Setelah melihat beberapa peristiwa lain yg ajaib. Rasulullah & Jibrail masuk ke dalam Baitul Makmur & solat (Baitul Makmur betul² di atas Baitullah di Mekah).

:)Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yg berbetulan dgn dahan pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pd pokok itu: 
Sungai air yg tak berubah, sungai susu, sungai arak & sungai madu lebah. Buah, daun², batang & dahannya berubah² warna & bertukar menjadi permata² yg indah. Unggas² emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. 

Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yg terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga & melihat neraka berserta dgn Malik penunggunya.

:)Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dgn pucuk pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dlm nur & naik ke Mustawa & Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yg ghaib di dlm nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yg lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kpd masjid & tidak memaki ibu bapanya.

:)Di Tangga Kesepuluh: Baginda SAW sampai di Hadhratul-Qudus & Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dgn mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah & Nabi Muhammad:

Allah SWT: Ya Muhammad.

Rasulullah: Labbaika.

Allah SWT: Angkatlah kepalamu & bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil & Engkau berikan dia kerajaan yg besar. Engkau berkata² dgn Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yg besar & dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kpd Sulaiman yg tidak Engkau kurniakan kpd sesiapapun & dia memudahkan  menguasai jin, manusia, syaitan & angin. Engkau ajarkan Isa Taurat & Injil. Dgn izinMu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq & menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia & ibunya drpd syaitan.

Allah SWT: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira & amaran kpd umatmu. Aku buka dadamu & buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik² umat. Aku beri keutamaan & keistimewaan kpdmu pd hari kiamat. Aku kurniakan 7 ayat (surah Al-Fatihah) yg tidak Aku kurniakan kpd sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat² di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan drpd kelebihan Islam, hijrah, sedekah & amar makruf & nahi munkar. Aku kurniakanmu panji² Liwa-ul-hamd, maka Adam & semua yg lainnya di bawah panji²mu. & Aku fardukan atasmu & umatmu 50 waktu solat.

Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS. Kemudian Nabi Musa AS yg kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kpd Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas 9 kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan solat 5 waktu sehari semalam dgn mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Selepas Mikraj:

Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pd malam yg sama. Dlm perjalanan ini baginda bertemu dgn beberapa peristiwa yg kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk & Mikraj yg amat ajaib itu. (drpd satu riwayat peristiwa itu berlaku pd malam Isnin, 27 Rejab, kira² 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)

Sahabat yg dikasihi,

Kesimpulannya, 
✐ Peristiwa Israk & Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yg diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting utk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yg baik & menjauhi perkara yg tidak baik. 

✐ Peristiwa Israk & Mikraj yg memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yg penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kpd kita agar sentiasa mengingati Allah SWT & takut kpd kekuasaanNya.

✐ Seandainya peristiwa dlm Israk & Mikraj ini dipelajari & dihayati benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya drpd melakukan berbagai² kejahatan. 

✐ Kejadian Israk & Mikraj juga adalah utk menguji umat Islam samada percaya atau tidak dgn peristiwa tersebut. Orang² kafir di zaman Nabi SAW langsung tidak mempercayai, malahan memperolok²kan Nabi sebaik² Nabi bercerita kpda mereka. 

✐ Peristiwa Israk & Mikraj itu merupakan ujian & mukjizat yg membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah SWT. Allah SWT telah menunjukkan bukti² kekuasaan & kebesaranNya kpd Baginda SAW.


✐ Dgn kita mendengar & menghayati kisah yg berlaku di dlm peristiwa Israk & Mikraj, kita perlu ambil ikhtibar & yakin bahawa bumi Baitulmaqdis, Palestin yg menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah & terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)

✐ Baitulmaqdis & Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yg telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban & berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kpd pangkuan umat Islam


✐ Peristiwa Israk & Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara² kita di Palestin & dapat memulihkan & menguasai Baitulmaqdis serta menghalau Yahudi laknatullah drpd menguasai & membunuh saudara² kita di Palestin.


❝ Selamat Menghayati & Mengambil Iktibar dgn PERISTWA ISRAK & MIKRAJ

Tuesday, May 29, 2012

Hari nie BUKAN HARI GURU T_T

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:33 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Dah lama rasanya tak update blog. Busy deh bulan nie dgn aktiviti sekolah, konvo & lain-lain. Bajet macam org terNAMA pula. =)

Sebenarnya entry nie khas buat semua GURU-GURUku. 

Cikgu, guru itulah panggilan yg diberikan kpdmu,
Cikgu mendidik anak bangsamu dgn ketulusan hatimu,
Cikgu berdedikasi utk mengajarkan yg terbaik,
Utk melahirkan anak didik yg boleh berjaya suatu hari nanti.


Guru, cikgu seorang insan yg teristimewa,
Baktimu kalahkan bak gunung Everest,
Jasamu tidak ternilai harganya,
Cikgu bak sebatang lilin yg sering menyinari kegelapan muridmu.


Guru, betapa cikgu dihormati oleh segala lapisan masyarakat,
Tugasmu begitu mencabar & jiwamu begitu kental,
Setiap hari cikgu akan berdepan dgn pelbagai cubaan,
Namun rintangan yg mendatang cikgu dapat menangkisnya.


Guru, cikgu seorang yg tegas & berwibawa,
Ketabahanmu membuat cikgu sentiasa redha,
Cikgu berkaliber & berhati mulia,
Cikgu sering dijadikan cermin oleh anak didikmu.


Guru, cikgu seorang yg bersemangat waja,
Kesabaranmu membuat cikgu betah utk meneruskan perjuanganmu,
Demi membela anak bangsamu utk maju ke hadapan,
Cikgu sememangnya seseorang yg patut dihargai.


Semoga Hari Guru ini akan membuat cikgu bahagia & gembira,
Doaku agar cikgu sekalian diberi rahmat & hidayah dari Illahi,
Dgn melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru,
Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yg bergelar GURU...


Sebelum bulan Mei menginjak pergi berganti dgn bulan Jun sy, HERWANA HERMAN ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" buat semua guru yg pernah bersusah payah mendidik sy. Hanya Allah saja dpt membalas jasa kalian semua. جزاكم الله خير الجزاء

SK Pekan Dua W.P. Labuan 

SM Sains Labuan

"SAYANG SEMUA GURU-GURUku"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...