Photobucket

Wednesday, April 20, 2011

iSLaM Di MaNa-MaNa

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:47 AM No comments

Jap....Nak Start enjin dulu..


Assalamualaikum & salam sejahtera kpd yg sudi membaca blog saya (perasan ada orang baca). Saya nak bawa satu cerita tapi sebelum itu pastikan tisu @ sapu tangan berada di tepi ya. Takut nangis.. http://www.emocutez.com

Ceritanya bermula di sini...
Herwana... 

Indah nama itu. Secantik & semulia akhlak insan yang menjadi  pemegangnya (hehehe.. mesti yg membaca ketawa berguling di atas kerusi). Hidup di IPIS (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan  Islam) memang merupakan impiannya sejak sekian lama. 

Sudah hampir 3 tahun dia berdoa agar dirinya nanti dihantar ke suatu tempat yg dia kira cukup Islamik, agar mudah utk dia mengubah diri serta jalan  hidupnya. Bukan selama ini dia tersesat, cuma dia ingin menjadi seseorang yg baru, berbeza dgn dirinya yg dahulu

Sungguh Allah itu Maha Mendengar. Mengalir air mata suci drpd sepasang mata yg sering melemparkan pandangan bening itu. Begitu dia bersyukur apabila doanya  dijawab. Subhanallah. Allah itu Maha Berkuasa.


6 bulan pertama berada di IPIS sudah cukup utk merubah segala²nya tentang dirinya. Usahkan penampilan, cara pergaulan & percakapannya berubah sama sekali. Dia kini seorang yg serba  baru. Meskipun begitu, dia tidak pernah lupa asal usulnya. Siapa dia, dr mana dirinya.

Setelah 6 bulan berada di IPIS, sudah tibalah masanya utk pulang ke  pangkuan keluarga tercinta. Sedih juga rasanya utk meninggalkan IPIS  yg kini sudah menjadi sebahagian drpd jiwanya.

"Assalamualaikum!! Wana dah sampai!! Mak, Ayah!!" Terdengar  suaranya yg lantang memecah keheningan subuh...

"Wajah insan tersayang kini sudah berada di depan mata. Apalagi, pergilah peluk!", gertak jiwa kecilnya. Tidak tergambar rasa gembiranya hati apabila dapat mengucup pipi ibu serta ayah tercinta.

Perubahan Wana sedikit sebanyak telah mempengaruhi org di sekelilingnya. Ada yg boleh menerimanya dgn baik. Tidak kurang juga yg memandang serong terhadapnya. 

Tetapi, bukan itu yg Wana risaukan. Kini, dia sudah ada tanggungjawab besar yg akan disoal di  akhirat kelak. Tanggungjawab utk menyampaikan ilmu yg ada padanya. Ilmu yg masih sangat sedikit itu ingin dia kongsikan bersama dgn harapan mereka akan turut merasakan betapa manisnya hidup  mengikut acuan Islam sejati.

Perjuangan Wana tidak mudah. Utk mengubah keluarga sendiri pun dia  masih tertatih². Walaupun begitu dia tidak pernah berputus asa. Hampir setiap hari, ada sahaja terdengar suaranya memenuhi rumah dgn nasihat serta pengajaran yg penuh bermakna. 

Ada kalanya kaum keluarga mendengar dgn penuh perhatian. Ada pula waktunya Wana seperti berbicara sendirian krn org² di sekelilingnya sudah bosan dgn ucapan yg agak sama setiap hari. Tetapi, tidak pernah pula sikap seperti itu merubah semangat Wana.

Hari itu Wana pergi menziarahi neneknya yg kurang sihat di kampung. Alangkah gembiranya Wana apabila dia menemui seorang sahabat lama yg dahulunya turut bersamanya bermain teng² & meneruskan perjuangan bersama sehingga ke sekolah menengah. Tetapi, dlm kegembiraan tersebut timbul sedikit kesedihan di hati Wana. 

Lia yg dia kenali dahulu sudah berubah sama sekali. Tudung tidak lagi menutup rambutnya. Rambutnya kini pula sudah dihiasi dgn segala jenis macam warna yg menyakitkan mata yg memandang. Belum lagi ditambah dgn tindikan² di telinga yg melemaskan jiwa. Baju yg nipis & ketat. Pergaulan dgn lelaki?? Tidak mampu Wana membicarakan perihal Lia yg selanjutnya.

"Lia, kenapa Lia berubah? Kenapa Lia tak pakai tudung? Rambut Lia  ni... dulu kan cantik.. Lia dah lain sangat. Janganlah macam ni Lia. Wana rindu Lia yg dulu. Lia yg lembut, sopan, pemalu, yg jaga aurat & yg paling penting, jaga pergaulan..." keluh Wana pd suatu petang yg sunyi.

Lia hanya mendiamkan diri. Mungkin sedikit terkesan di hatinya apabila kata² seperti itu diucapkan oleh sahabat karibnya sendiri. Memang dia akui kata² Wana itu betul semuanya. Tetapi, suasana di kampung memang telah banyak mempengaruhi gaya hidup Lia. Bergaul dgn remaja sebayanya yg bermasalah telah betul² menjadikan Lia insan yg  berbeza. Dgn nada yg agak keras, Lia menjawab segala persoalan yg Wana ajukan padanya.

"Wana... Wana kena ingat. Ini kampung. Bukan macam tempat Wana IPIS tu Islamik. Memanglah senang Wana nak kekalkan diri Wana yg baik ni.


Kampung ni. Macam² ada. Org² yg tinggal dlm kampung ni bukan sembahyang sangat pun. Kalau dah yg tua² itu pun tak dapat nak jadi contoh, macam mana kita org yg muda ni nak jadi baik? Wana patut ajar yg tua² tu dulu, baru ajar Lia.


Wana cakap senanglah. Nanti, kalau Wana dah lama² kat sini, mesti Wana pun berubah. Takkan bertahannya diri Wana yg sekarang ni. Percayalah cakap Lia. Wana janganlah nak jadi hipokrit. Buat² baik kat sini utk tunjuk kat kita org semua. Lia tahu Wana ni siapa.


Pasal tudung & rambut tu, tempat ni lain Wana. Kalau kat IPIS Wana wajib pakai tudung labuh, kat sini tidak ada peraturan macam itu. Jangan pula Wana nak wujudkan peraturan sendiri. INI BUKAN IPIS!"

Wana menjawab,

"Astaghfirullahalazim! Lia! Kenapa Lia cakap macam itu?! Islam itu ada di mana² Lia. Bukan dekat IPIS sahaja.


Sebagai umat Islam sejati, sudah menjadi kewajipan kita utk mematuhi segala suruhan & meninggalkan segala larangan Allah walau di mana pun Lia berada. Jangan  jadikan suasana kampung ini sebagai alasan utk Lia berubah.


Lia, kalau orang di sekeliling Lia tidak mampu utk mendidik Lia, Lia patut didik & kuatkan diri sendiri. Memang tidak mudah Lia. Wana pun tak rasa mudah utk kekal begini. Tetapi, itulah hakikatnya. Kita takkan mampu utk berubah sekiranya kita sendiri tidak berusaha.


Ingat Lia. Allah tidak akan  mengubah nasib sesuatu umat itu sehingga mereka sendiri berusaha utk berubah.." berlinang air mata suci Wana tatkala mengucapkan kata² tersebut.

Sungguh tidak disangka, sampai begitu sekali Lia berubah. Baru 6 bulan mereka berjauhan, Lia sudah jauh pergi meninggalkan agamanya.

"Ala... Janganlah Wana nak buat² suci kat sini. Tempat ni lain Wana. LAIN! Wana pakai macam ni, tudung² yg macam 'khemah  bergerak' ni, Wana ingat org sanjung Wana ke?


Budak² kampung ni... hari² mengumpat Wana.. Wana datang je dia orang gelarkan Wana 'khemah bergerak'. Kelakarlah Wana.


Janganlah pakai macam ini lagi Wana. Tak sesuai kat sini. Kita dekat kampung, buatlah macam cara dekat kampung. Nanti, kalau Wana dah balik IPIS, sesuailah Wana pakai macam ni. Memang wajib dekat sana kan? Dekat sini tak pun.." Dgn nada selamba Lia mengucapkan kata² tersebut.

Wana hampir pengsan apabila mendengar kata² seperti itu diucapkan oleh sahabatnya sendiri. Bertambah pilu & sedih hatinya. Bukan krn gelaran 'khemah bergerak' itu atau umpatan org kampung, tetapi krn cara hidup sahabatnya yg kini semakin jauh dr Allah. 

Dlm diam Wana berdoa di dlm hati agar dosa² sahabatnya itu diampunkan oleh Allah & dibukakan semula pintu hatinya utk kembali pd Islam. Sungguh kasih dia pd sahabatnya ini sehingga tidak sanggup dia utk melihat Lia tersiksa di akhirat kelak. Azan maghrib yg berkumandang menyedarkan Wana. Cepat² dia menyeka air matanya. Dia segera membetulkan tudungnya.

"Lia, jom balik. Dah masuk waktu maghrib. Kita solat. Hari ini kita baca surah An-nisa' serta tafsirannya sekali."

Teringat Wana saat² indah dahulu di mana dia & Lia seringkali  membaca al-quran bersama² & bertadabbur di surau berhampiran rumah  neneknya. Sungguh indah waktu itu.

"Jom Lia.." Wana menarik lembut tangan sahabatnya itu.

"Takpa. Wana pergilah! Hati Lia sudah tertutup utk itu. Lia nak keluar dgn kawan² Lia kejap lagi ni. Bila Lia dah dapat SERU nanti Lia solat. Kita masih muda Wana. Masih banyak masa utk kita. 


Wana ni macam org tua la. Sibuk beribadah macam dunia ni dah nak kiamat. Dia orang patutlah buat macam itu. Umur pun dah tak panjang. Kita ni muda lagi".

Astarghfirullahalazim. Pedih sekali hati Wana mendengarkan kata² sahabatnya itu. Wana sudah tidak mampu lagi berdiri di situ. Dia segera  berlalu. Kudratnya sudah lama habis. Lemah dirinya apabila mendengarkan kata² Lia. Di dlm hati Wana banyak² berdoa & meminta keampunan kpd Allah di atas kelemahannya yg tidak mampu utk membantu sahabatnya itu. Dia pergi meninggalkan Lia dgn linangan air  mata.

Setelah hampir 2 bulan bercuti, kini Wana akan kembali semula ke IPIS utk semester kedua. Perjuangannya kali ini pasti lebih sukar. Azamnya kali ini lebih tinggi. Bila dia kembali lagi nanti, dia akan buat lebih banyak lagi.

"Wana!!" Terdengar sayup² suara Lia memanggilnya dari jauh. 

Wana menoleh ke belakang.

"Lia...dah lama tak jumpa Lia. Wana nak balik dah ni. Nanti Wana datang sini lagi. Ingat Lia. Islam itu ada di mana². Bukan di IPIS  saja. Di sini juga.. di HATI..." ucap Wana sambil meletakkan kedua² tangan sahabatnya di dadanya.

Kemudian Wana berlalu pergi. Dgn linangan air mata, dia berharap agar pintu taubat masih terbuka utk sahabatnya itu. 

Lia hanya terdiam & tergamam. Masih cuba utk memahami kata² Wana tadi.

Tamat....

Apa macam? Best tak artikel nie? 



Sebenarnya saya copypaste artikel dari ILUVISLAM memandang jari² ini bengkak² krn penat menulis nota INORGANIC CHEMISTRY(menipu itu dosa).

Saya tukar nama dlm arikel kpd nama saya (HERWANA HERMAN). Biar jadi iktibar utk diri ini.

Terlalu banyak pengajaran yg diperolehi drpd cerita ini.

Sekian saja utk hari ini. Minta maaf dipinta.




Ya Allah, Tuhan Yang Membolak-balikkan hati ini,
Tetapkan hatiku di atas agamaMu,
Tetapkanlah hatiku ini untuk terus ta'at padaMu...

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...