Photobucket

Tuesday, January 3, 2012

Surat Minta Izin Nak Kahwin Awal... Jom Baca!!!

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:51 AM 18 comments

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kpd ayah yg kukasihi & bonda yg kucintai…

Apa khabar dgn keluarga di kampung? 



Semoga hendaknya dlm keadaan sihat & mendapat rahmat ALLAH sentiasa.


Adam pun tak berapa jelas mengapa Adam nak tulis surat ni kpd ayah & bonda. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar Adam tulis surat utk ayah & bonda. Selalunya kalau ada apa²pun, Adam selalu telefon saja berbanding utk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yg Adam tak boleh nak cakap melalui telefon lebih suka utk membincangkannya dlm bentuk surat.





Dipendekkan cerita, Adam sebenarnya utk meminta redha dr ayah & bonda utk bernikah. Mungkin ayah & bonda terkejut apabila Adam cakap macam nie. Adam bercadang utk bernikah dlm tempoh kurang dari satu tahun dr sekarang. Adam nak nikah nie bukan krn nafsu semata² tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian drpd agama. Selain itu, dgn nikahAdam akan lebih terpelihara drpd melakukan sebarang maksiat kpd ALLAH.

Kadangkala,
Adam rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak² mereka ada boyfriend & girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua²an tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yg baik dlm masalah ini iaitu dgn nikah.


Adam bukan terburu² utk bernikah, tapi Adam nak ayah & bonda  boleh faham konsep nikah yg sebenarnya di dlm Islam. Islam menganjurkan nikah adalah utk mengurangkan berlakunya maksiat di dlm masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki & perempuan dgn serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa langkah yg menghampiri kpd zina sebagai contoh berjalan berdua
²an lelaki & perempuan tanpa mahram (boyfriend & girlfriend). 



Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut utk berdua²an tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket utk menghalalkan perhubungan antara lelaki & perempuan. Ini hanya tradisi yg terdapat dlm masyarakat Melayu. Islam menyuruh orang muslim utk bernikah utk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yg dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yg cemerlang adalah terdiri drpd mereka yg telah berkahwin. Ini krn pasangan yg telah berkahwin merasakan mereka ada tanggungjawab yg harus mereka pikul & akhirnya mereka bersungguh
² dlm pelajaran utk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yg bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.



Di universiti Adam, ramai pelajar yg ‘bercouple’ & mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yg mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibu bapa mereka membenarkan mereka bernikah & mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yg ini adalah yg disuruh dlm Islam. 



Jadi apa perbezaannya? 
´.✿ Yg satu, belajar tapi diiringi dgn maksiat (macam mana nak berkat ilmu yg belajar) 
´.✿ Yg satu lagi belajar & telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. 


Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kpd benda baik atau buruk.

Mengenai calon, Adam tiada lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau  ayah & bonda  bagi Adam green light, masalah calon, ayah & bonda jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yg penting ayah & bonda bersedia. Adam lebih suka calon tu Adam yg pilih sendiri. Tapi tak bermakna  ayah & bonda  tak boleh memilih calon yg sesuai utk Adam.

Ayah & bonda mungkin akan bertanya bagaimana pulak Adam akan memberikan nafkah zahir & batin kpd isteri yg Adam nikahi nanti. Seperti yg Adam katakan awal² tadi, Adam nak nikah bukan krn nafsu semata². Dlm tempoh Adam belajar & kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka Adam akan buat syarat yg dipersetujui bersama utk menangguhkan dahulu nafkah batin utk tempoh tertentu.

Dlm sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dgn Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun & berumah tangga dgnnya pd umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin utk Aisyah ketika berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dlm istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisahlah apa pun namanya yg penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu.

Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki & perempuan yg dulunya terbatas kini telah tiada. 

 Kalau Adam telefon dia, Adam dapat pahala, 
 Kalau Adam rindu kat dia, Adam dapat pahala, 
 Kalau Adam bagi hadiah kat dia, Adam dapat pahala, 
 Malahan kalau Adam keluar berdua²an dgnnya adalah halal. 

Kan ini lebih baik drpd mereka yg ber‘couple’. Kalau pasangan yg belum menikah, 
.:|:. mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut & telinga (dosa), 
.:|:. rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), 
.:|:. keluar berdua²an lagi, tambah lagi satu dosa. 

Jadi, Adam nak tanya pd ayah & bonda, adakah ayah & bonda sanggup utk membiarkan anaknya utk bergelumang dgn dosa atau mengikut Sunnah Rasul yg tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita.

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan Adam masih belajar & mungkin juga dia masih belajar, maka Adam akan berbincang dgnnya utk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib Adam bagi sebagai suami walaupun dlm jumlah sedikit. 

Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju utk menerima RM50 sebulan, maka Adam akan bagi dia sesuai dgn kehendaknya. Lagipun, utk sementara waktu ini, biarlah ayah & bondanya menanggung makan, minum & pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami.

Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup utk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah & berumah tangga). Macam sekarang nilah, kalau nenek bagi bonda baju sebagai hadiah, takkan bonda tak terima & bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Bonda akan terima juga.

Kalau nenek menjamu bonda dgn makanan, bonda jangan tak makan krn dgn alasan yg patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yg penting, isteri mesti redha dgn apa yg diberi oleh suami. Kalau 
ayah & bonda masih kurang jelas, bolehlah bertanya kpd ustaz mengenai masalah ini. Ayah & bonda jgn risau, sebelum Adam nak nikah, Adam akan jelaskan hal ini kpd bakal isteri Adam. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak Adam tangguh dulu. Apa²pun, Adam tegaskan sekali lagi, Adam nikah ni bukan krn nafsu semata², tapi adalah utk memelihara seluruh anggota zahir & batin ini dr terjebak ke lembah dosa.
Adam tengok semua abang² Adam nikah awal dlm umur 22 tahun.  Adam cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu Adam tua nanti, Adam tak risau sebab waktu tu anak² dah besar & mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak² Adam nanti baru masuk darjah satu, ada yg ambik PMR atau SPM & perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat.

Mahu tak mahu, dah tua
² kena kerja juga banting tulang nak sara anak² yg masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kpd ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal & maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yg muda pun mati). 

Adam juga harap, anak² Adam nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih drpd datuk & neneknya sebelum ayah & bonda meninggalkan dunia yg fana ini.

Dan kelebihan yg lebih besar drpd itu ialah kita dapat menundukkan pandangan & nafsu kita drpd bermaksiat kpd ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dlm umur muda ni, macam
² dugaan & cabaran yg menanti. Punca maksiat ada di mana² Adam  tak nak Adam akan terjerumus ke dlm jurang dosa & lebih² lagi harapan ayah & bonda utk tidak melihat anaknya menderhaka kpd ALLAH & Rasul.

Adam sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas & Adam  dah pos ke rumah pd tahun lepas juga. Tapi sampai kat mak cik, sebab Adam tak tulis nama ayah & bonda. InsyaALLAH dlm risalah tu Adam  ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dlm Islam.

Diharap 
ayah & bonda tak terkejut dgn kehadiran surat ini. Adam nak ayah & bonda terima surat sebagai satu surat biasa yg tak perlu utk dijadikan isu keluarga yg besar. Sebab bagi Adam, kalau Adam  membicarakan masalah ni, ia adalah satu yg normal sebab Adam  pun seorang lelaki yg akhirnya akan bernikah jua.

Mungkin saja 
Adam  membicarakan hal nikah ni ketika mana  Adam baru berusia 20 tahun (dlm tahun Islam,  Adam dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan utk tidak menyetujui pendapat Adam ini. 

Diharap ayah & bonda dapat membaca surat dgn ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana² pihak. Adam tidak memaksa ayah & bonda utk menyetujui 100% apa yg Adam  katakan ini, tapi jika ada kebenaran dlm hakikat, apa salahnya utk kita menerimanya dgn hati yg lapang & fikiran yg terbuka.

Kalau boleh jangan bagitahu abang Asyraf & abang Aidil, mungkin mereka tak setuju dgn keputusan 
Adam ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa² nanti,  Adam  akan maklumkan kpd mereka. 

Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu utk minta izin kalau nak nikah tapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dlm kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dgn keredhaan ayah & bonda. Berbanding dgn perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dlm pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan 
Adam di sini agar dipermudahkan urusan di dunia & di akhirat. Kirim salam dgn semua keluarga di kampung.

Assalamualaikum,
Khairul Adam 

18 123 Bingkisan Sahabat:

salam'alaik ukhti ^_^ ana pernah baca ni ! seronok btw . :D

such a nice entry here..thanks for sharing ^^

such a nice entry here..thanks for sharing ^^

Salam.. nice post :)
jom kawin! hehehe..

wsalam...
syukran =)
Jom kawen..
dgn psgn masing2

alhamdullilah tok pasangan yang dah di satukan,,

saya maci mengharap mak ayah saya tok tbuka hati benarkan saya kawin awal,,tok menungu 1thn stgh,mcm2 bole blaku,, semoga urusan yang mulia ini bole di percepatkan

Assalamualaikum.

pertama kali masuk blog ne n baca entry kat sini. (=

suka entry ne. hehe. ya sy pon berimpian (kalau boleh) nak nikah awal. doa2.bukan ats sbb hawa nafsu tp melihat rosaknya remaja skrg ne n bnyk lg faktor.hu3

jom kawen ;). kih3.
teruskan bertinta ^^

Waalaikumussalam..
insyaAllah..
moga dipertemukan dgn lelaki soleh p'bangkit semangat dlm rantai perjuangan Nabi..

Blog nie biasa saja,
hasil tinta org biasa
Kalo malas menulis copypasste je..

assalamualaikum ukhti.
ana suke bc blog enti..mohon share blh?

waalaikumussalam..
syukran =)
insyaAllah boleh ^__^

hihi,part tak nak kasi tau abang2nya tu yang kelakar hihi..

hihi,part tak nak kasi tau abang2nya tu yang kelakar hihi..

best lah bace. semangat sikit nak tanye mak ayah. ada rasa yakin yang membuak2. hope Allah permudahkan urusan saya dengan mak ayah saya. Aminn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...