Photobucket

Tuesday, April 3, 2012

Tahan Lapar Demi TETAMU, Kita MAMPU?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:33 PM 1 comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Saya punya kisah ingin dikongsi. Moga bermanfaat. Jom baca.


Seorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W & telah menceritakan kpd baginda tentang kelaparan yg dialami olehnya.

Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri utk diberikan kpd orang itu. 

Baginda kemudian bertanya kpd para sahabat, 
"Adakah sesiapa di antara kamu yg sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?"

Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, 
"Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya & menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, 
"Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya dgn sebaik² layanan mengikut segala kesanggupan yg ada pada diri kita & semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yg ada di rumah kita."

Lalu isterinya menjawab, 
"Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yg ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi utk makanan anak² kita di rumah ini?"

Orang Ansar itu pun berkata, 
"Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak²nya) tanpa memberi makanan kpd mereka. Apabila saya duduk berbual² dgn tetamu ini di samping jamuan makan yg sedikit ini, & apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura² hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidak akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama²nya."

Rancangan itu telah berjalan dgn lancarnya & seluruh keluarga tersebut termasuk kanak² itu sendiri terpaksa menahan lapar semata² utk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. 

Berikutan dgn peristiwa itu, Allah S.W.T telah berfirman yg bermaksud, 
"Dan mereka mengutamakan (orang² Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dlm kesusahan." (Al-Hasy: 9)

Subhanallah, saya sangat terkesan dgn kisah nie. Moga kita jadikan tauladan dalam kehidupan seharian kita. Muliakan tetamu yg hadir ke rumah walaupun semiskin mana pun kita. 

Bak kata ibuku sayang,
Biar pun rumah kita sempit & tiada makanan yg sedap tapi hati ikhlas menerima tetamu, InsyaAllah rumah yg sempit jadi lapang walaupun hakikatnya sempit & makanan yg kurang sedap jadi sedap.

Wallahualam.

1 123 Bingkisan Sahabat:

rupanya dah pernah post entry yg nie..

jom kunjungi
http://mujahidahwana.blogspot.com/2010/08/ramadhan-datang-lagi-perlu-dahulukan.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...