Photobucket
Showing posts with label Lucu. Show all posts
Showing posts with label Lucu. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Jawapan Chatting yg COOL

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:21 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Chatting... Chatting... Chatting...



Actually, cik Wana paling tak suka chatting terutamanya dgn kaum ADAM yg suka tanya perkara "melalut" apabila berchat.

Nielah menyebabkan malas nak buka chatbox FB.

✿ = ✿ =✿ = ✿ = ✿ = ✿ = 

Hari ni cik Wana nak berkongsi dgn para pembaca blog TERATAK PENDIDIK terutamanya para muslimah tentang 9 soalan & jawapan² terbaik apabila kena kacau lelaki berniat utk suka² sahaja. Cik Wana baca ini di laman muka buku juga.

Bila kita tengah chatting atau tengah berbual² ke, ada sesetengah lelaki/perempuan yg sweet talker & berani utk bercakap luahan isi hati dia. Tapi sweet talkers ini dia tak cakap direct. Utk tackle seseorang, dia mesti ada mukadimah & beberapa ayat utk menjadikan sesuatu hubungan itu bertambah intim. 

Kat bawah ni ada idea, cara utk mengelakkan diri drpd dikacau.

Soalan: Hai, apa khabar?

Jawapan 1: Sihat je. Awak?

Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim. (bunyi mcm teruk je, nauzubillah) Boleh kau bayarkan kos tak?

Jawapan 3: Khabar pun tak tahu? Kau kena buka Kamus Dewan Edisi ke-4 ni.

Jawapan 4: Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal & rohani saya utk menentukan mana yg baik & mana yg buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yg baik & lelaki yg buruk. Saya dapat hidu teknik awak yg lemah utk mengurat saya ni.

Soalan: Awak buat apa tu? Busy ke? Sorry ya ganggu.

Jawapan 1: Eh, taklah. Saya tengah upload gambar je. Tak busy pun. Awak buat apa tu?

Jawapan 2: Aku busy gila ni. Kau ni penyibuklah.

Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit.

Jawapan 4: Saya sedang baca blog tentang tajuk ‘Kepentingan Menjaga Ikhtilat (Pergaulan) Sesama Muslimin & Muslimat’. Lepas baca, saya menjadi semakin insaf. Awak pun kena baca sekali tau. Nah, linknya.

Soalan: Awak, nak nombor telefon boleh?

Jawapan 1: Boleh. Nah, 0123456789. Nombor awak berapa?

Jawapan 2: Tak boleh. Ni nombor saya. Bukan nombor awak.

Jawapan 3: Maaflah awak. Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.

Jawapan 4: Kalau kau rasa dgn mengambil nombor telefon ni dapat meningkat pahala kau, dapat mengelakkan kau drpd mengheret aku ke kancah penzinaan, kau ambillah. Tapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari & kau kena selalu bagi tazkirah dlm SMS lepas solat fardu 5 kali sehari. Kau mampu? Kalau tak mampu tak payah ada nombor telefon aku. Ok.

Soalan: Awak, saya nak kawan boleh?

Jawapan 1: Boleh saja. Saya tak kisah pun siapa² nak kawan dgn saya.

Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.

Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan? Kalau kau cucu saya maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.

Jawapan 4: Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya utk berkawan seolah² saya terlalu asing bagi awak, padahal kita mengucap kalimah syahadah yg sama. Tapi dlm Islam, kita ada batasan utk berkawan. Lelaki dgn perempuan Allah dah suruh kita membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dgn saya tapi awak jangan sesekali melampaui apa yg Allah suruh.

Soalan: Awak, awak tahu tak? Awak ni perempuan paling cantik yg pernah saya tengok.

Jawapan 1: Ye ke? Eee... Mana adalah. Saya tak cantik pun.

Jawapan 2: Eh, mestilah. Dah lama awak kenal saya, baru perasan ke saya ni cantik?

Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ya?

Jawapan 4: Memang saya cantik. Semua kejadian yg Allah cipta semuanya cantik. Allah itu maha cantik. Lalu Dia jadikan semua makhluknya cantik. Alhamdulillah, Allah beri kelebihan kpd saya. Tapi saya sebenarnya takut sangat dgn kecantikan saya sebab dgn kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat berdosa. Astaghfirullah!

Soalan: Awak, awak asal mana? Duduk kat mana?

Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je. Area Jusco. Awak duduk mana?

Jawapan 2: Apa bengap punya soalan. Saya duduk kat kerusilah! Takkan duduk kat awan!

Jawapan 3: Kenapa nak tau? Nak rompak ke?

Jawapan 4: Saya berasal drpd air mani & rahim kedua ibu bapa saya. Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan & menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yg saya buat di tempat tinggal saya ni, awak boleh pergi ke alam lain.

Soalan: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?

Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hihihi. Saya pun tak ingatlah. Mesti kita jumpa kat kem ke, pertandingan sekolah lama ke kan?

Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.

Jawapan 3: Kau ke yg curi seluar dlm mak aku hari tu?

Jawapan 4: Ya, kita pernah berkumpul di alam roh ketika kita beratur utk masuk ke dlm rahim ibu masing². Mungkin ketika itu kita terserempak. Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kpd awak.

Soalan: Awak,  saya nak gambar awak boleh?

Jawapan 1: Hehehe. Nak gambar tu buat apa?

Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar bogel.

Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport utk aku ya?

Jawapan 4: Astagfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan utk simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah jumpa dgn mak ayah saya. Pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini caranya.

Soalan: Awak, jom keluar nak?

Jawapan 1: Urmmm. Bila?

Jawapan 2: Boleh. Tapi nanti kita dating kat kilang pembuatan pasir atau batu nisan ye.

Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang aku, baik tak payahlah ajak aku keluar!

Jawapan 4: Saya tak kisah tapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar nanti, awak tak boleh dekat dgn saya. Kita tak boleh berdua²an & tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak, ayah & adik beradik saya ikut sama.

Soalan: Awak, saya single lagi. Awak pun single kan? Jadi…Urm…

Jawapan 1: Saya single juga. Jadi apa ya awak? Hehehe. Pelik tiba² awak tanya ni.

Jawapan 2: Padan muka kau! Hahaha.

Jawapan 3: Tulah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu tiada perempuan nak lekat.

Jawapan 4: Bukankah Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya. Awak nak couple dgn saya, adakah awak akan meninggalkan Allah krn saya? Kalau awak tinggalkan Allah krn saya maka saya tak boleh terima ajakan couple awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat perintah Allah.

Konklusinya, jagalah  ikhtilat (pergaulan) kita. Hope dapat membantu member²ku yg susah sangat nak lari drpd godaan² dunia. Yg pasti terpulang kpd kita utk menjadi seorang yg kuat/lemah utk melaksanakan perintah Allah SWT. 

Jagalah ikhtilat sebab hati kita, wahai muslimat, mudah rosak
"TuhanMu lebih mengetahui apa yg ada dalam hatimu" (17:25)

Prinsip hidup saya 
"NO CHATTING WITH DIFFERENT GENDER AFTER 00:00am"

Harap faham, berkawan tak salah, asalkan kita tahu batas pergaulan. Sekian =)

Wallahualam

Sunday, January 8, 2012

Banyak² Rakyat MALAYSIA, Saya PALING Rajin ^_^

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:41 AM

Selama beberapa tahun, saya telah merungut krn kurang tidur & terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini saya tahu kenapa ianya berlaku (the real reason):

Saya keletihan krn terlebih kerja...

Nak tahu kenapa? 

Di bawah ini saya akan tunjukkan sebab saya mempunyai beban kerja yg lebih & ianya adalah benar, bukan rekaan:

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 27 juta orang.

:P1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 25.3 juta orang.

:P1.3 juta pula adalah golongan kanak² bawah 6 tahun. Jadi tinggal 24 juta orang.

:PDari 24 juta ini, 9 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, universiti & lain²). Jadi tinggal 15 juta orang yg boleh buat kerja.

:PDari 15 juta ini, 6 juta orang adalah pekerja kerajaan yg pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 9 juta orang yg boleh buat kerja.

:PTolak 3 juta orang yg duduk dalam hutan (tentera darat & lain²) Pasal mereka nie nak kerja macam mana? Tinggal dalam hutan. Dah tinggal 6 juta orang yg boleh buat kerja.

:PDari jumlah itu, tolak 3.7 juta orang yg menganggur & tiada kerja (surirumah, pekerja yg kena VSS [Voluntarily Separation Scheme], orang² tua, fresh university student, kena buang kerja & lain²). Tinggallah 2.3 juta orang yg boleh buat kerja.

:PDari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit & kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta atau hospital kerajaan & ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yg boleh buat kerja.

:PSekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara & Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yg boleh buat kerja.

Dan 2 orang itu adalah SAYA & AWAK...

Dari 2 orang ini, AWAK SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat & tak buat kerja langsung.

Jadi tinggallah SAYA seorang yg buat kerja dalam Malaysia nie. ^__^

MANA SAYA TAK LETIH, KURANG TIDUR & TEKANAN!!!

Jadi sedarlah sikit.
Dahhhh..!!! 
Pi buat kerja!!!
Jangan Marah & Senyum² selalu..

Friday, December 9, 2011

Helmetku Hilang II

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:44 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Dah lama tak update blog tulis sampai letih (orang nak baca pun jadi letih..hehe)

Hari nie pun masih malas sebab Wana  masih dalam mood TESIS @ LAPORAN KAJIAN PENYELIDIKAN...

Tapi Alhamdulillah masih ada FB utk digunakan sebagai medium dakwah.

Buat blog pun sebenarnya bukan orang baca pun. Betul tak???

Dulu Wana ada tulis entry tentang HELMET, tajuknya "HELMETKU HILANG". Tekan link kalau nak tengok.

Comel tak helmet saya yg hilang tue?

Hari nie nak share keluaran baru helmet baik dari kilang. Khas buat Mat Rempit seluruh dunia

JOM PILIH!!! Yg mana berkenan di hati..


Yg nie kalau tengok kat Jalan Raya pasti TERKEJUT.

                      



Macam mana? Dah ada pilihan hati. Sharelah dengan Wana. Haha..

Kali nie confirm tak kena tahan oleh POLIS sebab ada satu lagi helmet Wana sediakan untuk PAK POLISI!!!


Wallahualam

Wednesday, November 30, 2011

KEKREATIFAN JEPUN yang MELAMPAU²

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:41 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Lama dah tak post entry yg buat diri tersenyum...

Jom saksikan ^_^

Senyum je tau..
Jangan ketawa terbahak².


Baju Bayi Pengelap Lantai

Tak sia² bayi ni merangkak ke seluruh rumah, lantai tetap bersih. Tak payah nak upah orang gaji untuk mengelap lantai.

Payung Elak Hujan

Dengan cara yg macam nie, confirm you all akan kering sentiasa. Tapi kalau banjir, kena cari payung elak banjir la pula ye. Entah macam mana pulalah rekaannya.

Topi Selesema

Dengan topi selesema ni, you all sentiasa akan dibekalkan dgn tisu sepanjang masa. Kalau dah habis tisunya, pandai²lah ganti yg baru.

Chopstick Berangin

Yg nie pulak bagi orang yang malas nak tiup makanan yg panas. On je suis, terus dah boleh makan.

Rambut Palsu Khas

Tujuan rambut ni direka adalah utk orang yg tak boleh terima kenyataan bahawa kepalanya dah botak & tak boleh tumbuh rambut lagi. Dengan adanya rambut palsu khas ni, sekurang²nya mereka boleh ber'posing' sekejap & menangis kegembiraan selepas melihat rambut tersebut di cermin.

Botol Susu Gantian

Yg ni sesuai digunakan oleh suami yg ditinggalkan isteri. 
Aduhai, botol susu takda ke pakcik!!

Apa tak lucu?
Hurmmm...

Mgkin yg nie LUCU


[Mood GELISAH: TESIS tak siap² lagi]

Tuesday, June 14, 2011

HaRaM MENIKaHI GaDIS SaTU KaMPUNG

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:16 PM

Memandangkan dari hari Isnin aku sudah mengajar di kelas sepenuhnya, masa bergayut di blog pun tidak kesampaian. "BERGAYUT"? Macam monyet je nak gayut². Bila kawan rumah aku dengar maka dia ajar bukan bergayut tapi "BLOG WALKING". Ohhh..

Baru 10 minit lalu aku "BLOG WALKING".


Tiba²...
Ketika aku berjalan
², mata aku dicuri dengan begitu rakus.

Siapakah gerangan yg berani mencuri pandangan mata aku yg menawan ni?

Rupa
² cuma "post" blog yg bertajuk "haram menikahi gadis satu kampung". Bergetar lutut membacanya..


Maka aku pun tertarik nak anda juga baca "statement" tu. Ni aku "copy statement" tu bagi anda semua baca...



HARAM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG BERITA GEMPAR!!!!! 


HARAP² TENANGKAN PERASAAN SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI, BAGI YG TELAH TERLANJUR MENIKAH... APA NAK BUAT???

"Haram menikahi gadis satu kampung". JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan & diskusi antara para pemimpin, JAKIM & ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 Oktober tahun 2003:


"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI² UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG"


Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan & bantahan yg sangat sengit antara yg pro & kontra. Bahkan banyak pihak yg menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yg tidak munasabah & terburu². Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yg mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut: 


Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung? Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi 4 orang wanita sahaja sudah berat, apalagi 1 kampung @ sekampung....!!! Hehehe... Jangan marah... Nanti kena jual (",)


Astagfirullah al-azim. Geram bila baca.. TERTIPU.. Bagi yg dah terkena tu, mesti anda tengah gelakkan aku sebab terkena "statement" macam ni.. Redha je bila terkena. Sekurang² mengurangkan bebanan di kepala. Senyum meleret² selepas membaca. 


TERIMA KASIH bagi penulis asal "statement" ini

Tuesday, April 19, 2011

TaNdA-TaNdA Masalah Mental

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:08 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat bersua kembali..

Peraturan membaca entry ini.

1. Perhatikan gambar tanpa mata berkelip
².
2. Baca ayat bawah gambar.
3. Jika anda mengalami simptom itu beralih ke gambar seterusnya. Sekiranya tidak cari button X pada tetingkap komputer.

Selamat mengesan...
 Tanda² anda menghadapi masalah MENTAL?

Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur.
Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit & susah untuk memusingkan kepala.

Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi & menggunakan syampu terbaik.

Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening & seperti berada di awang²an.

Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat.

Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat & sentiasa mengeliat.

Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran terlalu sempit.
Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil & selalu dipermainkan.
Kesembilan: Sentiasa dimarah.
Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung.
Kesebelas: Anda sentiasa & selalu merasa penat yang amat sangat.
Keduabelas: Anda sentiasa merasa diri tersepit.
Ketigabelas: Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing.

Keempatbelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam & selsema serta kepala merasa panas.
Kelimabelas & akhir: ANDA SENTIASA MERASA KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH.
Ada tak yang yang sama..
Jangan marah...


Sedang menghiburkan yang sedang lara, duka, kecewa & banyak lagi.
Rasa tak semangat nak duduki peperiksaan.
Terima kasih SAHABAT kerana berjaya buang mood study dalam diri saya..

Ya Allah, aku tidak kuat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...