Photobucket

Sunday, April 15, 2012

Perginya MUJAHID ISLAM... Al-Fatihah~

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:16 AM 6 comments

Allahurabbi, 

2 tahun yg lalu (11 Januari 2010) kami kehilangan 2 sahabat perjuangan (Al-Marhum Ustaz Fadhiri & Al-Marhum Ustaz Faizol) yg bertemu Allah akibat kemalangan jalan raya. <Baca di sini>

3 bulan yg lalu (17 Januari 2012) kami kehilangan seorang sahabat perjuangan (Al-Marhum Cikgu Fikri) yg bertemu Allah akibat kemalangan jalan raya.

Sebulan yg lalu (6 Mac 2012) kami kehilangan 2 sahabat perjuangan (Al-Marhumah Adik Fatini & Al-Marhumah Adik Hidayah) kembali bertemu Allah akibat kemalangan jalan raya. <Baca di sini>

Bulan ini (9 April 2012) sekali lagi kami mendapat berita yg menyayat hati iaitu seorang lagi sahabat  perjuangan, Al-Marhum Ustaz Shahrizan telah kembali ke Rahmatullah setelah akibat kemalangan jalan raya semasa menuju ke sekolah untuk mengajar.

Al-Marhum semasa berada di walimah Al-Marhum Cikgu Fikri

Ya Allah, betullah janjimu bahawa ENGKAU akan menjemput semula hambaMU bertemu dgnMU tanpa mengenal usia. 


Mereka kembali ke Rahmatullah dalam usia yg muda setelah menggunakan usia mudanya berintima dalam PERJUANGAN ISLAM. 


Al-Marhum pernah mengedar risalah agama di Sabah


Pada malam sebelum kejadian, Al-Marhum telah menghadiri USRAH bersama Ustaz Idris Ahmad. Al-Marhum merupakan SU Dewan Ulamak PAS Kawasan Jempol. Selepas menghadiri usrah dgn Ustaz Idris Ahmad, Al-Marhum berehat di rumah isterinya di Taman Zahrah, Rasah, Seremban. Berita pemergian Al-Marhum menyebabkan Ustaz Idris Ahmad serta semua ahli usrah yg hadir sangat terasa akan pemergiaannya.


ALLAHUAKHAR!!!

Wahai diri ingatlah,
Setiap yg bernyawa pasti akan mati,
Tiada yg kekal abadi kecuali Dia.

Wahai diri ingatlah,
Apa yg kau miliki hari ini semuanya pinjaman,
Biarpun jasad atau nyawa,
Hembusan nafasmu atau aliran darahmu,
Tiada satu pun kau yg punya,
Segalanya milik Dia Yang Esa.

Wahai diri ingatlah,
Ajal maut adalah ketentuan Ilahi,
Ia pasti akan tiba menjemput engkau,
Mungkin esok atau lusa,
Bila masanya tiada siapa yg tahu,
Kecuali Dia Yang Maha Mengetahui.

Wahai diri ingatlah,
Kesengsaraan di dunia ini cuma sementara,
Sakit di dunia hanya seketika,
Bila mati tiba, 
Semuanya akan berakhir,
Di dunia sana dunia abadi,
Harta & rupa tiada sebarang makna,
Yg dihitung cuma amalan & ketakwaan.


images (127×100)
Wahai diri percayalah,
Mati itu bukan pengakhiran kehidupan,
Mati itu detik permulaan,
Kita akan dibangkitkan semula,
Kubur persinggahan menuju dunia akhirat,
Berbekalkan segala amalan di dunia,
Kita bakal meneruskan pengembaraan,
Menempuh perjalanan yg sangat jauh,
Tiada siapa yg tahu bagaimana nasib kita kelak,
Menempuhi Padang Masyar merentasi Siratul Mustakim,
Pengembaraan menuju syurga yg hakiki,
Semoga mati menjadi detik permulaan,
Mengecapi kebahagiaan yg hakiki.



Aku mengenali Al-Marhum Ustaz Shahrizan semasa berada di semester satu memandang Al-Marhum merupakan salah seorang sahabat Rakan Surau Ar-Rashidin, KHAR, UPSI.

Perkara yg aku paling tidak dilupakan semasa Al-Marhum  menjadi unit disiplin dalam satu kem yg aku hadiri. Apabila diingat kembali aku pasti tersenyum sbb Al-Marhum banyak kali denda aku & setiap ayat yg dikeluarkan dari mulutnya TEGAS tapi LUCU.

Beberapa ayat yg masih segar di ingatan.

Denda yg pertama, ana nak dalam kiraan 3 anti dah berada di atas dataran bukit tu & lari 3 pusingan. Kalau tak anti turun semula, ana kira semula. Faham.

Ana tengok anti nie dah macam wali² saja dengan jubah yg panjang. Memandangkan 2 biji manik pun tak boleh jaga, denda kedua ambil tikar yg paling besar & itu barang amanah kamu yg baru.

Ya Allah, tikar yg besar gedabak pun anti tak boleh jaga. Macam mana nak jaga ahli lain? Sekarang ana nak anti lari 2 pusingan keliling tasik & cari orang yg ambil tikar anti.

Anti jadi MPP jangan lembik, kena kuat sebab mereka² nie ada di sekeliling anti (sambil tunjuk semua sahabat yg lain).

Walaupun asyik didenda oleh Al-Marhum tapi aku tidak marah kerana semua itu pengajaran buatku. TERIMA KASIH USTAZ sebab memberi ilmu sepanjang menjadi Unit Disiplin.

Blog Al-Marhum CIKGU CABUK, CIKGU KAMPONGAN

InsyaAllah sedikit perkongsian bagaimana Al-Marhum meninggalkan kita semua & saat pemergiannya. Sumber nie aku perolehi drpd FB kak Ezzah.

Allah...Allah...Allah...

Sayu rasa hati mendengar detik² pemergiannya. Moga Al-Marhum tenang di alam sana & kita sabar menerima takdirNYa.

Perkongsian ni diceritakan oleh zaujah Al-Marhum kpd kak Safura & ana (kak Ezzah) diminta untuk tolong sampaikan.

Kebiasaannya, setiap minggu Al-Marhum akan bertolak dari Seremban (rumah zaujah) pulang ke Palong II pada awal pagi Isnin sebelum Subuh supaya sempat solat Subuh bersama pelajar²nya. Tapi pada hari kejadian, Al-Marhum bertolak agak lewat dari Seremban lebih kurang jam 5 pagi disebabkan Al-Marhum mengalami sakit perut. 

Dlm perjalanan ke sekolah lebih kurang jam 6 pagi (di Serting), Al-Marhum ingin memotong sebuah kereta & belakang kereta tersebut ada sebuah motor (saksi kejadian). Dlm masa yg sama, ada sebuah kereta datang dari arah bertentangan. Disebabkan ingin mengelak dari melanggar kereta tersebut, Al-Marhum tergesa² masuk semula ke sebelah kiri menyebabkan keretanya terbang & Allahuakbar dgn takdir Allah, kereta Al-Marhum jatuh ke dlm gaung berdekatan yg agak dalam. Sebelum terjatuh, kereta Al-Marhum berlanggar dgn beberapa batang pokok menyebabkan dia tersepit & meninggal dunia di tempat kejadian mungkin krn parah di kepala. Allah... Menurut kak Safura lagi, Al-Marhum mengalami luka di sebelah kiri muka.

Utk makluman sahabat², petanda² Al-Marhum akan meninggalkan kita semua turut diceritakan oleh maknya. Menurut mak Al-Marhum, seminggu sebelum meninggal Al-Marhum sempat berjumpa dgn semua ahli keluarga dia & keluarga sebelah zaujahnya. Al-Marhum sempat memohon maaf & berpesan pada maknya, andai dia pergi dulu Al-Marhum nak mak dia kebumikannya di makam Sheikh Hj. Mohamad Said Sikamat, Seremban. Allahurabbi seolah² Al-Marhum tahu dia akan meninggalkan kita semua. Sebab tu, mak dia minta Al-Marhum dikebumikan di sana. Rupa²nya permintaan terakhir dari arwah.

Pada bulan terakhir, zaujah Al-Marhum (Kak Farah) juga dapat merasakan yg dia akan kehilangan sesuatu & akan menangis apabila terkenangkan Al-Marhum. Allah dah bagi perasaan tu awal² lg pd Kak Farah. Allah. Menurut Kak Farah lagi, sebelum dia keluar rumah pagi tu, arwah memang nampak gembira sangat seolah² dia tahu kekasih yg Agung sedang menunggu.

Alhamdulillah, Al-Marhum pergi dlm keadaan ibunya redha padanya & sangat menyayanginya. Mak Al-Marhum bagitahu,
Ijan ni, makin besar makcik makin sayang pada dia.

Ya... Kerana dia menjadi pejuang & kebanggaan agama.

Alhamdulillah jenazah Al-Marhum diimami & ditalqinkan oleh ulama' besar N9 dari keturunan Sheikh Haji Mohd Said.



Damailah sahabat di sana bersama para anbiya’, syuhada’ & solehin. 

Moga syurga Allah menjadi destinasi yg abadi untukmu.

Ameen. 

Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa'fu'anhu... AL-FATIHAH.

Buat isteri & keluarga Al-Marhum,

Salam takziah. Semoga anak yg dikandung oleh kak Farah setabah  "umi"nya & mewarisi darah perjuangan Islam "abah"nya yg telah kembali ke Rahmatullah.

Wallahualam.

6 123 Bingkisan Sahabat:

Nota utk anakku by Kak Farah
Hari ini 12/4/2012 bersamaan 20 JamadilAwwal 1433 H. Genaplah hari ke-4 pemergian arwah abah yg menemui Penciptanya pd 9/4/2012 bersamaan 17 JamadilAwwal 1433H. Umi terpanggil utk menulis nota ini agar anak dpt mengetahui bagaimana arwah abah t'lalu menyayangi anak yg sekarang 5 bulan di dlm kandungan umi ini.

Sewaktu umi awal2 memberitahu umi mengandung (umi check guna alat),abah sangat gembira. esoknya,abah temankan umi ke klinik utk membuat pengesahan kehamilan. seterusnya buat buku pink utk checkup bulanan.

kemudian tibalah saat umi mengalami mabuk2.ada satu ketika,abah & umi pulang ke Lepar Utara menziarahi nenek (mama abah).selepas sarapan,umi2 tiba2 rasa mual keterlaluan & sejuk sangat.abah beri umi 2 pasang stokin,abah kata pakai satu lapis x cukup,pakai 2 lapis & abah suruh umi tidur.umi baring & lelapkan mata.berselimut tapi umi sakit pinggang & menangis krn x tahan.abah urutkan umi,umi rasa elok sedikit.kemudian umi sambung tidur semula.15 minit kemudian ibu bangun ke sinki & muntah semua makanan sarapan tadi.kemudian umi baring semula di dlm bilik.abah masuk & merasa badan umi panas dr dahi hingga ke badan.abah tuamkan seluruh tubuh umi dr kepala hingga ke kaki.kemudian umi minta abah bacakan doa utk umi.abah bacakan doa,sambil mengusap2 seluruh badan umi.umi rasa tenang & lega.

umi kembali lena & abah mintakan nenek buat bubur nasi utk umi.kemudian dlm jam 12.30 abah & nenek beri umi bubur nasi.abah turut makan bubur nasi (tp abah tambah ikan masin sbb abah sgt suka ikan masin).kemudian abah beri umi makan ubat panadol & mengajak umi ke bandar jerantut krn mmg sudah berjanji utk membawa nenek ke bandar jerantut krn nenek ada barang yg mahu dibeli.umi tidak mahu,krn masih tidak berdaya nak berjalan.
umi kata:xpelah,abang pergilah hantar mama,saya x larat nak pergi.
abah jawab:adik pun nak pergi,tak kan awak tinggal sorg dirumah.
umi: xpelah,sy berehat seorang dirumah.xde ape2 nye.
abah: kalau macam tu adik tinggallah,temankan awak
umi: kesian adik nak pergi,saya ok je duduk rumah sorang.
abah: baiklah kalau macamtu, awak nak pesan apa2 ke..
umi: saya nak aiskrimla.
abah, nenek & pakcu pun keluar rumah.umi terus terlena.
tiba2 umi tersedar tgk pakcu ada dirumah sambil makan aiskrim
pakcu bgtahu ada aiskrim utk umi dlm peti ais.
rupa2nya pakcu x pergi ke bandar jerantut krn abah suruh temankan umi dirumah.
umi sambung lena krn da makan ubat.
umi dapat panggilan drpd abah,
abah tnya umi nak pesan apa2 lagi x.adik ada kat rumah x.adik dah beli aiskrim belum.
umi jwb, adik ada, dia dah beli aiskrim.
abah tnya lagi,ada nak apa2 lagi ke.
umi jwb,beli kfc la.
abah kata ok & cakap urusan dah selesai & nak pulang dah.
umi pun bangkit sbb rasa dah ok sket,mandi,solat & jalan ke belakang rumah di ladang sawit nenek
tiba2 abah pulang & umi tersenyum..

umi sedar yg abah sgt kasih pd umi sejak peristiwa ini..mungkin juga krn anak ada dlm kandungan umi ketika itu..

abah selalu marah umi bila tidak letak kaki atas bantal waktu tidur.kdg2 umi tersedar dr tidur apabila abah letak bantal & naikkan kaki umi atas bantal.abah pandai urut kaki.umi selalu sakit kaki,nnti abah akan urutkan kaki umi & mmg abah pandai urut.umi boleh berjalan semula tanpa sakit.kaki umi selalu sakit terutama sewaktu byk berjalan di Australia.

sewaktu dlm plane ke Australia,abah ambil beg kertas muntah bagi pd umi sbg persediaan risau umi nak muntah.abah letak lagi 10 beg kertas tu dlm beg kamera.bawa kemana2 sepanjang berada di Australia.Abah sgt gembira sewaktu berada di Australia.umi masih terbayang2 keriangan abah sewaktu di sana.abah tidak kisah mengangkat beg yg berat & makanan & minuman yg disediakan dr rumah(krn makanan halal susah nk dapat di sana)

Pd satu malam (umi tak ingat tarikhnya,tapi dlm minggu lepas),abah pulang dr palong utk membacakan Surah Luqman utk anak.abah memegang perut umi,& membaca dgn merdu.setelah selesai,kemudian abah membacakan doa & menghembus ke perut umi.kemudian abah bercakap dgn anak,yg anak abah mesti jd pejuang islam, mahir pelbagai bahasa terutamanya bahasa Arab, belajar Agama sehingga ke luar negara.Abah juga mengharapkan anak menjadi sehebat ulama2 terkemuka.

kemudian abah telah berbisik kpd umi, nama yg telah abah siapkan nama mengikut jantina.Umi akan menamakan anak dgn nama yg telah abah sediakan.

abah telah menyediakan sejumah wang & telah diserahkan kpd umi utk melahirkan anak di hospital swasta.abah ingin berada bersama umi sewaktu bersalin nanti.krn abah tak dapat temankan umi sewaktu checkup bulanan. abah minta maaf pd umi apabila umi komplen penat menunggu giliran utk checkup.abah ingin mengazankan anak,membuat majlis akikah utk anak.abah telah beli barang2 keperluan anak tapi tidak sempat utk beli kesemua keperluan.apakan daya,abah merancang tapi Allah jugalah sebaik2 perancang.

umi harapkan dgn nota ini, anak tidak marah kpd abah yg tidak sempat bersama melihat anak lahir & membesar.sesungguhnya abah sgt sayang pd anak walaupun tidak dapat bertemu.anak,sentiasalah doakan abah agar tenang disamping orang2 soleh.umi yakin,anak akan kasihkan abah bagaimana abah kasihkan anak dr awal mula anak dlm kandungan umi.ALFATIHAH utk arwah abah.

sekian,salam.drpd umimu.

Sahabat..... ana tak boleh dok keseorangan skrg.... terbayang wajah enta tersenyum sambil bermain laptop ana.... Enta baru je cakap ngan ana nak bawa Ust Zaharuddin ke Sek kita utk bercerita tentang ekonomi islam.... Seminggu ana takde kat sekolah.... yang ana nampak hari jummat kereta enta di masjid bahau..., ana sedih sgt tatkala masyarakat negeri sembilan dahagakan ilmu enta... enta pergi dijemput Ilahi... Banyak perubahan kepada anak murid kita.... ana suka sgt anak murid kita berpakaian jubah dan serban setiap hari jumaat utk ke masjid... ana tahu itu semua dari tarbiyyah yg enta lakukan bersama Ust Lokman. Ana selalu tersenyum lihat anak murid kita macam kiyai-kiyai ....... Setiap pagi sampai je sekolah.... ana dan cikgu jamal selalu suh enta bagi pengisian ilmu.... kata-kata enta sungguh menusuk kalbu.... bila abis je mengajar... muka enta selalu ana nampak, kita pergi kantin bersama sambil berbual panjang... enta je selalu belanja ana... ana langsung tak berpeluang nak belanja enta...... kenapa begitu pemurah enta ni......

Sahabat,
Ana tak pernah menangis dan menitiskan airmata ni bila sesape dijemput Ilahi... tapi enta lain.... Ana selalu sgt bertanya enta kehidupan dengan keluarga baru (kuarga farah). Enta kata dengan ana... kuarga farah ni bagaikan 24 jam berzikir... Enta kagum ngan zaujah enta sendiri.... Bonda farah tempat enta selalu berburak dan Ayahanda farah bersama bangun malam.... Ana suka sgt sebab enta bahagia dengan Zaujah yang memahami perjuangan enta....

Sahabat,
Ana dah lama tahu enta akan berkahwin ngan Farah... saje je ana rahsiakan.... Ana selalu bertanya sape yg bertuah yg akan kawin ngan TOK GURU ni.... enta cakap ngan keturunan Nabi....... senyum meleret ana tengok.... rupa-rupanya ramai yg tahu enta selalu berdoa moga dapat kahwin ngan keturunan Nabi.... bangga ana.... Enta kahwin ngan org senegeri ana dan negeri ana dapat seorang Ulamak yang hebat.... Untung Negeri Sembilan..... Tapi sahabat, susunan Allah.. enta hanya dapat wariskan seorang zuriat 4 bulan dalam kandungan.... Ana nak tunggu kelahiran waris enta lagi 5 bulan 10 hari lagi.... Ana nak bawa isteri ana nak tgk pewaris enta nanti...

Sahabat,
Memang perangai ana kalau alami kesedihan yang amat sgt, ana akan menulis..... Dengan cara ini, ana akan stabil dan kembali tenang bila apa yg terbuku dalam hati ana dapat ana luahkan..... Ana rindu senyuman sahabat ana ni.... ana tanya pada anak murid kita tentang diri enta hari terakhir di sekolah.... mereka kata enta khalifah Yasin pada hari jumaat dan enta senyum jer pada hari tu.... ya Allah... Senyuman Ahli Syurga ada pada enta....... bisik hati kecil ana.

Sahabat,
Semua guru terasa kehilangan enta.... lebih-lebih lagi kak zarimah, kak ecah taha, Kak zainab dan Zuraidi.... kak Zarimah cakap takde lagi yg dtg Pusat Sumber utk pengisian ilmu.....

Sahabat,
Ana bertuah dapat mengenali enta walaupun baru 3 tahun...... Seorang Tok Guru dan Ulamak Yang Hebat..... Walaupun tak dapat jumpa Tok Guru Nik Aziz secara berdepan.... tapi ilmu dia sampai kat ana melalui enta.... Terima kasih Sahabat....
Terima Kasih segalanya....

Sahabat,
Ana selalu terbayang enta sedang berbahgia di alam sana........ setiap hari ana akan bacakan yasin untuk enta.... inilah tanda kasih sayang ana pada sahabat ana ni..... Salam Sayang Dari Sahabat Dunia UNTUK Sahabat Di Alam sana.....

Mohd Rusdi Shahruddin
11 April 2012
2.30 ptg
smk palong sebelas

Al-fathiha. semoga berada di himpunan orang2 yang beriman. kita pun pasti akan ke sana jua T.T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...