Photobucket

Wednesday, November 7, 2012

APABILA KITA…Fikirkan Sejenak

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:42 PM 2 comments


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Moga pengunjung setia blog cik Wana sentiasa berada dlm RAHMAT & KASIH SAYANG ALLAH.

Dah seminggu lebih tak mengunjungi blog sejak kontrak guru ganti di SMK Labuan tamat. 

Sekarang menyambung kontrak bulan Januari lalu iaitu PENGANGGUR TERHORMAT tanpa gaji  dgn tugasan yg banyak ^___^

Jom baca & muhasabah diri. 

KUAT!

TABAH!

SABAR!


APABILA KITA…

•Apabila semuanya serba tidak kena & kita tidak tahu apa lagi yg hendak dilakukan, ingatlah kita masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi.

• Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

• Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yg mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu krn Dia Maha Adil.

• Apabila hati terluka & kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa krn Dia Maha Melihat segala²nya.

• Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

• Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala²nya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dgn keyakinan bahawa itulah iradatNya.

• Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi yg sudi menemani, carilah jalan lurus itu dari Dia, yg menjadi satu²nya panduan hidup.
• Apabila orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara & keluhanmu, jangan kecewa krn Dia Maha Mendengar.

• Apabila miskin & papa, kita terperangkap dlm kesempitan, ingatlah kpd Dia Yang Maha Kaya.

• Apabila kita dlm kedukaan sedangkan tiada tempat utk melarikan diri, mengadulah kpd Dia Yang Satu.

• Apabila keseorangan & kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kpd Dia, satu²nya tempat yg boleh digantungkan harapan.

• Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang² yg sabar.

Moga bermanfaat & mengubati sedikit hatimu yg sedang luka.

Wallahualam.

Nota kaki: Cik Wana tengah sedih nie, siapa boleh pinjamkan bahu T_T. 

2 123 Bingkisan Sahabat:

Allahurabbi..
bgos entri ni..
Allah sentiasa ada utk kita..

InsyaAllah..Allah bersama kita..

Ujian itu tanda Allah sayang kita;

"hai orang² yg beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang² yg sabar."(Surah al Baqarah : 153)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...