Photobucket

Sunday, November 28, 2010

Underconstruction

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:52 AM



*Harap maaf, blog ini sedang dalam proses penambahbaikan..*


*Bukan blog ni saja..*
*Tuan empunya blog ni pun sama juga..*

Saturday, November 27, 2010

aYaH, TaRIK TaNGaN SaYa

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:56 PM

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu.


1 September 1994.


Serius mereka berbual hingga dahi berkerut².

Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng²kan kepala.

Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati.
Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.



"Bincang apa tu?

Serius aku tengok,” saya menyapa.



"Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?” kata Jaimi, kawan saya.


"Budak perempuan?

Tak boleh keluar dari kubur?

Aku tak fahamlah,” jawab saya.



Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.


"Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ”

Di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.

Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi".



"Kenapa jadi macam tu?” saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.

Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya...
Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan² ke Bandar Sandakan.
Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.



''Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak.

''Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan.


Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal.

Sudah bertahun² dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

''Maaak… kawan² semuanya keluar.

Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.

''Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.


''RM 20 aja !” si gadis berkata.


''Tak ada ,” jawab ibunya.


''Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata² keras.


''Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,


''Ahhh… sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! ”


''Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung, tapi belum pun habis kata²nya, si gadis memintas lagi,

Katanya; ''kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”


Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu.

Si ibu jatuh ke lantai .



'' Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.

Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.
Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes.
Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding.
Dan sementara diluar, suasana sunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar.
Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.
Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.



Si gadis panik.

Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut.

Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.
Melalui jiran², kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.



Jaimi menyambung ceritanya ;

'' Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi.



Pada mulanya tak ada apa² yang pelik,

tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur,

ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur.
Suaminya sendiri pun tak dapat bantu.




''Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan.

Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”



Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.

Sekali lagi beramai ² penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.


Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam liang lahad.

Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba² kakinya tidak boleh di angkat .

Ia seperti di paku ke tanah.
Si gadis mula cemas.



'' Kenapa ni ayah ?” kata si gadis.



Wajahnya serta-merta pucat lesi.



'' Apa pasal,” Si ayah bertanya.



'' Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.

Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.



'' Ayah, tarik tangan saya ni.

Kaki saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.



Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal.

Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah.

Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.



'' Ayah… kenapa ni ?? !!


Tolonglah Saida, ayah..” si gadis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur.

Mereka cuba menariknya beramai² namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah.
Tangisannya bertambah kuat.



''Tolong saya ayah, tolong saya… kenapa jadi macam ni ayah?” kata si gadis sambil meratap.



'' Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .

Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana,” jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.



Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun.
Kakinya tetap terpahat ke tanah.


'' Emak… ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis .

Sambil itu di peluk dan di cium jenazah.

Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.



'' Maafkan Saida emak,

maafkan, Saida bersalah, Saida menyesal…

Saida menyesal..
Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.



Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar.

Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.

Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa.



Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.


'' Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi.

Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja…

Kalau hujan macam mana?” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.



'' Habis anak saya?” tanya si bapa.



''Kita akan terus cuba tarik dia keluar.

Kita buat dua² sekali,
Mayat isteri awak di sempurnakan,

Anak awak kita selamatkan,” balas imam.



Lelaki berkenaan bersetuju.

Lalu seperti yang di putuskan,

Upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,
Cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.
Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur.
Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan.
Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.
Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar.
Tapi tidak berhasil.



''Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan.

Dah lapar sangat.

Lepas itulah aku singgah ke kedai ni.
Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.



''Aku pun nak pergilah,” kata saya.

Lalu kami semua menunggang motosikal masing² menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu² di sana.
Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ.
Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan &
Berusaha menyusup ke celah² orang ramai yang sedang bersesak².



Setelah penat berusaha,

Akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan.

Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali.
Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami & terlindung oleh kubur serta pokok² rimbun.
Di dalam kepungan itu, anggota² polis berkawal dengan senjata masing².



Nasib saya memang baik hari itu.

Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.


''Pssstt… Raie… Raie.. Psstt,” saya memanggil ,

Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.


''Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.


''Mana boleh .

Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan² seperti berbisik.



Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.



''Sekejap aja.

Bolehlah…”saya memujuk.



Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah.

Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan² dan

berjalan beriringan dengan Raie seolah² tidak melakukan apa²  kesalahan.
Namun demikian dada saya berdebar kencang.
Pertama, risau, takut di halau keluar.
Kedua; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.



Selepas meredah kubur² yang bertebaran,

akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan.

Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.



Raie mendekati mereka & berbisik².

Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau.

Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yg berpangkat mengangguk².
Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.


Bila di jenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak.

Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak². Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad & merintih ;

“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar,
saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”


Selepas mengesat air jernih yg terus berjejeran drpd mata yg bengkak,

gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan drpd arwah ibunya.

''Emak… lepaskanlah kaki saya ni.
Ampunkan saya, lepaskan saya,”
Di tarik²nya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.



Saya lihat bapa & adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.

Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yg hendak di buat utk menyelamatkan gadis berkenaan.



''Sudahlah tu Saida… makanlah sikit nak,”

rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.



Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.

Malah memandang ke atas pun tidak.

Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun drpd arwah ibunya.



Hampir menitis air mata saya melihat Saida.

Tidak saya sangka, cerita datuk & nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.



Begitu besar kekuasaan Allah.

Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas ‘tunai’.



Malangnya saya tidak dapat lama di sana.

Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu,

pegawainya mahu saya berbuat demikian.
Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.
Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis & meratap
''Ampunkan saya emak,
ampunkan saya saya, Ya Allah,
lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf…”



Lantas saya menoleh buat kali terakhir.

Saya lihat bapa Saida & adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,

tapi seperti tadi, tidak berhasil.
Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.



Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.

Beberapa kereta polis datang & anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing².
Wartawan & jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan .
Mereka merayu bermacam² cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa di tolak.



Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam & malam merangkak tiba.

Saida masih begitu.
Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti² meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah & malam itu tidak dapat melelapkan mata.
Suara tangisannya yg saya terngiang² di telinga.



Saya di beritahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. 
Seleranya sudah mati.

Bapa & adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin & berdoa.
Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yg sangat besar.
Saida tetap tidak dapat di keluarkan.



Embun mula menitis.

Saida kesejukan pula.

Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung.
Namun dia tidak dapat tidur.
Saida menangis & merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yg berlaku keesokannya.
Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu.
Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak² & mendengar orang² bercerita.


Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.

Mungkin kerana terlalu lemah & tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang & kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan & minum.
Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dgn apa yg dilakukannya.



Allah Maha Agung…

Sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan.
Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat² lain.




Kuburnya kini di penuhi lalang.

Di bawah redup daun kelapa yg melambai²,

Tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yg derhaka. 


Sumber: Hidayahnet

Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari cerita di atas. Betapa murkanya Allah kepada anak yg derhaka. Tiada keampunan bagi mereka melainkan keampunan & redha ibu bapa itu sendiri. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Ayuh teman², kasihi & hormatilah ibu bapa kita sementara hayat mereka masih ada.

Monday, November 22, 2010

Bittaufiq Wannajah fil imtihan

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:49 AM

Assalamualaikum wbt..

Andaikan ditakdirkan kecemerlangan itu dari ALLAH, andaikan ditakdirkan kegagalan itu juga dari ALLAH tapi ingatlah walau kita cemerlang atau tidak, hakikatnya kedua-dua itu ada hikmahnya. Moga kita tak kecundang dengan ujian yang diberikan ALLAH. Yang penting, kita SUDAH BERUSAHA yang terbaik dengan kudrat dan iradat yang diberikan ALLAH.

Semester ni saya mengambil 18 jam kredit untuk 5 mata pelajaran..

Penatnya hanya Allah saja yang tahu walaupun sedikit...

Tapi aku redha dengan ketentuan Allah...

Semua telah dirancang dengan baik oleh Allah...



Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."(Surah Al Baqarah : Ayat 286)

Alhamdulillah hanya 4 mata pelajaran sahaja diuji untuk peperiksaan semester ini kerana 1 mata pelajaran lain telah diberikan tugasan yang mencabar sepanjang 14 minggu kuliah...

ODE - 25 NOV 10
TMS - 26 NOV 10
TKA - 26 NOV 10
TMA - 29 NOV 10



Tengok gambar tu, kucing pun dah study nak exam, kita? Kepada yang dah bersedia tu Alhamdulillah, kepada yang masih 'main-main' tu, malulah sikit kat kucing tu.. hehe..

Tapi ingatlah ujian di dunia tidak sama dengan ujian di akhirat kelak..

Ya Allah, berikan kami kejayaan di Dunia dan Akhirat..
Selamat Menempuh Final Yang Masih Belum Final Melainkan Di 'Hari Final' Kelak..







Salam imtihan untuk sahabat-sahabatku yang akan menghadapi imtihan semester ni...


Doakan kejayaan untuk semua agar berjaya dunia dan akhirat


InsyaAllah..




Firman ALLAH:"DAN ORAG2 YG BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH2 KERANA MEMENUHI AGAMA KAMI, NESCAYA KAMI TUNJUKI MEREKA KE JALAN KAMI.."


Semoga kita semua tergolong dlm org-org yg sentiasa cemerlang di dlm ibadah dan imtihan di dunia dan akhirat..


Amin..


Mudah-mudahan dgn segala ilmu yg di kurniakan oleh NYA dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya demi Islam tercinta..


Mana mungkin manusia mencapai kejayaan tanpa pengorbanan..


Kiranya exam ini adalah medan perjuangan kita, maka bertarunglah sedaya upaya kerana Allah.


Beberapa waktu berlalu, kita telah diturunkan segala ilmu dari guru kita, maka manfaatkanlah ia semampu akal kita untuk mempertingkatkan kedudukan ummah, bukan semata-mata untuk kepuasan diri.




TUHAN TAK MENILAI AKAN NATIJAHNYA, TAPI KESUNGGUHAN KITA.


Berjuanglah wahai sahabat, dengan kalimah Tuhan, dengan segala ilmu yang telah dipinjamkan sementara kepada kita.


Selebihnya, sandarkan pada ketentuanNYA. Selamat Berjuang!


....KEJAYAAN DGN USAHA 1 KEPUASAN,


....KEJAYAAN TANPA USAHA 1 KEBETULAN,


....KEJAYAAN DENGAN KEGALALAN 1 KETENTUAN,


....KEGAGALAN TANPA USAHA 1 PENYESALAN...



"بالتوفيق والنجاح "


.....YAKIN PADA ALLAH BUKANLAH MENGHARAP TERKABULNYA SEGALA HARAPAN,


.....YAKIN PADA ALLAH BUKANLAH KEINDAHAN NIKMAT,


.....YAKIN PADA ALLAH ADALAH MELETAKKAN KEREDHAAN PADA KETENTUANNYA..


Goodluckforexam.jpg Good luck for exam image by saijyougorou

Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat atas segala kesalahan yang disedari atau tidak disedari...

Terutama untuk Sahabat-Sahabat Perjuangan...

Minta maaf sekiranya kurang komitmen dengan kumpulan membuat tugasan:
  1. ODE - Linda, Akma, Hanis
  2. TMS - Fira
  3. TKA - Ijah
  4. TMA - Akma
  5. EDU - Fiza, Ilya, Fira

Untuk semua pelajar Fakulti Sains dan Teknologi/Fakulti Sains dan Matematik, minta maaf sekiranya ada hak anda yang belum saya tunaikan. Terima kasih kerana mengundi saya menjadi wakil fakulti semasa prk yang lalu. Buat yang tidak mengundi saya pula minta maaf kerana saya bukan pilihan anda.

Untuk Sahril partner saya Biro Kesenian dan Kebudayaan MPP UPSI minta maaf atas kekurangan komitmen dan kemahiran saya dalam mengendalikan biro ini...

Buat Pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 09/10 all the best...
C.Razik, K Shaiha, C.Jan, K Zuraini, K Nadiah, K Illyana, K.Khadijah, C.Bala, C.Amin, C.Afiq,
K Nooranoo, K Fatimah, C.Nik Azrul, K Atiqah, C.Zahar, C.Samuel, Juriah, C.Zulhelmi, K Shikin, C.Hafiez, K Jie, K Fatihah, K Lok

LOGO RAKAN SURAU

Buat Adik-adik dan sahabat-sahabat Rakan Surau Ar-Rashidin selamat berjuang di dunia yang fana yang mencapai akhirat yang kekal abadi.

Kepada adik-adik dan sahabat-sahabat usrah, syukran atas perkongsian ilmu selama ini. Dan buat Kak Nini Fatim maaf kurang komitmen dalam usrah.

Paling utama buat keluarga yang amat dirindui, syukran atas dorongan dan semangat yang diberikan kepada wana walaupun jauh dimata tapi sentiasa bertakhta dihati...

Buat yang mengenali saya HERWANA HERMAN ampun maaf diminta....

All the Best for all us..


Ya Allah...
Cabutkanlah ketakutan dr hatinya...
Gantikanlah ia dgn ktenangan...
Bukakanlah pintu taubatMu utk sahabatku ini agar NUR menembusi sanubarinya...
Bukakanlah pintu rezekiMu agar rezekinya melimpah ruah,
Bukakanlah pintu langitMu agar para malaikat mendoakan kejayaannya.
Bukakanlah pintu rahmatMu agar usahanya slama ini diberkatiMu...
KAU sendiri menyaksikan usahanya maka permudahkan perjuangan ini...
Bittaufiq Wannajah fil imtihan kepada semua sahabatku...

WALLAHUALAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...