Photobucket

Tuesday, July 23, 2013

www.tudungnur.com: Ceritaku dan Tudung Bidang 60

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:08 PM



Assalamualaikum & salam sejahtera...


InsyaAllah hari ini cik Wana nak share satu kisah... Kisahnya bermula di sini...


"Cikgu nak tanya satu soalan ini, harap cikgu bolehlah jawab."


Rasa berdebar mendengar intro soalan yang diajukan oleh pelajar aspuri kepadaku semasa kami usai sahaja solat Maghrib secara berjemaah di Surau An-Na'im, Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL) yang lalu.


"Tanyalah, tapi kalau soalan susah nanti cikgu cari talian hayat, hihi."


Sambil tersenyum dan berdoa dalam hati agar mereka tidak bertanya soalan yang cepu mas terutamanya bab 'bila nak kahwin?.'


"Cikgu bekas pelajar sekolah ini, lepas tu cikgu pula ajar Matematik dan Kimia tapi.... kenapa boleh terjebak pakai tudung labuh ini? Sekolah kita hanya adseorang dua sahaja pelajar yang pakai tudung labuh itupun sebab sekolah lama mereka sekolah agama sebelum masuk sini. Kami tengok gambar cikgu kat majalah sekolah dulu semua pakai tudung biasa saja. Sharelah cerita, mana tahu suatu hari nanti kami juga boleh jadi seperti cikgu."


Tersenyum aku sebaik sahaja mendengar soalan yang diutarakan oleh pelajar itu. Secara tidak langsung terimbas kenangan-kenangan lalu yang membawa aku memilih penampilan seperti ini. Kisahnya bermula pada zaman sekolah lagi. Ayuh sama-sama kita selusuri, moga ada yang membaca turut sama-sama berkeinginan sepertiku jua suatu hari nanti.



Hikmah 1: Zaman Sekolah

Ketika di tingkatan 4, aku bersama Najlaa, Rahmah, Syahrul, Razali dan Shahmen terpilih mengikuti satu program Islamik iaitu Nadwah Kepimpinan Islam (NKI) 2005 yang telah diadakan di SBPI Rawang, Selangor. Rasgembira memandangkan itu merupakan kali pertama mewakili sekolah ke semenanjung


Sebaik sahaja sampai di tempat program, terasa kaki ingin melangkah kembali ke sekolah memandangkan hampir 80% pelajar perempuan yang hadir memakai tudung labuh. Malu plus segan bermain-main di sanubari kerana diri ini hanya bertudung singkat. Bagaimana aku ingin berprogram selama 5 hari ni? Tidak disangka-sangka ada juga pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang bertudung labuh


Sebenarnya aku jenis teruja dan suka melihat orang bertudung labuh sebab nampak ayu dan cantik sahaja. Sejuk matmelihat wajah mereka. Kebetulan, aku sudah lama tidak melihat orang bertudung labuh memandangkan ketika aku di tingkatan 1 sehingga 4 di SMSL, kami tidak mempunyai seorang pun ustazah. Kami hanya diajar oleh beberapa orang ustaz. 


Terasa kerdil sepanjang berada di program ini. Melihat pandangan peserta lain terhadap kami semakin membuatkan aku mengambil masa untuk mengenali peserta-peserta lain.


Nasib baik aku berada di kumpulan yang sangat memahami dan banyak ilmu terutamanya bab agama yang aku pelajari daripada mereka.


Dan ketika hari terakhir program aku pernah berkata 


"Mudah-mudahan aku juga seperti kalian."


Mungkin kata-kata yang di"amin"kan oleh sahabat-sahabat yang baik dan solehah menjadi asbab aku sebegini.







Hikmah 2: Zaman Matrikulasi

Semasa aku sedang sibuk mendaftarkan diri hari pertama di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), tiba-tiba aku terserempak dengan seorang wanita bertudung labuh.


"Dik, boleh akak cakap sesuatu. Cara pakai tudung dah baik dan cantik. Tak selempang tudung tapi kenapa tak pakai stoking kaki."


Agak terkejut dengan pertanyaan wanita itu. Aku menarik muka tidak puas hati dengan teguran itu. Saat aku sedang sibuk boleh pula dia menahan aku semata-mata ingin memberitahu tentang stoking.


Tapi sebenarnya semasa mendaftar di KML aku memang tidak memakai pakaian yang sepatutnya (baju kurung dan berkasut) memandangkan surat kemasukan ke KML tercicir. Walau bagaimanapun, aku tetap dibenarkan mendaftar dengan status 'tercicir dan dibenarkan memakai pakaian biasa'.


Entah bagaimana, sepanjang orientasi KML sentiasa pula terserempak dengan wanita itu. Rupa-rupanya dia merupakan salah seorang fasilitator orientasi KML ketika itu.


Pada hari terakhir orientasi, Allah memberi peluang aku untuk hadir ke Surau Al-Irfaan, KML mendengar pengisian insan pertama yang menegur aku di KML. Allahurabbi, menitik air mata mendengar pengisian daripada kakak itu. Rupa-rupanya, dia seorang muallaf yang baru memasuki Islam beberapa bulan yang lalu dan memilih untuk membawa penampilan sebagai seorang muslimah yang bertudung labuh.


"Terima kasih kak Balqis Khairina, Allah hadirkan dikau untuk menegur aku."



Bermula di KML aku berjinak-jinak memakai stokinwalaupun masih memakai tudung singkat, bergaul dengan sahabat-sahabat Al-Irfaan dan meneruskan keterlibatan dalam usrah seperti zaman sekolah dulu.


Teringat aku semasa hari terakhir usrah di KML akan pesanan kakak usrah yang perlaku bawa ketika masuk universiti nanti iaitu:
Berubahlah jadi yang lebih baik.

Kalau nak cari sahabat, cari di surau universiti masing-masing.


Hikmah 3: Universiti 


Aku bermula dengan 5 helai tudung bersaiz 48 semasa memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Aku membawazam dan harapan tinggapabila menjejak kaki ke UPSI. 


Alhamdulillah, seperti Allah sedang menjaga aku bermula melangkah kaki di UPSI di mana aku ditakdirkan sebilik dengan seorang kakak tahun akhir yang bertudung labuh iaitu Kak Mastura. Kak Mas banyak membawa aku ke program agama di peringkat kolej yang selalu diadakan di Surau Ar-Rasyidin, Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). 


Di Surau Ar-Rasyidin aku mulmengenali ramai sahabat yang berkeinginan sepertiku. Kami selalu bersama-sama ketika program, berbuka puasa bersama-sama, solat berjemaah dan berprogram bersama-sama. Alhamdulillah bermula di Surau Ar-Rasyidin ukhuwah kami sentiasa bertaut, saling membantu dalam pelbagai perkara.


Hari demi hari banyak perkara yang aku pelajari yakni bukan sahaja di bidanakademik malah di bidanagama. Memandangkan aku hanya kembali ke Labuan ketika hujung semester genap (2, 4, & 6), keluargaku sedikit terkejut dengan pilihanku. Tapi Alhamdulillah, mereka menerima dengan hati terbuka. 



Hikmah 4: Roomate

Secara jujurnya agak susah mencari tudung bidang besar di Tanjung Malim, Perak. Seluruh pekan dilawati tapi  tidak berjumpa juga dengan pilihan hati. Dalam kesibukan mencari tudung yang menepati syariat Islam, ditakdirkan pula semasa pengajian di UPSI, aku sebilik dengan pengguna tegar Tudung Nur.  Hampir setiap semester pasti dia akan memesan Tudung Nur melalui pos. Di situlah aku mula mengenali Tudung Nur


Semasa praktikal di Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih (SAMSHSB), Klang, dia turut menolong beberapa orang guru untuk membeli Tudung Nur melalui laman web http://tudungnur.com/.


Suatu hari aku dan Fiezah ke satu program di mana kebetulan ketika itu terdapat jualan tudung labuh dan jubah. Di situlah aku pertama kali membeli Tudung Nur jenis Tudung Kaktus sebanyak 3 helai daripada pengedar Tudung Nur.  Pengedar itu turut memberikan aku alamat kedai Tudung Nur sekiranya ingin mencari Tudung Kaktus yang pelbagai corak dan warna.


Memandangkan selesa memakai Tudung Kaktus, aku bercadang ingin ke kedai Tudung Nur untuk memilih sendiri tudung yang bersesuaian denganku.


Allahuakhbar. Allah Maha Mendengar!!! Allah mendengar dan mengetahui suara hatiku.


Akhirnya suatu hari aku berpeluang untuk menjejakkan kaki ke kedai Tudung Nur di Gombak. Kebetulan ketika itu aku menghadiri program di Taman Melewar. Banyak sangat tudung membuatkan aku rambang mata untuk memilih tetapi jenis Tudung Kaktus juga jadi pilihan hati daripada pelbagai tudung yang ada. Alhamdulillah dapat lagi menambah tiga koleksi Tudung Kaktus yang berlainan warna dan corak.


Tudung Kaktus menjadi pilihan hati berbanding jenis tudung yang lain memandangkan ia 
mudah diurus, 

tahan kedut,

tak perlu gosok, 

ringan

sesuai dengan bentuk mukaku. 

Walau bagaimanapun, aku hanya memakai Tudung Kaktus ketika memakai jubah dan baju sukan yang tidak banyak corak.


Sehingga hari ini aku memiliki 10 helai Tudung Kaktus pelbagai warna dan corak.




Setakat ini sahaja celotehku. Wallahualam.



"Terima kasih Ya Allah, Engkau hadirkan sahabat-sahabat terbaik buatku di sepanjang aku melayari kehidupan sebagai seorang pelajar dan mereka masih tetap menemaniku walaupun kami sudah bertebaran di bumiMu. Engkau rahmati, sayangi dan jagalah mereka semua. Tetapkan hati kami agar sentiasa ISTIQAMAH dalam melaksanakan suruhanMu dan meninggalkan laranganMu."



Monday, June 10, 2013

Nota Anak Usrah yang Nakal

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:49 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.



Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah utk menghirup udara pinjamanNya. Andai Allah menghitung jumlah sedutan & kita dikenakan bayaran bagi setiap sedutan, sudah pasti bekerja seumur hidup pun tidak mampu membayarnya.


Ayuh sahabat² kita basahi bibir dgn ucapan ALHAMDULILLAH.


Pejam... Celik... Pejam... Celik... Tanpa diduga hari ini sudah masuk 2 Syaaban 1434H. Ini bererti tidak cukup sebulan lagi kita memasuki bulan Ramadhan. Bulan yg ditunggu².


Sudah begitu lama rasanya aku tidak menulis. Sebulan lebih!!! Kekangan masa membataskan aku untuk menulis blog mahupun membuka facebook
.


Hari tu berkesempatan membelek nota² lama di facebook & tak sangka ada seseorang pernah tag nota yg tak pernah dibaca sehinggalah dah setahun lebih meninggalkan bumi Murobbi (UPSI).


Isi kandungan nota membuatkan rinduku pada dia & UPSI semakin membuak². Seriously, aku betul² rindu. Ingin kembali zaman tarbiyah kampus apatah lagi sekiranya berada dlm masa lapang.




Nak abadikan nota tue di sini ^__^.



KEPADA: Mak usrah (Kak Wana) 

DARIPADA: Anak usrah yg nakal


Assalamualaikum w.b.t,

            Sebagai pembuka kata, ingin sekali saya memohon ampun & maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki sebab kenakalan saya. Banyak kesalahan yg tak terhitung yg dah saya lakukan. 


Tapi...  Kak Wana tak pernah putus asa utk membawa saya di jalan yg penuh dgn kemanisan dakwah ini. Kak Wana masih melayan anak usrah yg nakal ini sama rata dgn anak usrah yg lain. Seronok sangat jadi anak usrah Kak Wana. Kak Wana tak sekalipun merendahkan motivasi saya utk bersama
² di jalan dakwah. Kak Wana tak pernah putus asa utk mendorong saya ke tamrin, & banyak juga alasan yg saya berikan setiap kali diajak. Tapi Kak Wana sabar & tak putus asa dgn saya. Terima kasih Kak Wana sebab sudi jadi mak usrah kpd anak usrah yg nakal ni. 


            Alhamdulillah, Allah telah gerakkan hati saya yg degil ini utk saya katakan YA utk ke tamrin. Ya Allah, terima kasih sebab Kau beri aku nikmat sedangkan aku sangat sedikit bersyukur. Banyak ilmu & nasihat yg Kak Wana berikan kpd saya. Kak Wana ibarat seorang kakak yg sentiasa mengingati adik²nya. Setiap kata² & ilmu yg disebut & diluahkan dari bibir Kak Wana tidak dapat dinilai dgn mata wang. Setiap cebisan ilmu yg Kak Wana hadiahkan akan saya sematkn di dada dalam². Terima Kasih sebab sudi jaga saya yg nakal ni.


            Kata² akhir dari Kak Wana di surau semalam membuatkan saya berfikir sejenak. Banyak persoalan yg berlegar² di otak yg kosong ini. Bolehkah diri ini menyampaikan tazkirah kpd sahabat² pada suatu hari nanti seperti apa yg Kak Wana lakukan? Bolehkah diri yg cetek ilmu ini menjadi seorang naqibah yg akan menyampaikan usrah buat adik² nanti? Kuatkah diri ini? Subhanallah. Sayu juga hati ini bila melihat Kak Wana yg mungkin buat kali terakhir. Maafkan saya yg nakal ni Kak Wana.

            Terima kasih Kak Wana krn:
Tidak berputus asa dgn karenah saya yg nakal ni.

Bersabar dgn sikap saya

Luangkn masa Kak Wana utk sampaikan ilmu kpd anak usrah yg nakal ni.

Sentiasa lemparkan senyuman walaupun saya tak tahu isi hati Kak Wana.

Menjaga saya dgn baik dari dahulu sampai hari ini.

            Terima kasih sahabat@Kakak@mak usrah...

Teringat sebentar sepotong ayat Alquran dari Surah Az-Zukhruf,
"Teman² pada hari kiamat itu sering bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yg bertakwa" (Ayat 67)


Semoga diakhirat nanti kita akan menjadi kawan rapat & tidak bermusuhan seperti orang² yg tidak bertakwa. Saya doakan Kak Wana tidak akan berhenti menjadi daie' & menjadi seorang guru yg memberikan ilmu yg bermanfaat kpd semua. Menjadi seorang ibu yg boleh mendidik anak²anaknya sehingga menjadi anak yang solehah. 

            Akhir kata dari saya... Sayang Kak Wana krn Allah. Uhibbukifillah. Rindui saya di dalam doa. OMMA!!! Saranghea . . . !!!


Luahan hati dari anak usrah yg nakal.


Hamba Allah


Nota ini membuatkan air mata kerinduan itu berderai. Terima kasih juga utk segalanya. ANA UHIBBUKIFILLAH YA UKHTI!!!


Wallahualam

Saturday, April 20, 2013

Bacalah Al-Quran Meskipun Tidak Memahami Sepenuhnya~

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:08 PM




Assalamualaikum & salam sejahtera...


Terlallama rasanya tidak duduk di hadapan laptop sambil menulis. Kekangan masa & amanah yg perlu diselesaikan menjadi faktor penyebab blog sudah lamtidak diupdate.



Sedihnya rasa hati sebab tidak dapat terlibatkan dlm Penamaan Calon di P166 hari ini 20.4.2013 [Sabtu].


Hurmmm... Lebih banyak masa diluangkan bersama pelajar drpd bergerak kerja utk Islam. Mungkin posisi ylayak utkku dlm Islam adalah mendidik pelajar faham Islam.


Bagi mengubat jiwa, biar diri ini menulis. Moga perkongsian cik Wana hari nie menjadi motivasi buat diri.




Mengapa kita perlu Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yg dibaca?

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pedalaman.


Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan & membaca Al-Quran.


Cucunya ingin menjadi seperti Atuk & meniru seberapa boleh akan bacaan yg dibaca oleh Atuknya.


Pada suatu hari cucunya bertanya, 
Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun & jika saya faham sekalipun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya.

Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’


Selesai mendengar pertanyaan cucunya, orang tua itu meletakkan arang batu ke dlm dapur pemanas badan, dgn perlahan dia menoleh kpd cucunya sambil berkata,
‘Bawa guni arang batu ini ke sungai & bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yg disuruh tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa & berkata,
‘Kamu hendaklah berjalan lebih cepat utk yg akan datang.’


Dia meminta cucunya ke sungai bersama dgn guni arang batu utk mencuba sekali lagi.


Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, tapi sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah.


Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin utk membawa air di dlm guni & dia pergi utk mengambil baldi.


Orang tua itu berkata, 
‘Saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Kamu tidak cukup kuat mencubanya.’


Dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.


Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dlm guni hingga ke rumah, tetapi utk tidak menunjukkan apa² reaksi kpd Atuknya. Dia berlari seberapa laju yg dia boleh tapi semua air yg dibawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.


Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai & berlari secepat mungkin dgn seguni air, tetapi apabila sampai kpd Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. 



Meletihkan, katanya. 

Tengok Atuk, tak guna!’ katanya lagi.



Jadi kamu fikir ianya tidak berguna?’ orang tua itu berkata.

‘Tengok guni itu!’’ kata orang tua itu sambil menunjukkan guni.


Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut & buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar drpd guni lama yg kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar & dalam.


Cucuku, itulah yg akan berlaku jika kita membaca Al-Quran. Kita mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila kita membacanya, kita akan berubah dgn sendirinya, dalaman & luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dlm kehidupan kita.



Moga cerita ini membuklembaran baru buat kitagar rajin membaca Al-Quran.



Wallahualam.

Monday, April 8, 2013

Siapa Aku Di Hadapanmu?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:00 PM



Assalamualaikum & salam sejahtera.


Telah lama kurasakan tidak menulis. Benarlah kata sahabat, apabila melangkah ke alam pekerjaan, komitmen terhadap tugas & amanah semakin bertambah.


Allahurabbi.....


Moga aku dapat melaksanakan amanah & tanggungjawab yg terpikul di bahuku dgn sebaiknya. InsyaAllah...


Siapa gerangan "mu" itu?

Syaitan.
Manusia.
Malaikat.
Pencipta.

Nak tahu jom baca entri cik Wana. Moga entri nie buat renungan kita bersama sebelum misi melelapkan mata.


SUBUHNYA…
Di mana aku berada?
Masih enak dlm kelambu rindu,
Sambil berpoya² dgn waktu,
Masa bagaikan menderu,
Langkah tiada arah tuju,
Fikiran terus bercelaru,
Terlupa aku semakin di hujung waktu,
Siapa aku di depan Tuhanku?


ZOHORNYA…

Aku lebih memikirkan kelaparan,
Kehausan & rehatku,
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,
Aku bertolak ansur dgn waktu,
Aku gembira membilang keuntungan,
Aku terlupa berapa besar kerugian,
Jika aku menggadaikan sebuah ketaatan,
Siapa aku di depan Tuhanku?


ASARNYA…
Aku lupa warna masa,
Cepat berubah bagaikan ditolak²,
Aku masih dgn secawan kopiku,
Terlupa panas tidak di hujung kepala,
Aku masih bercerita,
Tentang si Tuah yg setia,
Dan si Jebat yg derhaka,
Siapa aku di depan Tuhanku? 


MAGHRIBNYA…

Aku melihat warna malam,
Tetapi aku masih berlegar,
Di sebalik tabirnya,
Mencari sisa² keseronakan,
Tiada terasa ruang masa yg singkat,
Jalan yg bertongkat²,
Ruginya bertingkat²,
Siapa aku di depan Tuhanku?


ISYAKNYA…
Krn masanya yg panjang,
Aku membiarkan penat,
Menghimpit dadaku,
Aku membiarkan kelesuan,
Mengangguku,
Aku rela terlena,
Sambil menarik² selimut biru,
Bercumbu² dgn waktuku,
Siapa aku di depan Tuhanku?


*****************************************

Kini aku tertanya²,
Sampai bila aku akan melambatkan sujudku,
Apabila azan berkumandang lagi,
Aku tidak akan membiarkan masjid sepi lagi,
Kerana di hujung hidup adanya mati,
Bagaimana jenazah akan dibawa ke sini?
Jika wajahku begitu asing,
Pada mentari & bintang²,


SIAPAKAH AKU DI DEPAN TUHANKU NANTI???


Sejauhmana kita nak Allah nak pandang kalau solat pun susah. Nak solat di awal waktu pun susah. Kita nak Allah jaga hak kita tapi hak Allah kita pandang & buat² tak tahu?


Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...