Photobucket

Monday, December 24, 2018

Aku & Herbalife [TERJEBAK]

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:05 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.



Rasanya entri sebelum, sebelum, sebelum nie cik Wana dah terbagitahu satu rahsia iaitu minum HERBALIFE


Sesuai dengan tajuk entri hari, sebenarnya nak share faktor² penyebab cik Wana boleh terjebak dengan HERBALIFE.


Sebelum tue, apa persamaan cik Wana dengan HERBALIFE?


Jawapannya nama timangan kami sama. Hihi. 
''HERWANA = HERBALIFE''


Kembali kepada cerita terjebak, cik Wana mula ambil HERBALIFE sebab NAK KURUS. Saya ulang NAK KURUS. NAK KURUS.


"Wana gemukkah?"


Begitulah persoalan daripada beberapa orang sahabat apabila mendapat tahu saya ambil HERBALIFE. 


"Ya, semenjak masuk UPSI badan saya semakin dipam². Bayangkan dgn ketinggian 154 cm & jisim badan 48 kg (BMI 20) semasa akhir tahun 2008, tapi pada awal tahun 2010 ketinggian masih sama 154 cm tapi jisim badan jadi 65kg (BMI 27)." 

Weh, BMI 27 tue dah tahap OVERWEIGHT tau. Huhu. Dalam masa setahun lebih jisim badan bertambah 17akg. Kalau tak percaya tengok gambar.



Saya biarkan diriku begitu sahaja tanpa merawati apatah lagi sibuk dengan tanggungjawab sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Badan mudah lesu. Kelas selalu terponteng. Usrah malas nak turun. Program selalu bagi alasan. Dan paling menyedihkan masalah yang sediada menyebabkan result sem 4 jatuh merundum (hampir angka 2). Serius, saya tak tipu. Huhu.


Sebelum cik Wana, cerita macam mana boleh terjebak HERBALIFE. Mari tengok rutin harian yang menyebabkan cik Wana menggemuk dengan cepat.


"Aktif berprogram => Selalu balik malam => Dapat makanan free => Makan tengah malam => Penat terus tidur lepas makan."


Begitulah rutin harian yang dilalui hampir setahun lebih. Dahsyat tak? Huhu.


Mungkin orang tak perasan saya gemuk tapi diri yang mengangkat² lemak yang banyak nie merasa terseksa. Saya sentiasa menutupi lemak yang ada dengan baju yang besar. Bayangkan saiz baju masuk ketika masuk UPSI adalah S telah berubah ke L, seterusnya XL & paling besar XXL. Orang sentiasa ketawakan saya apabila minta baju bersaiz XXL. Huhu. Malu.


Start awal 2011 bertekad untuk mengubah kehidupanku. Aku mula menjadi silent reader pada blog & FB Amalina Peter. Kagum dengan kejayaan dia. Yang jeles dia kahwin dalam usia yang muda. Jeles. 

Ina Peter

Kak Ain Peter

Sebenarnya Amalina Peter nie classmate saya masa form 2 &  form 3 di SM Sains Labuan. Waktu form 2 dulu kami memang duduk satu group & dia dikenali dengan Ina Peter.


Tapi waktu tue malu nak cerita masalah yang dihadapi dengan Ina Peter. Kebetulan seorang lagi sahabat memang sibuk promote HERBALIFE, so first time beli produk HERBALIFE daripada RAHMAH RAZAK. 


Kenapa pilih Rahmah Razak?

Kami kenal sejak darjah 1 iaitu tahun 1996 & sentiasa sama kelas dari darjah 1 hingga 5 (darjah 6 dia pindah SK Kerupang)


Tingkatan 1 hingga 5 kami satu sekolah (SMSL) & duduk satu group masa form 2 (Ina Peter, Dahziela, Rahmah & Aku)



Mungkin sudah lama mengenali Amah (panggilan Rahmah Razak), aku tak segan nak cari dia untuk membeli produk HERBALIFE. Waktu tue aku berada di sem 6 (Mac 2011).


Alhamdulillah, beberapa hari minum HERBALIFE terasa lebih bertenaga & badan terasa ringan daripada sebelumnya. 


Minum... Minum... Minum tapi tiba² TERUS STOP SERTA MERTA!!!


Nak tahu kenapa saya stop?

Nie kerana seorang sahabat mengatakan HERBALIFE nie HARAM sebab ada ......... apabila terpandang bekas Formula 1 Formula 3 di atas rak buku. (Aku tak ingat penjelasannya)

Tanpa usul periksa aku terus stop beli HERBALIFE sebab risau kot kalau dah berkait tentang HARAM. 


Sepi tanpa HERBALIFE!!!


Sekali saja aku sempat beli produk HERBALIFE daripada Amah pastu berhenti. Tapi yang kagumnya, coach aku nie sentiasa ikuti perkembangan semasa tentang diriku sehingga waktu aku berpraktikal di Klang, dia nak sangat jumpa aku sebab nak timbang & tengok perkembanganku setelah mengambil HERBALIFE (tapi tak sempat jumpa sebab sibuk dgn praktikal).


Aku tak sampai hati nak bagitahu Amah yang aku stop minum HERBALIFE & masa berlalu begitu saja.


Semasa aku sem 8, berat berkurang 2 kg mungkin faktor kesibukan menyiapkan assignment & tesis menyebabkan aku tak sempat makan. Kira berdietlah juga.


Awal tahun 2012, aku habis belajar & ditawarkan jadi guru ganti & pada ketika itulah mula search tentang status HERBALIFE samada HARAM atau HALAL.


Alhamdulillah, akhirnya bertemu jawapannya drpd beberapa bahan bukti.
1) Prof. Dr. Muhaya (Doktor & Motivator)
Prof. Dr Muhaya ketika bertemu coach HERBALIFE di booth 
"I use HERBALIFE, please share this in your facebook and everybody"

2) Diana Amir (Artis)

3) Sijil Halal dari IFANCA
INFANCA: Badan yang memberi kelulusan halal untuk worldwide. Boleh tengok sini kelulusan Halal bagi setiap produk HERBALIFE
http://www.ifanca.org/product/products/catalog/page:1
http://www.ifanca.org/product/products/catalog/page:2
https://myen.myherbalife.com/Content/en-MY/pdf/Halal_Certificates/IFANCA2_F1.pdf

Waktu dah tahu HALAL, misi menurunkan berat badan diteruskan. Tahun 2012, aku mula menjadi ahli HERBALIFE di bawah coach saya. Adalah dalam 2 kali beli produk HERBALIFE & Alhamdulillah akhirnya berat badan berkurang kepada 50kg.



Gembira... Gembira... Gembira... Begitulah gembiranya rasa hati.


Memandangkan dah mempunyai kewangan sendiri, saya memilih untuk terus mengambil HERBALIFE kerana

1) Membekalkan tenaga seharian bekerja menjadi seorang GURU
2) Capai berat ideal (target 46kg) yang sepatutnya diperlukan oleh saya & bersesuaian dgn ketinggian. 

Tahun 2016 saya ambil HERBALIFE daripada Amalina Peter pula memandangkan kebetulan dia balas terus mesej saya selepas putus cinta. Haha. Dan sampai hari ini saya masih minum HERBALIFE sebagai sarapan pagi dan sebenarnya on off juga. Dan saya berazam untuk menjaga kesihatan kerana HARGA KESIHATAN ITU SANGAT MAHAL jika dibandingkan HARGA HERBALIFE.


JOM JOIN SURIKURUS


Rasanya setakat ini saja celoteh saya. Saja nak share supaya yang sedang nak turunkan berat tu tahu ada harapan untuk menurunkan berat badan di samping bertenaga setiap hari.



Tuntutan untuk sihat adalah satu KEWAJIPAN kita sebagai seorang Muslim, & there is no way you can be healthy if you are overweight. Islam ajar sederhana. JOM MUJAHADAH!


Wallahualam.

Saturday, December 22, 2018

Adab² Seorang Guru

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:16 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Sempena nak memulakan sesi persekolahan 2019, cikgu Wana nak share adab² seorang guru.



Berkata Imam Al-Ghazali:
“Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab² ini:

1. Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).

2. Lambat marah.

3. Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.

4. Meninggalkan takabbur atas sekalian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.

5. Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai & pada majlis orang ramai.

6. Meninggalkan bergurau-gurau & bermain-main.



7. Kasih sayang dengan murid & lemah lembut dengan yang kurang pandai.

8. Membimbing murid yang bebal.

9. Tidak memarahi murid yang bodoh.


10. Tidak malu daripada berkata 
‘Aku tidak tahu’ 
(bagi masalah yang tidak diketahuinya).



11. Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya & cuba memahami soalannya dengan baik.

12. Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.

13. Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.

14. Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.

15. Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya.


16. Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain & ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yg berkenaan dengan membaikkan zahir & batinnya dengan taqwa.

17. Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya & mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya)

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Moga bermanfaat untuk muhasabah diri untuk jadi pendidik yang diredhai Allah.

Wallahualam

Friday, December 21, 2018

13 Perkara Perlu Dijaga oleh Muslimah

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:06 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Bila tengok tajuk entri cik Wana hari nie terasa macam nak jerit tapi perlahan;
Wah, banyaknya yg perlu dijaga oleh Muslimah


Tapi siapa itu "Muslimah" erk?


Muslimah tue Wanita Muslim. Wanita Muslim tue perempuan yg beragama Islam. Ada faham?

Contoh MUSLIMAH 
Comel tak?
Cik Wana pun nak jadi macam nie. 


Jom perhatikan satu persatu perkara yg perlu dijaga oleh Muslimah. InsyaAllah apabila ia dijaga maka Allah juga akan jaga kita di dunia & akhirat.



Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah ﷺ melaknat perempuan yg mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)


Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan."
(Surah An-Nur Ayat 31) 

Menampakkan kaki & menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yg mengikatnya dgn loceng.


Wangian 
"Siapa sahaja wanita yg memakai wangi²an kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina & tiap² mata ada zinanya terutamanya hidung yg berserombong kapal kata orang sekarang hidoug belang." (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah & Hibban)


Dada 
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada² mereka." (Surah An-Nur Ayat 31)


Gigi
Rasullulah ﷺ melaknat perempuan yg mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis Riwayat At-Thabrani) 

Dilaknat perempuan yg menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yg merubah ciptaan Allah. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


Muka & leher 
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu & janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yg dahulu. Keterangan: Bersolekmenurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yg menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


Muka &Tangan 
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah  dgn memakai pakaian yg tipis. Sabda Rasullulah : Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yg telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan & wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim & Bukhari)


Tangan
Sesungguhnya kepala yg ditusuk dgn besi itu lebih baik drpd menyentuh kaum yg bukan sejenis yg tidak halal baginya (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani & Baihaqi)


Mata
Dan katakanlah kpd perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)

Sabda Nabi Muhamad , Jangan sampai pandangan yg satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yg pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud & Tirmidzi)


Mulut (suara) 
Janganlah perempuan² itu terlalu lunak dlm berbicara sehingga berkeinginan orang yg ada perasaan serong dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan² yg baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32)

Sabda , Sesungguhnya akan ada umatku yg minum arak yg mereka namakan dgn yg lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi²an (muzik) & penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah)


Kemaluan
"Dan katakanlah kpd perempuan² mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka & menjaga kehormatan mereka." (Surah An Nur Ayat 31)

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya & mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dlm Syurga drpd pintu² yg ia kehendakinya (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar)

Tiada seorang perempuan pun yg membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dgn Allah (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud & Ibn Majah)


Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yg berlebih²an terutama yg menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii & Ibn Majah)

Petikan dari Surah Al Ahzab ayat 59. Bermaksud: Hai nabi² katakanlah kpd isteri²mu, anak perempuanmu & isteri² orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh & longgar) yg demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan² yg berpakaian tetapi telanjang yg condong pada maksiat & menarik orang lain utk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga & tidak akan mencium baunya (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) 

Keterangan: Wanita yg berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan² yg akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dlm neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yg bukan mahramnya (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Sumber di SINI


Diharap perkongsian ini akan memberi manfaat buat muslimah sekalian.

Wallahualam

Thursday, December 20, 2018

Perjalanan Kembali Seorang HAMBA

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:29 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Tulisan hari ini sekadar untuk muhasabah diri. Ada kena mengena untuk semuanya. Selamat membaca.


Nama sebenar: 💗Hamba ALLAH


Gelaran: 💗Insan

Asal: 💗Tanah

Alamat: 💗Planet bumi 


Maklumat tentang perjalanan
Tempoh berlepas: Kehidupan dunia

Tempoh perjalanan: Cuma seketika & beberapa meter dari perut bumi

Destinasi: Akhirat

Masa berlepas: Ketika didatangi malaikat

Masa hadir: Ketika & selepas nyawa dicabut

Bentuk tempahan: Tetap, pasti & tidak berubah 



Syarat² perjalanan
Dituju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia & menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua kita semua (pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yg belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yg terdapat di dalam AL-QURAN & hadis² RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati². Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulama' & cendikiawan. 



Barang yang dibenarkan
1. 5 meter kain kafan

2. Kapas putih secukupnya


Muatan lain yang dibenarkan
• amal soleh

• sedekah jariah

• anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya

• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang ditegah adalah tanggunggjawab penumpang. 

Barangsiapa yang tidak mematuhi akan diseksa. 



Saat &waktu berlepas
Semua penumpang yg sudah mempunyai tiket, passport atau tidak mempunyai kedua²nya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap & pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka saya menulis notis ini untuk kita semua. 

Hendaklah kita mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap saya untuk menabur khidmat kepada semua.

Moga bergembira dengan perjalanan yg menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI: 
"Barang siapa yg mengharapkan perjumpaan yg baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yg baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."

Waallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...