Arwah Ust Fadhiri
Arwah Ust Faizol
Lebih kurang 2 jam bas yang kunaiki berada di belakang kenderaan jenazah UPSI yang membawa jenazah arwah Ust Fadhiri & 2 jam itu jugalah mataku tertumpu pada kenderaan jenazah UPSI. Terdetik dihatiku membayangkan bagaimana gerannya jika aku yang berada di situ.
Bagaimana pula kesudahan hidupku nanti?
Adakah amalan yang kulakukan selama hidupku diterima Allah?
Astaghfirullahalazim....
Bagaimana pula kesudahan hidupku nanti?
Adakah amalan yang kulakukan selama hidupku diterima Allah?
Astaghfirullahalazim....
Tangan ini segera menaip sms pada ibu & ayah untuk memberitahu keberangkatanku ke Kelantan walaupun ketika itu bateri telefon tinggal 1 bar apabila tukar dengan sahabat bateri telefon kerana aku tahu dia lebih memerlukan telefon ketika itu.
Dalam masa yang sama, adikku miss call & barulah aku teringat 11 Januari genaplah Selpi berumur 15 tahun. Aku hanya sms mohon maaf lupa akan hari lahirnya & diakhir sms kuberikan kata² pujangga sempena hari lahirnya.
Pertama kali dalam hidupku lupa akan hari lahir adik memandangkan dalam keluarga akulah orang pertama ingat hari lahir saudara kandungku.

Setelah 2 jam lebih mengekori, akhirnya kenderaan jenazah UPSI hilang dari pandangan mata kerana memecut laju menuju Tanah Merah. Pada ketika itu juga mataku terlelap buat sementara. Entah berapa lama aku tidur, akhirnya terbangun apabila bas berhenti di sebuah surau untuk kami melakukan solat jamak takhir.
Tanpa disedari aku telah menjejakkan kaki ke Kelantan di mana negeri yang kuidam²kan untuk dijelajahi. Sebenarnya cuti sem baru² ini aku & K.Yani telah merancang untuk ke Kelantan bagi menziarahi Ustaznya dari Sabah tapi tidak kesampaian apabila bertembung program yang kusertai di KHAR.

Ingat dah nak sampai rumah arwah tapi jauh lagi deh. Mataku mula meliar ke bangunan sepanjang jalan menuju ke Pasir Mas. Masih ada rupanya kedai yang guna tulisan jawi pada nama kedai walaupun kedai itu pemilik cina. Kagum saya. Sampai di bulatan berpisah bas satu menuju ke Tanah Merah & satu ke Pasir Mas. Perjalanan ke rumah arwah masih jauh. Mataku terlelap kerana jalan²nya gelap. Rumah² tepi jalan jauh².
30 minit kemudian kami hampir sampai ke destinasi yang ingin dituju tetapi perlu melalui jalan yang sempit hingga menuju masjid selepas landasan kereta api. Wow sekali lagi aku terpegun melihat rumah orang² Kelate besar² walaupun jalannya sempit.
Akhirnya sampai juga kami ke kawasan masjid, tapi kami lewat kerana mereka baru sahaja pulang dari pengebumian arwah Ust Faizol.
Satu masalah yang kami hadapi untuk sampai ke rumah arwah adalah bas UPSI terlalu besar untuk melalui jalan menuju ke rumah arwah. Ayah kak fifah menjadi leader untuk cuba menangani masalah yang kami lalui. Aku mula tidak memahami butir² bicara yang dikatakan oleh mereka...
Selepas bincang & terus bincang akhirnya kami dibawa terus ke rumah arwah Ust Faizol. Sampai di rumah arwah, keadaan suram menandakan kehilangan arwah dirasai oleh ahli keluarga lain. Cuma kelihatan budak² kecil riang gembira bermain sesama mereka yang menunjukkan mereka belum faham apa yang sedang berlaku. Kami bersalaman ahli keluarga arwah yang terdiri daripada moyang, nenek, ibu, kakak² arwah & adik² arwah.
Kulihat pada raut wajah abang & adik arwah memang seiras dengan arwah. Kelihatan ibu arwah tenang dan aku membuat konklusi seibu redha dengan kepergian arwah menyambut panggilan Illahi. Cuma wajah kak long arwah nampak terlalu sedih apalagi mungkin terharu kami dari jauh datang untuk menziarahi keluarga arwah.
Sedikit perbualan antara kami dengan kak long arwah dimana kak long menceritakan butir² perbualannya dalam telefon dengan arwah beberapa hari sebelum kemalangan.
Antara butir perbualan ialah kak long menyuruh arwah pulang ke Kelate memandangkan arwah balik awal ke UPSI selepas cuti sem yang lalu dan arwah memegang RoadTax motor adiknya. Jawapan yang diberikan pada kak long ialah insyaAllah dalam bulan 2 tu ada dah kat Kelate (cuba translate dalam bhs kelate). Selepas bercerita kak long arwah menangis sambil berkata belum bulan 2 arwah dah datang Kelate untuk selama²nya.
Kami hanya dapat menenangkan kak long sambil mengurut belakang sambil memberi kata² yang dapat menenangkan hati kak long. Kami turut berkongsi beberapa perkara yang berlaku beberapa hari sebelum arwah meninggalkan kita semua.

Di sebalik wajah kak long tergambar betapa kasihnya seorang kakak kepada adiknya yang tercinta.
Di satu sudut ada sahabat sedang berbual dengan ibu arwah. Dari hasil perbualan dengan kak Long juga barulah aku tahu beberapa perkara yang memang langsung aku tidak pernah ambil tahu atau tidak akan tahu.
Contohnya arwah dahulu kos sains sukan tetapi selepas pembedahan arwah tukar kos pendidikan khas. Selama ini aku hanya tahu arwah tangguh kerana pembedahan. Sebelum pulang kami bersalam²an dengan keluarga arwah.
Ya Allah mampukah aku mengasihi 8 orang adik²ku juga.
Di satu sudut ada sahabat sedang berbual dengan ibu arwah. Dari hasil perbualan dengan kak Long juga barulah aku tahu beberapa perkara yang memang langsung aku tidak pernah ambil tahu atau tidak akan tahu.
Contohnya arwah dahulu kos sains sukan tetapi selepas pembedahan arwah tukar kos pendidikan khas. Selama ini aku hanya tahu arwah tangguh kerana pembedahan. Sebelum pulang kami bersalam²an dengan keluarga arwah.
Dalam bas baru aku mengerti sesuatu perkara kerana terperasan sesuatu perkara. Dalam hatiku moga sahabatku redha dengan pemergian arwah. Ajal, maut & jodoh telah ditentukan oleh Allah. Moga Allah mengurniakan orang yang lebih baik kepada sahabatku ini.
Bas mula bergerak ke Tanah Merah. Dalam perjalanan mataku terlelap & bangun selepas bas berhenti di suatu kawasan dimana banyak kereta sepanjang jalan yang mengakibatkan bas tidak dapat melalui jalan itu. Pada mulanya aku ingat dah sampai rumah arwah Ust. Fadhiri tetapi memandangkan kawasan di situ sunyi & hanya dibanjiri oleh kereta ini bermakna kami belum sampai tempat yang ingin dituju.
Abu turun dari bas & berlegar² di kawasan itu seterusnya berjalan ke satu lorong. Beberapa minit mataku terpandang orang ramai keluar dari lorong yang dimasuki Abu dengan membawa keranda kosong.
Oh.. Baru otakku kembali cerdas berfikir setelah jam untuk beberapa saat. Arwah Ust Fadhiri baru saja ditanam dan kelihatan wajah sahabat arwah sayu dengan pemergian sahabat yang dikasihi kerana Allah.

Kami meneruskan perjalanan ke rumah arwah Ust Fadhiri walaupun kami tidak sempat walaupun aku difahamkan arwah Ust Fadhiri lambat dikebumikan kerana menunggu abangnya pulang dari Sarawak.
Sampai di kawasan perumahan arwah kami yang berada dalam bas yang datang dari Pasir Mas dinasihatkan tidak turun kerana dikhuatiri akan mengganggu keluarga arwah memandangkan dari tengah hari mereka sibuk hingga jam 3 pagi (12 Jan). Kami akur keputusan. Setelah semua selesai kami (2 bas) bertolak pulang ke Tanjung Malim.

Sampai sini sahaja perkongsian yang dapat dicoretkan. Hari ini hari ke-87 arwah Ust Fadhiri & arwah Ust Faizol meninggalkan kita. Al-Fatihah.
Moga keluarga sentiasa redha dengan pemergian mereka. Beruntunglah pada ibu arwah Ust Fadhiri & ibu arwah Ust Faizol kerana mempunyai anak yang sangat baik & soleh.
Kita yang hidup ini perlu meneruskan perjuangan. Di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung. InsyaAllah.
Gambar² ini dapat dari blog² yang ana kunjungi semasa semua blog sibuk bercerita tentang arwah. Tak ingat dah kat blog siapa ana ambil.
Lesen Memandu Arwah Ust Fadhiri
Menziarah jenazah selepas disahkan bahawa arwah Ust Fadhiri telah meninggal dunia, lebih kurang pada jam 10.30 pagi
Cuba untuk menutupkan mata & mulut arwah Ust Fadhiri yang terbuka menggunakan pengalaman... Alhamdulillah selesai.
Selesai disolatkan & jenazah dibawa mengunakan van jenazah upsi.
Suasana di rumah arwah Faizol
Nak tahu banyak cerita lagi tentang arwah Ust Fadhiri <KLIK SINI>
Wallahualam
4 123 Bingkisan Sahabat:
salam ukhuwah
salam takziah buat dua mujahid yg mndahului kita. Semangt dakwahnya wajar diteruskan olh generasi UPSI.Perjuangan dan jaln dipilihnya direstui ALLAH. Semuga damai dicari dinikmati kini
salam simpati dan semuga tabah.
didiklah generasi kini mnjadi insan yg terpuji...dirimu pembentuk generasi..amin
terimkasih
ya Allah...
Sangat2 rindu kepada arwah...
=(
ya allah, rindunya pada 2 sahabat ini
tangisan air mata xmampu memanggil mereka kembali,
hanya doa yg mampu mengiringi
rindunya ya allah
betul2.....
yang pergi tetap pergi...
kita yg hidup kn teruskan perjuangan..
insyaAllah suatu hari kita akan mengekori...
cuma masa, bila dan di mn hanya Allah yg tahu...
Post a Comment