Photobucket

Sunday, August 30, 2015

Sunnah Nabi: Cara Makan

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:11 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam kemerdekaan buat semua pembaca setia blog Teratak Pendidik. Ewahhh... Perasan ada pembaca setia. Tidak apa, tiada pembaca pun blog ini tetap di hati.


Alhamdulillah malam ini keadaan cuaca tidak baik iaitu hujan lebat bergabung dgn petir sambung menyambung. Agak gembira memandangkan terpaksa la aktiviti ke arah yg kurang elok diberhentikan.


Setelah 2 dekad lebih hidup di dunia fana ini tidak pernah Malam Ambang Sambutan Kemerdekaan disambut dgn aktiviti yg bermanfaat. Biasanya konsert, bunga api, aktiviti mabuk, aktiviti zina (mungkin ada) & macam-macam lagi.


Sehingga ada kajian mengatakan bulan 5 tahun hadapannya akan lahirlah anak luar nikah ambang kemerdekaan. Huhu...


Berbalik pada tujuan mengupdate blog hari ini, cik Wana ingin berkongsi sedikit sunnah makan yg dianjurkan oleh Rasulullah melalui beberapa situasi. JOM BACA...


*************


Di sebuah restoran mahal.


Seorang gadis bertudung labuh makan seorang diri.


Tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah.


Seorang gadis dari kumpulan itu berkata:
"Gadis kampung mana pula datang restoran mahal begini, pastu makan guna tangan pula tu. Ni mesti tak reti nak pakai sudu & garfu kan?"


Seorang anak muda pula menyampuk:
"Ish... Muka cantik tapi makan sampai licin pinggan. Malu deh kalau aku jadi bf dia. Kalau awek aku makan tak sampai separuh pinggan. Diet katakan. Nak jaga badan."


Seorang lagi berkata:
"Ewww... Tengok tu, sampai menjilat jari dowh. Geli aku. Pengotor rupanya awek tudung labuh ni.."



Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...



Lelaki tu berkata:
♥ Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.



♥ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.



♥ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.



Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud: 
“Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.) (^_^) ♥

Wallahualam...

Saturday, August 29, 2015

Persediaan Di Alam Kubur

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:54 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Hari ini hari keempat dlm bulan Ogos cik Wana terasa rajin mengupdate blog Teratak Pendidik. Dlm masa yg sama ini merupakan post yg ke-6 utk tahun 2015. Tahun 2014 pun hanya setakat 6 kali saja sempat menulis di blog. Sibuk, sibuk... Hihi...


InsyaAllah hari ini ingin berkongsi berkenaan tentang perkara yg semua orang takut hadapinya TAPI masih lagi belum membuat persiapan rapi iaitu KEMATIAN.



Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara: 
1.Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a) 
2.Hasan (anak Fatima r.a) 
3.Husin (anak Faimah r.a) 
4.Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a 


Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kpd kubur, 
"Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kpd kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah ﷺ" 


Maka berkata kubur, 
"Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dgn seburuk²nya)." 


Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya: 

 Hendaklah ia menjaga solatnya 

 Hendaklah dia bersedekah 

 Hendaklah dia membaca al-Qur'an 

Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih krn dgn memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur & melapangkannya. 



Adapun empat perkara yg harus dijauhi ialah: 

 Jangan berdusta 

 Jangan mengkhianat 

 Jangan mengadu domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini) 

 Jangan kencing sambil berdiri 


Rasulullah  telah bersabda yg bermaksud, 
"Bersucilah kamu semua dari kencing, krn sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." 


Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dlm kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yg bapanya sangat dekat dgn Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. 


Jangan sekali² kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar & Nakir dgn cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kpd saudara kita yg jahil takutlah kamu kpd Allah & takutlah kamu kpd soalan yg akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar & Nangkir, maka mereka mungkin akan menjawab, 
"Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal utk menjawabnya." 


Itu adalah kata² orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya & begitu juga seterusnya.



Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Ingatlah, kematian sentiasa menghampiri kita.


Wallahualam

Friday, August 28, 2015

TAHAJUD Merawat Hati yang Luka

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:15 PM



Assalamualaikum & salam sejahtera.


Salam Jumaat yg penuh barakah... Salam sehati sejiwa... (Semangat Kemerdekaan) 


Di suatu petang yg hening ketika jari jemari ingin menekan button X pada tetingkap FB, mata & hatiku tertarik dgn satu coretan yg diupload oleh adik Ifah Ahmad dlm group FB kami.  


Cik Wana nie jenis excited membaca artikel yg orang post kat FB. Terima kasih sangat² buat sahabat FB yg suka share benda bermanfaat. Moga ia menjadi salah satu saham yg bakal dibawa ke akhirat kelak. InsyaAllah.


Berbalik kpd artikel yg dibaca, ia sudah cukup mengetarkan hatiku yg ketandusan tarbiyah drpd Allah.


Mahu tahu kandungan artikel tu? Jom teruskan misi membaca blog TERATAK PENDIDIK.


Sebuah kisah benar…


Hari ni, ana diberi kesempatan utk berborak dgn seorang muslimah. Seriously, for the first time, I looked at her, nothing about her seemed special. Pakai baju t-shirt lengan panjang (bukan t-shirt muslimah), seluar slack, tudung tiga segi melepasi paras dada, bersarung kaki & merempit. Apa pandangan anda?



Linda: Ermmmm… Boleh tarik jadi mad’u ni. (monolog dalaman). Assalamualaikum.

Si dia: Waalaikumussalam.

Linda: Sorang je?

Si dia: Ya.

Linda: Tunggu kawan ke?

Si dia: A’ah. Tadi janji nak gi makan sama².

Linda: Ohhh, samalah. Saya pun tunggu kawan. Tak turun² lagi.



~~~~Suasana Sunyi~~~~



Linda: Sem berapa ya?

Si dia: Oh, sem 4. Awak? Nama apa ya?

Linda: Sem 4? Samalah kita. Nama Linda. Ni sapa nama ya?

Si dia: Panggil ja Tirah.

Linda: Oh, Tirah. Dah banyak kali terserempakkan? Tapi tak berkesempatan nak tegur.

Tirah: Itulah pasal. Saya pun dah lama perhatikan awak.

Linda: ??????? Perhatikan saya? Kenapa ya?

Tirah: Saja. Saya suka tengok awak. Nampak berkaliber, berani & solehah. Hebatlah pendek kata. Awak punya segala.

Linda: ?????? Ya ka? Mana ada. Saya ni banyak kelemahannya. Kehebatan & kekuatan pinjaman drpd Allah buat saya.

Tirah: (Senyum & kagum dgn jawapan Linda). Saya yakin awak orang yg hebat. Dan saya tahu rahsia kehebatan awak.

Linda: (Mak aiii… Sampai begitu sekali? Apa rahsianya? Aku pun tak tau). Ha? Biar betul Tirah ni. Hebatnya… Ok, kalau betul Tirah tau, cuba bagitahu saya. Hehehe...

Tirah: Rahsianya qiamullail!!!

Linda: (Muka kelat sambil telan air liur). Hehehe. Kenapa Tirah cakap gitu?

Tirah: Sebab rahsia kehebatan seorang Muslim tu terletak pada qiamullailkan? Itu yg saya belajar masa sekolah dulu. Betul tak? Ermmm… Macam mana ya saya nak jadi kuat macam Linda? Saya tak mampu nak qiam setiap malam.

Linda: (Setiap malam? Maknanya, dia buat. Tapi, berapa kerap ya?) Ermmm… Sekarang, Tirah ada buat qiamullail?

Tirah: Ada tapi taklah setiap malam. Itu pun saya dah lama tinggal sebelum ni. Sekarang baru nak mulakan balik (mata Tirah berkaca).

Linda: Sejak bila Tirah mulakan balik?

Tirah: Sejak sebulan yg lalu. Baru je.

Linda: Tinggal? Berapa lama Tirah tinggal qiamullail?

Tirah: Lama Linda. Sejak berbulan² yg lalu. Lama sangat.

Linda: (Terasa bagai luruh satu persatu daging wajahnya. Segala sendi terasa lembik. Tulang belulang bagaikan hancur satu demi satu. Ya Allah, malunya aku!)

Tirah: Linda? Linda ok? Saya salah cakap ke?

Linda: Eh, sori. Sori. Taklah. Saya penat agaknya. Kat mana tadi?

Tirah: Saya tanya, macam mana nak jadi kuat macam Linda.

Linda: (Tangannya memegang bahu Tirah). Tirah, setiap manusia ada kelemahannya. Apabila kita melihat manusia itu kuat, tak semestinya dia kuat. Apabila Allah tetapkan ujian buatnya, dia bakal jatuh tersungkur jua. Maafkan saya Tirah. Saya minta diri dulu. Kawan saya tak datang agaknya.

Tirah: (Terpinga²). Oh? Okay².

Linda: Ada masa, kita jumpa lagi. Maaf banyak² ya. Assalamualaikum.

Tirah: Waalaikumussalam.


Linda beredar dari ruang menunggu. Cepat dia melangkah pergi krn tidak mampu menahan malu dirinya. Di penghujung jalan Linda berhenti & memandang Tirah. 



“Ternyata awak lebih kuat. Awak lebih hebat Tirah. Andai awak tahu keburukan yg saya sembunyikan di sebalik tudung labuh ini, awak akan jijik melihat saya. Bercakap tentang agama, dakwah & perjuangan kencang tiada tandingannya.

Saya dilihat hebat pada amal jamaie. Hakikatnya amal fardhi saya tak sehebat awak Tirah. Saya kagum dgn kekuatan awak. Saya mencemburui awak. Moga Allah jadikan awak srikandi agama yg sejati. Yg tidak mampu utk saya bandingkan dengan diri saya.”


Perlahan-lahan, Linda menyeka air mata di bibir matanya. Longlai langkahnya kini adalah cerminan longlainya hubungannya dgn Rabbnya. Sudah dua tahun dia meninggalkan qiamullail. Dan sepanjang dua tahun ini juga dia kehilangan sebahagian besar dirinya. Terasa dirinya sentiasa jauh dari rahmat Allah.


P/S: Sahabat² semua, apa yg anda rasa? Ada persamaan? Adakah kita Linda atau Tirah?


Andai kita Linda, cepat! Tadahlah tangan. Menangis & pohonlah kekuatan dariNya utk mendekatiNya. Carilah kawan yg kita percayai, minta dia bantu kita utk kembali meraih kebahagiaan. Cungkillah kebolehan yg ada pada kita utk membentuk generasi yg hebat dgn membina hubungan dgn Rabbul Izzati. Jadilah daie yg mantap!


Andai kita Tirah, tahniah diucapkan. Kita telah membina kekuatan diri kita & kita telah membantu menyedarkan orang lain tanpa kita sedari.


Hakikatnya mereka lebih mulia & hebat di sisiNya. Andai kita merasa hebat, ada yg lebih hebat. Dan mereka adalah orang yg kita pandang tidak setanding kita sebelumnya. Allah memberi hidayah pada sesiapa yg dikehendakiNya. Dan Allah jadikan mati & hidup itu sebagai ujian bagi melihat siapa yang terbaik amalannya.



 Bila hati dibuka utk cinta manusia, hati juga telah dibuka utk diluka & terluka. 


Tahajjud & sujud penawarnya. Tak pasti samada ia suratan atau kebetulan, teori atau kenyataan. Tapi, ia berkesan. Buat dirimu lebih tabah, walau hati retak pecah.


 Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yg dilihat boleh membantu umat Islam utk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:

1. Ikhlas kpd Allah dlm setiap tindakan yg dilakukan bagi meraih keredaanNya, iaitu melakukan solat malam dgn merahsiakannya drpd pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dlm diri.


2. Hendaklah bagi orang yg melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya utk bangun di tengah malam.


3. Mengetahui sedalam²nya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian & perbincangan.


4. Memerhati kpd kesungguhan individu² terdahulu drpd kita yg istiqamah & iltizam melakukan qiamullail khususnya para solihin di kalangan para sahabat & ulama.


5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yg ditunjukkan oleh baginda Rasulullah .


6. Tidur dlm keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah 
“Apabila kita hendak masuk tidur, berwuduklah seperti utk menunaikan solat.” (Hadis riwayat Imam Bukhari & Muslim)


7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutamanya lepas solat Isyak seperti amalan yg dilakukan oleh Rasulullah .


8. Berzikir dgn wirid² yg Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur, krn ia menjadi benteng diri drpd kejahatan Syaitan & membantu utk mudah bangun, atau ayat² pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul & sebagainya.


9. Seboleh²nya tidur sebentar di siang hari yg dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.


10. Elak drpd banyak makan & minum, krn ia boleh membantutkan hasrat utk bangun di tengah malam.


11. Bertekad sedaya upaya utk bangun malam dlm apa jua keadaan.


12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.


13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.



Ketahuilah wahai saudara²ku sekalian!
Qi'amullail adalah ibadat yg menghubungkan hati kita dgn Allah selain ia adalah sunnah muakkad yg sangat dianjurkan oleh Nabi . Baginda ﷺ bersabda: 
“Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kpd orang² soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kpd Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang drpd terjebak kpd maksiat, dosa & penawar kpd penyakit yg ada di tubuh.” (Hadis riwayat Imam Ahmad & Tirmizi)


Semoga perkongsian ini bermakna buat AKU, KAMU, DIA & sesiapa saja yg membaca.


Wallahualam



Thursday, August 27, 2015

Istiqomah Solat Awal Waktu

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:05 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera. 


Pagi yg hening ini, tiba² terasa ingin menulis di blog pula. Mentang² tiada kelas ambil kesempatan on9... Hihi... Sebenarnya sekarang saya di Klinik Kesihatan memandangkan pagi tadi tiba² pula mata merah, berair, bengkak & berdenyut².

Terjadilah kisah berlagak seperti artis memakai cermin mata. Terpaksa deh... Berbalik kpd matlamat utama menulis, SEBERNARNYA nak share seperti tajuk di atas.


Memandangkan musim haji bakal menjelang tidak lama lagi, terasa ingin berkongsi suatu kisah yg dikongsi oleh kawan kpd kawan yg akan memberi pengajaran kpd semua pembaca  & diri  cik Wana khususnya.


Solatlah awal waktu!!!


Baca sampai habis, semoga beroleh manfaat & jadi inspirasi utk istiqomah solat awal waktu.


Sedikit pengalaman saya ingin kongsikan bersama rakan. Cerita saya semasa menunaikan haji 2014. Lagi empat hari menantikan hari wukuf. Mekah sudah sesak krn jemaah dari semua penerbangan sudah tiba.


Pada hari itu saya berjanji utk menelefon anak² di Malaysia. Kami aturkan temujanji pada pukul 3.00 petang kerana ia bersamaan pukul 8 malam di Malaysia. Waktu yg paling sesuai & anak² saya pun belum tidur.


Oleh krn leka berbual, kami agak lewat memulakan perjalanan ke masjid utk solat Asar hari itu. (Masuknya waktu Asar ialah pada 3.30 petang. Kami memerlukan 20 minit utk berjalan kaki dari hotel ke masjid). 


Sampai di masjid, keadaan sudah sesak. Laluan ke tempat kegemaran kami yg berhadapan Multazam di tingkat 1 telah pun ditutup. Lalu saya & suami memutuskan utk berpisah di situ & bertemu semula di tempat yg dijanjikan sesudah solat. Kami pun mencari saf masing².


Ruang sudah dipenuhi oleh jemaah. Saya ke kelompok jemaah wanita yg telah penuh dgn jemaah pelbagai bangsa & warna kulit. Saya meninjau dgn 'muka kesian' memohon simpati agar dapat sedikit ruang utk solat. Akhirnya saya terpandang seorang wanita Arab yg cantik. 


Dia seakan faham hasrat saya utk menumpang saf di sebelahnya, tetapi awal² lagi dia menggeleng kepala mengisyaratkan tiada ruang boleh dikongsikan. Saya faham, walaupun sejadahnya lebar tetapi badannya agak gempal. Dia mungkin khuatir nanti dia tidak selesa.


Seketika kemudian azan asar pun berkumandang. Hati saya semakin cemas krn saya belum dapat ruang solat sedangkan ketika itu saya sudah terperangkap di tengah² kelompok jemaah yg ramai. Semua jemaah duduk di sejadah masing² menunggu azan tamat. Saya sukar utk keluar & tidak juga dapat duduk.


Akhirnya ada sedikit ruangan kosong di bahagian hadapan. Betul² berdepan dgn saf wanita Arab yg cantik tadi. Namun agak mengecewakan krn di situlah jemaah melonggokkan selipar mereka. Ada antara selipar itu yg berdebu & tidak berbungkus. Ia bersebelahan dgn tiang.


Saya tiada pilihan. Sambil azan masih bergema, saya kais selipar² itu utk ruang saya solat. Ia bukanlah lantai yg rata, malahan ia merupakan dua anak tangga utk ke ruang hadapan yg lebih tinggi paras lantainya. 


Kesimpulannya, saya akan solat di anak tangga yg penuh dgn selipar, di tepi sebuah tiang. Lebih malang lagi, krn hendak cepat tadi, saya pula lupa membawa sejadah.


Azan selesai. Saya berdiri sambil meninjau lagi kalau ada ruang yg lebih baik. Seorang lagi jemaah lalu berhampiran dgn saya. Saya lihat wajahnya memohon saf drpd wanita Arab cantik itu. Saya menunggu reaksi wanita Arab itu. Dlm hati berbisik, aku tadi minta saf dia tidak beri. Bagaimana pula wanita ini?


Wanita Arab itu menggeleng sambil matanya memandang saya. Saya tahu dia menyedari apa yg ada dlm hati saya. Saya kasihan melihat jemaah yg senasib dgn saya itu. Dlm kesuntukan masa saya lihat wanita itu melangkah langkah di celah² jemaah dgn susah payah utk mencuba nasib di ruang lain. Saya amat faham perasaan yg dia lalui.


Saya tiba² merasa sebak, terutamanya apabila terpandang kembali ruang di celahan selipar yg bakal saya sujud kelak. Ia hanya memuatkan muka & tangan saya sahaja. Kaki & lutut saya nanti pula akan berada di anak tangga.


Sambil memandang wanita Arab itu dlm keadaan senyum yg tawar, terkeluar kata² dari mulut saya,
"Here in Masjidil Haram sometimes we have to beg for a space. Just to see God." 


Saya menyambung lagi dlm Bahasa Inggeris, (translated): 
"Saya pun tadi jadi pengemis juga. Syukurlah saya dapat juga tempat. Tapi..." 


Airmata saya mula bergenang. 
"Lihatlah tempat saya..." 


Saya tak mampu lagi terus berkata².


Tiba² seorang jemaah yg berhampiran menyampuk. 
"Itulah, awak sebenarnya cuma lewat sikit saja. Sebelum tadi masih banyak tempat."


Mendengar saja ucapannya saya terus menangis kuat. Tiada lagi rasa malu ketika itu. Saya sebenarnya terusik dgn perkataan 'Lewat'. Dlm fikiran saya penuh penyesalan. Ada banyak lintasan datang dlm hati saya.


Oleh krn saya dlm keadaan berdiri di anak tangga & sebahagian besar jemaah lain duduk (kebanyakannya baru selesai solat sunat qabliyah), maka saya kelihatan jadi tumpuan. Seperti di atas pentas dgn jemaah itu selaku penontonnya.


Wanita Arab tadi datang dgn rasa bersalah lalu memeluk saya yg sedang menangis.
"I am sorry. Bukan saya tak nak beri ruang, tapi saya pun tak cukup." 


Perbualan kami didengari oleh semua orang krn jemaah hanya beberapa ketika saja lagi akan memulakan solat.


Sambil mengesat air mata saya mengeluarkan apa yg terbuku di dada tanpa segan silu. 
"Saya bukan marahkan kamu. I just missed my hometown. In my country, I got a lot of space, I can pray wherever I want, we have a lot of mosques."


Tapi di sana saya tidak hargai ruang yg Allah beri. Saya selalu lewatkan solat dgn sengaja. Tapi Allah tidak pernah menghina saya atau membalasnya serta merta. Di sini, disebabkan lewat sedikit saya terpaksa terima hukuman, lihat sajalah ruang solat saya. Saya rasa terhina di hadapan Tuhan".


Kami kelihatan seperti pelakon drama. Semua jemaah lain yg faham Bahasa Inggeris menunjukkan muka yg sayu. Jemaah yg tidak faham kelihatan bertanya² rakan di sebelah.


Salah seorang menyampuk, 
"Where is your hometown?"


"I am from Malaysia. Its a beautiful muslim country."


"When I got back to Malaysia, I don't want to pray late anymore. I don't want Allah to embarrase me in Mahsyar"


Wanita Arab tadi memegang tangan saya sambil berkata; 
"Terima kasih, hari ini saya belajar sesuatu dari kamu. Allah menegur hambanya dgn pelbagai cara. Saya pun akan hargai ruang & masa yg saya ada bila saya balik nanti. Semoga kamu mendapat haji yg mabrur."


Bilal pun iqamat, imam pun memberi isyarat memulakan solat. Saya kembali ke ruang saya tadi & berusaha menyesuaikan diri. Tiba² dari barisan belakang, kedengaran suara jemaah lain memanggil, 
"Hajjah, here is space for you.


Rupa rupanya mereka tadi memahami & berganjak² sehingga terhasil satu ruang yg cukup² utk saiz badan saya. I feel blessed.


Seusai solat fardhu & solat jenazah, jemaah pun mula bersurai. Tanpa disangka beberapa jemaah lain yg tidak dikenali datang memeluk saya & berkata, 
"Thank you Hajjah, haji mabrur inshaallah".




Semoga perkongsian ini memberi pengajaran kita agar tidak melewat²kan waktu solat. InsyaAllah

Wednesday, August 26, 2015

Hidup ini INDAH...

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:03 PM



Assalamualaikum & salam sejahtera.


Apa khabar semua teman blogger? Harap² semua masih sihat & bertenaga menjalankan tanggungjwab sebagai seorang HAMBA ALLAH & KHALIFAH di bumi yg fana ini.


Terasa begitu lama tidak mencoret di blog Teratak Pendidik ini memandangkan kesibukan mendidik yang melampau-lampau. (Sibuklah sangat. Hihi)


Mudah-mudahan kesibukan ini menjadi asbab cik Wana terus bersemangat dalam mendidik kerana HIDUP INI INDAH. 




Adakala keindahan itu dilindung mendung & awan kelabu.


Adakala keindahan bertambah seri disinari mentari. 


Keindahan & kesayuan silih berganti & kita sendiri tidak pasti. 


Adakala kita berkobar² & mengimpikan syurga, lantas kita merasakan hidup ini penuh erti & penuh isi. 


Adakala kita rasa sangat lemah & terbayangkan neraka, lalu merasakan hidup ini tiada harapan lagi & kosong tidak bermakna.


Kita termenung sendiri, mencari erti di sebalik perhentian² dlm kehidupan.


Kita tidak memilih utk dihidupkan, tetapi kita boleh memilih utk hidup sepenuh hati. Begitu juga kita tidak tahu bila akan mati, namun kita boleh membuat persediaan menghadapinya. 


Dlm hidup ini, tidak semua yg kita ingini akan kita perolehi & tidak semua yg kita miliki akan kekal abadi menjadi milik kita. Semalam tidak akan datang lagi & besok pula belum pasti. 


Apakah harus kita rasa terlalu risau tentang sesuatu yg belum pasti sehinggakan lupa mengisi kehidupan hari ini yg pasti?


Kita sedang hidup & itu adalah suatu kepastian. Besok belum pasti & itu urusan Dia yg Maha Mengetahui.


Beruntunglah orang yg melihat dunia drpd perspektif Pencipta krn apa yg digambarkan sudah tentu menepati tujuan penciptaan. Rugilah orang yg memandang dunia dgn kaca mata nafsu krn dia pasti terpesong drpd hala tuju.


Jika kita ingin hidup seperti yg kita kehendaki, bukan seperti yg Dia kehendaki, ciptalah satu bumi khusus utk kita sendiri yg hanya kita berhak meletakkan aturan di dalamnya. 


Mampukah kita?


“Telah semakin dekat hari perhitungan amal manusia sedang mereka dlm keadaan lalai (dgn dunia) & berpaling (dari akhirat).” (Al-Anbiyaa’:1)


InsyaAllah bertemu lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...