Photobucket
Showing posts with label Kampus. Show all posts
Showing posts with label Kampus. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

www.tudungnur.com: Ceritaku dan Tudung Bidang 60

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:08 PM



Assalamualaikum & salam sejahtera...


InsyaAllah hari ini cik Wana nak share satu kisah... Kisahnya bermula di sini...


"Cikgu nak tanya satu soalan ini, harap cikgu bolehlah jawab."


Rasa berdebar mendengar intro soalan yang diajukan oleh pelajar aspuri kepadaku semasa kami usai sahaja solat Maghrib secara berjemaah di Surau An-Na'im, Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL) yang lalu.


"Tanyalah, tapi kalau soalan susah nanti cikgu cari talian hayat, hihi."


Sambil tersenyum dan berdoa dalam hati agar mereka tidak bertanya soalan yang cepu mas terutamanya bab 'bila nak kahwin?.'


"Cikgu bekas pelajar sekolah ini, lepas tu cikgu pula ajar Matematik dan Kimia tapi.... kenapa boleh terjebak pakai tudung labuh ini? Sekolah kita hanya ada seorang dua sahaja pelajar yang pakai tudung labuh itupun sebab sekolah lama mereka sekolah agama sebelum masuk sini. Kami tengok gambar cikgu kat majalah sekolah dulu semua pakai tudung biasa saja. Sharelah cerita, mana tahu suatu hari nanti kami juga boleh jadi seperti cikgu."


Tersenyum aku sebaik sahaja mendengar soalan yang diutarakan oleh pelajar itu. Secara tidak langsung terimbas kenangan-kenangan lalu yang membawa aku memilih penampilan seperti ini. Kisahnya bermula pada zaman sekolah lagi. Ayuh sama-sama kita selusuri, moga ada yang membaca turut sama-sama berkeinginan sepertiku jua suatu hari nanti.



Hikmah 1: Zaman Sekolah

Ketika di tingkatan 4, aku bersama Najlaa, Rahmah, Syahrul, Razali dan Shahmen terpilih mengikuti satu program Islamik iaitu Nadwah Kepimpinan Islam (NKI) 2005 yang telah diadakan di SBPI Rawang, Selangor. Rasa gembira memandangkan itu merupakan kali pertama mewakili sekolah ke semenanjung. 


Sebaik sahaja sampai di tempat program, terasa kaki ingin melangkah kembali ke sekolah memandangkan hampir 80% pelajar perempuan yang hadir memakai tudung labuh. Malu plus segan bermain-main di sanubari kerana diri ini hanya bertudung singkat. Bagaimana aku ingin berprogram selama 5 hari ni? Tidak disangka-sangka ada juga pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang bertudung labuh. 


Sebenarnya aku jenis teruja dan suka melihat orang bertudung labuh sebab nampak ayu dan cantik sahaja. Sejuk mata melihat wajah mereka. Kebetulan, aku sudah lama tidak melihat orang bertudung labuh memandangkan ketika aku di tingkatan 1 sehingga 4 di SMSL, kami tidak mempunyai seorang pun ustazah. Kami hanya diajar oleh beberapa orang ustaz. 


Terasa kerdil sepanjang berada di program ini. Melihat pandangan peserta lain terhadap kami semakin membuatkan aku mengambil masa untuk mengenali peserta-peserta lain.


Nasib baik aku berada di kumpulan yang sangat memahami dan banyak ilmu terutamanya bab agama yang aku pelajari daripada mereka.


Dan ketika hari terakhir program aku pernah berkata 


"Mudah-mudahan aku juga seperti kalian."


Mungkin kata-kata yang di"amin"kan oleh sahabat-sahabat yang baik dan solehah menjadi asbab aku sebegini.







Hikmah 2: Zaman Matrikulasi

Semasa aku sedang sibuk mendaftarkan diri hari pertama di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), tiba-tiba aku terserempak dengan seorang wanita bertudung labuh.


"Dik, boleh akak cakap sesuatu. Cara pakai tudung dah baik dan cantik. Tak selempang tudung tapi kenapa tak pakai stoking kaki."


Agak terkejut dengan pertanyaan wanita itu. Aku menarik muka tidak puas hati dengan teguran itu. Saat aku sedang sibuk boleh pula dia menahan aku semata-mata ingin memberitahu tentang stoking.


Tapi sebenarnya semasa mendaftar di KML aku memang tidak memakai pakaian yang sepatutnya (baju kurung dan berkasut) memandangkan surat kemasukan ke KML tercicir. Walau bagaimanapun, aku tetap dibenarkan mendaftar dengan status 'tercicir dan dibenarkan memakai pakaian biasa'.


Entah bagaimana, sepanjang orientasi KML sentiasa pula terserempak dengan wanita itu. Rupa-rupanya dia merupakan salah seorang fasilitator orientasi KML ketika itu.


Pada hari terakhir orientasi, Allah memberi peluang aku untuk hadir ke Surau Al-Irfaan, KML mendengar pengisian insan pertama yang menegur aku di KML. Allahurabbi, menitik air mata mendengar pengisian daripada kakak itu. Rupa-rupanya, dia seorang muallaf yang baru memasuki Islam beberapa bulan yang lalu dan memilih untuk membawa penampilan sebagai seorang muslimah yang bertudung labuh.


"Terima kasih kak Balqis Khairina, Allah hadirkan dikau untuk menegur aku."



Bermula di KML aku berjinak-jinak memakai stoking walaupun masih memakai tudung singkat, bergaul dengan sahabat-sahabat Al-Irfaan dan meneruskan keterlibatan dalam usrah seperti zaman sekolah dulu.


Teringat aku semasa hari terakhir usrah di KML akan pesanan kakak usrah yang perlu aku bawa ketika masuk universiti nanti iaitu:
Berubahlah jadi yang lebih baik.

Kalau nak cari sahabat, cari di surau universiti masing-masing.


Hikmah 3: Universiti 


Aku bermula dengan 5 helai tudung bersaiz 48 semasa memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Aku membawa azam dan harapan tinggi apabila menjejak kaki ke UPSI. 


Alhamdulillah, seperti Allah sedang menjaga aku bermula melangkah kaki di UPSI di mana aku ditakdirkan sebilik dengan seorang kakak tahun akhir yang bertudung labuh iaitu Kak Mastura. Kak Mas banyak membawa aku ke program agama di peringkat kolej yang selalu diadakan di Surau Ar-Rasyidin, Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). 


Di Surau Ar-Rasyidin aku mula mengenali ramai sahabat yang berkeinginan sepertiku. Kami selalu bersama-sama ketika program, berbuka puasa bersama-sama, solat berjemaah dan berprogram bersama-sama. Alhamdulillah bermula di Surau Ar-Rasyidin ukhuwah kami sentiasa bertaut, saling membantu dalam pelbagai perkara.


Hari demi hari banyak perkara yang aku pelajari yakni bukan sahaja di bidang akademik malah di bidang agama. Memandangkan aku hanya kembali ke Labuan ketika hujung semester genap (2, 4, & 6), keluargaku sedikit terkejut dengan pilihanku. Tapi Alhamdulillah, mereka menerima dengan hati terbuka. 



Hikmah 4: Roomate

Secara jujurnya agak susah mencari tudung bidang besar di Tanjung Malim, Perak. Seluruh pekan dilawati tapi  tidak berjumpa juga dengan pilihan hati. Dalam kesibukan mencari tudung yang menepati syariat Islam, ditakdirkan pula semasa pengajian di UPSI, aku sebilik dengan pengguna tegar Tudung Nur.  Hampir setiap semester pasti dia akan memesan Tudung Nur melalui pos. Di situlah aku mula mengenali Tudung Nur. 


Semasa praktikal di Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih (SAMSHSB), Klang, dia turut menolong beberapa orang guru untuk membeli Tudung Nur melalui laman web http://tudungnur.com/.


Suatu hari aku dan Fiezah ke satu program di mana kebetulan ketika itu terdapat jualan tudung labuh dan jubah. Di situlah aku pertama kali membeli Tudung Nur jenis Tudung Kaktus sebanyak 3 helai daripada pengedar Tudung Nur.  Pengedar itu turut memberikan aku alamat kedai Tudung Nur sekiranya ingin mencari Tudung Kaktus yang pelbagai corak dan warna.


Memandangkan selesa memakai Tudung Kaktus, aku bercadang ingin ke kedai Tudung Nur untuk memilih sendiri tudung yang bersesuaian denganku.


Allahuakhbar. Allah Maha Mendengar!!! Allah mendengar dan mengetahui suara hatiku.


Akhirnya suatu hari aku berpeluang untuk menjejakkan kaki ke kedai Tudung Nur di Gombak. Kebetulan ketika itu aku menghadiri program di Taman Melewar. Banyak sangat tudung membuatkan aku rambang mata untuk memilih tetapi jenis Tudung Kaktus juga jadi pilihan hati daripada pelbagai tudung yang ada. Alhamdulillah dapat lagi menambah tiga koleksi Tudung Kaktus yang berlainan warna dan corak.


Tudung Kaktus menjadi pilihan hati berbanding jenis tudung yang lain memandangkan ia 
mudah diurus, 

tahan kedut,

tak perlu gosok, 

ringan

sesuai dengan bentuk mukaku. 

Walau bagaimanapun, aku hanya memakai Tudung Kaktus ketika memakai jubah dan baju sukan yang tidak banyak corak.


Sehingga hari ini aku memiliki 10 helai Tudung Kaktus pelbagai warna dan corak.




Setakat ini sahaja celotehku. Wallahualam.



"Terima kasih Ya Allah, Engkau hadirkan sahabat-sahabat terbaik buatku di sepanjang aku melayari kehidupan sebagai seorang pelajar dan mereka masih tetap menemaniku walaupun kami sudah bertebaran di bumiMu. Engkau rahmati, sayangi dan jagalah mereka semua. Tetapkan hati kami agar sentiasa ISTIQAMAH dalam melaksanakan suruhanMu dan meninggalkan laranganMu."



Monday, June 10, 2013

Nota Anak Usrah yang Nakal

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:49 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.



Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah utk menghirup udara pinjamanNya. Andai Allah menghitung jumlah sedutan & kita dikenakan bayaran bagi setiap sedutan, sudah pasti bekerja seumur hidup pun tidak mampu membayarnya.


Ayuh sahabat² kita basahi bibir dgn ucapan ALHAMDULILLAH.


Pejam... Celik... Pejam... Celik... Tanpa diduga hari ini sudah masuk 2 Syaaban 1434H. Ini bererti tidak cukup sebulan lagi kita memasuki bulan Ramadhan. Bulan yg ditunggu².


Sudah begitu lama rasanya aku tidak menulis. Sebulan lebih!!! Kekangan masa membataskan aku untuk menulis blog mahupun membuka facebook
.


Hari tu berkesempatan membelek nota² lama di facebook & tak sangka ada seseorang pernah tag nota yg tak pernah dibaca sehinggalah dah setahun lebih meninggalkan bumi Murobbi (UPSI).


Isi kandungan nota membuatkan rinduku pada dia & UPSI semakin membuak². Seriously, aku betul² rindu. Ingin kembali zaman tarbiyah kampus apatah lagi sekiranya berada dlm masa lapang.




Nak abadikan nota tue di sini ^__^.



KEPADA: Mak usrah (Kak Wana) 

DARIPADA: Anak usrah yg nakal


Assalamualaikum w.b.t,

            Sebagai pembuka kata, ingin sekali saya memohon ampun & maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki sebab kenakalan saya. Banyak kesalahan yg tak terhitung yg dah saya lakukan. 


Tapi...  Kak Wana tak pernah putus asa utk membawa saya di jalan yg penuh dgn kemanisan dakwah ini. Kak Wana masih melayan anak usrah yg nakal ini sama rata dgn anak usrah yg lain. Seronok sangat jadi anak usrah Kak Wana. Kak Wana tak sekalipun merendahkan motivasi saya utk bersama
² di jalan dakwah. Kak Wana tak pernah putus asa utk mendorong saya ke tamrin, & banyak juga alasan yg saya berikan setiap kali diajak. Tapi Kak Wana sabar & tak putus asa dgn saya. Terima kasih Kak Wana sebab sudi jadi mak usrah kpd anak usrah yg nakal ni. 


            Alhamdulillah, Allah telah gerakkan hati saya yg degil ini utk saya katakan YA utk ke tamrin. Ya Allah, terima kasih sebab Kau beri aku nikmat sedangkan aku sangat sedikit bersyukur. Banyak ilmu & nasihat yg Kak Wana berikan kpd saya. Kak Wana ibarat seorang kakak yg sentiasa mengingati adik²nya. Setiap kata² & ilmu yg disebut & diluahkan dari bibir Kak Wana tidak dapat dinilai dgn mata wang. Setiap cebisan ilmu yg Kak Wana hadiahkan akan saya sematkn di dada dalam². Terima Kasih sebab sudi jaga saya yg nakal ni.


            Kata² akhir dari Kak Wana di surau semalam membuatkan saya berfikir sejenak. Banyak persoalan yg berlegar² di otak yg kosong ini. Bolehkah diri ini menyampaikan tazkirah kpd sahabat² pada suatu hari nanti seperti apa yg Kak Wana lakukan? Bolehkah diri yg cetek ilmu ini menjadi seorang naqibah yg akan menyampaikan usrah buat adik² nanti? Kuatkah diri ini? Subhanallah. Sayu juga hati ini bila melihat Kak Wana yg mungkin buat kali terakhir. Maafkan saya yg nakal ni Kak Wana.

            Terima kasih Kak Wana krn:
Tidak berputus asa dgn karenah saya yg nakal ni.

Bersabar dgn sikap saya

Luangkn masa Kak Wana utk sampaikan ilmu kpd anak usrah yg nakal ni.

Sentiasa lemparkan senyuman walaupun saya tak tahu isi hati Kak Wana.

Menjaga saya dgn baik dari dahulu sampai hari ini.

            Terima kasih sahabat@Kakak@mak usrah...

Teringat sebentar sepotong ayat Alquran dari Surah Az-Zukhruf,
"Teman² pada hari kiamat itu sering bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yg bertakwa" (Ayat 67)


Semoga diakhirat nanti kita akan menjadi kawan rapat & tidak bermusuhan seperti orang² yg tidak bertakwa. Saya doakan Kak Wana tidak akan berhenti menjadi daie' & menjadi seorang guru yg memberikan ilmu yg bermanfaat kpd semua. Menjadi seorang ibu yg boleh mendidik anak²anaknya sehingga menjadi anak yang solehah. 

            Akhir kata dari saya... Sayang Kak Wana krn Allah. Uhibbukifillah. Rindui saya di dalam doa. OMMA!!! Saranghea . . . !!!


Luahan hati dari anak usrah yg nakal.


Hamba Allah


Nota ini membuatkan air mata kerinduan itu berderai. Terima kasih juga utk segalanya. ANA UHIBBUKIFILLAH YA UKHTI!!!


Wallahualam

Thursday, December 27, 2012

Memori Sambutan Tahun Baru 2012 di Selangor

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:57 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Beberapa hari lagi tahun 2012 akan melabuhkan tirai & tahun 2013 mengambil gilirannya. Tiada yg menarik pun.

Tapi saat ni membuatkan cik Wana teringat kenangan lalu memandangkan itu kali pertama & terakhir menyambut Tahun Baru bersama² sahabat² yg dikasihi krn Allah dgn pengisian yg amat berilmiah. Subhanallah.


"Jaulah Ghuraba' Generation"

Alhamdulillah 31 Disember 2011 & 1 Januari 2012 dipenuhi dgn aktiviti yg bermanfaat. Tidak rugi rasanya meninggalkan buku  selama 2 hari sempena studyweek bagi memenuhi aktiviti bersama sahabat.

Bermula drpd Tanjung Malim menuju ke Kapar utk PERASMIAN  PEMBUKAAN PASTI IMTIYAAZ, Kampung Sungai Serdang. Singgah ke DARUL ISLAH LIL-BANAT utk bergambar. Melampau! Sebenarnya Ustaz Anhar ada suruh singgah & kami tidak melepaskan peluang yg ada utk bergambar. Sejuk mata melihat adik² muslimah Darul Islah yg kesemuanya berpurdah.



Perjalanan diteruskan menadah ilmu di teratak Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin Meru, Klang. Kehidupan seorang ulama' yg sederhana, teratak yg sentiasa bersih & kemas tetapi up-to-date dgn teknologi terkini.



Tidak sempurna jaulah tanpa singgah di teratak kak Atiqah Hasbi di Shah Alam walaupun ia tidak termasuk dlm tentatif. Walaupun ia aktiviti adhoc tapi Alhamdulillah kami belajar ilmu memasak dari tuan rumah. 

Lokasi terakhir yg ingin dituju adalah di Dataran Shah Alam utk Sambutan Tahun Baru Islamik 2012 kelolaan Kerajaan Negeri Selangor. Agak kelewatan memandang semua parking penuh.

Seriously, teruja dgn keadaan di sana krn dipenuhi lautan manusia yg berbondong² memenuhi dataran. Dijangkakan kehadiran hampir 100,000 orang terutama golongan muda pada Program Jom Santai Bersama GeMS - Generasi Idaman Selangor itu. 




Sebenarnya Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak merupakan antara acara yg paling ditunggu² walaupun banyak juga individu yg bersama² menjayakan program itu. 

Antara selebriti agama yg hadir selain Ustaz Azhar Idrus adalah Ustaz Akhil Hayy, Imam Muda Asyraf & Ustaz Syed Hisham manakala artis popular pula Sham Kamikaze, Dakmie & Shahir.


 


✿.✿.✿ M U KA D I M A H ✿.✿.✿


Hihi... Sebenar bahagian atas tu nak mengimbas memori lalu & bahagian bawah nie tujuan sebenar update blog. Teruskanlah membaca. 

Ini ada sedikit ilmu drpd Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak pada malam 'count-up' (31/12/11, Sabtu)


1. Apakah hukum sambut countdown?
UAI: "countdown tu mende"...???
Zizan: !@#$*... emm..."Count tu kira. Down tu bawah... 2011 ke 2012..."
UAI: "count up la gitu..11 ke 12...."
Zizan: !@#*.... =)

Kata ulama' countdown bukan perayaan, ianya jatuh haram mengikut cara (perbuatan) kita. Jatuh haram sekiranya sambut dgn buat maksiat, minum arak, judi, ambil dadah & lain².


2. Apakah hukum main bunga api?

Ulama'² sepakat menyatakan setiap perbuatan yg ada membazir, tidak harus (sama ada makruh atau haram). Jika beli sedikit mercun kemudian bakar, makruh krn membazir sedikit duit. Sekiranya membazir berlebihan jadi haram. Contohnya beli sampai beratus², beribu² ringgit. Kalau bunga api utk sambutan tahun baru terang² haram krn ambil duit rakyat beratus² ribu ringgit, pembaziran yg nyata.


3. Pandu kereta seorang² pada pukul 3 pagi. Sampai kat lampu isyarat ia lampu merah. Boleh tak nak teruskan krn tiada kenderaan lain ketika itu, jalan sunyi?

Peraturan kerajaan buat bagi menyelesaikan mashalahatan rakyat. Lampu isyarat dicipta utk jalan yg sibuk/sesak. Di jalan kampung ada lampu isyarat tak? Tiada sebab jalan kampung tak sibuk. Boleh jalan, jika yakin tiada kenderaan lain ketika itu (dari arah kiri, kanan, depan) & yakin tiada mudarat kpd orang lain. Peraturan manusia boleh ditukar mengikut keadaan tetapi UNDANG² ALLAH (Al-Quran) tak boleh diubah sampai bila².


4. Betul ke alat muzik tu najis? 
UAI: "Betul... Sekiranya ada tahi ayam pada alat muzik itu"....=)

Najis ialah benda yg keluar dari kemaluan. Kalau binatang seperti anjing & babi serta haiwan mati (bangkai) juga najis. Jika main alat muzik sampai lalai, tu yg jadi haram. Bunyi²an ni dibenarkan, dalilnya dlm kitab² bab Nikmat Syurga: "Allah ada sediakan bunyi²an di dlm syurga nanti..."


5. Isteri kena hiburkan suami di rumah. Kalau suara isteri tak sedap kena nyanyi juga ke?

Tujuan hiburkan suami utk mengeratkan kasih sayang dlm rumah tangga. Hiburkan suami bukan dgn nyanyi je, macam² cara boleh. Isteri hiburan suami dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dgn cara cakap boleh hiburkan suami, cara berjalan juga. Nie tidak, bila kat opis berjalan "catwalk", dlm rumah pula "elephantwalk". Cara layanan juga hiburkan hati suami.



6. Hiburan itu haram sebab melalaikan. Apa pendapat ustaz?

Manusia memang suka kpd permainan & hiburan. Islam bukan agama menghalang (semuanya haram) tetapi agama mendidik. hiburan dibenarkan cuma kita yg tak pandai jaga diri (lalai dari perkara wajib, mabuk, maksiat). Tu yg jd haram tu. Boleh hiburkan diri sekejap setelah penat kerja atau beribadah. Boleh bermain supaya tak bosan. Allah juga hendakkan supaya hamba²nya sihat & cergas utk melakukan kerja & kewajipan² lain. Niat dlm hati, hiburan krn Allah.


7. Saya tengok vcd kuliah ustaz. Ustaz kata, perempuan tak wajib pakai tudung. Lepas tu vcd lekat, tak boleh nak tengok ayat seterusnya. Betul ke perempuan tak wajib pakai tudung?

Betul perempuan tak wajib pakai tudung, yg WAJIB ADALAH TUTUP SELURUH AURAT. Aurat ialah apa² bahagian pada anggota badan yg tidak boleh dilihat oleh lelaki yg bukan mahram. Kalau pakai tudung tapi nampak juga rambut kat dlm (tudung nipis bayang), haram juga. Kalau pakai tudung tapi rambut keluar (jambul), haram juga. Pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek, haram juga. Pakai tudung singkat, haram jugak. Jadi tutuplah aurat. WAJIB!!! Faham molek.


8. Masa duduk tahiyat awal, anak datang duduk atas peha. Batal tak?
UAI: "Batal...sekiranya si ayah terkentut..." =)

Tak batal sebenarnya kecuali jika si anak itu dlm keadaan bernajis. Dalilnya, pernah satu ketika Rasulullah  ﷺ sedang sujud & cucu baginda ﷺ iaitu Saidina Hussin tiba² naik atas belakang baginda. Baginda ﷺ sujud lama². Tidak terus bangun krn fikirkan cucunya tak puas lagi bermain & juga bimbang sekiranya Saidina Hussin terjatuh jika baginda ﷺ bangun. Dlm solat, boleh meraikan kanak².


9. Babpe (kenapa) ustaz tak berpasangan dgn Zizan masuk Raja Lawak?

Ustaz mengajar utk tarik minat orang muda. Kalau mengajar lurus mendatar (straight) aje, orang muda tak berapa suka. Datang 2, 3 kali pastu tak datang dah sebab bosan. Kena pelbagaikan cara. Alhamdulillah, orang muda datang kuliah. Yg tak suka datang kuliah, jadi suka datang kuliah. Kita nak hasilnya.


10. Saya suka tengok cerita hantu sampai takut nak ke dapur waktu malam. Isteri saya lagilah takut. Apa hukum tengok cerita hantu?

Sengaja tengok suatu benda yg buat kita takut tetapi benda takut tu tak berfaedah adalah makruh. Kalau tengok suatu benda yg membawa takut kpd akhirat (ALLAH), contohnya tengok orang mati adalah sunat. Jika takut pada benda yg hanya lakonan (filem/drama) maknanya kita 'tak sihat'. 


11. Saya nak derma tabung masjid RM10 tetapi terambil duit RM50 & termasuk ke dlm tabung masjid. Boleh tak saya nak minta balik (baki)?

Boleh minta balik dgn syarat kena bersumpah dulu. Jika imam tak yakin dgn dia, imam tak wajib bagi. Fikirkan hikmah... Mungkin Allah nak bagi ganjaran yg besar pada kita. Redha sajalah.


12. Kenapa wanita suka berbelanja? Isteri saya janji, sekali ni je tapi beli juga. =)

Wanita macam budak² suka membeli. Contohnya budak², pantang tengok mainan terus je nak padahal mainan dah banyak kat rumah. Macam juga wanita, padahal baju, kasut banyak dlm almari yg tak pakai lagi. Nak beli lagi... Wanita memang suka tengok benda yg cantik. Memang tugas suami cari duit, isteri habiskan duit. Kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa lagi? Kalau bukan isteri, siapa lagi yg nak beli periuk, kuali & lain². Suami jangan marah, isteri besar jasanya. Tolong beranakkan anak², jaga anak², basuh baju, masak, kemaskan rumah & lain².


13. Saya rajin berkerja, taat perintah agama & solat tak tinggal. Boleh tak nak jadi menantu ustaz?

Boleh. Dlm hadis pun Nabi ﷺ berpesan, jika ada seorang lelaki yg beragama datang meminta anakmu maka segerakanlah menerimanya. Nabi ﷺ tak syaratkan mengambil menantu yg PANDAI AGAMA (ulama, ustaz, al-hafiz) tetapi cukuplah yg JAGA AGAMA (bersolat 5 waktu, berpuasa penuh &lain²).


14. Apakah hukumnya mengambil wudhu' dlm keadaan bogel?

Ulama' sepakat menyatakan HARAM mengambil wudhu' berbogel di khalayak ramai. Jika di dlm bilik air rumah hukumnya makruh.


✿.✿.✿ T A M A T ✿.✿.✿

Alhamdulillah memang menarik "Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak".  Memang santai. Walaupun agak lucu jawapan UAI tapi insyaAllah boleh diterima pakai bagi menjalani kehidupan sebagai umat Islam.

InsyaAllah Program Jom Santai Bersama GeMS - Generasi Idaman Selangor kembali lagi dgn membawa tema Karnival Pendidikan Selangor & Sambutan Ambang 13.

Jangan lepaskan peluang. Wallahualam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...