Photobucket

Sunday, April 17, 2011

Awak Sayang Saya Tak?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:54 AM No comments

Pada suatu hari..


Saya: Mamak, semua berapa?


Mamak: 4 ringgit, 10 sen.


Saya: Nah, 4 ringgit dan 2 biji gula-gula hacks.


Mamak: Ayyo miss, mana boleh ini macam. Mana ada orang bayar pakai gula-gula.


Saya: Habis semalam lu bagi balance 10 sen kat gua pakai gula-gula hacks boleh pula?


Saya blah. Mamak tu pening. Hahaha…(Bukan kisah sebenar)
Sapalah samapai hati buat banner nie??
Assalamualaikum wbt...


Agak-agak, jika anda adalah mamak berkenaan, dan situasi tersebut benar-benar berlaku terhadap anda, apa kemungkinan reaksi anda?
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Simpan jawapannya.


Saya bawakan satu kisah tidak benar dalam pembukaan entry kali ini. Mungkin ada kaitan dengan yang di bawah, mungkin tidak.. Teruskan membaca..

You know yourself better than others..

Sungguh, saya percaya, apa yang kita beri, itulah yang akan kita dapat kembali. “What u give, u get back”.

Jika kita pernah menyakiti hati insan lain, jangan pula apabila suatu hari nanti, bila kita pula disakiti, kita melenting, mengamuk dan marah-marah. Seeloknya, apa yang terbaik harus kita lakukan adalah periksa diri sendiri, muhasabah diri dan imbas kembali, adakah mungkin dalam diri kita atau pada masa yang sudah, kita ada melakukan kesilapan samada kita sengaja ataupun tidak. 


Lazami dirimu untuk muhasabah diri setiap hari agar kau tidak mengulangi kesalahan yang sama

Tambahan pula.. Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Kiri kanan kita sentiasa ada dua malaikat yang setia mencatit dan di alam akhirat kelak, syurga dan pahala sedang bersedia menanti kita. Mahu ke neraka atau ke syurga? Tepuk dada, tanya iman..

Dua jari menunding ke arah orang lain, sedangkan 3 jari lagi menunding ke arah kita, oleh itu, sebelum menuduh atau menyalahkan orang lain maka adalah lebih elok sekiranya kita bermuhasabah terlebih dahulu.

Semua orang mahu dihormati dan dihargai... 

Jika kita mahu dihormati dan dihargai, maka kita terlebih dahulu hendaklah menghormati dan menghargai insan lain. Begitu juga dengan keikhlasan, jika kita mahu sahabat kita ikhlas dengan kita, apa yang perlu kita lakukan adalah ikhlaskan diri kita terlebih dahulu. 


Ikhlas dalam bersahabat
Ikhlas dalam bantu membantu
Ikhlas dalam memberi
Ikhlas dalam mendengar dan meminjamkan bahu.

prev-senyum-ikhlas-ceria1.jpg (480×300)
Cantik tau kalau tengok orang yang sentiasa senyum.

Jangan sekali-kali menyimpan hasrat yang tidak baik, kerana walaupun keikhlasan itu tidak mudah dilihat, umpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap, tetapi ingat, hati yang jernih dan bersih pasti dapat melihat dan merasainya. Dan ingat juga, Allah itu Maha Mengetahui. Tiada keikhlasan adalah umpama kita menipu diri sendiri, orang yang luka tapi kelak kita yang berdarah.

Lumrah kehidupan seorang remaja, selalunya ingin berteman dan punyai ramai sahabat. Biasanya, makin ramai sahabat, pelbagai masalah pula yang timbul. Banyak yang merungut dan mengadu tentang sahabat masing-masing, kecewa, marah, bengang, keliru, serba salah, sedih dan macam-macam lagi. Namun begitu, common sense kuat mengatakan, bukan sahabat mereka yang bermasalah tapi sebaliknya, dirinya sendiri yang bermasalah.

Kenapa begitu?

Bukan niat saya ingin menuduh atau berprasangka. Tapi logiknya, jika kita seorang sahabat yang baik, pemaaf, ikhlas dan sabar, pastinya masalah-masalah itu sedikitpun tidak mampu memberi apa-apa kesan kepada kita. Formula saya mudah dalam bersahabat..

"Jika mereka susah untuk memahami aku, maka aku hendaklah berusaha lebih sedikit untuk memahami mereka."

Masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek. Kita harus tahu membawa diri dan sesuaikan diri kita dengan sikap kawan kita. Jangan sampai hipokrit. Cukup sekadar, bila kita tahu sahabat kita suka bercerita, maka pinjamlah telinga ini untuknya. Cukup sekadar, bila kawan kita suka bercakap kasar, maka persiapkan diri untuk tidak mudah terasa setiap kali berhadapan dengannya.


Tapi macam mana caranya?

Fahamilah, untuk mengubah dunia bukanlah suatu kerja yang mudah. Bukan senang untuk kita mengubah sikap kawan kita yang suka cemburu, iri hati, hipokrit, menunjuk-nunjuk, suka mengata, dan macam-macam lagi kerenah. Kadang-kadang, ianya mustahil. Mampukah setitik dakwat menghitamkan seluruh lautan? Tidak. Tapi, setitik dakwat itu pasti mencukupi untuk menghitamkan secawan air. 


Lautan itu adalah sahabat dan masyarakat di sekeliling kita. Dan cawan itu adalah diri kita sendiri. Sebelum kita menyimpan hasrat untuk mengubah insan lain, adalah lebih adfhal sekiranya kita mengubah diri kita terlebih dahulu, kerana ia lebih mudah di lakukan dan hasilnya nanti pastilah bermanfaat untuk diri kita sendiri, insyaAllah.

Sahabat Dunia & Akhirat
Syukran kerana mengajar aku erti segalalah

Habis tu sampai bila?

Namun begitu, itu tidak bermakna kita harus diamkan terus segala salah silap sahabat kita. Amar makruf mesti seiring, usahalah setakat termampu dan selebihnya bertawakkal dan pasrahlah kepada Allah. Jangan kecewa jika kita tidak mampu meruntuhkan bukit, sebaliknya bersyukurlah sekiranya kita sudah berjaya menarah busut.

Dalam bersahabat, keikhlasan dan kejujuran itu perlu. Dalam memberi jangan mengharapkan balasan. Sentiasalah bersiap sedia untuk membantu sahabat yang dalam kesusahan. Jika tidak mampu membantu dari segi kewangan, adalah memadai dengan meminjamkan telinga untuk dia meluahkan segala masalah di hatinya. 


Satu lagi adab yang mesti dipegang dalam bersahabat adalah pandai menyimpan rahsia. Jangan sekali-kali membuka keaiban sahabat kita atau menjatuhkan maruah mereka. Menyimpan rahsia adalah amanah dan janganlah di khianati. Kelak, Tuhan juga akan memberi balasan kepada manusia yang gagal dalam memegang amanah.

Dalam bersahabat, kita hendaklah sentiasa saling memaafkan. Sebagai manusia yang normal, sesiapa sahaja pasti akan melakukan kesilapan oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan. Kerana mungkin suatu hari nanti, kita juga bakal melakukan kesilapan yang serupa. Jangan sekali-kali menyimpan dendam permusuhan. Maafkanlah dan lupakan kejahatan mereka terhadap kita.. Selalulah mengingati kebaikan mereka terhadap kita. Pasti, hati kita juga tidak akan sakit dan sentiasa berasa bahagia. Moga Allah izinkan.

23652mn7.jpg (363×415)
Awak, awak, awak sayang saya tak?

Sahabat datang dan pergi, 


Namun, sahabat sejati tetap kekal sentiasa di hati. Berjauhan tidak semestinya tidak diingati. Tidak berhubung bertanya khabar tak bermakna dilupai. Ada dalam tiada. Tidak nampak tapi dapat merasai ketulusan seorang sahabat. 


Saya tidak takut sekiranya sahabat saya tidak menghubungi saya. Kerana saya tahu, saya adalah seorang sahabat yang tidak mudah untuk dilupai kerana saya bukanlah sahabat yang mudah melupai. Indahnya ukhuwah kerana Allah, bertemu tidak jemu dan berpisah tidak gelisah, insyaAllah, semoga perasaan ini akan sentiasa kekal dan berpanjangan.

Oleh itu,

Kepada semua sahabat saya, saya sangat menghargai dan menyayangi semuanya. Jika saya ada melakukan kesilapan, mohon diperbetulkan. Jika saya tersilap langkah, mohon ditunjukkan arah yang betul. Kerana saya juga hanyalah insan yang biasa.

Sekian dulu untuk kali ini, semoga bermanfaat untuk kita menempuhi hari-hari mendatang. Sayangi sahabat anda dan hargailah mereka. Walau di mana jua mereka berada, jangan sekali-kali memadamkan mereka terus dari kotak ingatan anda. Mereka yang pernah ketawa bersama kita. Mereka yang pernah menangis bersama kita. Lupakan sengketa dan hubungkan persaudaraan. Bila berkesempatan, hubungi sahabat anda sebagai tanda, mereka sentiasa di hati. 

Saya sayang semua sahabat saya kerana Allah, thanks for being there..

Uhibbukum fillah abadan abada (betul tak nie?)..

Moga Allah sentiasa merahmati ukhuwah yang terbina..

InsyaAllah.

Wallahualam

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...