Photobucket

Friday, November 16, 2012

Wanita yang Mencungkil Matanya

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:25 PM No comments


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Salam Maalhijrah 1434H semua.

Alhamdulillah Allah beri kesempatan pada cik Wana & pembaca budiman terus hidup di muka bumi yg fana ni utk mengutip bekalan sebanyak² sebagai persediaan di akhirat kelak.

Alhamdulillah juga sebab beberapa impian telah bercapai sepanjang 1433H yg lalu. Semuanya dgn izin Allah. 

Hari nie nak share satu kisah tentang MATA. Jom baca. ^___^

✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

Dlm kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan Basri sewaktu mudanya adalah seorang yg cantik. Hasan Basri sangat suka memakai pakaian yg cantik² & gemar berjalan² di sekitar Kota Basrah.

Pada suatu hari sedang Hasan berjalan, dia terpadang perempuan yg sangat cantik, lalu dia mengikuti perempuan tersebut.

Apabila wanita itu merasai dirinya diekori, lalu wanita itu menoleh ke belakang lalu berkata:
 “Wahai orang muda, apakah kamu tidak malu?” 

Dan wanita itu berkata lagi: 
“Malulah kpd Allah SWT yg Maha mengetahui mata yg khianat & apa² yg terdapat dlm hati”

Hasan sangat tertarik dgn wanita tersebut, dia tetap mengekori wanita tersebut.

Apabila wanita tersebut melihat Hasan terus mengekorinya, berkatalah wanita itu: 
“Mengapa kamu terus mengikuti aku?”

Maka berkata Hasan Basri: 
“Sebenarnya aku terpesona dgn matamu yg cantik itu”


Setelah sahaja wanita tersebut mendengar pejelasan dari Hasan, maka dia pun berkata:
“Baiklah. Jikalau kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini sebentar, sebentar lagi aku akan berikan kpd kamu apa yg kamu kehendaki.

Setelah berkata demikian maka di dlm hati Hasan berkata: 
“Nampaknya dia telah menerima cintaku.” 

Maka Hasan terus menunggu wanita itu sehingga wanita itu tadi datang kembali.

Tidak berapa lama kemudian, datang seorang pembantu (Amah) menghampiri Hasan sambil memberikan sebuah kotak yg tertutup. Lalu Hasan membuka kotak tersebut & dia terperanjat apabila dia mendapati dlm kotak itu terdapat sepasang biji mata.

Kemudian pembantu tersebut berkata: 
“Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yg menyebabkan terpesonanya seseorang itu”

Selepas kejadian itu, Hasan Basri tekad utk meminta maaf kpd wanita itu. Malangnya wanita itu sudah meninggal sebelum Hasan meminta maaf. Hasan menangis tiga hari berturut²

Pada malam yg ketiga Hasan bermimpi menemui wanita itu. Wanita itu ditempatkan di dlm syurga. Lalu Hasan Basri berkata: 
“Kamu halalkanlah segala kesalahanku terhadapmu”

Wanita itu pula berkata: 
“Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala²nya & aku telah mendapat kebaikan yg banyak dari Allah oleh sebab kamu”

Setelah Hasan mendengari pengakuan wanita tersebut maka dia pun berkata: 
Berikanlah kpdku sesuatu nasihat yg baik

Berkata wanita tersebut: 
Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kpd Allah setiap pagi & petang, beristighfarlah, mohonlah ampun kpd Allah & bertaubatlah kepadanya”

Akhirnya Hasan melaksanakan segala nasihat perempuan itu. Hasan Basri mendapat darjat yg tinggi di sisi Allah serta beliau menjadi wali kekasih Allah.

✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

 ما شاء الله

 سُبْحَآن الله 
اللهُ أكْبَرْ 

Seorang wanita telah mencungkil matanya disebabkan menjadi bahan fitnah, tetapi hari ini wanita berlumba² utk menunjukkan kecantikan dirinya & menunjukkan aurat mereka dgn mendedahkan apa yg dilarang oleh Allah.

Wahai muslimatku sayang tutuplah aurat, janganlah kamu menunjukkan kecantikanmu itu sebab bakal yg melihat auratmu itu adalah dari mereka yg hendak merosakkan & bukan yg hendak memelihara. 

Dan apabila seseorang lelaki itu cinta kpd perempuan yg menunjukkan aurat cinta itu sebenarnya berserta dgn syaitan yg mengoda lelaki itu.

Tidak rugi seorang wanita itu menutup auratnya, melainkan dia mendapat pahala di sisi Allah, InsyaAllah dia akan selamat dari segala macam fitnah.

Wallahualam

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...